You are on page 1of 19

Nama:MOHD ZAMIRUL IKMAL BIN MOHD BADRIN

Batch dan kumpulan:MA BATCH 3


Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit
yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana
sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati
penyakit ini.

Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan
kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.

Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan
kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk
sembuh sepenuhnya.

Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika
dibandingkan dengan luar bandar


DEMAN DENGGI
DEMAN DENGGI BERDARAH
Demam kuat yang mengejut dan berterusan
Bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot,
sendi-sendi, biji mata dan kepala
Berdarah pada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut
rasa pahit pada lidah

Tekanan darah rendah,
Ruam dan bintik-bintik merah di badan,
Perdarahan gusi,
Berak berdarah (najis berwarna hitam)
Sawan dan tidak sedar diri.
Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang
dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga
Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam
serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang telah
dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis
serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang
berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh
pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus
denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus
tersebut sahaja.

Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui
gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang
singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.




Nyamuk Aedes merupakan pembawa bagi kuman
virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara
penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang
yang lain. Daripada 1 gigitan ia boleh menghisap
darah sebanyak 2-4 mg darah iaitu 1.5 kali berat
badannya.Nyamuk Aedes ini boleh dikenali dengan
tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat 2 jenis
nyamuk Aedes yang membawa virus denggi iaitu:

1. Aedes aegypti

Ciri-ciri: Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala

Nyamuk Aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah
dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia
bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di
dalam dan di luar rumah.
2. Aedes albopictus

Ciri-ciri: garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala
dan badan.
Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di
bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar
rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di
luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk
menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini
juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas
alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh,
ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain
tempat yang boleh air bertakung.

Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak
melebihi 350 meter.
Manusia dijangkiti kuman virus denggi
melalui gigitan nyamuk.
Virus denggi ini hidup dan berkembang biak
di dalam air liur nyamuk.
Ia memerlukan masa pengeraman selama 8-
10 hari untuk berkembang biak dan
terkumpul di dalam air liur nyamuk.
Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus
membawa virus denggi sepanjang hidupnya.
Apabila nyamuk Aedes betina menggigit
manusia atau haiwan ia akan memasukkan
sekali virus denggi yang ada di dalam air
liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia.
Apabila nyamuk Aedes betina menghisap
darah manusia yang mengandungi virus
denggi ia akan melengkapi kitaran hidup
virus tersebut dan menyebarkan kepada
orang lain

Penularan virus denggi boleh juga terjadi
apabila nyamuk aedes betina sedang
menghisap darah orang yang dijangkiti virus
denggi diganggu dan nyamuk itu dengan
segera menggigit orang lain pula.
Ini akan menyebabkan virus yang terdapat
dalam belalai nyamuk tersdebut akan masuk
ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa
memerlukan masa pengeraman. Cara ini
dipanggil 'Penularan Mekanikal'.


Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus
denggi boleh juga berlaku melalui penularan
transovari dimana ia merupakan suatu proses
penularan agen penyakit daripada serangga
betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada
serangga dewasa generasi berikutnya.

Penularan transovari sangat penting bagi virus
denggi kerana proses ini membolehkan virus
tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui
proses penularan ini nyamuk bukan sahaja
berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga
sebagai perumah kepada agen penyakit.

Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan
air jernih di dalam dan di luar rumah.
Ia tidak boleh membiak di dalam air yang
kotor.
Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.
Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan
atau baldi.
Perangkap semut.
Di dalam tayar buruk.
Saluran air hujan.
Tin-tin kosong atau botol.
Bata bangunan atau kawasan pembinaan
Cawan getah

Lubang pokok
Tunggul buluh
Ketiak daun seperti -pandan dan nenas

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi
membunuh virus denggi.
Rawatan yang diberi adalah untuk
menstabilkan pesakit bergantung kepada
keadaan pesakit iaitu:
a. mengurangkan demam(suhu badan)
b. mengelakkan dari perdarahan berlaku


Demam yang sangat panas, kehilangan selera
makan dan muntah menyebabkan dehidrasi.
Pesakit digalakkan supaya minum air lebih
banyak.
Demam yang sangat panas meningkatkan risiko
terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal
dengan antipiretik.
Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan
dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling
genting ialah pada hari ke 3 hingga hari ke 7.
Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya
kiraan hematokrit meningkat kerana ia
menggambarkan darjah kehilangan plasma

You might also like