You are on page 1of 1

Assalammualaikum / Salam 1 Malaysia

Kepada :
Ketua Sektor Pengurusan Maklumat & ICT

Tuan,

MEMOHON PENGGANTIAN MAKMAL KOMPUTER
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah telah lama membuat pelupusan komputer dan
mendapat kelulusan pada 30 Disember 2011. Pihak sekolah juga telah membuat beberapa tindakan
susulan kepada BahagianTeknologi Pendidikan Selangor. Walaubagaimanapun, dimaklumkan masih
belum ada peruntukan / waran bagi pelaksanaan penggantian makmal tersebut.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon pertimbangan daripada pihak tuan
supaya penggantian komputer makmal sekolah saya dapat diluluskan setelah 2 tahun tidak
mempunyai perkakasan komputer.

4. Untuk makluman, sekolah saya mendapat peralatan ICT ( makmal sekolah ) bagi fasa 1
tahun perolehan 2002. Surat kelulusan pelupusan daripada Jabatan Pelajaran Selangor yang
bertarikh 30 Disember 2011 turut disertakan.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

--
Puan Mazalifah Binti Omar
Guru Besar
Sk Bandar Utama Damansara
03-77277526

You might also like