You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT BIG FASA 6(PISMP IPGM SEM 6) KALI KEDUA.

Tarikh : 04 November 2009


Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bengkel Pendidikan Seni Visual

Kehadiran;

1. Muhammad Fadzli bin Yassin (Pengarah Program BIG FASA 6)
2. Sheena Sheery A.Gom (Timbalan Pengarah Program BIG FASA 6)
3. Alvin Sapun (Setiausaha Program BIG FASA 6)
4. AK. Azwan Bin Pengiran Ali (Penolong setiausaha Program BIG FASA 6)
5. Janifah binti Januwi (Bendahari Program BIG FASA 6)
6. Mohd Daud Ahmad Sabari
7. Muhamad Faiz A. Razak
8. Mohd Ihsan Fauzi
9. Muhammad Hanif Abdul Karim
10. Muhd. Asyraf bin Muhammad Nasir
11. Muhd. Faiz Bin Jamaludin
12. Renno Mario Liwas
13. Noraniza Abu Hamsin
14. Nur Salam Salim
15. Siti Nadzirah Binti Zainol
16. Nadhirah Binti Che Seman
17. Zabariah Saini
18. Nurul Norashikin Binti Muhammad
19. Shifahatul Hidayah Binti Shafie
20. Rosmiza Binti Rahim
21. Nur Syzwani Binti Awang Besar
22. Noorhayati Binti Kaling
23. Farizah Binti Hamid
24. Nazim Juhari
25. Noor Azwaniza Awang
26. Nooratihah Binti Basir
27. Rosliana Billy@ Sylvester
28. Susan Sailin
29. Nurul Hasyima Samsimon
30. Azlinah Binti Abdul Lateh
31. Muhamad Hanafiah Raflis
32. Awangku Mohd Azmi Awangku Jiar
33. Samson Udjian
34. Azlizuan Haris
35. Ian Bin Junil
36. Siti Aishah Mat Tau Hit
37. Sabirun Bin Rubin
38. Mohd Shah Rizal Jasrin


Semua AJK hadir.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KENT,
P.S 02, 89207 TUARAN,
SABAH.
Tel : (088) - 788 500 Fax : (088) - 788 007
AGENDA MESYUARAT.
1 Ucapan alu-aluan Pengarah Program BIG Fasa 6 Refleksi Keseluruhan
2 Pengesahan Minit Mesyuarat
3 Perkara Berbangkit
4 Laporan Perkembangan Perancangan Program BIG Fasa 6 Refleksi Keseluruhan
5 Laporan Pergerakan AJK Pelaksana
6 Penyediaan Portfolio BIG (Semester 1 6)
7 Penyelarasan Tugas Berkaitan
8 Hal-hal lain.

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH PROGRAM BIG FASA 6.
1.1 Pengarah Program mengucapkan salam dan kesyukuran kepada Ilahi serta
mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana dapat kembali untuk
mesyuarat AJK Pelaksana BIG FASA 6 kali kedua. Pengarah program turut
memohon kerjasama agar setiap AJK memberi perhatian terhadap mesyuarat yang
diadakan.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1. Minit mesyuarat dicadang untuk disahkah oleh Siti Aishah Mat Tau Hit dan disokong
oleh Noraniza Binti Abu Hamsin.

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pemberian Cenderahati kepada Tutor. Cadangan awal menggunakan duit kutipan
yuran kelas. Setakat ini, masih didalam perbincangan.
3.2 AJK Sijil dan Cenderahati hanya dapat menyediakan satu jenis sijil sahaja untuk
peserta iaitu, Sijil Penyertaan. Manakala sijil Penghargaan tidak dapat dikeluarkan
atas faktor kekangan daripada pihak Stor.
3.3 AJK Makanan perlu menghubungi Ustaz Fauzi bagi membuat ketetapan menu yang
ditempah dari BTC atau kafeteria Institut.
3.4 AJK Protokol menetapkan penggunaan pakaian pada hari berlangsungnya program
Refleksi Keseluruhan. Pakaian yang ditetapkan adalah Baju Batik atau baju formal.
3.5 Penyediaan Portfolio disarankan menggunakan fail yang berukuran 40MM. Fail
peribadi boleh digunakan memandangkan Stor tidak lagi mengeluarkan fail.
.

4. LAPORAN PERKEMBANGAN PERANCANGAN PROGRAM BIG FASA 6 REFLEKSI
KESELURUHAN.
4.1 Pengarah Program menyenaraikan beberapa perkara penting. Antaranya adalah
berkaitan dengan peminjaman peralatan. Berikut adalah antara alat yang
disenaraikan.
4.1.1 Peminjaman LCD boleh diperolehi daripada Jabatan Teknologi Pendidikan,
IPGM Kampus Kent. AJK Peralatan boleh menghubungi Encik Teh untuk
membuat peminjaman peralatan LCD.
4.1.2 Peminjaman Mesin Laminate juga boleh diperolehi daripada Jabatan Teknologi
Pendidikan. Jumlah Mesin Laminating yang diperlukan adalah sebanyak dua
unit.
4.1.3 Untuk tujuan percetakan yang akan dijalankan pada hari program Refleksi
Keseluruhan, Printer boleh dipinjam daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Printer
yang diperlukan adalah dua unit, satu untuk berwarna dan untuk dakwat hitam.
4.2 Peralatan lain yang diperlukan adalah seperti Kertas berwarna kuning bersaiz A4,
kertas putih bersaiz A4, plastik laminating bersaiz A4, dan punch(penebuk).
.
5. LAPORAN PERGERAKAN AJK PELAKSANA
5.1 AJK Peralatan telah menyenaraikan semua peralatan yang diperlukan dan meminta
senarai baru dari setiap AJK yang belum dimasukkan didalam borang tempahan
barang stor. Dijangkakan semua tempahan alat diperolehi pada petang ini. AJK juga
memaklumkan air mineral disediakan sesuai dengan jumlah peserta.
5.2 AJK Pengangkutan telah memastikan proses tempahan penggunaan bas Institut
berjalan lancar dan setiap ahli memberi kerjasama. Pemandu dan bas yang
digunakan sudah ditempah lebih awal.
5.3 AJK Makanan akan menghubungi pihak pentadbiran dan kafeteria berkenaan dengan
menu makanan. Tindakan selanjutnya akan ditetapkan untuk memastikan pihak yang
ditetapkan untuk menyediakan makanan.
5.4 AJK Buku Program melaporkan proses pelaksanaan buku program adalah
berpandukan kepada kertas kerja Program Refleksi Keseluruhan dan menghubungi
AJK Protokol untuk panduan berikutnya.
5.5 AJK Protokol menetapkan tertib berpakaian semasa program Refleksi Keseluruhan
dan semua peserta menepati masa yang ditetapkan. Pakaian Baju batik dan pakaian
formal dibenarkan.
5.6 AJK Keselamatan memohon untuk mendapatkan first Aid Kit daripada Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia, IPGM KENT. Peralatan kecemasan yang sedia ada
masih dalam simpanan AJK terbabit.
5.7 AJK Sijil dan Cenderahati memohon untuk mendapatkan kertas sijil, pendent, dan
seal dan proses percetakan dilakukan di Jabatan HEP. Pencetakan Sijil Program
lawatan sudah dilaksanakan, namun masih belum ditandatangan oleh Pengarah
Institut.
5.8 AJK Kebersihan memohon untuk mendapatkan plastik sampah sebanyak dua
bungkus.
5.9 AJK Dokumentasi sudah memastikan ahli memiliki kamera masing-masing semasa
program dijalankan. Kamera yang digunakan adalah hak milik peribadi.

6. PENYEDIAAN PORTFOLIO BIG (SEMESTER 1 6).
6.1 Pengarah Program BIG Refleksi Keseluruhan telah menyenaraikan beberapa kriteria
penghasilan Portfolio BIG. Berikut adalah perkara yang perlu terdapat didalam
portfolio.
6.1.1 Biodata Pelatih
- Mengandungi perkara-perkara penting yang berkaitan dengan hal-ehwal peribadi
pelatih.
6.1.2 Proforma Kursus (Sem 1 6)
- Akan diperolehi daripada pihak HEP dalam bentuk soft copy dan proses pencetakan
dilakukan pada hari Program Refleksi Keseluruhan dijalankan.
6.1.3 Kertas Kerja (Buku Program ) Sem 1 6.
- Semua Setiausaha, AJK Buku Program dan Pengerusi yang dilantik mengikut
Semester perlu menyediakan soft copy.
6.1.4 Laporan Perjalanan Program (Setiausaha) Sem 1 6.
- Semua Setiausaha yang dilantik setiap semester perlu menyediakan laporan
masing-masing.
6.1.5 Refleksi (Sem 1 6)
- Setiap peserta program harus menyediakan refleksi yang dihasilkan setelah
mengikuti keenam-enam Program Bina Insan Guru.
6.1.6 Lain-lain perkara (gambar dan sebagainya)
- Gambar aktiviti penglibatan dan bahan-bahan yang berkaitan tugasan yang
diberikan sepanjang program BIG, boleh disertakan bersama didalam Portfolio.
6.1.7 Penilaian Kepada Program.
- Borang Penilaian Keberkesanan dan Persepsi terhadap keenam-enam Program
BIG.

7. PENYELARASAN TUGAS BERKAITAN
7.1 Penyelarasan Tulang Fail bagi kedua-dua Unit PISMP IPGM Semester 6 adalah atas
tanggungjawab Cik Nurul Norashikin Binti Muhammad untuk Unit Bahasa Arab, dan
En. Sabirun Rubin untuk Unit Pendidikan Seni Visual.
7.2 Penyelarasan Muka Depan Portfolio dikendalikan oleh En. Sabirun Rubin. Beliau juga
bertanggungjawab terhadap penyelarasan pembahagi ruang(Partition).
7.3 Penyelarasan Format Biodata dikendalikan oleh En. Ian Bin Junil untuk Unit PSV,
manakala Cik Nadhirah Bte Che Seman untuk Unit BA.
7.4 Penghasilan Video dikendalikan oleh En. Ian Bin Junil bagi Unit PSV, dan En. Muhd
Hanif Abdul Karim bagi Unit BA. Individu yang dilantik perlu menghimpunkan semua
bukti gambar atau video dari semester satu hingga enam. Video yang dihasilkan
dapat ditayangkan dalam 8 hingga 10 minit.
7.5 Semasa penyampaian Sijil dan Cenderahati, gambar akan dibingkaikan. En. Muhd.
Ihsan Bin Fauzi akan membuat Photo Editing menggunakan Perisian Adobe
Photoshop.
7.6 Sebagai tambahan, En. Muhd Faiz Bin Jamaludin dilantik untuk membaca doa pada
hari program berlangsung. Manakala, En. Hanafiah Bin Raflis dilantik menjadi wakil
pelajar untuk membuat ucapan semasa majlis Penutupan Program BIG Refleksi
Keseluruhan.

8. HAL-HAL LAIN
8.1 Semasa majlis penutupan, berikut adalah antara VIP yang dijangkakan akan hadir.
AJK Protokol perlu mengambil perhatian untuk membuat surat jemputan dan
menyerahkan kepada Puan Mary Teresa Kinajil, Pengarah IPGM Kampus Kent,
Encik Amidy Malagob, Ketua Jabatan HEP, Ustaz Rusydi, Penyelaras Unit Bahasa
Arab, Puan Suzana, Penyelaras Unit Pendidikan Seni Visual, Ustaz Muhd. Fauzi Bin
Hassan, Penyelaras Program Bina Insan Guru.
8.2 Pengerusi Majlis semasa majlis penutupan akan ditetapkan. Pembaca doa adalah
En. Muhd Faiz Bin Jamaludin. Manakala, wakil pelajar adalah En. Muhd. Hanafiah
Bin Raflis.
8.3 Antara perkara lain yang turut berlangsung pada majlis tersebut adalah penyerahan
fail kursus kepada Penyelaras.
8.4 Penyenaraian BIG Semester 1 hingga 6. Setiausaha dan AJK Buku Program. Nama
yang tersenarai perlu bertanggungjawab untuk menyediakan Soft Copy Kertas Kerja
Program dan juga Buku Program. Sila rujuk lampiran yang disertakan.
8.5 Pengarah Program BIG Fasa 6 Refleksi Keseluruhan memaklumkan agar semua
peserta dapat bersedia pada jam 6.30 pagi, dan dijangkakan bertolak ke Kampus
INTAN tepat jam 7. Acara bagi Refleksi Keseluruhan dimulakan pada jam 8.00
pagi dan dijangkakan berakhir pada jam 3.00 petang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang


Disediakan Oleh, Disemak Oleh,




ALVIN SAPUN MUHD. FADZLI BIN YASSIN
Setiausaha Program BIG FASA 6. Pengarah Program BIG FASA 6.
PISMP IPGM SEMESTER 6 PISMP IPGM SEMESTER 6
Pendidikan Seni Visual Bahasa Arab
Ambilan Januari 2007 Ambilan Januari 2007


Pengesahan Minit:


Pengesahan minit dicadang oleh : Rosliana Bily @ Sylvester
(AJK Sijil dan Cenderahati)


Pengesahan minit disokong oleh : Muhd. Ihsan Bin Fauzi
(AJK Peralatan)


Pengesahan Minit dicadang dan disokong pada;

Tarikh : 04 November 2009 Masa : 4.35 petang

LAMPIRAN

SENARAI NAMA SETIAUSAHA DAN AJK BUKU PROGRAM BIG SEPANJANG
ENAM SEMESTER.
SEMESTER / TAHUN KELOLAAN. SETIAUSAHA (SU) /
AJK BUKU PROGRAM (BP
SEMESTER 1 Tahun 2007
Perkhemahan 1, Dantai Kota Belud.

Nooratihah Binti Basir (BP)
SEMESTER 2 Tahun 2007
a) Forum Guru Pembina Modal Insan Gemilang
b) Khidmat Masyarakat
a. PSV - S.K Pendidikan Khas, Nongkolud.
b. B.A Sembirai.

Cik Siti Aishah Mat Tau Hit (SU)

Cik Noraniza Bte Abu Hamsin (SU)
Cik Rosmiza Bte Rahim (SU)
SEMESTER 3 Tahun 2008
a) Seminar Etiket Sosial dan Protokol


b) Khidmat Masyarakat Sesi 3
a. PSV S.K Tambalang, Tuaran
b. B.A Pangeran Siti Hafsah.

Cik Nadzirah Bte Zainol (SU),
Cik Noor Azwaniza dan Cik
Nadirah Che Seman (BP)

Cik Noraniza Bte Abu Hamsin (SU)
En. Muhd. Faiz A. Razak (SU)
SEMESTER 4 Tahun 2008
a) Perkhemahan 2 Ostrich Village Lodge,
Kampung Nanamun, Kota Belud.

b) Khidmat Masyarakat membersihkan bilik Muzik
dan Stor Jabatan Pengajian Ilmu
Pendidikan(JPIP).

Cik Shifahatul Hidayah Binti Shafie
(SU)

Cik Susan Sailin
*peserta dikehendaki menyediakan
laporan dan refleksi saja.
SEMESTER 5 Tahun 2009
a) Bengkel Pengurusan Pendidikan
b) Lawatan Penanda Aras SK Sri Gaya, Kota
Kinabalu.

En. Alvin Sapun (SU)
Cik Janifah Binti Januwi (SU)
Cik Nurul Norashikin, Cik Rosmiza,
dan Cik Shifahatul Hidayah (BP)
SEMESTER 6 Tahun 2009
a) Lawatan Penanda Aras SK Giok, Tamparuli.
b) Bengkel Refleksi Keseluruhan BIG Enam
Semester.

Cik Janifah Binti Januwi (SU)
En. Alvin Sapun (SU)
Cik Nurul Norashikin, Cik Rosmiza,
dan Cik Shifahatul Hidayah (BP)

You might also like