You are on page 1of 2

Malaysia merupakan sebuah Negara yang kaya dengan unsur-unsur sejarah.

Setiap
negeri mempunyai sejarah tersendirinya yang ditadbir oleh Negara-negara asing. Negara-
negara asing ini adalah seperti Portugis, Belanda, Jepun, Siam dan lain-lain lagi. Manakala,
salah satu negara asing yang terpengaruh kepada Negara kita ialah Negara British. Faktor-
faktor yang menyebabkan campurtangan British di Tanah Melayu ialah Tanah Melayu
mempunyai hasil bumi yang kaya seperti bijih timah, emas, perak dan sebagainya. Selain itu,
keadaan di Tanah Melayu pada masa itu adalah dalam keadaan anarki iaitu tiada pemerintahan.
Oleh hal yang demikian, British mula campurtangan ke atas pentadbiran negeri-negeri Melayu
secara berterusan.
Pada tahun 1600, Syarikat Hindia Timur Inggeris ditubuhkan bagi melicinkan
pentadbiran dengan China. Pada masa tersebut, wujudnya masalah dengan China dari segi
perdagangan dan kegiatan lanun dan menyebabkan pihak Inggeris ingin mencari satu
perlabuhan yang baru. Pada tahun 1786, Francis Light telah membuka Pulau Pinang dengan
menggunakan tipu helah menipu Sultan Kedah. Pada tahun 1819, Belanda mengenakan cukai
yang tinggi dan layanan buruk kepada pedagang British. Oleh hal yang demikian, Stamford
Raffles ingin mencari satu perlabuhan baru dan akhirnya beliau berjaya membuka pangkalan
baru di Singapura.
Pada tahun 1824, Belanda serahkan Melaka kepada British melalui perjanjian Inggeris-
Belanda. Penguasaan ke atas Melaka membolehkan British menguasai laluan perdagangan di
Selat Melaka. Dua tahun kemudian, negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura disatukan di
bawah Negeri-negeri Selat. Ketiga-tiga negeri ini disatukan bertujuan seragamkan pentadbiran
dan jimatkan pembelanjaan. Pada tahun 1841, James Brooke berjaya mengambil negeri
Sarawak. Oleh kerana Negeri Melayu kaya dengan hasil bumi, British berpendapat peru segera
menguasai negeri-negeri seperti Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Dengan ini,
pihak British mula campurtangan di Perak dan Sungai Ujong pada tahun 1874 dan negeri
Pahang pada tahun 1888. Tahun sebelum British campurtangan di Pahang, Raja Brunei telah
menyerah Sabah kepada Inggeris.
Kesimpulannya, campurtangan British dalam hal-ehwal negeri-negeri Melayu telah
membawa kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada pegawai-
pegawai yang dilantik oleh pihak empayar British untuk mentadbir dan menguruskan semua
aspek pentadbiran negeri-negeri Melayu kecuali hal-ehwal Islam dan juga adat resam bagi
orang-orang Melayu. Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan
sepenuhnya negeri-negeri Melayu di bawah penguasaan British.

You might also like