You are on page 1of 3

PANDUAN MENANAM BENDI

Pendahuluan

Salah satu jenis sayuran berbuah yang kaya dengan bahan protin dipercayai berasal dari Afrika
Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang
diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai
gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan
digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya
pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang
tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.


Khasiat Makanan:

Buahnya yang muda boleh dijadikan sebagai sayur-sayuran, yang boleh dimakan
mentah, digoreng, dimasak sebagai sop atau dijadikan sos. Ia juga boleh dikeringkan
atau dibuat acar.
Bijinya boleh dijadikan sebagai pengganti kepada kopi.
Daun mudanya boleh dimakan oleh manusia atau dijadikan sebagai makanan haiwan.
Buahnya amat baik untuk membantu menguatkan otak, iaitu bagi menambah daya
ingatan dan kecerdasan
Biji, akar dan bunganya sekiranya direbus dapat melawaskan pembuangan air kecil,
mengurangkan bengkak atau radang dan mengurangkan masalah susah bersalin.
Air rebusan biji, akar dan bunga boleh disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Jika
air rebusan itu dicampur dengan gula boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan
rawatan sakit kerongkong.
Lendir buah bendi boleh dijadikan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan
kulit.

Varieti:

MKBe 1 - Pilihan MARDI. Buah melebihi 15 sm panjang, bilangan segi 5, warna buah hijau
kekuningan, hasil sepokok 180-2,000 gm, bilangan buah sepokok adalah antara 14-105.


Penanaman

Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah
gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik.


Penyediaan Tanah

Bajak dan gembur tanah sedalam 15 sm hingga 22 sm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2
minggu sebelum menanam. sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah baja organik seperti tahi
ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar.


Menanam

Tanam biji benih sedalam 2.5 di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang
disyorkan ialah 90 sm antara pokok. Selepas 2 minggu cabut satu pokok yang kurang subur.
Sebanyak 11 gram biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30
sm panjang.


Membaja

Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Untuk
sehektar memerlukan 1 tan baja.

Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/Pokok Kadar/Hektar
1
2
3
4
Sebelum menanam
1 bulan
2 bulan
3 bulan
Baja organan
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2
300 g
16 g
32 g
32 g
4 tan
0.2 tan
0.4 tan
0.4 tan

Menyiram

Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan
bunga dan pembentukan buah.


Merumput

Cabut rumput jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba tersebut.


Sungkupan

Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau kepingan plastik hitam bagi
mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan tanah.


Memangkas

Setelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu dipangkas setinggi 40 sm hingga 60 sm dari
paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima tunas baru dibiarkan
membesar selepas pemangkasan. Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan.


Kawalan Musuh dan Penyakit


Musuh:

Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding
buah yang merosakkan buah-buahan bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah.
Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti Diazinon.


Penyakit:

Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada daun tua di mana daun-
daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Penyakit ini boleh dikawal dengan
menyembur racun kulat Benomyl. Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.


Penuaian

Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 sm dari pangkal buah. Elakkan dari
tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah.

Penuaian mula dilakukan ketika:-
1. 50 hingga 55 hari selepas menanam.
2. 5 hingga 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebungaan.
3. Buah berukuran 10 hingga 12 sm panjang iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya
rapuh, senang dipatah dan belum berpulur.
4.
Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan
hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan
seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan
berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil dianggarkan 10,000 hingga 15,000 kilogram
sehektar.


Kawalan Rumput:

Racun pracambah Alachlor, pada kadar 4 liter/hektar disebur ke atas batas sebelum 2-3 hari biji
benih ditanam. Ini boleh mengawal rumput untuk 2-3 bulan. Rumput yang tumbuh di antara
batas boleh dikawal dengan penyemburan racun paraquat pada kadar 2 liter/hektar ataupun
secara manual. Dengan cara lain, plastik boleh digunakan untuk mencegah rumput di atas
batas yang mana boleh digunakan untuk musim.


Pengendalian Lepas Tuai

Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul
(plastik atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya
boleh disimpan selama 2 hingga 3 hari sahaja tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu
dipercikkan supaya mengudaraan menjadi lembab. Buah-buahan yang dibungkus dengan beg
plastik boleh disimpan selama 7 hingga 8 hari dalam keadaan suhu 24
o
C hingga 26
o
C dan
kelembapan bandingan 70 hingga 75 peratus.

You might also like