You are on page 1of 22

Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka; abad ke-18 di Pulau Pinang) membentuk suku

kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan adat Melayu secara takat-takat
yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu, tetapi
mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula, pendatang-pendatan yang lebih lanjut
(seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina dikenali sebagai sinkheh (??, "tetamu baru").

Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain
serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah
kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan
sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya.
Kebanyakan orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya
dan politik.

Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi semenjak adanya
Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan
dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian,
mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Pada
tahun 2006, terdapat 7-7.5 juta orang Cina di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa
terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.



Sejarah

Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian
dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat"
melalui perjanjian bertulis (indentured labour), dikenali sebagai kuli (??, "kuasa susah-payah"). Yang
selainnya datang secara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi
orang Cina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun
1949.





Suku dialek
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama:
Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti bahawa orang yang
tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di
Malaysia.
Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak),
bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang. Suku Hakka juga
didapti di Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-
tempat tersebut.
Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan
dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi. Suku Kantonis juga
membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar
"Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan
pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan
1980-an. Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya
RTM2 dan 8TV.
Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah,
Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor
barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran
televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan
kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.
Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau
di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.
Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan
tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa
Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis
dan Hakka. Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak
ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin
dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah
menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek
Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin
laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa
Kantonis.
Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina Malaysia,
Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai bahasa nasionalisme
etnik diaspora.


Pengenalan
Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal
kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah
penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan kematian.
Semasa Kematian
Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan
terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia
bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudiannya
mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian
yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan masyarakat Cina
menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggal dunia. Si mati turut dipakaikan
dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat akan dimasukkan ke dalam keranda
yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan
bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seseorang semasa hidupnya.
Penghormatan terakhir kepada si mati
Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis
atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan
di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam. Lazimnya tangisan yang
dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan
,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram
dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si
mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan
ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam
masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si
mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat
digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai
terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.
Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada zaman
dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat
daripada kayu yang diukir menarik . lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si
mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun
pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori
kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan.
Penghormatan terakhir

Mayat diarak ke jirat

Ahli keluarga berarak ke jirat

Keranda dibawa dengan van
Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan
mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina
sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran
si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan
muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan
berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.
Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain
tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya.
Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli keluarga si mati
adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan memakai baju jejaring
yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar baju hitam. Ketika mayat
diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak
sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk
memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut.
Semasa Pengebumian
Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut haruslah besar
supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai
jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini
adalah penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di
akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan kerana telah banyak kejadian menggali lubang
kubur dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak dilakukan lagi. Hanya kertas yang bercop bentuk
duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab.
Upacara pengebumian
Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting kerana
menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal dunia.
Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika dibandingkan
dengan tanah yang rata. Kebanyakan tanah perkuburan terletak di kawasan yang berhampiran jalan
raya. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan memudahkan roh si mati
menemui jalan pulang.
Upacara pengebumian
Selain itu tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Terdapat beberapa hiasan yang cantik
samada daripada ukiran, warna, atau bentuk. Ukiran ini sebagai melambangkan kekayaan si mati
ketika hidup. Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang
kemewahan. Ini bermakna si mati layak menikmati kemewahan selepas mati seperti ketika hidup.
Oleh itu tidak hairanlah masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli
keluarga yang meninggal dunia.
Selepas Kematian
Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai beberapa hari
sehinggalah hari perkabungan tamat. Setelah itu barulah pakaian warna lain boleh dipakai.
Bagaimanapun bagi isteri yang kematian suami atau suami yang kematian isteri akan terus memakai
baju tersebut lebih lama sebagai berkabung.
























Adat Perkahwinan Masyarakat Cina
Pengenalan

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar
dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan
melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang
lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya.
Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit
iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu
perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan
masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat
merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Merisik

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu
mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini
penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa
kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal
dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan
tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat
penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah
keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang
latar belakang keluarga dan asal keturunan.

Meminang

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat
meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi
membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula
akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam
jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana
bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada
kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk
menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling
mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

Bertunang

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan
bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh
tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada
waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami
kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk
menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . cincin
disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi
membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-
sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah
nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula
akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik
akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada
sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik
membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa
yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan
perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-
adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada
hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di
antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai.
Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin
perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin,
keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan
pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin
tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

Majlis Perkahwinan

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang
dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di
kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan
ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain
sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki
dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat
daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai
aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang
memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan
kematian dan kesedihan.

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah
pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh
pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang
telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa
bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan
sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin
akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara
meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang
mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin
terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada
saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah
kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan.
Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-
tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada
masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga
kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan
menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang
saksi.

Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya
menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja,
terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.






Penyapu tersebut akan dipukul and dipijat seumpama untuk mengeluarkan semangat yang tidak
diingini itu.

Nombor
Nombor memainkan peranan yang kedua penting selepas makanan dalam budaya kaum Cina. Ia
sunggguh penting sehingga digunakan untuk menafsir nasib seperti menghasilkan nama seseorang
bayi. Oleh demikian itu adanya nombor yang dipercayai boleh membawa tuah dan ada yang tidak.
Sebagai contoh, nombor 8 adalah paling digemari oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa
Kantonis dan Mandarin bererti tuah.

Nombor 4 pula melambangkan kematian oleh itu ia jarang digunakan sebagai nombor plat kereta,
alamat dan lain-lain. Nombor-nombor lain yang dielakkan kegunaan secara umum adalah 7 dan 1
kerana mereka melambangkan kematian dan kesunyian masing-masing.

Misai dan Janggut
Sesiapa yang gemar menyimpan misaim ataupun janggut boleh dikatakan membawa kecelakaan ke
atas si kerluaga and saudara mara lelaki itu. Walaupun terdapatnya wira-wira dan dewa dewa Cina
yang memilikinya pada zaman dahulu, ia masih di percayai tidak akan membawa tuah kepadanya.
Seorang yang memiliki misai ataupun janggut akan di kategorikan sebagai
pekerja buruh atau pekerja bawahan, kerana ia tidak mempunyai masa untuk bercukur, justeru itu
dikaitkan dengan kelas bawahan.


Kuku jari kaki dan tangan
Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan mengalu-
alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat. Sisa sisa kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di
tempat yang tersembunyi, kerana mengikut adat, ia boleh digunakan untuk menjatuhkan umpahan
terhadap pemilik kuku itu.





Airmata anjing
Adalah dipercayai, anjing berkebolehan melihat mahluk ghaib dan akan menyalak apabila
terserempak dengannya. Jikalau anjing itu menyalak tidak terhenti-henti, bererti satu kematian akan
terlangsung tidak lama lagi. Mengikut kepercayan orang Cina, airmata dari seekor anjing jika
disapukan di atas mata seseorang, akan memperolehi keupayaan untuk melihat ke dalam alam roh-
roh, terutama roh nenek moyang. Seorang perantara biasanya akan menyapu airmata anjing keatas
mata tersebut untuk melihat ke dalam dunia ghaib itu.
Ada yang percaya bahawa sesiapa yang melakukannya dengan sesuka hati, mereka akan ditimpa
kematian.


Lain-lain kepercayaan dan pantang larang.
- Mimpi tentang salji ataupun gigi bererti kematian mungkin tertimpa ke atas ibu
atau ayahnya
- Jikalau terdengar bunyi burung gagak diantara jam 3 dan 7 pagi bererti
seseorang itu akan mendapati hadiah. Hujan dan ribut akan menjelang
sekiranya terdengar bunyi burung itu di antara 7 pagi dan 11 pagi dan diantara
11 pagi dan 1 petang, satu pergaduhan akan berlaku.
- Yarrow, iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan dan cangkerang kura-kura dianggap
sebagai benda pembawa tuah.










PSK:PERAYAAN KAUM CINA:HARI CAP GOH MEI
HARI CAP GOH MEI
Hari Cap Goh Mei merupakan kemuncak bagi sambutan Tahun Baru Cina iaitu pada hari ke-15 pada
masa bulan purnama . Pada hari itu , semua ahli keluarga akan berkumpul lagi untuk makan malam
bersama . Juga diadakan pemujaan terhadap roh nenek moyang mereka . Rumah-rumah dihiasi
indah dengan tanglong-tanglong . Setengah-setengah keluarga orang-orang Cina akan mengadakan
upacara tertentu mengikut tradisi atau sesuatu acara baru yang diwujudkan oleh mereka mengikut
suasana dan cara hidup mereka . Misalnya , pada malam Cap Goh Mei itu , anak-anak gadis keluar
membuangkan buah-buah limau ke dalam laut atau sungai sambil memohon sesuatu yang dihajati
oleh mereka

PSK:PERAYAAN KAUM CINA:PERAYAAN CHENG BENG
PERAYAAN CHENG BENG
Ia merupakan perayaan kepercayaan tentang menghormati roh-roh orang yang mati . Perayaan ini
diadakan setiap tahun dengan membawa persembahan - persembahan di tanah - tanah perkuburan
. Perayaan ini bermula dengan membersihkan tanah - tanah perkuburan saudara mara atau datuk
nenek mereka . Tulisan - tulisan yang terdapat pada batu batu nisan kubur - kubur tersebut
dibersihkan , malah , dicat lagi dengan warna merah atau warna emas . Kemudian , makanan , wang
yang dibuat khas daripada kertas (paper money) dipersembahkan di samping acara - acara memuja
roh . Kertas-kertas acara menyembah dibakar dan arak dituang di atas kubur - kubur tersebut .
Orang - orang Cina percaya bahawa kertas - kertas itu akan bertukar menjadi duit di alam roh
mereka . Dengan itu , akan menyenangkan kehidupan roh - roh nenek moyang mereka . Akhir sekali
makanan yang dibawa tadi , dibungkus kembali dan dibawa pulang untuk dimakan.











JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA



Mahjong
Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong
membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung
kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia,
mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.
Go

Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wiq di
dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai
undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.








Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi
berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu
ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4
selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di
dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang
panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan
"istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Yo-yo Cina

Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang
dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat
pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-
yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386
hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya
mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang
menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya
mengimbangi kelajuan yo-yo.





Makanan lain masyarakat cina

man tou/pau

Kuih man tou dikenali juga dengan nama kuih pau. Kuih man tou ialah sejenis kuih berinti.
Intinya boleh dibuat daripada kelapa, kacang, atau kaya. Kuih ini tidak hanya terkenal di kalangan
kaum Cina, malah semua kaum.

yong tau foo


Yong tau foo adalah masakan sup China dengan asal-usul Hakka. Umumnya dijumpai di
China, Singapura, Thailand dan Malaysia. Yong tau foo dasarnya sup pati jelas mengandungi
pelbagai pilihan item makanan termasuk bola ikan, crab stick, bittergourds, sotong, salad, jari
wanita, serta cabe dan berbagai bentuk produk segar, makanan laut dan daging yang umum di
China. Di Malaysia, ramai penjual Melayu menjual yong tau foo di pasar malam. Ini tidak
menghairankan kerana makanan asal Cina ini sudah popular dalam kalangan pelbagai kaum di
Malaysia.

Tau fu fa

Tau fu fa iaitu hidangan masyarakat Tionghua. Kalau pergi ke pasar malam atau ke bazar
ramadhan, sering kali kita akan terjumpa penjaja yang menjual tau fu fa. Tau fu fa adalah tauhu
lembut, seperti puding. Terdapat pelbagai cara hidangan mengikut budaya sesebuah masyarakat,
ada yang menghidangkannya pedas, ada yang dengan kicap soya, ada yang manis, bersantan dan
sebagainya. Di negara kita tau fu fa dihidangkan bersama sirap air gula putih atau air gula perang
(gula merah). Produk manisan pencuci mulut ini digemari masyarakat berbilang kaum di negara
Malaysia


Peng Bing

Ia merupakan kuih tradisional bagi masyarakat lama dahulu. Big Thumb bakery telah
memperbaharui dan mengubah bentuk dan rasanya seperti yang kita lihat di atas. Rupanya yang
berlainan tapi rasa tetap yang sama. Peng Bing diperbaharui tetapi masih menggunakan tepung yang
sama cuma intinya lebih sedap lagi.


Guang Bing (Kom Pia)
Di ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering untuk askarnya
yang dibawa bersama-sama semasa peperangan Anti-Japanese di negara China. Rasanya seperti
French Bread tetapi ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan yang
popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di letakkan inti untuk
menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup bersama dengan rebusan
atau sup daging yang beserta dengan herba.


Ding Bian Hu

Ia merupakan sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau
lewat malam. Masyarakat Cina menjadikannya sebagai ganti bubur nasi dan ia dikenali bubur
kulat. Masyarakat Cina percaya bahawa bubur ini sangat berkhasiat untuk membuang panas yang
ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga

Makanan tradisi masyarakat cina (Kuih bulan)



Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan
Musim Luruh. Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara
Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang-
undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang
dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming,
bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam, semasa bulan sedang mengambang, mereka
membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.
Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk
memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini
di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan
Pertengahan Musim Luruh.
Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau
kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahnya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan
Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan
tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci
oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Keistimewaan kuih bulan ini terus mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia
kerana kuih ini boleh didapati pada bila-bila masa kerana kuih ini telah menjadi satu produk atau
keluaran pengusaha kedai kuih dan kek. Dengan keenakan dan bentuk kuih ini yang menarik,
masyarakat Malaysia dapat menikmati kuih ini tanpa mengira kaum dan pegangan agama. Hal ini
seterusnya dapat membantu untuk menjalinkan toleransi dan perpaduan sesama masyarakat
Malaysia itu sendiri amnya.
Makanan tradisi masyarakat cina (Char Kway Teow)



Char Kway Teow merupakan mee yang sangat popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada mee
beras yang leper, digoreng dengan haba yang tinggi dengan sos kacang hitam, cili, udang,
kerang, telur, dan kacang taruk. Kadang- kala beberapa keping daripada Chinese sausage dan
kek ikan dimasukkan. Ia digoreng di dalam lemak babi di mana akan membawa rasa yang unit
dan sedap semasa dimakan . "Char Kway Teow" merupakan terjemahan mengikut dari Bahasa
Cina "", berkenaan sesuatu yang diucapkan oleh Min Nan di mana merupakan bahasa
variasi dari Bahasa Cina. Dengan betulnya, "" disebut dalam chha2-koe2-tiau5? di Min
Nan, dan cho gutio? di Mandarin.


Char kway teow terdiri beberapa jenis daripada beberapa kawasan. Antara yang sangat terkenal
ialah Penang Char Koay Teow. Penang Char Koay Teow ialah Char Koay Teow yang biasanya
didapati di Pulau Pinang. Versi dari penang char kuay teow ialah kadang-kala dicampurkan
dengan telur itik( untuk kesedapan) dan daging ketam( untuk kemanisan). Satu evolusi Char
Koay Teow ialah digoreng dengan tiada minyak babi. Impak evolusi ini telah mewujudkan
pertumbuhan populasi char kway teow di kalangan masyarakat muslim dan semua masyarakat
di Malaysia. Oleh yang demikian, semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan
bangsa dapat menikmati hidangan char keow teow ini. Impak besar daripada situasi ini dapat
mewujudkan perpaduan dan toleransi di dalam masyarakat Malaysia itu sendiri




MASYARAKAT CINA

Masyarakat Cina di Malaysia juga kaya dengan warisan kesenian budayanya yang tersendiri.
Begitu juga dengan muzik, alat muzik dan tariannya.Warisan muzik masyarakat cina yang paling
dikenali ialah muzik Guangdong. Muzik Guangdong sebenarnya berasal dan bermula dari Selatan
China pada abad ke 20. Pada peringkat awal, muzik Guangdong dimainkan sebagai iringan muzik
dalam Opera Yue. Kemudian, secara beransur-ansur muzik Guangdong telah menjadi popular
bukan sahaja di seluruh China bahkan juga sangat diminati oleh para perantau China di seberang
laut.




Selain itu, alat-alat muzik tradisional masyarakat cina yang digunakan juga sangat menarik
sehinggakan dimainkan dalam okestra. Antara alat muzik tradisional masyarakat cina ialah pipa,
yangqin, guzheng,erh hu dan seruling cina (zhudi).








pi pa




guzheng


erh hu


yangqin


zhudi

Warisan seni tari masyarakat cina pula ditonjolkan terutamanya semasa sambutan tahun baru
cina. Tarian yang sering dipersembahkan ialah tarian singa dan tarian naga. Malah terdapat satu
lagi seni tari yang popular yang asalnya ditarikan oleh 2 lelaki dan 7 orang wanita. Namun, setelah
beberapa ketika tarian ini banyak ditarikan oleh golongan wanita sahaja dalam majlis-majlis
perayaan. Tarian-tarian tradisional ini juga semakin popular sehingga dipertandingkan sehingga
peringkat antarabangsa.

2. Tarian kipas

Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2
lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam
masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat
keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat
cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu
pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis
tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik
kepada seluruh anggota masyarakat.

1. Tarian naga

Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.Sepertilah
tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.Orang Cina selalu
menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik.

Pada fikiran orang cina,naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan.Naga mewakili
kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah.
Oleh sebab itu,sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau
memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa,bahkan ketika ada bencana alam atau
bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat
berkat dari syurga.

You might also like