You are on page 1of 5

SK BANDAR BARU SERI PETALING 1

JALAN WAN SENDARI


57000 KUALA LUMPUR



27 Jan 2014
Kepada:
YBhg. Tuan Hj.Ahmad Bin Adnan
Naib Presiden Dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Pelajaran MARA,
Aras 17, Menara MARA
No 232 Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
(U/P : Encik Mohammad Isa bin Chik)
Ketua Seksyen Transformasi Kecemerlangan Pelajar
Yayasan Pelajaran MARA.

Tuan,
MOHON MENGADAKAN PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH
RENDAH (UPSR)- ANJURAN YAYASAN PELAJARAN MARA DI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU
SERI PETALING 1.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Unit Kaunseling Dan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan
Bandar Baru Seri Petaling 1, Kuala Lumpur amat-amat memerlukan bantuan bagi mengadakan
program motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah ini terutama pelajar tahun 6 yang akan menduduki
peperiksaan tidak lama lagi.

3. Jesteru, pihak Sekolah amat berharap agar pihak Yayasan Pelajaran MARA , dapat membantu
pelajar-pelajar ini dalam memastikan pelajar ini cemerlang dalam akademik, sahsiah dan agama.

Maklumat program adalah seperti berikut :
Tarikh Cadangan : 26 Febuari 2014
Hari : Rabu
Tempat : Dewan SK Bandar Baru Seri Petaling 1
Sasaran : Pelajar tahun 5 dan 6 ( 120 orang)

4. Guru yang akan berurusan ialah Pn.Rozimah bt Abu Nawar dan boleh dihubungi di talian 017-
9270767.

Kerjasama dan sokongan pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah.



SK BANDAR BARU SERI PETALING 1
JALAN WAN SENDARI
57000 KUALA LUMPUR.

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
(YAYASAN PELAJARAN MARA)

MENGILAP POTENSI MENGECAP PRESTASI

1. RASIONAL

Kecemerlangan di dalam peperiksaan perdana memberikan ruang dan tempat yang
lebih baik untuk peringkat seterusnya. Kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah(UPSR) bakal menentukan posisi yang lebih baik bagi masa depan pelajar. Program
Kecemerlangan Pendidikan ini dianjurkan kea rah meningkatkan daya juang pelajar dari
aspek mental, fizikal dan spiritual dalam mencapai kejayaan cemerlang. Semangat,
keyakinan, usaha dan doa intensif menjadi senjata dan peluru berharga pelajar apabila
berada di medan peperiksaan.

2. OBJEKTIF

Menyuntik semangat motivasi kea rah pencapaian keputusan cemerlang.
Mendedahkan pelajar dengan teknik-teknik belajar yang berkesan.
Mendedahkan pelajar kepada teknik-teknik menghadapi peperiksaan.
Meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksaan.

3. SASARAN

Pelajar tahun 5 dan 6 120 orang

4. Tarikh Cadangan Program
- 26 Febuari 2014
Hari - Rabu
Masa - 8.00 pagi 1.00 tengah hari.
Tempat - Dewan SK Bandar Baru Seri Petaling 1.

5. Perbelanjaan Program Kecemerlangan :
(Unit Bimbingan dan Kaunseling)

1. Cenderahati Penceramah - 2 orang RM 100.00
2. Bahan Program RM100.00

JUMLAH RM200.00

6. Sumber Kewangan Unit Bimbingan dan Kaunseling


7. TENTATIF PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN.
(MENGGILAP POTENSI MENGECAP PRESTASI)

8.00 Pagi Pendaftaran
8.30 Pagi Slot 1
MEMBINA MATLAMAT DALAM KEHIDUPAN SEBAGAI REMAJA
10.00 Pagi Majlis Perasmian Program Kecemerlangan Pendidikan Yayasan Pelajaran
MARA oleh : Pegawai Yayasa Pelajaran MARA.
10.30 Pagi Rehat
11.00 Pagi Slot 2
TEKNIK BELAJAR POWER
12.00 Tgh Slot 3
MENGEJAR IMPIAN DAN HARAPAN
1.00 Tgh Bersurai

Disediakan oleh : Disemak oleh :

..
(ROZIMAH BT ABU NAWAR)
Guru B&K
SK BB SP 1

Disahkan oleh :

..
(TN.HJ NORDIN BIN YAMAN)
Guru Besar,
SK Bandar Baru Seri Petaling 1
Jalan Wan Sendari
57000 Kuala lumpur.


SK BANDAR BARU SERI PETALING 1
JALAN WAN SENDARI
57000 KUALA LUMPUR.

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
(YAYASAN PELAJARAN MARA)

MENGILAP POTENSI MENGECAP PRESTASI

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA PROGRAM



PENGERUSI
Tn.Hj Nordin bin Yaman
(Guru Besar SK BB SP 1)

NAIB PENGERUSI
Pn.Ng Bee Chu GPK Tadbir & Kurikulum
Pn.Zunaini bt Hussin GPK HEM
En.Abd Karim bin A.Ghafar GPK koko
Pn.Shamshinar bt M.Darus GPK PPki

PENYELARAS PROGRAM
Pn.Rozimah bt Abu Nawar

P.A.SISTEM
En.Russani bin Muaram
En.Noor Hisyam bin Mohd Nor

DISIPLIN
En.Mohd Hanis bin Hamdan
Pn.Norisa bt Harun
Pn.Azizah bt Zakaria

JURU GAMBAR
En.Anas Amzar bin Ismail

DOKUMENTASI
Pn.Rozimah bt Abu Nawar
Pn.Nik Marita bt Dollah



SK BANDAR BARU SERI PETALING 1
JALAN WAN SENDARI
57000 KUALA LUMPUR





MENGGILAP POTENSI
MENGECAP PRESTASI

TARIKH : 26 FEB 2014
HARI : RABU
MASA : 8.00 PG 1.00TGH
TEMPAT : DEWAN SK BB SP 1

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
KECEMERLANGAN TAHUN ENAM

You might also like