You are on page 1of 2

LATIHAN PERIBAHASA : ____

21. Sungguhpun Amran begitu pendiam, namun dia


sebenarnya bijak, tidak seperti Harun yang banyak
bercakap tetapi bodoh. Situasi ini ibarat
A berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak.
B kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
C ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni.
D diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.

22. Sungguhpun zaman telah berubah, namun adat Melayu
masih tetap diamalkan.Keadaan ini ibarat
A nasi sudah menjadi bubur.
B menanti kucing betanduk.
C tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
D tidur tak lena mandi tak basah.

23. Sudah berkali-kali Mak Biah menasihati anaknya supaya
jangan terlibat dengan lumba haram. Namun segala
nasihatnya itu tidak dipedulikan oleh anaknya. Keadaan
ini dikatakan
A seperti mencurah air ke daun keladi
B seperti pahat dengan penukul.
C bagai kacang lupakan kulit.
D bagai si buta kehilangan tongkat.

24. Ketua kampung mengambil sikap berhati-hati dalam
menyelesaikan masalah yang melanda kampungnya. Dia
tidak mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Perbuatan ini ibarat
A sarang tebuan jangan dijolok.
B menarik rambut di dalam tepung.
C ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
D di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

25. Kehidupan masyarakat kampung sangat rapat. Mereka
sentiasa bekerjasama dalam setiap perkara. Perbuatan
ini dikatakan
A bagai pinang dibelah dua.
B seperti ikan pulang ke lubuk.
C bagai bumi dengan langit.
D seperti aur dengan tebing.

26. Encik Badri tiba-tiba menjadi tidak tentu arah dan
kebingungan sebaik sahaja mendengar khabar anaknya
meninggal dunia. Keadaan ini dikatakan
A gegak seperti hendak roboh.
B bagai kucing kehilangan anak.
C seperti cacing kepanasan.
D seperti anak ayam kehilangan ibu.

27. Amin sentiasa berhati-hati dan
senangmelakukan sesuatu pekerjaan mengikut
kemampuannya sendiri. Perbuatan ini umpama
A ukur baju di badan sendiri.
B untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
C tak mungkin pisang berbuah dua kali.
D ulat di dalam batu pun boleh hidup

28. Segala usaha yang dijalankan oleh seseorang
dengan rajin tanpa mengharapkan bantuan
orang lain akan membuahkan hasil yang
membanggakan. Situasi ini umpama
A ayam bertelur di atas pagar.
B asal ditugal, adalah benih.
C batu direbus, masakan empuk.
D belah dada, lihatlah hati.

29. Tidak hairanlah Azmie mengikut jejak langkah
bapanya menjadi seorang peguam. Keadaan ini
dikatakan
A bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
B alah sabung, menang sorak.
C ada gula, adalah semut.
D alang-alang mandi biar basah.

30. Amin dan adiknya sentiasa berselisih faham,
namun keadaan ini tidak pernah berlarutan.
Mereka akan berbaik semula. Situasi ini ibarat
A air digenggam tiada tiris.
B air pun ada pasang surutnya.
C air dicincang tidak akan putus.
D air besar, sampan tak hanyut.

31. Penduduk Kampung Damai sentiasa bantu-
membantu ketika mengadakan sebarang majlis
keramaian di kampung itu. Perbuatan ini ibarat
A berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
B hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah.
C buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
D berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

32. Setelah mengecapi kehidupan serba mewah,
Shamsul tidak mahu lagi berkawan dengan
kawan-kawan lama nya kerana dia takut mereka
hendakmenumpang kesenangannya. Situasi ini
ibarat
A makin murah, makin menawar.
B jangan dibawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak.
LATIHAN PERIBAHASA : ____

C murah di mulut, mahal di timbangan.
D langit yang tinggi hendakditampar, bumi yang dipijak tidak
dapat dicapai.

33. Belindra yang membuat kerja tangan itu, tetapi Anita pula
yang dipuji.Situasi ini ibarat
A bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
B masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
C lain lubuk, lain kainnya.
D lembu punya susu, sapi dapat nama.

34. Kami tidak tahan mendengar cerita Mak Cik Yam yang
sememangnya suka banyak bercakap.
A seperti murai tercabut ekor.
B bagai isi dengan kuku.
C seperti lipas kudung.
D seperti anjing dengan kucing.

35. Kerosakan mesin itu hanya dapat dibaiki oleh Zainuddin
kerana dia lebih tahu komponen-komponen di dalam
mesin tersebut. Inilah yangdikatakan
A indah khbar dari rupa
B makin murah makin menawar
C biar titik jangan tumpah
D jauhari juga yang mengenal manikam

36. Zainal bernasib baik setelah bertukar kerana majikan
barunya langsung tidak membayar gajinya, sama
seperti majikan lamanya.
Kehidupan Zainal diibaratkan sebagai
A sudah jatuh ditimpa tangga
B berkerat rotan berpatah arang
D layang-layang putus tali

37. Setelah menjadi kaya-raya, dia tidak lagi
menghiraukan kawan-kawannya yang banyak
menolongnya ketika dia susah. Sikap itu umpama
A kera mendapat bunga
B sudah terhantuk baru tergadah
C burung terbang dipipiskan lada
D kacang lupakan kulit

38. Gadis itu sentiasa menjadi perhatian anak-anak
muda di kampung ini kerana kecantikannya yang
tiada tolok bandingannya.
Kecantikan gadis itu ibarat
A Belanda minta tanah
B hujan jatuh ke pasir
C bulan di pagar bintang
D pungguk rindukan bulan

39. Encik Wong telah berjanji untuk memberi anak
buahnya ganjaran setelah mendapat projek itu
tetapi dia sendiri tidak berusaha untuk
melaksanakan janji itu.
Perbuatan itu ibarat
A biar putih tulang jangan putih mata
B menanam tebu di bibir
C nasi sudah menjadi bubur
D ular kena palu

40. Dia sentiasa kelihatan gelisah tadi. Dia seperti
A rusa masuk kampung
B api dalam sekam
C buang yang keruh, ambil yang jernih
D cacing kepanasan
C lempar batu sembunyi tangan

You might also like