You are on page 1of 8

P PE EP PE ER RI IK KS SA AA AN N S SE EK KO OL LA AH H K KE ED DU UA A T TA AH HU UN N 2 20 00 09 9

T TI IN NG GK KA AT TA AN N 6 6 A AT TA AS S


S SI IJ JI IL L T TI IN NG GG GI I P PE ER RS SE EK KO OL LA AH HA AN N M MA AL LA AY YS SI IA A





PENGAJIAN AM

KERTAS 2

3 Jam



Arahan Kepada Calon :

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D, dan E, dan
dua soalan dalam Bahagian C.
Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]




NOTA:
Bersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf. Jika tidak, sila
minta daripada pengawas peperiksaan.




________________________________________________________________________
S SE EK KO OL LA AH H M ME EN NE EN NG GA AH H K KE EB BA AN NG GS SA AA AN N
S ST T. . J JO OS SE EP PH H, , K KU UC CH HI IN NG G
[Lihat sebelah
SULIT

1
BAHAGIAN A


Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara
250 hingga 300 patah kata. [25]



1. Masalah buli di sekolah-sekolah semakin membimbangkan. Usaha-usaha yang
berkesan perlu dilakukan untuk membendung masalah ini sebelum masalah
tersebut menjadi semakin parah. Bincangkan.



2. Urbanisasi merupakan satu proses pembangunan baik daripada segi fizikal
mahupun ekonomi. Selain daripada itu proses ini juga membawa pelbagai impak
sosial. Bincangkan kesan-kesan daripada proses urbanisasi ini di negara kita.



BAHAGIAN B


Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara
250 hingga 300 patah kata. [25]



3. Penjualan produk kesihatan untuk tujuan penjagaan kecantikan dan kesihatan
semakin mendapat sambutan ekoran sikap masyarakat yang semakin
mementingkan aspek tersebut. Namun, tidak semua produk yang ada di pasaran
mendatangkan kebaikan kepada pengguna. Bincangkan.



4. Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2008 mengingatkan kepada
satu lagi tragedi serupa iaitu Highland Tower pada 1993. Kedua-dua peristiwa ini
berkait rapat dengan pembangunan tanah tinggi. Kawasan tanah tinggi
mempunyai sifat tanah yang curam dan lapisan tanah yang nipis sering menerima
kesan aktiviti pembangunan yang tidak sesuai dengan keadaan ekosistemnya.
Bincangkan risiko pembangunan di kawasan tanah tinggi.





[Lihat sebelah
SULIT

2
BAHAGIAN C


Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada Soalan 5(a) atau 5(b) dan satu
daripada Soalan 6(a) atau 6(b) [20]

5 (a) Kita berharap agar kafe siber yang mempunyai kemudahan internet ini
digunakan untuk mencari maklumat, membuat penyelidikan dan berkomunikasi
dengan rakan-rakan siber dari seluruh dunia. Tegasnya, kemudahan tersebut
digunakan untuk hal-hal yang positif. Oleh sebab itu, pengawalseliaan adalah
penting terutama oleh pengusaha kafe siber

(dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Masyarakat, Julai 1999)

(i) Nyatakan kemudahan yang disediakan oleh kafe siber.

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan
kesan-kesan negatif kafe siber?



ATAU


5 (b) .Alam remaja dari segi psikologi adalah di peringkat yang agak kompleks
kerana di peringkat umur sebegini mereka perlu menangani dan mengurus
perubahan demi perubahan. Mereka perlu menangani perubahan emosi,
perubahan pada kebolehan kognitif, tanggapan pada diri sendiri, krisis identiti dan
mengalami konflik autonomi dan bersandar, dan keraguan bagi memulakan
perkara-perkara baru dalam hidup

(Dewan Siswa, Mac 2005 )

(i) Apakah yang anda faham tentang alam remaja yang dianggap sebagai alam
yang kompleks?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan
langkah-langkah mengatasi masalah pelajar yang juga masih dalam alam
remaja.






[Lihat sebelah
SULIT

3
6 (a) ................Di beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang masih
mempunyai hutan bakau dan paya nipah, kesan bencana tsunami yang diterima
amat minimum berbanding dengan tempat lain. Malangnya, hutan bakau dan paya
nipah yang merupakan benteng penahan ombak semula jadi sudah lama
dimusnahkan.

(Dewan Masyarakat, Mac 2005)


(i) Apakah fungsi hutan paya bakau dalam menangani kesan bencana di pinggir
pantai?


(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan
bagaimana langkah-langkah boleh diambil bagi melindungi hutan bakau.





ATAU



6 b) Kita sering diberi pilihan sama ada mahu mengekalkan flora dan fauna ataupun
menikmati pertambahan kemudahan infrastruktur. Malangnya, kebanyakan kita
mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita korbankan flora dan
fauna di sekeliling bagi memberikan laluan kepada proses pembangunan

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Estidotmy, Februari 2006)


(i) Mengapakah pilihan kebanyakan orang adalah untuk mengorbankan flora dan
fauna?


(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan
punca-punca kepupusan flora dan fauna.








[Lihat sebelah
SULIT

4
BAHAGIAN D


Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[15]

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta
yang sesuai bagi menunjukkan perbandingan hasil cukai tidak langsung bagi tahun 2006
dan 2008.

Kerajaan memperoleh hasil daripada beberapa sumber, antaranya termasuklah
cukai langsung, cukai tidak langsung dan hasil bukan cukai. Kerajaan memperoleh hasil
yang agak banyak, iaitu berjumlah RM83 515 juta pada tahun 2006 dan meningkat
menjadi RM100 595 juta dua tahun kemudian. Peningkatan ini antaranya disebabkan oleh
pertambahan hasil cukai tidak langsung yang meningkat sebanyak RM3 341 juta dan
menjadikan hasil cukai tidak langsung pada tahun 2008 berjumlah RM31 851 juta.

Seperti cukai jualan, cukai perkhidmatan juga merupakan komponen cukai tidak
langsung yang diwujudkan pada tahun 1980. Hasil daripada cukai perkhidmatan semakin
meningkat, iaitu daripada RM3 214 juta pada tahun 2006 bertambah kepada RM3 642
pada tahun 2008 atau meningkat sebanyak 13.32 peratus.

Cukai jualan yang diwujudkan pada tahun 1980 merupakan penyumbang terbesar
hasil cukai tidak langsung. Pada tahun 2006, sebanyak RM10 244 juta diperoleh daripada
hasil kutipan cukai ini dan nilai ini meningkat kepada RM11 422 juta dua tahun
kemudian.

Manakala bagi duti dan cukai rokok mengalami sedikit peningkatan, iaitu
daripada RM4 669 juta pada tahun 2006 meningkat sebanyak RM752 juta pada tahun
2008. Sumber penting lain dalam hasil cukai tidak langsung adalah cukai eksais. Pada
tahun 2006 sebanyak 20.15 peratus daripada jumlah cukai tidak langsung diperoleh
daripada cukai eksais.Sumbangan cukai eksais pada tahun 2008 hanya meningkat
sebanyak 0.11 peratus dan menjadikan cukai eksais pada tahun berkenaan berjumlah
RM6 452 juta.

Duti eksport merupakan satu-satunya cukai tidak langsung yang mengalami
kemerosotan. Hasil daripada duti eksport telah merosot sebanyak RM10 juta pada tahun
2006. sumber ini hanya memberikan sumbangan sebanyak RM 1793 juta pada tahun
2008. Hasil cukai tidak langsung yang selebihnya adalah daripada cukai-cukai lain.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku
Perangkaan Malaysia 2008, Kementerian Kewangan Malaysia)



[Lihat sebelah
SULIT

5
8. Berdasarkan maklumat di bawah, sediakan sebuah graf garis yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah mangsa keganasan rumah tangga mengikut jenis pekerjaan dari
tahun 2004 hingga tahun 2007.

Lazimnya orang yang sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga ialah
wanita. Mereka yang menjadi mangsa tidak mengira sama ada mereka berpendidikan
tinggi mahupun yang tidak berpendidikan tinggi. Terdapat perkembangan yang baik
apabila berlaku penurunan jumlah kes dari tahun 2004 hingga tahun 2007, iaitu daripada
6768 kes kepada 5855 kes, iaitu penurunan sebanyak 13.49%.
Suri rumah merupakan golongan yang paling banyak menjadi mangsa. Pada tahun
2004, terdapat sebanyak 2198 kes tetapi terus menurun kepada 1935 kes pada tahun 2005
dan 1765 kes pada tahun 2006. Manakala pada tahun 2007, mangsa daripada golongan ini
ialah sebanyak 27.63% atau 1618 kes.
Pada tahun 2004, mangsa keganasan di kalangan isteri yang bekerja sendiri
seperti berniaga menunjukkan sekitar 25.61% kes keganasan rumah tangga. Berbanding
isteri yang bekerja di sektor swasta yang berjumlah 1651 kes, keganasan terhadap isteri
yang bekerja sendiri adalah lebih sebanyak 82 kes. Keganasan yang melibatkan wanita
kaki tangan kerajaan hanya berjumlah 311 kes, iaitu kurang 373 kes berbanding mereka
yang bekerjaya sebagai pekerja kilang dan buruh. Manakala selebihnya ialah mangsa
daripada profesion lain yang berjumlah 191 kes.
Pada tahun 2005, bilangan kes dalam kalangan wanita yang berkerjaya sendiri
ialah sebanyak 1811 kes, sementara bagi wanita yang berkerjaya swasta berkurang
sebanyak 107 kes berbanding tahun sebelumnya. Bagi wanita kaki tangan kerajaan serta
pekerja kilang dan buruh masing-masing berjumlah 298 kes dan 582 kes. Fenomena ini
agak membimbangkan kerana terdapat peningkatan mangsa daripada profesion lain
berlaku pertambahan kepada 237 kes, walaupun tempoh selepas itu menunjukkan
penurunan . misalnya pada tahun 2006, jumlahnya 208 kes sebelum turun sebanyak 16
kes pada tahun 2007.
Seterusnya pada tahun 2006, mangsa dalam kalangan wanita berkerjaya sendiri
menunjukkan data kedua tinggi, iaitu berjumlah 1709 kes. Manakala mangsa keganasan
yang melibatkan wanita berkerjaya swasta agak membimbangkan. Hal ini disebabkan
berlaku peningkatan kes dari tahun ke tahun. Pada tahun 2006, jumlahnya bertambah
sebanyak 91 kes berbanding tahun 2005, sebelum meningkat lagi sebanyak 34 kes pada
tempoh selepas itu. Mangsa di kalangan kaki tangan kerajaan pula berjumlah 257 kes
sementara pekerja kilang dan buruh mencatatkan sekitar 7.94% daripada 6055 kes
keseluruhannya.
Pada tahun 2007, daripada sejumlah 5855 kes, wanita yang berkerjaya sendiri
yang menjadi mangsa ialah 1726 kes manakala wanita kaki tangan kerajaan masih kekal
dengan jumlah yang sama seperti tahun sebelumnya. Wanita pekerja kilang dan buruh
pula menunjukkan penurunan 393 kes sementara mangsa keganasan lain ialah 192 kes
sahaja.
Kesimpulannya, masalah keganasan rumah tangga perlu dibendung kerana hal ini
akan mencetuskan pelbagai masalah kepada masyarakat. Oleh itu, sewajarnya semua
pihak memainkan peranan yang penting untuk membendungnya.
(dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, 2004)
[Lihat sebelah
SULIT

6
BAHAGIAN E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15]
9. Berdasarkan carta aliran di bawah ini, bincangkan kos sosial yang harus
ditanggung oleh warga kota kesan daripada proses pembandaran.















































(Sumber : Pertubuhan Bangsa Bersatu, Februari 2003)


Kesesakan lalu
lintas
PEMBANGUNAN
BANDAR
Lalu lintas udara
Perubahan cuaca
Pencemaran udara
Kebocoran sisa
radioaktif
Loji nuklear
Sisa hormon dan
antibiotik
ternakan atau
sisa toksik
pertanian
Ketandusan
tanah dan
hutan
Kehilangan
keindahan alam
Projek
pembangunan dan
perindustrian baru
Masalah
kesihatan
Masalah mental
atau tekanan jiwa
Pencemaran air
Penyalahgunaan
dadah, minum
arak, merokok
Perubahan
norma hidup
Penempatan baru
[Lihat sebelah
SULIT

7
10. berdasarkan jadual di bawah, huraikan pola pengeluaran Malaysia mengikut
komoditi di Malaysia pada tahun 2004 hingga tahun 2006 dan jelaskan sebab-sebab
wujud keadaan sedemikian.


Pengeluaran Malaysia Berdasarkan Jenis Komoditi dari Tahun 2004 hingga 2006

Jenis komoditi 2004
(ribu tan metrik)
2005
(ribu tan metrik)
2006
(ribu tan metrik)
Gas asli cecair 16 450 16 423 16 025
Minyak kelapa sawit mentah 11 842 12 804 12 909
Getah 3 142 3 079 3 143
Padi 1 613.8 1 547 1 589.4
Jumlah 33 047.8 33 853 33 666.4


(dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan
Perangkaan Malaysia 2006)

You might also like