You are on page 1of 5

Sumber sukarelawan

Individu yang pernah mengikuti program sukan pada masa lalu.


Bekas atlit/Ahli sukan/Jurulatih
Ahli-ahli profesional pendidikan jasmani
Guru /Pentadbir sekolah dalam bidang sukan dan permainan
Para pelajar yang sedang mengikuti latihan profesional yang mengikuti kursus
Pendidikan jasmani
Guru pelatih di IPGM
Pelajar universiti
Ibu-bapa, saudara mara dan rakan-rakan yang ingin membantu menjayakn
program sukan.
Pesara kerajaan atau swasta yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan sukan
tanah air.
Suri rumah yang mempunyai masa terluang yang ingin bergiat cergas dalam
aktiviti sukan.
Askar, polis, pegawai atau kakitangan kerajaan dan swasta yang ingin
melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan.
Warganegara yang mempunyai minat yang mendalam dalam perkembangan
dan pembangunan sukan.
Penempatan sukarelawan
Kepimpinan pentadbiran
Sukarelawan boleh berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa kerja ( setiausaha,
bendahari atau sebagai ahli biasa dalam jawatankuasa)
Harus mempunyai kebolehan dan kelulusan untuk memegang jawatan
Hasrat sukarelawan
Sukarelawan harus ditempatkan mengikut minat dan kecenderungan mereka.
Harus membawa faedah dan manfaat kepada sukarelawan dan juga persatuan
sukan.
Perkhidmatan bukan profesional
Menguruskan hal-hal berkaitan dengan pendaftaran, memperoleh dana untuk
persatuan sukan, menyediakan pengangkutan , menguruskan peralatan dan
sebagainya.
Kriteria pemilihan sukarelawan
Keperluan kerja
Sukarelawan yang dipilih mestilah tahu untuk menguruskan dan melakukan
kerja yang diberikan.
Pengawasan dan pemerhatian adalah diperlukan untuk memastikan kerja-kerja
mereka berjalan dengan lancar.
Jangka masa
Ada sukarelawan yang hanya mampu untuk bertugas dalam tempoh masa yang
pendek dan sebaliknya.
Pemilihan sukarelawan mestilah berdasarkan kepada tempoh masa sesuatu
program sukan.
Sikap kerja
mempunyai sikap dan sahsiah diri yang baik agar kejayaan program sukan
dapat dicapai.
Cara bekerja dengan sukarelawan
Buat satu rangka kerja sebagai tugas dan tanggungjawab sukarelawan dalam
bidang sukan (menyediakan senarai tugas).
Memberitahu objektif program sukan kepada mereka.
Menerangkan tentang tugas dan prosedur yang harus dilakukan oleh mereka.
Memberi latihan berkaitan tugas mereka sebelum melakukan tugas yang
sebenarnya.
Beri peluang kepada mereka untuk memberikan serta mengembangkan idea-idea
baru.
Beri ganjaran , galakan dan rangsangan kepada mereka sebagai pengikhtirafan
(sijil penghargaan ataupun surat penghargaan)






















Sumber Kewangan
o Penajaan/ Derma/ Dana Kerajaan
Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi
dan sukan massa.
Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan
negeri, sektor korporat dan individu.
Dalam usaha menggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor swasta dan
individu, kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari
cukai.
Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi pemasaran
aktiviti mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan.
Masalah yang sering dihadapi:
Kekurangan dana untuk kemudahan/ Pembayaran gaji/ Saluran dana dan sumbangan
tidak diuruskan dengan betul/Tiada penajaan
Cabaran
Kemudahan untuk meningkatkan prestasi atlit (gym, stadium, pusat latihan)
Jaminan kepada atlit (insurans, pencen, insentif)
Sekolah sukan
Masyarakat
Pendedahan kepentingan sukan
Semangat kesukanan (sokongan kepada pasukan negara)
Tanggapan negatif terhadap sukan
Mengukuhkan program pembangunan sukan massa bagi membina masyarakat yang
cergas, sihat dan produktif ke arah perpaduan negara.
Memantap program sukan massa agar ianya dapat melibatkan semua lapisan
masyarakat dari semua peringkat akar umbi.








Perancangan
(Planning)
satu aktiviti penetapan matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan
sistematik.
Perancangan yang baik dan berkesan adalah perancangan yang tidak bermasalah dan
mudah untuk dilaksanakan.
Perancangan boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu:
(i) Perancangan Strategik
dirangka bagi memenuhi objektif organisasi
Ianya merangkumi kepada pelan tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada
kepentingan kewujudan organisasi tersebut.
Ianya juga dikenali Master plan
(ii) Perancangan Operasi
dirangka secara terperinci dan digunakan untuk bagi melaksanakan plan strategik.
Perancangan operasi boleh dibahagikan kepada dua aspek:
(iii) Perancangan Jangka panjang dan Jangka Pendek
rancangan yang melibatkan tempoh masa.
ditentukan oleh perancang berdasarkan objektif ingin yang dicapai.
Tiada tempoh masa yang spesifik ianya boleh jadi satu tahun atau pun kurang.
(iv) Perancangan Berfungsi
perancangan untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan untuk dicapai.
Perancangan jenis bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara rancangan-rancangan lain
yang telah sedia ada.
Sebagai contoh perancangan jenis ini adalah seperti:
Perancangan sumber manusia
Perancangan kewangan
Perancangan program pembangunan atlet sekolah
Perancangan program pembangunan atlet sekolah
memerlukan kewangan
sumber manusia Jadi setiap perancangan ini boleh dilihat mempunyai perkaitan di
antara satu sama lain bagi tujuan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Langkah-langkah dalam Melaksanakan Perancangan
(a) Memikirkan idea yang baik
(b) Memilih idea yang terbaik
(c) Mengenal pasti sumber yang boleh menyumbangkan kepada idea anda
(d) Menjalankan kajian yang terperinci dan mengumpul maklumat penting
(e) Menyemak semula semua idea dan pelan alternatif yang ada dan boleh diguna pakai
(f) Mencari dan memilih kaedah yang terbaik untuk memulakan tindakan perancangan
(g) Menentukan tempoh masa yang perlu dicapai
(h) Kenal pasti masalah yang bakal dihadapi terlebih dahulu
(i) Menentukan struktur organisasi
(j) Menyediakan garis panduan yang boleh diguna pakai sebagai contoh ketika ingin
membuat sebarang keputusan penting panduan ini boleh digunakan
(k) Memikirkan kaedah pemantauan dan pengawalan yang terbaik
(l) Memastikan rancangan ini bertulis (Blueprint) dan sebaiknya dibukukan untuk panduan
mereka yang terlibat
(m) Melaksanakan rancangan ini
(n) menilai akan keberkesanan setiap perancangan yang dibuat bagi membantu memberikan
gambaran keberkesanan dan permasalahan yang dihadapi untuk tujuan pembaikan dan
rujukan di masa hadapan

Faedah Perancangan
(a) Membantu memberikan hala tuju kepada mereka yang terlibat
(b) Membantu organisasi menentukan masa hadapannya
(c) Membantu organisasi dalam pemantauan dan pengawalan
(d) Membantu menjadikan organisasi berjaya aspek pengurusannya

You might also like