You are on page 1of 7

1

Reflections On anOTHER 3 May 2014


A devised play

Scene Stage Directions Dialogue
Prologue Pitch Black. Actors come out
from stage right singing Enjit-
Enjit Semut . Actors place
their lanterns at four corners.



Enjit-Enjit Semut, siapa sakit naik atas.
B.1 Ijat screams at them. They
run and sit in different poses.
Ijat instructs the Dikir Barat
clap and sing Enjit-Enjit
Semut




Enjit-Enjit Semut, siapa sakit naik atas.
B.2 Off character
Ibrahim Sebelum Jepun datang, semua tabik orang putih
Kalsom Kalau kita baik dengan orang, orang baiklah dengan kita!
Azizah Kalau pandai cakap orang putih, orang pandang. Tau cakap
Melayu je, tak ke mana?
B.3
Yoshida 1
Yoshida stands and deliver his
monologue
Nama saya Yoshida Yamamoto. Saya datang Tanah Melayu
tahun 1941, kerja bahagian Pertanian. Dari Takeo, saya ke Alor
Setar. Saya bukan askar.

Sulaiman orang pertama yang menegur saya. Tegas orangnya.
Cakap politik tak boleh henti.

Bunga Sakura setiap tahun menunggu Sulaiman. Kembangnya
cantik dan baunya harum. Kalau Sulaiman ada, mesti dia suka.
Sulaiman bila nak datang? Saya masih tunggu awak di sini.

B.4 Mamu runs to the corner
upper stage left. Ijat follows
and by the rest into four
different corners.

Narrator picks and hits the
metal bells and chorus run to
upper stage right corner. He
put down the metal percussion
and pick the gendang.

B.5
Narrator 1











Mamu walks to lower stage
right and pray

Muha shakes the incense and
Kompeni datang, dipecah-pecahnya kita. Sebelum dia orang
datang lagi, dia orang dah rancang, Cara paling baik untuk kawal
satu kelompok orang, pecahkan dalam kelompok kecik.

Cara paling mudah, ikut bangsa.

Yang gelap pergi ikut gelap. Yang sepet sama sepet. Yang
pesek ikut yang pesek. Bila dah pecah bangsa, pecah pulak
tempat.


India hantar ke estet sana.


Cina biar je dekat bandar.
2

walk towards upper stage left

Hilyati starts to pray



Melayu duduk diam-diam dekat kampung.


Tak payah campur-campur. Senang nak kawal.
Tak payah nak kenal-kenal. Susah kompeni nanti.

Bila dah siap susun macam tu, tak payah tunggu lama. Mula
bermusuh-musuh pulak. Dalam huru-hara tu dia orang masuk
jarum, nak bagi aman dan jaga kepentingan semua orang
katanya.

Masa tu, semua nak jadi macam mat salleh. Nak putih, Nak
tinggi. Nak pandai. Nak kuat. Bila si pendek datang serang,
bertempiaran lari. Orang kita melopong tak percaya, tengok mat
salleh ketakutan, selamatkan diri. Muka pucat-lesi. Berambus.
Terhegeh-hegeh lari ke Singapura.

Yoshida 2 Dari Takeo, saya ke Alor Setar. Membawa panji-panji Meiji demi
perluasan Jepun. 1905, adalah tahun kemegahan kami setelah
Rusia kami tundukkan. Kita orang Asia harus bangkit menentang
kuasa Barat. Asia untuk orang Asia!
Narrator 2 Jepun pertama kali mendarat di pantai Sabak, Kota Bharu.
Disember 1941.
B.6 Off character.
Chrous pose as Japanese
Army

Chorus flocking Japanese
Armys walk towards the
middle of stage

B.7 Hilyati starts the intro of Aikoku
followed by the rest circulating
the stage until mid of stage
waving the flag.


(Japanese typical symbols and
the pride that Japan has never
been invaded by foreign
countries)
Miyo! Tokai no sola akete
Kyokujitsu takaku kagayakeba
Tenchi no seiki hatsuratsu to
Kibo wa odoru Oyamashima

O,o,o, seiro no asagumo ni
Sobiyuru Fuji no sugata koso
Kinomuketsu yuruginaki
Waga nippon no hokoli nare
B.8 Off character. Sit diagonally
with various style of seating
positions.













3

Kalsom 1

Kalau nak banding, zaman Jepun memanglah susah. Tapi ada je
kad catu makan tu, dapatlah barang-barang makan. Dua kali
seminggu. Diorang bagi beras, susu tepung, gula. Memanglah
tak cukup. Sebab tu lah kena campur dengan ubi kayu, pucuk-
pucuk paku. Kak Som pun makan jugak ubi kayu. Tu belakang
rumah, ada je ibu kayu, sayur. Kalau nak mengharapkan apa
yang diorang bagi, memanglah tak cukup.Nak hidup, kena
pandai-pandailah.

Tapi ada je Jepun datang hantar beras. Nu, cikgu Sulaiman nu,
duk sibuk dengki tanya kenapa Kak Som dapat. Mana aku tau?
Korang baik dengan dia, dia baik la dengan korang.

Tapi kalau ada anak dara, jaga-jaga. Dicarinya betul-betul.
Dicarinya betul-betul. Haji tu, korek lubang bawah katil, sorok si
Munah. Jumpa jugak diorang.

Tapi tak semua. Ada yang baik hati. Si Ah Huat kata, lu Melayu,
diorang baik lah. Mana ada? Macam Kak Som cakap tadi, kalau
kau baik dengan dia, dia baik la dengan kau.

Nu, si Wahab. Padan dengan muka dia. Kurang ajar sangat. Dah
la tak mau tunduk. Melawan pulak. Patut kena sumbat air sampai
kembung perut.
Narrator 3 Chorus stylise the seating
positions
Sakit kita, bila buat cerita, orang kata saja nak besarkan, saja
nak buat simpati. Orang kiri selalu nak padam yang kanan, orang
kanan nak padam yang kiri, tapi cerita kita ni macam mana? Kita
tak mau beras berguni, tak mau gula bergantang, kita cuma nak
cukup-cukup suap. Anak-anak menangis sebab takut, tau lah kita
macam mana nak redakan, tapi bila anak-anak menangis sebab
lapar, mana daya kita nak mendengarnya.

B.9

Yoshida 2
Kids chasing Mamu circulating
the stage and kids sit down at
the upper stage left enjoying
the sweets and starts playing
enjit-enjit semut softly.


Yoshida starts talking while
getting the radio and turn on
the music of Daisho Taisho
Siapa nak gula-gula?






Dulu budak-budak takut dengan saya. Sekarang tak takut. Sebab
ada gula-gula.


Enjit-enjit semut song gets
louder. Yoshida turns the
volume louder and kids stop
playing when they hear Daisho
Taisho song and get close to
Yoshida

Daisho
Taisho
Exercise
Yoshida starts exercising and
the kids excitingly follow him






4

B.10







Yoshida
Yoshida slowly sit down by the
radio and turn down the
volume of Daisho

Chorus start to do the proper
Daisho Taisho exercise













Yoshida switches off the radio
and stand








Semua orang suka benda yang manis. Selagi tak manis tak
sedap.

Orang Melayu kita tolong. Kita manjakan. Kita didik. Kita
pentingkan mereka...Jinak!
(Yoshida hums Tubarossas tune)

Dalam masa 10 bulan, kita dah berjaya menawan Tanah Melayu.
British tidak sekuat mana. Tahanan mereka kami bebaskan dan
kami gunakan dalam tentera Gyuugun yang baru ditubuhkan.

Asia Untuk Orang Asia!

B.11
Chorus as
Sulaiman
Yoshida walks in stylised to
the lower stage left

Apa beza kamu dengan penjajah lain?
Yoshida Kami buktikan pada kamu Sulaiman,
kita dah berjaya mengalahkan penjajah barat
Chorus as
Sulaiman
Kamu tidak ada hak untuk merampas tanah tumpah darah kami!
Yoshida Orang Malaya harus buka mata, kami bukan merampas, tapi
mendidik jati diri kamu
Chorus as
Sulaiman
Tapi niat tidak menghalalkan cara!
Yoshida freezes.
Chorus sing Enjit-enjit semut.


B.12 Chorus start to dance the Cha-
Cha. Mamu and Hilyati freeze
first. Then Azizah, lastly Ijat.

When Ijat stops, Mamu walks
to the radio, turn on the music
and goes to Azizah and light
her cigarette


Azizah 1 Zaman Jepun, perempuan semua kena conteng muka. Lainlah
macam aku, cabaret.

Macam-macam jantan ada kat sini. Tapi orang putih lain sikit.
Gentlemen. Romantik. Tapi bila Jepun datang, lintang-pukang
lari. Gentlemen ke mana, dia ke mana. Aku?

Orang boleh mengata, tapi siapa nak isi temolok kita? Anak
berderet, orang tua tak sihat, ada laki tak guna. Masuk hutan,
nak lawan Jepun kononnya.
5


Azizah walks to the radio and
turn it off while Kalsom walks
to the metal bells.





B.13




Kalsom 2
Kalsom hits the percussion.
Chorus runs from her in a
panic mood until the last
strike. Chorus collapse.







Masa kapal terbang Jepun datang, orang ingat kapal terbang
British, jadi semua keluar la nak tengok, rupanya Jepun lepas
bom! Melayang-layang badan, yang lain berterabur lari.

Lama sikit orang mula pecah kedai, mencuri sebab barang pakai
dah tak cukup, jadi semua orang pakai barang cap Kapak. Nak
tau kenapa namanya cap kapak? Sebab masa nak ambiknya tu,
kena pecah pintu dengan kapak.
B.14 Chorus sing enjit-enjit semut
and kids playing.
Pause. (Japanese soldiers
cycling pass through them)
and continue again.

B.15




Narrator 4




Narrator gets out from the
group and look at them in
shock. Chorus lying on their
back with gestures. Hilyati
picks the claves, Muha, the
egg shaker and Mamu the
bells.







1511 sampai 1942, lepas 431 tahun kita terjajah, kita masih lagi
tersekat dalam kitaran yang sama. Tahun sudah, ahli-ahli KMM
ditangkap dan dipenjara oleh British, dan sekarang dah
dibebaskan dan diserap dalam Gyuugun, dibagi pangkat. Mereka
dah bebas untuk berjuang balik, tetapi masih diam di bawah
payung penjajah.

Kederat kita, darah kita, bukan boleh dipakai-pakai untuk tolong
bangsa sendiri dijajah.

Hassan Manan, Ramly Hj. Tahir, Melan Abdullah ada di sini
sebab kita nak kumpul maklumat mengenai senjata tentera
Jepun, tujuannya, untuk digunakan bagi menentang British
apabila mereka balik ke Malaya.

"Kemenangan tentera Jepun bukan bererti kemenangan bangsa
kita. Kemenangan bangsa kita hanya akan datang apabila cita-
cita yang kita perjuangkan itu tercapai."

B.16 Off character. All chorus
except Azizah walk to upper
stage left. They dance Joget in
slow motion and stylise hand
gestures of enjit-enjit semut
while softly singing the song






6

Azizah 2
Bahagia kami tak lama. Bila Jepun mula serang Tanah Melayu,
laki aku pergi masuk hutan lawan Jepun.

Mertua bebel tak sudah, beras tak cukup. Jiran menyalak tengok
anak tak berbapak. Anak tak lekang bertanya bila ayahnya nak
balik. Anak rindu boleh lagi dipeluk. Kalau lapar, ibu mana yang
sanggup tengok?


Kalsom 3

Banyak lagi kerja lain boleh buat. Tapi kalau fikir nak seronok
je...

Azizah 3

Kita nak hidup. Kalau ada yang menolong, tak apa. Ini...?


Kalsom 4

Susah la kalau nak mengharapkan orang. Dah pandai beranak,
pandailah jaga.


Azizah 4

Orang boleh mengata, tapi siapa nak isi temolok kita? Dia orang
tak faham, kalau dah masuk gelanggang, bukan boleh keluar
sesuka hati. Silap-silap kena gantung atau pancung sampai mati.


Kalsom 5

Macam Kak Som dah kata tadi. Kalau kau baik dengan diorang,
diorang baiklah dengan kau!

Azizah 5

Semua orang nak hidup. Bukan nak sembah, bukan pengecut.
Kalau ikut hati aku, dah lama kau aku bunuh! (She hits the floor)
B.17 Chorus sing Enjit-enjit semut
then turn and clap dikir barat
style






Narrator 5
Ijat walks to the gendang and
hit it. Chorus do the Japanese
armys walk towards lower
stage left.
















Nak berjuang untuk bangsa, berjuang untuk agama? Betul, tak
salah kalau macam tu, tapi berjuang sekarang ni untuk diri
sendiri, supaya tak melata. Kalau sampai nak bergerak pun tak
ada daya, sebab perut kosong, tekak dahaga, menggigil kaki
tangan, sejuk dari ubun sampai ke tapak kaki, kamu nak angkat
senjata?

Boleh, boleh buat macam tu, pergi saja ke baris depan, tapi
ingat, yang ke depan tu nanti, mayat kosong tak ada jiwa.

Tak sempat berkelip musuh dah limpas, pedang dah terhayun ke
tengkuk kamu.



B.18 Chorus start to move slowly for
7



Yoshida 3
Enjit-Enjit steps facing the
opposite site of the audience




Sulaiman, pada mulanya saya sangka ini adalah usaha untuk
menyatu-padukan orang Asia. Penindasan demi penindasan
semakin banyak berlaku. Kem-kem tahanan diwujudkan di
merata tempat. Orang tak bersalah menjadi mangsa kepada
dendam dan cita-cita. Peperangan telah meninggalkan kesan
yang mendalam kepada semua.


Azizah 6 Dancing facing the audience
as well as the chorus
Kita ni manusia. Ada akal, ada rasa. Sebab itu membeza-beza.

Kita cantik, dikata mengguna. Kita beronggeng dicemuh-hina.
Senyum tak kering disangka bahagia. Hati kat dalam ni, kau tau
bagaimana?

Derita aku, siapa nak pujuk? Jangan nak simpati, tangan dan
mulut, tak berhenti menyucuk!
Chorus Enjit-Enjit Semut
Kalsom 6 Chorus dancing facing the
audience on the right
Kurang ajar betul diorang tu. Ada dikatanya kita tali-barut Jepun.
Orang kita memang macam ni la. Pendengki. Busuk hati.
Berani kata anak kita kerja dengan Kempeitai!
Chorus Enjit-Enjit Semut
Narrator 6 Chorus dancing facing the
audience in the middle
Kadang-kadang kita ni tau takut saja. Tapi dalam masa sama
nak senang. Sebab tu masa orang kompeni masuk semua
senyum, tak lama lepas tu marah kompeni, Jepun masuk
senyum balik, lepas tu marah Jepun, kompeni masuk balik,
marah pulak pada Koumintang, bila dah hilang semua, takut
pulak dengan bayang-bayang, marah pulak sama sendiri.
Chorus Enjit-Enjit Semut
Off character. Chorus walk to
their corner except Yoshida
stays in the middle. Freeze.
Ibrahim at upper stage right.
Azizah at upper stage right
and Kalsom at lower stage left.

Yoshida 4






Yoshida walks to lower stage
right
Nagasaki, kota Jepun yang pertama didatangi orang Barat. Kota
itu juga mereka sendiri hancurkan. Masa itu, isteriku baru pulang
dari kuil. Nasib dia tak baik, Sulaiman. Dia terkena sinaran bom
atom yang meletup. Dia terjatuh dan tersembam ke tanah lalu
pengsan. Lama dia begitu sehingga diselamatkan. Isteriku
meninggal setelah 40 tahun dia menderita.

Dia pun selalu bertanya tentang kamu Sulaiman.
Azizah 7 Bunga Sakura setiap tahun menunggu Sulaiman.
Kalsom 7 Kembangnya cantik dan baunya harum.
Narator 7 Kalau Sulaiman ada, mesti dia suka.
Yoshida 5 Sulaiman bila nak datang? Saya masih tunggu awak di sini.
Actors exit from the stage
singing Enjit-Enjit Semut
Enjit-Enjit Semut, siapa sakit naik atas.

You might also like