You are on page 1of 31

LATAR BELAKANG KRSS

non o o ol pl lm :

ejaan rumi Soyuz Sovietskikh Sotsialisticheskikh Respublik,


pada kebiasaannya hanya dikenali sebagai Soviet Union, adalah sebuah negara sosialis di
kawasan Eurasia yang wujud antara tahun 1922 hingga 1991.
Soviet Union mempunyai satu sistem politik yang hanya terdiri dari satu parti politik sahaja iaitu
Communist Party sehingga tahun 1990. Dengan itu, kesemua 15 republik bersekutu dengan
KRSS akan memusatkan pentadbiran di bandaraya Moscow. Ianya dipusatkan di Moscow
terutama dalam aspek ekonomi wilayah bersekutu.
Revolusi Rusia pada tahun 1917 telah membawa kepada kejatuhan kerajaan monarki/autokratik
bermaharaja di Rusia. Selepas kesatuan Bolsheviks memenangi perang saudara Rusia, republic
sosialis soviet telah dibentuk secara rasminya pada 1922 yang meliputi 4 wilayah utama iaitu
Russian Soviet Federative Socialist Republic, Transcaucasian Socialist Federative Soviet
Republic, Ukrainian Soviet Socialist Republic dan juga Byelorussian Soviet Socialist Republic.
Selepas kematian pengasas Soviet iaitu Vladimir Lenin pada 1924, Joseph Stalin telah berusaha
secara agresif dan berjaya mengetuai Soviet dan telah membentuk industry berskala besar bagi
negara KRSS ini. Sewaktu perang dunia kedua Jun 1941, pihak Nazi Jerman dan sekutu mereka
telah berusaha menjajah Soviet Union yang telah menandatangani perjanjian damai dengan
Nazi Jerman sebelum itu. Selepas 4 tahun peperangan yangmenyeksakan, Soviet Union telah
memenangi peperangan tersebut dan menjadi antara dua kuasa utama dunia sewaktu itu selain
dari Amerika Syarikat.
Soviet Union dan sekutu di timur (china, Vietnam, korea utara) telah terlibat dengan perang
dingin dengan blok kapitalis (Amerika, Britain dsb) iaitu setelah selesai perang dunia kedua.
Perang ideologi dan pengaruh telah berlaku di dunia dengan pemusatan dua kuasa/blok dunia
iaitu kapitalis dan sosialis/komunis. Pada lewat tahun 1980-an, ketua kerajaan Soviet, Mikhail
Gorbachev telah berusaha untuk memulihkan negara soviet dari berpecah, namun akhirnya
Soviet Union tumbang jua akhirnya dan secara rasmi tumbang pada Disember 1991 setelah
usaha beberapa wilayah KRSS sebelum ini untuk merdeka berjaya dikecapi.
KEADAAN GEOGRAFI, IKLIM & PERSEKITARAN KRSS
Dengan keluasan keseluruhan negara sekitar 22 400 000 kilometer persegi, Soviet Union telah
menjadi negara paling luas di dunia. Meliputi 1/6 keluasan bumi, keluasan ini bersamaan dengan
keluasan keseluruhan benua Amerika Utara. Benua Eropah hanya menyamai dari keluasan
negara KRSS ini, dan juga merupakan pusat bagi perdagangan dan ekonomi. Bahagian timur
iaitu dari tengah asia sehingga ke lautan pasifik dan dari Afghanistan ke selatan kurang didiami
penduduk, dan paling kurang kegiatan manusia. Keluasannya merangkumi 10,000 kilometer dari
asia ke barat merentasi 11 waktu dunia, dan seluas 7,200 kilometer dari utara ke selatan.
Merangkumi 5 jenis iklim dunia iaitu tundra, taiga, steppes, gurun, dan kawasan pergunungan.
Soviet Union juga mempunyai sempadan negara yang paling luas dan panjand di dunia,
dianggarkan sekitar 60,000 kilometer, 2/3 dari garisan pesisir laut Artik. Merentasi juga Selat
Bering yang bersempadan dengan Amerika Syarikat. Soviet Union bersempadan dengan
beberapa negara seperti Afghanistan, China, Czechoslovakia, Finland, Hungary, Iran, Mongolia,
Korea Utara, Norway, Poland, Romania dan Turki iaitu bermula tahun 1945 sehingga 1991.
Sungai terpanjang di Soviet Union ialah sungai Irtysh. Puncak pergunungan tertinggi di Soviet
ialah di Communism Peak (kini dikenali sebagai Puncak Banjaran Ismail Samani) di negara
Tajikistan kini, iaitu pada ketinggian maksimum 7,495 meter. Tasik terbesar di dunia juga terletak
di KRSS iaitu Laut Caspian. Manakala tasik yang terpanjang dan terdalam di dunia iaitu Tasik
Baikal juga terletak di dalam wilayah Soviet Union.
SEJARAH KRSS
Tsar (raja) Rusia yang terakhir lagi kejam, Nicholas II telah memerintah empayar Rusia sehingga
Mac 1917, iaitu sehingga selesai peperangan dunia pertama. Kerajaan sementara Rusia telah
mengambil alih pemerintahan empayar dari Tsar, secara rasminya Nicholas II telah turun takhta
pada oktober 1917 iaitu setelah selesai Revolusi Oktober 1917 yang diketuai oleh pemimpin
kesatuan Bolshevik iaitu Vladimir Lenin.
Soviet Union telah secara rasminya dibentuk pada bulan Disember 1922 dengan kesatuan oleh
beberapa wilayah iaitu wilayah Rusia, Ukhrain, Belarus, and Republik Transcaucasian Soviet,
dengan setiap satunya diperintah oleh parti/kesatuan Bolshevik. Untuk memastikan empayar itu
benar-benar bertindak seperti sebuah republic tanpa raja, setiap wilayah mempunyai
pentadbiran dan pemerintahan sendiri, terma Soviet Rusia hanya dikhaskan untuk wilayah
Russian Federative Socialist Republic, manakala wilayah lain menggunakan terma soviet
tersendiri.
SEJARAH REVOLUSI DAN PEMBENTUKAN REPUBLIK
Kegiatan revolusi moden di empayar Rusia bermula pada Revolusi Disember 1825.
Bagaimanapun revolusi ini berjaya dipatahkan oleh pemerintahan Tsar pada 1861. Sebuah
parlimen bonek yng knl g Dm l nk ol mrj p n 1906
iaitu selepas Revolusi Rusia 1905 untuk mengurangkan ketegangan revolusi pembaharuan.
Walaupun demikian, Duma ini hanyalah boneka kerana pemerintahan monarki diraja masih
diamalkan secara paksaan. Penangkapan orang awam secara berleluasa dan pembunuhan
politik tetap berlaku sehinggalah perang dunia kedua berlangsung yang mengakibatkan
beberapa wilayah empayar Rusia jatuh ke tangan kuasa lain.

Vladimir Lenin Memberikan Pidato Kepada Masyarakat Pada 1920.
Revolusi spontan telah berlaku di Saint Petersburg, sebagai akibat dari penurunan secara
mendadak kekuatan ekonomi dan moral Rusia, ianya memuncak sewaktu Revolusi Februari dan
mengakibatkan pengakhiran pemerintahan beraja pada Mac 1917. Kepimpinan autokrasi Tsar
telah diganti oleh kepimpinan sementara rusia, untuk persediaan bagi pembentukan kerajaan
demokratik Rusia dan untuk membangunkan semula Rusia setelah kemusnahan akibat Perang
Dunia Pertama.
Pada masa yang sama, Kesatuan Sekerja, yang dikenali sebagai Soviet telah berkembang ke
seluruh empayar. Kesatuan Bolsheviks, yang diketuai oleh Vladimir Lenin, telah mengadakan
Revolusi Sosialis di dalam Soviet. Pada November 1917, sewaktu berlangsungnya Revolusi
Oktober, mereka mengambil kesempatan tersebut untuk memperbesarkan kekuasaan dan
pengaruh mereka. Pada Disember, kesatuan Bolsheviks telah menandatangani perjanjian
dengan pihak pentadbiran pusat. Manakala pada Februari 1918, perebutan kuasa diantara
kesatuan sekerja dan pentadbiran pusat kembali berlangsung. Pada Mac, kedua-dua pihak telah
menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk.
Sebuah perang saudara yang panjang telah berlaku di Rusia yang melibatkan ketumbukan
tentera merah dan tentera putih iaitu bermula sekitar 1917 dan berakhir pada 1923 dengan
kemenangan di pihak tentera merah. Nicholas II dan keluarganya telah dihukum bunuh pada
1921, dan peperangan saudara tersebut telah mengakibatkan korban nyawa sebanyak 5 juta
nyawa. Pada mac 1921, sewaktu konflik bersenjata dengan negara Poland, perjanjian damai
Riga telah ditandatangani, yang menyaksikan pembahagian wilayah Belarus dan Ukhrain
diantara Republik Poland dan Soviet Russia. Soviet Union juga mengakhiri konflik dengan
beberapa buah republic baru seperti Republik Finland, Republik Estonia, Republik Latvia dan
Republik Lithuania.
PENYATUAN REPUBLIK SOVIET
Pada 28 Disember 1922, telah berlaku rundingan diantara delegasi dari wilayah Russian SFSR,
Transcaucasian SFSR, Ukrainian SSR dan delegasi dari wilayah Byelorussian SSR yang telah
berjaya memeterai perjanjian pembentukan USSR dan deklarasi pembentukan USSR yang
berjaya membentuk Union of Soviet Socialist Republics. Kedua dokumen pemeteraian ini telah
disahkan sewaktu kongres pertama USSR dan telah ditandatangani oleh wakil dari keempat-
empat wilayah yang terdiri dari Mikhail Kalinin, Mikha Tskhakaya, Mikhail Frunze, Grigory
Petrovsky, dan Aleksandr Chervyakov pada 30 Disember 1922.
Pada 1 Februari 1924, USSR telah disahkan oleh empayar British. Pada tahun yang sama,
sebuah pentadbiran Soviet telah ditubuhkan pada Disember 1922 secara berpusat iaitu di
Moscow.
Untuk memulihkan semula sektor ekonomi, industri dan politik negara yang telah merudum
seawall 1917 lagi, pelbagai usaha telah dilakukan. Kesemua usaha ini telah dimasukkan ke
dalam pengisytiharan Bolshevik dan telah dijadiakn perlembagaan negara and ditandatangani
oleh Vladimir Lenin. Antara usaha paling berkesan ialah rancangan GOELRO, iaitu
mengstrukturkan semula pelan ekonomi Soviet Union berpandukan kepada tenaga kerja dan
buruh dalam negara. Rancangan ini telah dibuat pada 1920 dan merangkumi rancangan
pembangunan ekonomi selama 10 hingga 15 tahun ke hadapan. Ianya termasuk membina
jaringan kuasa dan tenaga yang meliputi 30 wilayah berasingan, 10 empangan hidroelektrik
gergasi dan pelbagai lagi projek industri-elektrik dalam negara. Rancangan ini telah menjadi
contoh penggubalan rancangan lima tahun Soviet Unio yang bermula pada tahun 1931.
ERA PEMERINTAHAN STALIN
Dari permulaan penubuhan kerajaan lagi, kerajaan Soviet Union sememangnya hanya ditadbir
oleh satu parti sahaja iaitu Parti Komunis (Bolsheviks). Selepas pembentukan polisi ekonomi
yang lebih terbuka selepas perang saudara Rusia, kerajaan telah membuka pasaran ekonomi
tempatan kepada beberapa syarikat pelaburan luar negara iaitu selepas tahun 1920-an. Dan
kebanyakan syarikat pelaburan tersebut lebih berbentuk pelaburan dalam sektor makanan dan
minuman.
Barisan kepimpinan sosialis soviet berusaha mengekalkan kewujudan satu parti sahaja
mentadbir soviet dengan bertujuan mengelak ekploitasi dari pihak kapitalis yang tidak sejajar
dengan kehendak kebajikan. Perbahasan mengenai kaedah pengurusan ekonomi yang lebih
baik semakin lantang dibahaskan terutama setelah kematian Lenin pada tahun 1924.
Pada 3 April 1922, Stalin telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Komunis Soviet Union.
Lenin telah melantik Stalin sebagai ketua kesatuan sekerja soviet yang memberikan kuasa
pentadbiran kepada Stalin. Setelah dilantik dan diperkenan oleh Lenin, Stalin telah menjadi
pewaris kekuasaan kerajaan Soviet Union dan pada akhir era 1920-an, dia telah melaksanakan
pemerintahan berbentuk totalitarian. Pada Oktober 1927, Grigory Zinoviev dan Leon Trotsky iaitu
jawatankuasa tertinggi parti komunis telah dibuang dari jawatankuasa untuk mengukuhkan lagi
kekuasaan Stalin.
Pada 1928, Stalin telah memperkenalkan pelan pembangunan ekonomi sosialis lima tahun bagi
membangunkan ekonomi soviet. Sewaktu era itu, perhubungan perdagangan antarabangsa
telah diperkenalkan oleh Stalin buat kali pertama semenjak revolusi rakyat diadkaan, ianya
bertujuan juga untuk memupuk semangat sosialis dalam rakyat soviet. Dalam sektor
perindustrian, kerajaan telah mengambilalih dan mengawal kesemua syarikat-syarikat
pengeluaran dan turut mengambilalih pelan-pelan pembangunan perindustrian. Dalam bidang
pertanian pula, sistem pertanian secara kolektif telah diperkenalkan ke seluruh negara.
Sewaktu era pemerintahan campurtangan kerajaan, banyak ke kebuluran berlaku di seluruh
soviet, berjuta nyawa melayang, kepada sesiapa yang menentang kerajaan sosialis Stalin akan
dihantar ke penjara Gulag dan dikenakan hukuman kerja berat. Kebangkitan masyarkat terus
berlaku terutama sewaktu era 1930-an. Peristiwa Stalin Great Purge telah menyaksikan banyak
ahli Bolshevik Lama yang terlibat dalam Revolusi Oktober yang pro-Lenin telah ditangkap.
Korban peristiwa tersebut tidak dapat dipastikan berapakah anggarannya. Menurut rekod-rekod
Soviet yang terdedah kepada awam pada tahun 1937 dan 1938, NKVD (polis rahsia soviet) telah
menangkap lebih dari satu setengah juta orang, di antaranya seramai 681 692 telah dihukum
tembak. Secara purata 1000 orang ditembak mati selama sehari. Secara keseluruhannya
sepanjang tempoj 1937-1938, sebanyak 10-11 juta telah dihukum tembak. Meskipun bantahan
dan pembunuhan secara membabi-buta itu dilakukan, Kesatuan Soviet tetap berkembangkan
menjadi sebuah kuasa ekonomi industri yang kuat pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia II.
ERA 1930-AN
Pada awal 1930-an, menyaksikan wujudnya kerjasama yang lebih erat antara Barat dan
Kesatuan Soviet. Bermula tahun 1932 hingga 1934, Kesatuan Soviet telah terlibat dalam
Persidangan Perlucutan Senjata Dunia. Pada tahun 1933, hubungan diplomatik antara Amerika
Syarikat dan Kesatuan Soviet diperkukuhkan. Manakala pada bulan September 1934, Kesatuan
Soviet bergabung dengan Liga Bangsa-Bangsa Bersatu. Selepas Perang Saudara Sepanyol dan
Sepanyol berpecah pada tahun 1936, Kesatuan Soviet secara aktif menyokong pasukan republic
sepanyol melawan puak nasionalis sepanyol yang disokong oleh kerajaan Fasis Itali dan rejim
Nazi Jerman.
Pada bulan Disember 1936, Stalin melancarkan Perlembagaan Soviet baru. Perlembagaan
tersebut dilihat sebagai kemenangan peribadi bagi Stalin. Yang pada waktu itu digambarkan oleh
Pr w ln g Gn r n r orng plng jkn zmn
pemimpin besar komnm. lkny jrwn r n jrwn r ngr-negara
bekas penjajahan Soviet telah memandang perlembagaan sebagai dokumen propaganda Stalin.
Akhir 1930-an, menyaksikan wujudnya pergeseran kekuatan sehingga menjadikan Soviet rapuh.
Pada tahun 1938, selepas Inggeris dan Perancis menandatangani Perjanjian Munich dengan
Jerman, Kesatuan Soviet turut terlibat dengan perjanjian seumpama itu dengan Nazi jerman,
perjanjian yang melibatkan sektor tentera mahupun ekonomi. Kedua-dua negara membuat
perjanjian Nonaggression Jerman-Soviet dan Perjanjian Dagangan Jerman-Soviet. Pakatan
nonaggression membuat pendudukan Soviet di wilayah Lithuania, Latvia, Estonia, Bessarabia,
Bukovina utara, dan Poland timur menjadi semakin kukuh. Pada akhir November tahun yang
sama, bagi memperluaskan sempadan dan penguasaan Soviet ke atas Finland, Stalin telah
memperbesarkan sempadan soviet sejauh 25 kilometer dari Leningrad dan melangkaui
sempadan Finland, lalu Joseph Stalin terus memerintahkan pencerobohan ke atas Finland.
Di timur, tentera Soviet memenangi beberapa peperangan akibat dari pertelingkahan kawasan
sempadan dengan Empayar Jepun pada tahun 1938 dan 1939. Namun, pada bulan April 1941,
Kesatuan Soviet telah bersifat berkecuali dengan menandatangani perjanjian Soviet-Jepun
dengan Empayar Jepun, mengakui autonomi wilayah Manchukuo di negara Jepun.
RUSIA SEWAKTU PERANG DUNIA KEDUA

Pelancar Roket Berganda Katyusha milik Soviet
digunakan sewaktu perang menakluk Berlin pada April 1945.
Walaupun pakar sejarah mengatakan bahawa soviet tidak bersedia sewaktu nazi jerman
menyerang soviet, ternyata sangkaan itu adakalanya tidak tepat kerana sewaktu nazi jerman
menyerang soviet, tentangan yang diberikan soviet agak hebat. Jerman telah memulakan
serangan ke atas soviet dan telah melanggar perjanjian untuk tidak menyerang Kesatuan Soviet.
Serangan nazi jerman ke atas soviet bermula pada 22 Jun 1941, dan dikenali di Kesatuan Soviet
g Prng Prok Br. Tnr Mr rjy mngnkn kmrn nr
Jerman sewaktu Pertempuran Moscow, tambahan pula keadaan musim dingin yang luar biasa
yang turut membantu memberhentikan kemaraan tentera nazi jerman. Pertempuran Stalingrad,
yang berlangsung pada tahun 1942 hingga awal 1943, merupakan pukulan hebat kepada
ketumbukan tentera Jerman di mana pada peperangan sebelumnya, mereka tidak pernah kalah.
Setelah pasukan tentera merah memenangi pertempuran di Stalingrad, pasukan Soviet melintasi
kawasan Eropah Timur menuju Berlin sehinggalah Jerman menyerah kalah pada tahun 1945.

Pemimpin utama Soviet Joseph Stalin, Presiden U.S, Franklin D. Roosevelt
dan Perdana Menteri Britain Winston Churchill sewaktu
perbicangan peperangan menghadapi Nazi Jerman di Tehran pada tahun 1943.
Pada tahun yang sama, Kesatuan Soviet untuk memenuhi termeterainya perjanjian dengan
Pihak Berikat pada Persidangan Yalta, mereka telah mengingkari perjanjian Soviet-Jepun yang
telah diadakan sebelum ini iaitu pada April 1945, dan soviet union telah menyerang wilayah
Empayar Jepun iaitu Manchukuo dan wilayah Jepun yang lain pada 9 Ogos 1945. Konflik ini
berakhir dengan kemenangan Soviet yang telah menyebabkan Jepun akhirnya menyerah tanpa
syarat dan berakhirnya Perang Dunia II.
Kesatuan Soviet banyak kerugian akibat dari peperangan yang berpanjangan, Soviet kehilangan
sekitar 27 juta penduduk. Walaupun begitu, KRSS telah muncul sebagai kuasa ketenteraan
dunia baru yang mengimbang kuasa Amerika Syarikat. Setelah memutuskan hubungan
diplomatik dengan dunia Barat, Kesatuan Soviet menjalinkan hubungan diplomatik dengan
hampir setiap bangsa di dunia ini pada lewat 1940-an. Soviet menjadi ahli tetap Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan menjadi antara kuasa veto dalam PBB sekitar tahun 1945. Selain
itu, Kesatuan Soviet turut menjadi salah satu daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan
PBB, yang memberikannya hak kuasa veto kepadanya dalam setiap resolusi yang dicadangkan
negara anggota PBB.
Kesatuan Soviet berjaya mempertahankan statusnya sebagai salah satu dari dua negara kuasa
dunia selama empat dekad melalui hegemoninya di Eropah Timur, kekuatan tentera, kekuatan
ekonomi, bantuan untuk negara-negara membangun, dan kajian ilmiah, terutama di bidang
teknologi ruang angkasa dan persenjataan.
ERA PERANG DINGIN
Setelah tamat Perang Dunia II, Kesatuan Soviet telah dibangunkan semula dari kesan
peperangan dan aktiviti ekonomi dipesatkan, namun kawalan ketat tetap diberikan dan ekonomi
tetap dikawal kerajaan pusat. Ini membantu dalam membina semula negara pasca-perang
terutama di negara-negara Eropah Timur, dan menjadikan negara eropah timur sebagai negara
satelit soviet. Malah mereka turut diikat dengan sebuah perjanjian ketenteraan (Pakatan
Warsaw) pada tahun 1955 dan juga perjanjian pengorganisasian ekonomi (The Council for
Mutual Economic Assistance atau perjanjian Comecon) dari tahun 1949 sehingga 1991.
Kemudian, Comecon telah menyediakan bantuan kepada Parti Komunis China untuk
memenangi perang mendapatkan negara china. Malah pengaruh Soviet turut menular ke
negara-negara lain terutama negara dunia ketiga. Takut dengan perluasan kuasa dan pengaruh
Soviet, pihak Inggeris dan Amerika Syarikat telah menjadi seteru kepada blok sosialis/komunis
soviet ini. Perang dingin telah berlaku akibat dari pertelingkahan diantara blok kapitalis yang
dipimpin oleh US dan juga blok komunis/sosialis dipimpin oleh Soviet.
ERA KRUSHCHEV
Merupakan tahap pengaruh paling maksimum Soviet di dunia, tambahan pula setelah
berlakunya Revolusi Cuba pada tahun 1959 oleh Fidel Castro. Stalin meninggal dunia pada
tarikh 5 Mac 1953. Dengan tidak dinamakan pengganti olehnya. Pucuk pimpinan Parti Komunis
telah memilih untuk memerintah Kesatuan Soviet secara bersama-sama. Nikita Khrushchev,
yang telah memenangi perjuangan merebut kuasa pada pertengahan 1950-an, telah mengutuk
cara Stalin yang menggunakan cara penindasan pada tahun 1956 yang menyebabkan wujudnya
jurang pergeseran diantara parti dan masyarakat. Idea kutukan Nikita ini dikenali sebagai de-
Stalinisasi.
Moscow menganggap negara Eropah Timur sebagia kawasan penyangga untuk
mempertahankan sempadan barat republik sosialis Soviet. Dan bagi memastikan matlamat
tersebut tercapai, Soviet telah menukar negara-negara Eropah Timur yang menjadi sekutu
Soviet sebagai negara satelit Soviet. Seluruh kekuatan tentera Soviet digunakan untuk
mengekang kegiatan pemberontakan anti-komunis di Hungary dan Poland pada tahun 1956.
Pada akhir 1950-an, telah berlaku sedikit konfrontasi dengan China akibat dari tindakan Soviet
memulihkan hubungan Kesatuan Soviet dengan Barat. Dan menurut Mao Zedong, beliau
beranggap bahawa revolusi diplomatik oleh Khrushchev telah mengarah kepada perpecahan
kebanyakan negara sekutu Soviet. Hal ini mengakibatkan gerakan komunis global menjadi
perlahan yang mengakibatkan rejim Komunis di Albania, Kemboja dan Somalia memilih untuk
bersekutu dengan China dari bersekutu dengan Kesatuan Soviet.
Selama tempoh itu juga, Kesatuan Soviet terus mengeksploitasi bidang sains dan teknologi. Ini
dapat dibuktikan dengan pelancaran satelit buatan pertama manusia, Sputnik 1. Membawa
hidupan ke luar angkasa iaitu seekor anjing bernama Laika, dan kemudian menghantar manusia
pertama keluar ke angkasa iaitu Yuri Gagarin untuk mengorbit Bumi. Pada tahun 1963, Valentina
Tereshkova menjadi wanita pertama di angkasa, dan tahun 1965, Alexey Leonov menjadi orang
pertama yang berjalan di ruang angkasa.
Kr r glrn T Tw mnj Kr Tw prgrn komplk
dalam kehidupan politik, budaya dan ekonomi di Kesatuan Soviet. Itu termasuk beberapa
langkah lebih bersifat keterbukaan dan kenalan dengan bangsa lain dan dasar sosial dan
ekonomi baru dengan lebih menekankan pada barang komoditi, sehingga standard hidup dapat
ditingkatkan lagi secara dramatik tetapi tetap menjaga kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
Khrushchev melancarkan transformasi dalam bidang pertanian dan pentadbiran, walaupun tidak
terlalu produktif. Pada tahun 1962, Soviet menghadapi krisis dengan Amerika Syarikat setelah
Soviet mengeksport peluru berpandu nuklear ke Cuba. Kesatuan Soviet berundur dari Cuba
setelah Amerika Syarikat menjalankan sekatan aktiviti laut ke atas Cuba. Khrushchev telah
diturunkan dari kekuasaan pada tahun 1964.
ERA BREZHNEV
Setelah penurunan kuasa Khrushchev, kepimpinan kolektif terus berlangsung, kepimpinan
kolektif ini diketui oleh Leonid Brezhnev sebagai Setiausaha Umum, Alexei Kosygin sebagai
Premier dan Nikolai Podgorny sebagai Ketua Presidium. Akhirnya setelah sekian lama
pemerintahan secara kolektif ini dijalankan, parti komunis bersepakat melantik Leonid Brezhnev
sebagai pemimpin utama Soviet. Antara usaha beliau ialah pada tahun 1968 Kesatuan Soviet
dan Pakatan Warsaw yang bersekutu telah bersepakat menceroboh Czechoslovakia untuk
menghentikan reformasi Praha Spring yang menginginkan bebas dari kesatuan Soviet.

Leonid Brezhnev dan Jimmy Carter menandatangani
perjanjian SALT II pada 18 Jun 1979 di Vienna.
Brezhnev memimpin sewaktu tempoh perjanjian ketenteraan dengan kuasa Barat (seperti
perjanjian SALT I, SALT II, Anti-Balistik Missile Treaty), namun sepanjang tempoh pemerintahan
beliau, permodenan dan perluasan kuasa ketenteraan Soviet tetap diteruskan.
Pada bulan Oktober 1977, Perlembagaan Ketiga Soviet dengan sebulat suara telah diterima.
Suasana yang berlaku dari kepimpinan Soviet pada waktu kematian Brezhnev pada tahun 1982
adalah suasana yang menyebabkan keadaan politik dalam Soviet tidak berubah dan masih di
takuk lama.
REFORMASI GORBACHEV & PEMBUBARAN KESATUAN SOVIET

Gorbachev sewaktu mengadakan perbincangan
dengan Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan.
Terdapat dua perkembangan soviet sewaktu era kepimpinan Gorbachev iaitu pertama, semakin
jelas akan runtuhnya struktur Kesatuan Soviet dari sudut ekonomi dan politik, kedua, usaha yang
lembap dalam membaikpulih kesatuan soviet. Kenneth S. Deffeyes dalam bukunya bertajuk
Beyond Oil berpendapat bahawa kerajaan Reagan memberi sokongan kepada Arab Saudi untuk
menurunkan harga minyak ke titik di mana Soviet tidak boleh mendapat keuntungan dari jualan
minyak mentah dari negara mereka.
Selepas Brezhnev, terdapat dua lagi pemimpin soviet iaitu Yuri Andropov yang berusia 68 tahun
dan Konstantin Chernenko yang berusia 72 ketika mereka menjadi pemimpin. Mereka memimpin
soviet tidak lebih dari setahun dan meninggal dunia setelah menjadi pemimpin. Bagi
mengelakkan pemimpin soviet seterusnya memerintah dalam tempoh terlampau singkat, maka
pada 1985, Soviet telah memilih calon pemimpin dari kalangan generasi muda dan Mikhail
Gorbachev telah terpilih untuk menjadi pemimpin Soviet.
Gorbachev banyak membuat perubahan signifikan dalam kepimpinan ekonomi dan parti, iaitu
dasar yang disebut sebagai Prestroika. Selain polisi tersebut, terdapat satu lagi polisi
kelolaannya iaitu dinamakan polisi Glasnost yang memberikan akses maklumat yang lebih bebas
kepada rakyat.

Ketumbukan Tentera Soviet Berundur Dari Afghanistan pada 1988
Gorbachev telah bertindak untuk menamatkan Perang Dingin. Pada tahun 1988, Kesatuan
Soviet meninggalkan perang sembilan tahun di Afghanistan dan mula menarik keluar
pasukannya. Pada akhir 1980-an, ia menggantung sokongan ketenteraan bagi negara-negara
bekas Kesatuan Soviet, yang mengakibatkan jatuhnya beberapa rejim komunis. Dengan
runtuhnya Tembok Berlin diantara Jerman Timur dan Jerman Barat yang menuju ke arah
perpaduan jerman, kerajaan Soviet juga mula merudum.
Pada akhir 1980-an, republik Kesatuan Soviet mula bergerak merangka undang-undang
kebebasan kedaulatan terhadap wilayah-wilayah sekutu soviet yang lain. Antara perubahan yang
dilakukan ialah pada Perkara 72 Perlembagaan Kesatuan Soviet, yang menyatakan bahawa
setiap republik sekutu bebas untuk memisahkan diri jika berkehendak. Pada tarikh 7 April 1990,
undang-undang yang telah disahkan ini membolehkan republik-republik dalam soviet untuk
memisahkan diri jika lebih dari dua-pertiga penduduknya memilih untuk berbuat demikian. Maka
banyak republik sekutu soviet mengadakan pilihan raya bebas pertama mereka pada tahun
1990. Banyak dari perundangan baru ini menghasilkan undang-undang yang bertentangan
dengan undang-undang Kesatuan soviet yang diluluskan sewaktu awal penubuhan
USSR/KRSS.
Pada tahun 1989, wilayah Rusia SFSR, yang merupakan republik kesatuan soviet yang terbesar
ng r popl o) l mngkn pmln g Congr o Popl
Deputies. Boris Yeltsin terpilih sebagai ketua kongres. Pada tarikh 12 Jun 1990, kongres
menyatakan kedaulatan ke atas wilayah Rusia dan seterusnya berusaha memperkenalkan
undang-undang baru bagi menggantikan undang-undang lama kesatuansoviet. Tempoh
pembikina undag-undang baru itu berlanjutan sehingga selesai pada tahun 1991.
Sebuah referendum bertujuan untuk pemuliharaan Kesatuan Soviet telah diadakan pada tarikh
17 Mac 1991. Referendum ini mendapati majoriti penduduk dari hanya sembilan republik yang
ingin kekal bersama Soviet baru daripada 15 republik sewaktu era KRSS/USSR dahulu. Pada
musim panas tahun 1991, Kesatuan Perjanjian Baru, yang akan telah menukar Kesatuan Soviet
menjadi sebuah persekutuan yang lebih longgar telah diluluskan oleh lapan republik daripada
sembilan republik Soviet yang tinggal.

Yeltsin Berdiri Di Atas Kereta Kebal Sewaktu Piket Ogos 1991.
Penandatanganan perjanjian tersebut bagaimanapun terganggu kerana rampasan kuasa Ogos
yang cuba dilakukan oleh ahli-ahli kerajaan dan pihak KGB yang berusaha untuk melaksanakan
kembali reformasi yang pernah dilakukan oleh Gorbachev dan cuba mengembalikan kembali
kawalan kerajaan pusat ke atas republic sekutu soviet terdahulu. Setelah rampasan kuasa gagal,
Yeltsin dilihat sebagai pahlawan soviet atas tindakannya untuk mengembalikan kuasa soviet
walaupun kekuasaan Gorbachev sebenarnya sudah semakin lemah. Keseimbangan kuasa
setiap republic dianggap menjadi nadi utama dalam mengukuhkan kekuasaan kesatuan Soviet
sepertimana dahulu. Pada bulan Ogos 1991, Latvia dan Estonia mula mengambil langkah untuk
merdeka dari kesatuan soviet, sedangkan dua belas republik bekas soviet yang lain mula
semakin berjauhan dari penguasaan dan pengaruh kesatuan soviet pusat.
Pada tarikh 8 Disember 1991, Presiden Russia, Ukraine dan Belarus telah menandatangani
Perjanjian Belavezha, yang menyatakan Kesatuan Soviet dibubarkan dan menubuhkan
Commonwealth of Independent States (CIS) menggantikan Kesatuan Soviet. Walaupun ada
keraguan dalam penandatanganan perjanjian tersebut ia tetap diteruskan. Pada tarikh 21
Disember 1991, wakil-wakil dari semua republik Soviet kecuali wilayah Georgia menandatangani
Protokol Alma-Ata, yang juga merupakan sebuah perjanjian perpisahan dari kesatuan Soviet.
Pada tarikh 25 Disember 1991, Gorbachev berhasil untuk melepaskan diri dari kemelut
perpecahan wilayah kesatuan Soviet dan beliau telah mengundurkan diri dari jawatan Presiden
Kesatuan Soviet, dan menyebabkan secara rasminya pejabat presiden Soviet ditutup. Dia telah
menurunkan kekuasaan kepada Yeltsin yang merupakan Presiden Rusia selepas hancurnya
kesatuan Soviet.
Setelah itu, Majlis Tertinggi Soviet iaitu badan tertinggi kerajaan Kesatuan Soviet secara
rasminya terhapus. Dengan itu, maka berlakulah pembubaran rasmi Kesatuan Soviet sebagai
sebuah negara yang berdaulat. Manakala organisasi yang lain seperti tentera Soviet dan
pasukan polis Soviet, tetap terus berfungsi sehingga awal tahun 1992, dan secara berperingkat
terus diserap ke dalam negara-negara yang baru merdeka dari kesatuan Soviet.
Setelah bubarnya Kesatuan Soviet pada 26 Disember 1991, Rusia telah ditubuhkan dan diiktiraf
sebagai sebuah negara berdaulat dan rasmi. Dalam pada itu, Rusia secara sukarelanya
menerima semua bebanan hutang luar negera Soviet dan menyatakan pendiriannya
sepertimana sewaktu era kesatuan Soviet dahulu. Sejak itu, Persekutuan Rusia telah mengambil
hak Kesatuan Soviet dan segala tanggungjawab seperti yang terdahulunya.
POLITIK
Terdapat tiga hierarki bidang kekuasaan di dalam Kesatuan Soviet iaitu cabang perundangan
diwakili oleh Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet, kerajaan ini diwakili oleh Majlis Menteri dan Parti
Komunis Kesatuan Soviet. Parti Komunis merupakan satu-satunya parti yang menjadi pembuat
dasar di negara kesatuan tersebut.
PARTI KOMUNIS

Perarakan ketenteraan pada tahun 1983 di Moscow, sempena
memperingati ulang tahun ke-66 Revolusi Oktober.
Bnnr rny Kmln kp
Pr Komn Kn o!
Di bahagian atas kepimpinan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis, terdapat Kongres Parti.
Jawatankuasa pusat bertanggungjawab untuk memilih untuk ketua (Politbiro) (disebut sebagai
Presidium antara 1952-1966), Sekretariat atau Setiausaha Umum (Setiausaha Pertama pada
1953-1966) dan juga pejabat tertinggi di Kesatuan Soviet. Bergantung kepada pembahagia
kuasa, Politbiro (ketua) dan Setiausaha Agung merupakan suatu badan pemerintah yang
kolektif, yang secara efektif memimpin parti dan negara (kecuali sewaktu tempoh kekuasaan
kuku besi Stalin, iaitu selepas tahun 1941). Mereka tidak dikawal sepenuhnya oleh ahli-ahli
dalam parti komunis.
Parti Komunis mempertahankan dominasinya keatas pemerintahan negara melalui kawalan ke
atas sistem perundangan dan pemerintahan. Semua pegawai utama dan timbalan pegawai
utama dalam kerajaan kesatuan Soviet merupakan anggota Parti Komunis Kesatuan Soviet
tersebut. Dari pihak atasan seperti Stalin pada 1941-1953 dan sehingga tempoh 1958-1964 iaitu
era pemerintahan Khrushchev sebagai Premiers (pemimpin utama) kesemuanya dikawal oleh
ahli-ahli parti komunis. Setelah Khrushchev berundur secara paksaan, pemimpin parti dilarang
untuk mempengaruhi ahli-ahli kesatuan yang lain untuk mendapatkan kuasa.
Secara realitinya, pengaruh dan kawalan ke atas kerajaan tetap di bawah pengaruh parti
komunis iaitu melangkaui sistem birokrasi dalam negara, terutama selepas kematian Stalin.
SISTEM KERAJAAN

Istana Grand Kremlin, kediaman dan pejabat rasmi Supreme
(pemerintah) Soviet pada tahun 1982.
Sidang Supreme Soviet (iaitu pengganti kepada sidang Congress of Soviets dan Central
Executive Committee) merupakan badan pemerintahan dan pentadbiran tertinggi dalam kerajaan
kesatuan Soviet. Bagaimanapun badan ini hanyalah badan bonek kerana segala keputusan dan
dasar pemerintahan kerajaan kesatuan Soviet merupakan dasar dan arahan dari parti komunis
Soviet itu sendiri. Namun pada akhir era 1950-an, badan ini semakin diberikan kuasa untuk
memerintah dan mempunyai kuasa untuk memberikan arahan dari kerajaan pusat kepada
republic Soviet bersekutu yang lain. Pada era 1960-an dan 1970-an, akibat dari perluasan kuasa
sidang supreme Soviet ini, ia mendapat kuasa pemerintahan yang lebih penuh apabila pelan
rancangan ekonomi lima tahun Soviet mula dilancarkan. Malah pelan itu turut merangkumi
kaedah dan perbelanjaan kerajaan kesatuan Soviet yang sudah semestinya memberikan kuasa
kewangan kepada sedang dewan ini. Sidang Supreme Soviet ini biasanya bersidang selama 2
tahun sekali bagi memilih seorang pemerintah ulung dengan kesepakatan kesemua ahli tertinggi
parti komunis, sidang ini turut mempunyai kuasa memilih Procurator General dan Majlis Menteri
o yng lm 1946 knl g Conl o Popl Commr). ng n
diketuai oleh seorang pengerusi sidang (Premier) dan banyak bertanggunjawab membentuk
dasar sosial dan ekonomi kerajaan kesatuan Soviet. Manakala bagi peringkat wilayah republic
bersekutu kesatuan Soviet, segala pemilihan dan dasar hendaklah diasaskan kepada dasar dan
sistem pemilihan seperti di peringkat pusat. Pada asasnya, kesemua dasar pemerintahan
menjurus kepada kehendak satu parti sahaja iaitu Parti Komunis Soviet sehingga 1990.
Polis rahsia kesatuan Soviet (KGB dan beberapa lagi badan rahsia soviet) memainkan peranan
penting dalam memastikan survival politik soviet berterusan. KGB menjadi salah satu alat
keganasan oleh Stalin dalam memperkasakan kekuasaannya, namun setelah kematian Stalin,
KGB telah diletakkan di bawah kawalan sepenuhnya oleh Parti Komunis dengan penyimpanan
rahsia yang besar berbanding CIA dan FBI. Di bawah pengerusi KGB pada tahun 1967 hingga
1982 iaitu Yuri Andropov dan Setiausaha Agung dari 1982 hingga 1983, KGB telah banyak
terlibat dalam memastikan survival politik komunis soviet terus kukuh dan memainkan peranan
penting dalam kegiatan pengintipan mengalahkan CIA dan FBI, KGB turut memainkan peranan
penting dalam memastikan tiada sebarang pembelotan dalam Parti Komunis sendiri terutama
sewaktu era Perang Dingin. KGB turut memainkan peranan membasmi kegiatan rasuah dan
penyeludupan maklumat rahsia dari Soviet ke luar negara.
PEMBAHAGIAN KUASA DAN REFORMASI
Perlembagaan Soviet yang diwujudkan pada 1918, 1924, 1936 dan 1977, tidak pernah
menghadkan kuasa pemerintahan kerajaan pusat Soviet. Tiada pembahagian kuasa formal yang
wujud diantara kekuasaan parti komunis soviet, dewan Supreme Soviet dan Majlis Menteri
Soviet. Ini kerana parti komunis Soviet sebelum itu iaitu Parti Bolsheviks percaya bahawa
pembahagian kuasa akan menyebabkan golongan yang kaya akan menindas golongan
miskin/bawahan. Pembahagian kuasa bidang legislatif dan eksekutif tidak pernah wujud. Sistem
ini tidak pernah diubah oleh pemerintah selepasnya. Kebanyakan pemerintah parti komunis
sebelum era pemerintahan Gorbachev meninggal dunia sewaktu di tampuk pemerintahan
kecuali Georgy Malenkov dan Khrushchev yang diturunkan dari kekuasaan oleh parti komunis
soviet sebelum kematian mereka.

Sekumpulan pihak bersenjata kerajaan Soviet sedang dikelilingi
oleh para perusuh di Bandar Moscow sewaktu Rusuhan/Demonstrasi Ogos 1991.
Pada tempoh 19881990, sewaktu berhadapan dengan pihak pembangkang yang tidak ditauliah
yang baru muncul, Mikhail Gorbachev telah melakukan perubahan yang besar dalam sistem
pemerintahan kerajaan kesatuan soviet iaitu dengan membebaskan sidang Supreme Soviet dari
lngg n pngr Pr Komn o. ng Congr o Popl Dp l
ditubuhkan secara rasminya dengan ahlinya kebanyakan dipilih melalui pilihanraya pada Mac
1989. Kongres inilah yang akhirnya bertanggungjawab memilih ahli untuk sidang Supreme
Soviet, yang akhirnya menjadi sebuah parlimen sepenuhnya yang bebas dari pengaruh parti
komunis dan mempunyai kuasa sepenuhnya. Sidang Supreme Soviet ini merupakan badan yang
besar dan bertanggungjawab membuat dan menjalankan dasar Soviet semenjak tahun 1920-an
lagi, bagaimanapun sebelum ini, sidang ini hanyalah boneka pemerintah kerana segala dasar
dan keputusan Soviet bergantung kepada dasar dari Parti Komunis Soviet dan juga Majlis
Menteri Soviet. Pada 1990, Gorbachev telah memperkenalkan jawatan presiden bagi negara
Kesatuan Soviet iaitu menumpukan tugasan bidang eksekutif bagi presiden, membebaskan parti
dari mempengaruhi pemerintahan, dan beliau turut menyusun semula organisasi pemerintahan
negara.
Pertelingkahan politik diantara Gorbachev dan puak reformasi yang dipimpin oleh Boris Yeltsin
menjadi lebih tegang. Pada 19 hingga 21 Ogos 1991, sekumpulan puak reformasi pemerintahan
telah mengadakan rusuhan dan perhimpuan menuntut Gorbachev turun dari kekuasaannya.
Bagaimanapun reformasi ini gagal dan Majlis pemerintahan Soviet di bawah Gorbachev tetap
diwujudkan dan berfungsi tanpa kekangan. Bagaimanapun akibat tentangan yang terus
menekan dan berterusan, Gorbachev terpaksa meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung
Soviet, dan hanya jawatan Presiden bagi Kesatuan Soviet sahaja yang tinggal bagi memerintah
Kesatuan Soviet yang semakin terhakis kuasanya.
SISTEM KEHAKIMAN SOVIET
Bidang kehakiman merupakan kuasa yang tidak berfungsi sepenuhnya walaupun sememangnya
diwujudkan oleh pemerintah. Sidang Supreme Court bertindak selaku pemerhati dan pemerintah
g gl kpn yng pkn ol mkm kl Popl Cor) n segala
undang-undang di semua wilayah haruslah mengikut dasar Perlembagaan Kesatuan Soviet dan
juga keputusan dari persidangan Sidang Supreme Soviet. Bidang kehakiman di Soviet hamper
sama dengan bidang kehakiman sewaktu empayar Rom di mana sistem kehakiman harus
disandarkan kepada kebenaran dari pihak yang teraniaya.
BIDANG KUASA POLITIK
Secara perlembagaannya, kesatuan soviet terdiri daripada beberapa republik sosialis soviet
(SSRs) dan juga wilayah utama soviet iaitu Russian Soviet Federative Socialist Republic
(RSFSR), walaubagaimanapun kesatuan ini tertakluk dibawah perlembagaan dan undang-
undang di bawah kelolaan Parti Komunis Soviet. Perjanjian penubuhan Soviet Unio telah
dipersetujui pada Disember 1922 oleh 4 wilayah asas kesatuan soviet iaitu terdiri daripada
wilaya Rusia SFSR, Transcaucasian SFSR, Ukhrain SSR dan Belarus SSR. Pada 1924,
sewaktu persempadanan semula beberapa buah negara di asia tengah, wilayah uzbek dan
turkmen SSR telah bersatu menjadi salah satu wilayah di dalam wilayah soviet Turkestan ASSR
dan beberapa wilayah lain seperti Khorezm dan Bukharan SSR turut terlibat sama. Dalam tahun
1929, wilayah Tajik SSR telah dipisahkan dari wilayah utamanya iaitu Uzbek SSR. Maka dengan
perwujudan semula perlembagaan Soviet 1936, wilayah Transcaucasian SFSR telah dinamakan
semula sebagai wilayah Georgian, Armenian dan Azerbaijan SSR. Manakala wilayah Kazakh
dan Kirghiz SSR pula dipisahkan dari wilayah Russian SFSR. Dalam bulan Ogos 1940,
Kesatuan Soviet telah membentuk wilayah baru yang dinamakan wilayah Moldavian SSR iaitu
sebahagian besar dari wilayah Ukhrain SSR.
Persempadanan semula wilayah Kesatuan Soviet itu juga melibatkan beberapa lagi wilayah
seperti Estonian, Latvian dan Lithuanian SSR. Wilayah Karelo-Finnish SSR telah disempadan
keluar dari wilayah Russian SFSR pada Mac 1940 namun dimasukkan kembali ke dalam wilayah
Russian SFSR pada 1956. Antara Julai 1956 dan September 1991, terdapat 15 republik
kesatuan Soviet. (sila lihat jadual dan peta di bawah)



Pada 16 November 1988, sidang Supreme Soviet di wilayah Estonian SSR telah mengeluarkan
Deklarasi Estonian Sovereignty yang telah mengisytiharkan bahawa undang-undang Estonian
sah untuk dikuatkuasakan melepasi undang-undang soviet yang sedia ada. Pada Mac 1990,
pilihanraya baru untuk memilih ahli sidang Supreme Soviet bagi wilayah Lithuanian SSR telah
diadakan dan menjadi penanda aras untuk kemerdekaan wilayah itu dari Kesatuan Soviet.
Langkah ini kemudiannya diikuti oleh wilayah Georgian melalui sidang Supreme Sovietnya pada
April 1991. Selepas rusuhan dan tunjuk perasaan reformasi pada Ogos 1991, kebanyakan
republik bekas Soviet telah mengikut jejak langkah beberapa wiayah yang telah merdeka.
Kesatuan Soviet akhirnya mengesah dan mengiktiraf kedaulatan dan kemerdekaan wilayah
Estonia, Latvia dan Lithuania dari kesatuan Soviet pada 6 September 1991. Manakala republik
yang masih tinggal mencapai kemerdekaan mereka setelah Kesatuan Soviet secara rasminya
dibubarkan pada bulan Disember 1991.
EKONOMI

Empangan DneproGES, salah satu dari
empangan hidroelektrik dalam wilayah Kesatuan Soviet.
Kesatuan soviet menjadi negara pertama yang melancarkan pelan rancangan ekonomi lima
tahun, dimana segala pengeluaran produk dan pemasaran serta perdagangan dikawal
sepenuhnya oleh kerajaan pusat soviet di Russian SRSF. Pengalaman parti Bolshevik sewaktu
era pemerintahan Tsar yang menindas masyarakat miskin menjadi polisi utama pihak Komunis
dalam memerangi pihak kapitalis, iaitu langkah menasionalkan perindustrian, memusatkan
pengeluaran produk negara, menambahbaik bidang tanaman dan pertanian, menghapuskan
pusingan duit yang tidak adil, termasuk memiliknegarakan segala industri yang bersifat swasta
dan hanya berdasarkan keuntungan semata. Setelah kejatuhan ekonomi sewaktu perang dunia
pertama, pada 1921, Lenin telah menggantikan pelan ekonomi War Communism dengan New
Economic Policy (NEP), iaitu menubuhkan perdagangan bebas dan perubahan polisi
perdagangan dengan negara luar. Akibatnya, ekonomi Soviet Union kembali menjadi kukuh.
Kesatuan soviet telah menggunakan pelan pembangunan ekonomi lima tahun setelah selesai
perang dunia kedua bagi membangunkan semula ekonominya setelah kemusnahan akibat
perang, (ianya berbeza dengan AS kerana AS menggunakan pelan ekonomi berdasarkan
ekonomi semasa), manakala Soviet menggunakan pelan berasaskan kepada kewujudan
teknologi dalam membangunkan pelan ekonomi. Pada awal tahun 1980-an, pihak pakar ekonomi
AS telah melancarkan projek Socrates untuk mengkaji mengenai persaingan yang wujud dalam
bidang ekonomi dan ketenteraan dengan Soviet pada masa itu dan mas akan datang. Projek
Socrates telah dapat mengenalpasti bahawa kesatuan Soviet telah melaksanakan pelan
ekonomi berasaskan teknologi secara agresif berbanding AS, malah teknologi yang dibangunkan
oleh Soviet turut melibatkan teknologi dari AS sendiri. Rancangan ekonomi Soviet itu juga
membuatkan Soviet dapat menyaingi kehebatan bidang ketenteraan AS, walaupun skala
ekonomi Soviet adalah lebih kecil berbanding skala ekonomi yang dikuasai AS.
Kerana perbahasan dan pertelingkahan mengenai polisi ekonomi yang tegang diantara
jawatankuasa tertinggi parti komunis sepanjang tahun 1928 1929 sehingga menyebabkan
kawalan terhadap negara semakin berkurang, maka Joseph Stalin telah mengabaikan seketika
pelan ekonomi NEP dan dia menekankan pemusatan kegiatan ekonomi di kerajaan pusat soviet.
Dengan polisi ekonomi baru ini, banyak sumber-sumber bahan mentah telah dihantar terus
kepada kerajaan soviet pusat dari kesemua wilayah republik bersekutu soviet. Polisi ini telah
menyebabkan berkembangnya industri berat di Soviet dan peningkatan pengeluaran barangan
tempatan sekitar era 1930-an. Persediaan ke arah menghadapi perang dunia kedua merupakan
salah satu dari faktor penggalak kepada Soviet untuk memperbesarkan kegiatan
perindustriannya, selain itu faktor ketidakpercayaan terhadap negara kapitalis luar juga
membuatkan Soviet memperkembangkan kegiatan ekonominya sendiri. Akibatnya, Soviet telah
bertukar dari kerajaan berteraskan pertanian kepada sebuah kuasa ekonomi berteraskan
perindustrian. Ini secara tidak langsung telah memandu Soviet ke arah menjadi salah satu kuasa
dunia selepas perang dunia kedua. Sewaktu perang dunia kedua, ekonomi dan infrastruktur
Soviet telah mengalami kemunduran yang dasyhat sehingga memerlukan begitu banyak
pembaharuan setelah perang selesai.
Pada awal era 1940-an, ekonomi Soviet menjadi semakin teguh apabila wujudnya pengenalan
produk keluaran Soviet iaitu produk Comecon, namun begitu hanya segelintir kecil sahaja
dieksport kerana permintaan dalam negara sendiri sudah memadai. Setelah wujudnya
persepakatan blok barat/kapitalis, perdagangan diantara soviet dan negara barat menjadi
semakin baik. Walaupun demikian, Soviet masih menjalankan polisi ekonomi yang tertutup
dengan menghadkan monopoli kegiatan ekonomi oleh firma luar soviet dan memaksa pengeluar
untuk menurunkan harga untuk memberikan peluang kepada rakyat miskin mampu membelinya.
Sepanjang kempen perang dingin setelah tamatnya perang dunia kedua, ekonomi Soviet mula
menjadi terbeban kerana terpaksa membelanjakan kewangan untuk pembangunan ketenteraan.
Pada masa yang sama,Kesatuan Soviet tetap menjadi pengeksport terbesar ke negara-negara
dunia ketiga. Kebanyakan sumber pengeluaran soviet didapati dari wilayah-wilayah republik
soviet yang lain.
Bermula seawall era 1930-an sehinggalah Kesatuan Soviet tumbang pada akhir 1980-an, cara
sektor ekonomi Soviet diuruskan tidak pernah berubah. Polisi ekonomi ini dijalankan secara
berpusat, dijalankan oleh suatu badan yang dinamakan sebagai Gosplan dan ianya
diorganisasikan dengan plan ekonomi 5 tahun tersebut. Bagaimanapun, seluruh dasar dan polisi
ekonomi Soviet banyak dipengaruhi oleh pucuk pimpinan parti komunis Soviet. Namun demikian,
pengagihan bahan dan sumber serta pendapatan negara tetap sekata kepada setiap
masyarakat. Disebabkan itulah harga barangan dalam Soviet telah diputuskan oleh pihak atasan
Soviet, selain dari perbicangan mengenai harga tersebut turut diadakan oleh pihak atasan.
Beberapa perkhidmatan awam biasanya di bawah kendalian kerajaan sepenuhnya seperti sektor
pendidikan dan juga kesihatan awam. Dalam bidang pengeluaran, bidang industri berat dan
industtri ketenteraan amat menjadi keutamaan dalam kerajaan Soviet berbanding barangan
awam dan produk makanan. Barangan awam dan produk makanan terutama di luar Bandar
sentiasa kehabisan stok, di dalam keadaan kualiti yang tidak baik dan tidak mempunyai banyak
pilihan. Di bawah ekonomi kawalan ketat seperti ini, pembeli sememangnya tiada sebarang
pengaruh kepada sesuatu produk. Ini kerana barangan yang dihasilkan tidak mempunyai pilihan
dan pengguna tidak boleh bertindak memboikot barangan tersebut kerana ketiadaan bahan
pengganti yang lain.
Sepanjang era 1950-an dan 1960-an, ekonomi Soviet mula menunjukkan tanda kebangkitan dan
semakin mampu menyaingi ekonomi blok kapitalis barat. Bagaimanapun selepas tahun 1970,
pertumbuhan menjadi semakin kukuh dan mula memuncak, dan kadar pertumbuhan tersebut
lebih cepat dari beberapa negara eropah yang lain.
Secara kesimpulannya, diantara tempoh 1960 hingga 1989, kadar pendapatan per kapita rakyat
Soviet Soviet berada pada tahap yang tinggi berbanding negara lain di dunia (berpandukan 102
buah negara dunia yang lain). Dengan peningkatan yang tinggi dalam pelaburan sektor fizikal,
meningkatnya kadar penduduk yang mempunyai pendidikan tinggi, dan peningkatan populasi
penduduk yang rendah sepatutnya ekonomi Soviet berkembang lebih baik dari semasa. Menurut
Stanley Fischer dan William Easterly, peningkatan ekonomi Soviet merupakan antara yang
terburuk dalam dunia. Berdasarkan kiraan mereka, pendapatan per kapita rakyat Soviet
sepatutnya dua kali ganda lebih tinggi sewaktu 1989, ini kerana kadar pelaburan yang tinggi,
pendidikan dan populasi penduduk berada pada tahap yang optimum. Penulis menyatakan
bahawa rendahnya tahap pengeluaran produk utama Soviet telah menyumbang kearah
rendahnya pendapatan per kapita rakyat soviet.
Pada 1987, Mikhail Gorbachev telah cuba untuk memulihkan kembali ekonomi Soviet
sepertimana era 1950an dan 1960-an dengan melancarkan program polisi ekonomi dinamakan
perestroika. Polisi ini memberikan lebih kebebasan firma dalam negara dari campurtangan
kerajaan, tetapi firma tersebut tetap di dalam pemerhatian kerajaan untuk mengelakkan
penyelewengan. Ekonomi Soviet secara umumnya telah mengalami pengurangan kerana
berkurangnya hasil dari eksport minyak mentahnya, dan ini menjadi satu tanda ke arah
keruntuhan empayar kuasa besar Soviet. Harga minyak yang tidak banyak berubah
menyebabkan bebanan kewangan Soviet semakin parah sehinggalah keruntuhannya pada
tahun 1991. Bermula tempoh tamatnya perang dunia kedua sehinggalah keruntuhan Soviet,
ekonomi Soviet menduduki tempat kedua tertinggi dalam dunia melalui KDNK (PPP).
SEKTOR TENAGA

Sebuah setem yang dikeluarkan Soviet sewaktu ulangtahun ke-30
penubuhan International Atomic Energy Agency (IAEA)
Kadar penggunaan minyak mentah oleh Soviet meninggal bermula tahun 1970-an sehingga
lewat 1980-an, ianya termasuk permintaan minyak mentah bagi keperluan komersial dan juga
awam. Pada mulanya, kadar permintaan minyak mentah meningkat mendadak, namun kembali
berkurangan sewaktu tahun 1970 hingga 1975. Dari 1975 hingga 1980, permintaan minyak
menjadi semakin berkurangan iaitu skeitar 2.6 peratus penggunaan sahaja. David Wilson,
seorang sejarawan percaya bahawa pengeluaran minyak mentah dari Soviet seharusnya
mencakupi 40% pengeluaran minyak mentah dunia dan akan mencapai tahap sedemikian di
masa akan datang. Bagaimanapun teori beliau tidak dapat dibuktikan kerana runtuhnya Soviet
pada 1991. Kesatuan Soviet secara teorinya telah mengalami kadar pertumbuhan ekonomi
antara 2 2.5 % sewaktu era 1990-an. Ini kerana banyaknya sumber tenaga di dalam wilayah
Soviet. Bagaimanapun, kemampuan pengeluaran tenaga Soviet tetap mempunyai masalah
besar kerana negara Soviet banyak menggunakannya untuk program persenjataan perang dan
terpaksa bersaing sengit dengan beberapa negara blok kapitalis (sewaktu era Gorbachev).
Dalam tahun 1991, secara keseluruhannya, Kesatuan Soviet memiliki jaringan paip tenaga
meliputi 82 000 kilometer yang menyalurkan minyak mentah ke seluruh Soviet dan 206,500
kilometer lagi paip yang menyalurkan gas asli ke seluruh Soviet. Petroleum serta bahan
berasaskan petroleum, gas asli, bijih besi dan keluli, kayu-kayan, produk pertanian, alat-alat
mesin dan mekanikal, senjata dan kelengkapan ketenteraan telah menjadi sumber eksport
utama Soviet. Pada era 1970-an dan 1980-an, Kesatuan Soviet berjaya mengeskport banyak
minyak mentah dan dapat meraih keuntungan yang tinggi dari kegiatan eksport minyak mentah
tersebut. Kemuncaknya ialah pada tahun 1988, Soviet merupakan pengeluar utama minyak
dunia dan pengeksport kedua terbanyak minyak mentah di belakang Arab Saudi.

Salah sebuah reaktor nuklear Soviet (Chernobyl) yang meletup
hingga menyebabkan penyebaran radiasi yang tinggi sehingga
ke benua Eropah yang menjadi krisis nuklear terbesar di dunia.
SAINS & TEKNOLOGI
Kesatuan Soviet mempunyai tahap ketinggian teknologi dan sains melebihi kemajuan ekonomi
mereka sendiri. Antara kemajuan teknologi yang menjadi simbol kepada soviet ialah berjaya
membina satelit pertama di dunia, yang banyak digunakan untuk kegiatan ketenteraan. Lenin
percaya bahawa Kesatuan Soviet tidak mungkin dapat mengawal dunia sekiranya masih
ketinggalan dari sudut teknologi. Pihak berkuasa dan barisan kepimpinan Soviet turut
mempercayai kata-kata dari Lenin itu dan mereka mula membina jaringan teknologi yang luas,
dan menjalankan agenda pembangunan dan penyelidikan teknologi. Pada 1989, saintis Soviet
menjadi antara saintis terbaik dan pakar dalam pelbagai bidang penyelidikan mereka meliputi
bidang tenaga fizik, bidang perubatan yang kritikal, matematik, pengimpalan logam dan teknologi
ketenteraan. Namun akibat dari kerenah birokrasi dalam pentadbiran dan campurtangan pihak
parti komunis, Soviet lebih ketinggalan di dalam bidang kimia, biologi dan komputer berbanding
negara blok kapitalis.
Projek Socrates, sewaktu era pemerintahan Reagan di AS telah berjaya dikenalpasti oleh pihak
AS kerana sistem teknologi yang diselidik dan dibangunkan oleh Soviet lebih berlainan dengan
teknologi di AS. Jikalai di AS, ekonomi banyak digunakan untuk menjalankan penyelidikan dan
pembangunan sains dan teknologi meliputi sektor swasta dan awam. Tetapi berbeza dengan
Soviet yang menekankan pembangunan teknologi untuk mengawal dunia dari cengkaman blok
kapitalis, termasuk mengukuhkan pengaruh mereka di dalam persaingan pembangunan
teknologu. Ini termasuk bagi memastikan AS tidak dapat memonopoli kegiatan pembangunan
teknologi. Bagaimanapun, kegiatan penyelidikan dan pembangunan teknologi di Soviet lebih
bersifat tertutup dan dikawal kerajaan.
JARINGAN PENGANGKUTAN

Bendera Syarikat Penerbangan Awam Aeroflot sewaktu era Soviet
Kegiatan pengangkutan merupakan dari aspek penting dalam merancakkan kegiatan ekonomi.
Polisi pemusatan kegiatan ekonomi bermula seawall tahun 1920-an sehingga 1930-an telah
menggalakkan kepada pembinaan jaringan perhubungan dan pengangkutan dalam skala yang
besar. Ianya menjadi semakin rancak setelah wujudnya jaringan pengangkutan udara di bawah
kendalian Aeroflot, sebuah syarikat penerbangan awam di Soviet. Soviet mempunyai jaringan
pengangkutan yang amat luas meliputi darat, udara dan laut. Bagaimanapun akibat dari
kurangnya kualiti penyelenggaraan, kebanyakan jalan raya, pengangkutan air dan pengangkutan
udara Soviet menjadi agak ketinggalan dan mempunyai teknologi yang terkebelakang
berbanding negara blok kapitalis.
Jaringan jalan rel keretapi di Soviet merupakan jaringan keretapi yang terpanjang dan paling
berkesan di dunia. Kebanyakan jalan keretapi dibina di wilayah-wilayah di sebelah barat Soviet.
Pada akhir 1970-an dan awal 1980-an, ekonomi Soviet terpaksa menumpukan kepada kegiatan
menyelenggara dan membina jaringan jalanraya yang baru dan terpaksa melupakan sebentar
beberapa aspek ekonomi yang lain. Jaringan jalanraya dan industri automotif masih di bawah
paras memberangsangkan, masih kelihatan jalan raya yang tidak dibersihkan dan diselenggera
dengan betul di dalam kota Soviet. Projek penyelenggaraan yang dilaksanakan kerajaanSoviet
membuktikan bahawa ianya tidak mampu untuk mencakupi kesemua jalan raya yang telah
dibina. Pada awal pertengahan tahun 1980-an, pihak berkuasa Soviet cuba untuk
menyelesaikan masalah ini dengan menjalankan beberapa lagi projek membina jalan baru
menggantikan jalan lama yang tidak mampu . Namun begitu, industri pengeluaran kereta lebih
cepat berkembang berbanding pembinaan jalanraya untuk kereta tersebut bergerak. Ini
menyebabkan berlakunya kekurangan kemudahan awam jalan raya di seluruh Soviet.
Selain dari persekitaran jalan raya yang tidak elok akibat tidak diselenggara, sistem trafik yang
sudah tidak efisien turut menjadi masalah, kurangnya pelaburan dalam bidang kemudahan
awam, berlakunya banyak rasuah dalam projek kemudahan awam dan pelbagai lagi masalah
telah menyesakkan masyarakat yang inginkan kemudahan yang lebih baik.
Bagi pengangkutan air pula, Soviet merupakan negara yang paling banyak menggunakan
pengangkutan air dan ianya menjadi pilihan utama kerana lebih berkesan dan kos
penyelenggaraan yang lebih murah dan tidak sulit.
DEMOGRAFI

Jumlah populasi di Kesatuan Soviet (merah) dan
selepas kejatuhan Soviet (biru) bermula 1961 hingga 2009.
50 tahun pertama dalam kurun ke-20 meliputi kepimpinan Tsar dan juga Soviet menunjukkan
ramai rakyatnya kehilangan nyawa akibat dari pelbagai sebab dan dalam skala yang besar.
Kematian sewaktu Perang Dunia Kedua dan juga sewaktu Perang Saudara Rusia telah
menunjukkan jumlah kematian melibatkan 18 juta nyawa, manakala pada era 1930-an sebanyak
10 juta nyawa terkorban dan lebih 26 juta nyawa terkorban sewaktu perang dunia kedua antara
tahun 1941 1945. Keseluruhan demografi populais manusia Soviet selepas perang dunia
kedua adalah sebanyak 45 hingga 50 juta lebih kecil berbanding jumlah populasi sebelum
perang dunia kedua.
Selepad pembentukan Soviet, kadar kelahiran telah berkurang dari 44.0 kelahiran per 1000
penduduk pada 1926 kepada hanya 18.0 kelahiran per 1000 penduduk pada tahun 1974,
disebabkan oleh berlakunya urabanisasi dalam penempatan dan naiknya tahap umur purata
perkahwinan. Walaubagaimanapun, kadar kematian turut sama mengalami penurunan, iaitu dari
kadar 23.7 per 1000 penduduk pada tahun 1926 kepada 8.7 per 1000 penduduk pada tahun
1974. Secara keseluruhannya, kadar kelahiran bayi di wilayah selatan Soviet seperti di
Transcaucasia dan Asia Tengah lebih tinggi berbanding wilayah Kesatuan Soviet di bahagian
utara. Soviet eropah mula mengalami penurunan kadar kesuburan rakyatnya, manakal wilayah
Soviet Asia Tengah tetap mengalami peningkatan kadar kesuburan rakyatnya yang sekata.
Pada lewat era 1960-an dan era 1970-an menunjukkan berlakunya penurunan kadar mortaliti
rakyat Soviet, terutama dalam kalangan kaum lelaki yang bekerja, tetapi ianya masih kurang
memberi kesan kepada beberapa wilayah lain seperti wilayah Slavi. Sebuah analisis rasmi yang
dikeluarkan pada akhir era 1980-an menunjukkan selepas kadar mortaliti yang rendah sekitar
1970-an dan awal 1980-an, kadar mortaliti kaum dewasa meningkat semula. Kadar mortaliti
penduduk Soviet mula meningkat dari 24.7% pada 1970 kepada 27.9% pada 1974. Sesetengah
kajian mendapati bahawa kadar mortaliti tersebut benar kerana dikaji secara realistik, akibat dari
peningkatan kemudahan kesihatan dan kurangnya jangkitan penyakit. Bagaimanapun setelah
pendedahan tentang mortaliti tersebut diterbitkan, pihak Soviet telah mula menghentikan
sebarang kajian mengenainya dalam masa 10 tahun selepas itu. Demografi di Soviet dan
kemudahan perubatan di Soviet dirahsiakan buat sementara sehingga dihebahkan bahawa
mortaliti Soviet meningkat pada lewat era 1980-an.
PENDIDIKAN

Pelajar-pelajar dari wilayah Soviet yang sedang berkunjung ke wilayah Milovice, Czechoslovakia
pada 1985.
Sebelum 1917, sewaktu pemerintahan empayar Tsar Rusia, pendidikan tidak dijalankan secara
percuma, ini bagi menghadkan kehadiran anak-anak golongan petani dan bawahan dari
mendapatkan pendidikan formal. Dianggarkan bahawa pada tahun 1917, sekitar 75% hingga
85% rakyat Rusia tidak pandai membaca dan menulis (buta huruf).
Anatoly Lunacharsky telah menjadi menteri pertama yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal
pelajaran di Kesatuan Soviet Rusia. Pada permulaannya, pihak berkuasa Soviet berusaha untuk
menghapuskan gejala buta huruf dalam kalangan rakyat Rusia. Sesiapa sahaja yang tidak buta
huruf boleh dilantik sebagai guru untuk mengajar. Dalam jangka masa yang pendek sahaja,
bilangan guru yang diserap walaupun tidak berkualiti bertambah dan pada 1940, Joseph Stalin
telah menguar-uarkan bahawa gejala buta huruf dapat dibanteras dengan jayanya. Selepas
perang dunia kedua, bidang pendidikan Soviet diperkembangkan dengan pesatnya sejajar
dengan hasrat untuk melahirkan ramai cerdik pandai rusia. Kesan pengembangan pendidikan
memberikan impak yang cukup hebat. Pada 1960-an, boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak
di Soviet diberikan peluang untuk mendapatkan pelajaran. Hanya kelompok yang berada terlalu
jauh ke dalam pedalaman sahaja tidak mempunyai pelajaran kerana ketiadaan akses kepada
pendidikan. Nikita Khrushchev telah berusaha menjadikan aspek pendidikan lebih mudah untuk
diakses sesiapa sahaja walau di mana mereka tinggal. Ini kerana pendidikan merupakan
sesuatu yang amat penting dan menjadi satu kehendak masyarakat.
Akses kepada pendidikan tinggi walaubagaimanapun masih lagi terhad. Hanya 20% peratus
permohonan kemasukan ke institut pendidikan tinggi diluluskan setiap tahun. Selebihnya akan
mula memasuki alam pekerjaan dan ada yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di
sekolah vokasional dan teknik. Students from families of dubious political reliability were barred
from higher education.[109] Sewaktu era pemerintahan Brezhnev, suatu dasar pendidikan tinggi
baru diperkenalkan dengan setiap permohonan haruslah mendapat kelulusan dari masyarakat
atau pemimpin masyarakat setempat. Mengikut statistic pada tahun 1986, dari jumlah 10 000
pendidik, hanya 181 individu sahaja yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institut pendidikan
tinggi di Soviet berbanding 517 dari 10 000 rakyat AS yang berjaya memasuki pendidikan tinggi
sewaktu itu.
KUMPULAN ETNIK & KAUM
Kesatuan Soviet merupakan negara yang paling banyak mempunyai etnik dan kaum, dengan
lebih 100 etnik yang berada di pelbagai pelusuk Soviet. Keseluruhan jumlah populasi Soviet
ialah sekitar 293 juta pada tahun 1991. Bepandukan kepada jangkaan pada tahun 1990, majoriti
penduduknya adalah berbangsa Rusia (50.78%), diikuti bangsa Ukhrain (15.45%) dan bangsa
Uzbeks (5.84%).
Kebanyakan warganegara Soviet mempunyai pelbagai keunikan tersendiri. Jenis etnik bagi
setiap anak-anak akan dipilih sendiri oleh kedua ibubapa mereka setelah mereka mencapai
umur 16 tahun. Sekiranya tiada kata putus dari ibubapa mereka, maka kanak-kanak tersebut
dikira memiliki etnik atau kerakyatan kaum yang sama seperti ibunya. Tetapi pada
kebiasaannya, bagi kelompok minoriti yang terllau kecil, mereka akan digabungkan dengan
minoriti yang lain dan menjadi kelompok majoriti lebih besar. Sebagai contohnya etnik minoriti
Mingrelians yang tinggal berhampiran wilayah Georgian SSR, yang diklasifikasikan sebagai
salah satu etnik Georgia. Terdapat sesetengah etnik yang secara sukarela bergabung dengan
etnik lain dan ada kalanya terpaksa dipaksa oleh pihak pentadbiran Soviet bagi mengelakkan
perpecahan dan pemberontakan. Bangsa Rusia, Belarus dan Ukhrain banyak berkongsi asas
kebudayaan yang sama, sementera sesetengah etnik lain tidak.
KESIHATAN
Pada 1917, sebelum meningkatnya pengaruh parti Bolshevik, tahap kesihatan adalah pada
p yng ngg k mmrngngkn. pr yng rkn ol Lnn m
fahaman parasite akan menandingi fahaman sosialis ataupun sosialis akan menandingi fahaman
pr. Bgmnpn pol kn o nyk pngr ol prnngn ol
Popl Commr or Hl pn kmnrn kn p 1918. Hl wk
kesihatan akan dikawal oleh negara dan segala adalah percuma untuk rakyat. Artikel 42 dalam
undang-undang Soviet tahun 1977 telah memperuntukkan bahawa rakyat Soviet bebas untuk
mendapatkan rawatan di mana-mana sahaja hospital dalam Soviet. Bagaimanapun sistem
kesihatan Soviet masih tidak mampu untuk memenuhi kehendak masyarakat yang ramai.
Sebelum Leonid Brezhnev berkuasa, Soviet mempunyai tahap kepakaran kesihatan yang tinggi
berbanding negara luar. Walaubagaimanapun sewaktu era Brezhnev dan juga Mikhail
Gorbachev sebagai pemerintah, tahap kesihatan Soviet menjadi semakin kurang berkualiti dan
mendapat kritikan kerana banyaknya kesilapan dalam perubatan, sebagai contoh rendahnya
kualiti servis kesihatan. Menteri Kesihatan Soviet, Yevgeniy Chazov, sewaktu kongres ke-19
Parti Komunis Soviet sebelum itu pernah mengatakan bahawa sistem kesihatan di Soviet berada
pada tahap yang baik, ini kerana pelaburan berbilion Ruble telah menjadikannya berada pada
tahap yang amat baik.
Setelah pengambilalihan pemerintahan dari Tsar kepada sistem Komunis, tahap kesihatan
menjadi semakin baik. Statistik ini telah digunakan pihak Komunis untuk dijadikan bukti bahawa
sistem pemerintahan sosialis/komunis lebih baik berbanding sistem kapitalis. Peningkatan ini
meningkat sehingga awal tahun 1960-an, apabila tahap kesihatan di Soviet lebih tinggi dari
tahap kesihatan di Amerika Syarikat. Tahap kesihatan Soviet kekal tinggi sehinggalah sekitar
1970-an ianya mula menurun. Menurut kajian, ianya menurun akibat dari tahap penagihan
alkohol yang semakin teruk. Kebanyakan sumber barat mengatakan bahawa penurunan kadar
kesihatan ini adalah berkait dengan penagihan alkohol yang semakin teruk. Pihak Soviet turut
menyatakan pendapat yang sama seperti pihak barat. Selepas tahun 1974, pihak Soviet mula
memberhentikan pengeluaran laporan mengenai tahap kesihatan dan mortaliti penduduk.
BAHASA
Kerajaan kesatuan Soviet di bawah pimpinan Vladimir Lenin hanya membenarkan sedikit sahaja
bahasa digunakan dalam penulisan di kesatuan Soviet. Bagaimanapun, sistem tulisan yang satu
ini berjaya dipupuk ke dalam budaya bangsa soviet walaupun terdapat beberapa kesilapan yang
wujud dalam penulisan. Sewaktu era kerajaan Soviet, setiap wilayah dalam soviet menggunakan
bahasa yang berlainan tetapi polisinya tetap sama. Ini menyebabkan wujudnya masalah dalam
perhubungan kerana wujudnya pelbagai bahasa dan dialek sebutan bahasa dalam empayar
Soviet yang luas. Apabila sesuatu bahasa itu digunakan secara meluas dalam urusan seharian
dan digunakan dalam penulisan bahan-bahan kerajaan yang penting, maka bahasa itu dijadikan
sebagai bahasa formal. Disamping itu, terdapat pelbagai jenis bahasa minoriti dalam kesatuan
Soviet yang sukar untuk diadaptasikan ke dalam bentuk penulisan, jadi penutur bahasa minoriti
tersebut harus mempunyai bahasa kedua yang fasih dan boleh digunakan. Sewaktu era
pemerintahan rejim Stalin, banyak bahasa minoriti lain tidak dibenar untuk digunakan kerana
kesusahan ke arah penyatupaduan masyarakat Soviet, malah penutur bahasa yang berlainan
dianggap musuh bagi kerajaan Soviet.
Secara umumnya, bahasa Rusia digunakan secara meluas dalam segala urusan kerajaan dan
kn ol l jkn rm pn lngg o nrn
ommnon n: ).
AGAMA DI SOVIET
Agama Islam dan Kristian merupakan agama yang paling banyak dianuti oleh kebanyakan
masyarakat dalam wilayah Soviet. Kelompok agama Ortodoks di bawah kendalian Russian
Orthodox Church merupakan agama krsitian yang paling dominan. Manakala kebanyakan umat
islam di Soviet adalah daripada kelompok Sunni, manakala kelompok puak Syiah banyak
terdapat di wilayah Azerbaijan Soviet Socialist Republic. Manakala bagi agama lain terdapat juga
agama Roman Katolik, Yahudi, Buddha dan pelbagai agama kristian protestan.

Sebuah gereja Catherdal of Christ Saviour di Moscow yang
dimusnahkan pada tahun 1931 oleh kerajaan Atheis Soviet.
Sewaktu era pemerintahan empayar Tsar Rusia, agama mempunyai pengaruh yang sungguh
kuat di Rusia. Puak Russian Orthodox Church mempunyai tempat yang istimewa di bawah
pemerintahan Tsar dinama mereka banyak terlibat dengan aktiviti diraja dan menjalankan dasar
kerajaan Tsar. Namun setelah kejatuhan Tsar Rusia, pihak gereja ortodoks Rusia telah menjadi
tentangan utama bagi pihak soviet dan gereja menjadi musuh kepada soviet yang lebih bersifat
atheis.
Di dalam undang-undang Soviet, kolum undang-nng yng rny rom o ol rlgo
r l kkkn ngn kny. Bgmnpn ngn mprngn r
pihak Parti Komunis yang mula berfahaman marxim (atheis) mula tidak mengambil berat tentang
agama dan memusuhi sesiapa sahaja yang beragama.
P 1918 ng Conl o Popl Commr l mngyrkn w n
Soviet Federative Socialist Republic (RSFSR) adalah sebuah republik yang sekular dan tiada
agama dan undang-undang n l ykn mngjr gm mn-mana sahaja
yang menjurus kepada keagamaan dan kerohanian adalah diharamkan dan tidak dibenarkan.
Warganegara Soviet boleh menganut agama dan belajar tentangnya tetapi hendaklah secara
peribadi dan tidk orml. nng-undang ini diperkukuhkan lagi sewaktu tahun 1929, iaitu
setelah Stalin semakin berkuasa. Undang-undang ini turut mengharamkan sebarang aktiviti
keagamaan di gereja ataupun masjid ataupun kuil, termasuk juga majlis mempelajari ilmu agama
di sana. Segala kegiatan keagamaan telah diberhentikan secara sepenuhnya pada era 1920-an
dan 1930-an. Menjelang 1940, sebanyak 90% masjid, kuil, gereja da sinagog yahudi telah
ditutup ataupun dimusnahkan.
Namun setelah agama menjadi musuh kepada Soviet beberapa ketika, rejim Stalin mula lebih
bersikap terbuka mengenai agama terutama sewaktu akhir era 1930-an. Tindakan ini diadakan
untuk mengelakkan pemberontakan masyarakat yang dibimbangi mendapat sokongan dari pihak
Nazi Jerman. Untuk memastikan tahap kerohanian meningkat, masjid, gereja dan kuil-kuil mula
dibuka kembali, radio Moscow mula memutarkan waktu siaran agama, dan berlakunya suatu
pertemuan yang amat bersejarah diantara Stalin dan juga pemimpin gereja Ortodoks iaitu
Patriarch Sergius I yang diadakan pada 1943.
Namun begitu, sewaktu Soviet di bawah pemerintahan Setiausaha Agungnya iaitu Nikita
Khrushchev pada 1958 hingga 1964, fahaman sekulat dan atheis kembali dipupuk dalam
pemerintahan soviet dan diserapkan ke dalam kurikulum pendidikan sekolah, dan promosi cara
hidup atheis kembali dikumandangkan oleh pihak pemerintah Soviet. Sepanjang tempoh ini,
jumlah bilangan gereja di Soviet berkurangan dari 20 000 buah kepada 10 000 dalam tempoh
1959 hingga 1965. Malah bilangan masjid yang beroperasi juga berkurangan dari jumlah asalnya
sebanyak 1,500 buah menjadi hanya 500.
Institusi beragama menjadi suatu ancama kepada kerajaan Soviet dan diselia secara rapat dan
rapi. Tetapi masjid, gereja, sinagog dan kuil menjadi lebih bebas pada era pemerintahan
Brezhnev. Hubungan diantara Soviet dan pihak gereja ortodoks menjadi semakin rapat apabila
kerajaan Soviet di bawah pimpinan Brezhnev telah dua kali memberikan penghormatan kepada
paderi Patriarch Alexey II. Sebuah kajian yang dijalankan di Soviet pada tahun 1982
mencatatkan bahawa hanya terdapat 20% rakyatnya yang beragama dan aktif dalam beragama.
KEBUDAYAAN
Kebudayaan soviet telah mengalami pelbagai perubahan semenjak kewujudan 70 tahun
kesatuan republik Sosialis soviet. Sewaktu 11 tahun sebelum Revolusi 1918-1929, terdapat
pelbagai kebebasan kepada individu untuk berkarya dan menghasilkan pelbagai eksperimen
karya mereka. Sewaktu era Lenin, beliau mahukan sesuatu budaya itu boleh diterima oleh
semua lapisan masyarakat dan tidak bertentangan dengan kehendak parti komunis sewaktu itu.
Dengan kata yang lain, beribu ahli intelektual, penulis dan pelukis telah dibunuh dan dilenyapkan
dan karya-karya mereka telah dimusnahkan sebagai contoh Nikolay Gumilev (dihukum tembak
kerana melancarka konpirasi menjatuhkan rejim Bolshevik) dan Yevgeny Zamyatin yang telah
dihalang dari berkarya.
Bagaimanapun kerajaan soviet tetap memberikan galakan kepada karya yang tidak
bertentangan dengan ideologi soviet. Dalam bidang seni lukis dan penulisan, pelbagai sekolah
seni sama ada secara tradisional ataupun moden telah ditubuhkan. Antara penulis komunis yang
lahir ialah Maksim Gorky dan Vladimir Mayakovsky yang begitu aktif di dalam bidang seni. Bagi
bidang perfileman, beberapa individu telah menyerlah dan mendapat sokongan kerajaan Soviet
dalam membikin filem sebagai contoh Sergei Eisenstein yang begitu banyak mengarahkan filem
sewaktu era soviet ini.
Sewaktu pemerintahan Stalin, kebudayaan Soviet banyak dikawal oleh kerajaan dan diharuskan
untuk memupuk semangat sosialis di dalam diri masyarakat. Bagaimanapun, banyak pengkarya
yang tidak sehaluan dengan ideologi sosialis telah dihukum sebagai contoh Mikhail Bulgakov.
Malah banyak lagi penulis dan pengkarya yang dipenjara ataupun dihukum bunuh oleh soviet.
Sewaktu pemerintahan Khrushchev Tw lw 1950-an dan awal 1960-an, segala penapisan
filem oleh kerajaan menjadi semakin longgar. Kegiatan menghasilkan karya bebas semakin
berkembang dan hasilnya banyak karya dan seni yang indah serta bermutu tinggi dihasilkan oleh
para pengkarya. Pada pertengahan era 1980-an, polisi yang dikemukakan oleh Gorbachev
seperti polisi perestroika dan glasnost telah banyak memberikan kebebasan kepada media untuk
melaporkan apa sahaja yang berlaku dalam Soviet.

You might also like