You are on page 1of 12

Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu yang

penting dan sangat memerlukan. Teknologi maklumat juga dapat membantu manusia
memudahkan melakukan sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21 ini dapat
dilihat semakin melaus sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah kini yang
menjadi tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan. Kerajaan
kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pendidikan
melalui matapelajaran yang diajar. Dengan penggunaan teknologi maklumat secara menyeluruh
mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapat maklumat dengan
berkesan. Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology can make our lives easier.
Everyday tasks are simplified. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat
mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk
kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.

Setiap aspek kehidupan manusia semakin dihimpit dengan komputer dan justeru itu,
penggunaan komputer dalam pendidikan juga menjadi semakin dominan. Kita kini dikatakan
berada dalam satu masa perubahan iaitu dari zaman industri ke zaman informasi. Dunia tanpa
sempadan, IT, ICT, e-siber, global, dalam talian, pintar, rangkaian, dan pelbagai lagi istilah yang
sekiranya gagal untuk difahami menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain. Justeru itu,
penggunaan teknologi maklumat seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam
pendidikan. Menurut Ahmad Fuad (2003), menyatakan bahawa dalam konteks pendiidkan,
teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul,
menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan
banyak untuk membbantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu juga,
kejayaan ICT dalam pendidikan khususnya bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga
melibakan faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap
pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Pendekatan
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah
bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar meneroka mencari maklumat.

Dalam menjayakan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran memerlukan gandingan semua pihak sama ada pihak sekolah mahu pun pihak
masyarakat. Di sekolah, guru terutamanya perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan
kepentingan penggunaan ICT atau teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru juga perlu mempelajari serta diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan
peralatan ICT secara cekap dan efektif. Kebanyakan sekolah-sekolah yang mempunyai guru-
guru yang telah lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih berada di tahap perlu
belajar dan perlu bimbingan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT.
Keupayaan seseorang untuk menggabungkan teknologi maklumat dalam pengajaran bukan
berlaku secara automatis, tetapi memerlukan kepada usaha yang berterusan yang penuh
dengan minat. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintergrasiannya
dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk memuat
persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk
menggabungkan ICT dalam pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu
mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

(a) Definisi Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat merupakan satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin
terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang
penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk.

Teknologi maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan
untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat luas iaitu berkenaan dengan
segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya,
penggunaan computer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi,
memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

(b) Pengintegrasian Teknologi Maklumat dalam Pengajaran Bahasa

Pengintegrasian teknologi malkumat dalam pengajaran bermaksud proses pengajaran yang
melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar
berunsurkan ICT dalam pengajaran bahasa. Contohnya penggunaan korpus berkomputer untuk
mencari perkataan dan ayat yang berkaitan.

PERNYATAAN MASALAH

Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di
bawa ke dalam dunia pendidikan. Oleh itu, terdapat pelbagai kekangan yang timbul akibat
daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusan. Antara-antara
kekangan-kekangan yang perlu dititikberatkan adalah:-

1) Tahap Kemahiran Guru dalam Bidang Teknologi Maklumat.


Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan
pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru guru.

Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan
kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran
dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan
oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti melalui komputer,
internet dan sebagainya.

Dapat kita perhatikan bahawa, penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikan dalam sesuatu
perkara, oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di
sekolah rendah terdapat beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan guru
terlatih dalam bidang teknologi maklumat. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang
bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT, oleh itu,
guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara
sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal
ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya di
kalangan pelajar.

2) Penerimaan Guru Terhadap Proses P&P Menggunakan Teknologi Maklumat

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan
sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat segelintir guru
bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Perkara ini
dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama berkidmat dalan dunia
pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana,
kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada
penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternatif kaedah
pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran
tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di
dalam bilik darjah.

Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini
menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat.
Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian
kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan
bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam
pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan
pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di
sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana
merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat.

3) Kemudahan Teknologi Yang Berkaitan Tidak Mencukupi

Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan
prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan
penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang
mencukupi dan lancer. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang
tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak
mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah
tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian.

Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam
pengajaran. Terdapat guru bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering
digunakan oleh kumpulan pelajar lain. Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel
kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat mengajar menggunakan
komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian.

Kesimpulannya, bidang bahasa juga sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari
segi pandangan umum terhadap kepentingannya. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu
diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan.
Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa berupaya meningkatkan lagi
keupayaan pelajar dalam menguasai sesuatu bahasa itu dengan lebih baik. Oleh itu, aspek
latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan juga
penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan
keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi mengatasi masalah-masalah ini, kami telah membincangkan beberapa cara berdasarkan
peranan semua pihak.

1) Peranan Kerajaan

Kerajaan memberikan kesedaran dalam penggunaan komputer untuk mempercepatkan
penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat. Perdana Menteri, Dato Seri Mahathir
Mohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1977.
Kerajaan juga memastikan setiap sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal
komputer yang cukup kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan luar
bandar. Selain itu juga, kerajaan perlu menyediakan kursus teknologi maklumat untuk guru-guru
yang bakal mejadi tenaga pengajar di sekolah sama ada di universiti ataupun kursus-kursus
semasa. Kerajaan haruslah peka terhadap keperluan semasa masyarakat dan sentiasa peka
terhadap perubahan teknologi global.

2) Peranan Sekolah

Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya
semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan
pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja
perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT
dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di
sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan.

Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan
pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi
perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan
terdapat perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT
dibina berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa
dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran
dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi (Mohammed Sani dan Mohd
Jasmy, 2002). Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus
menyediakan pelan pembangunan. Heinrich (1995) menyatakan pelan ini mengandungi aktiviti-
aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian; spesifikasi tentang pemilihan
pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum yang digunakan dan
perancangan untuk penggantian serta pembinaan peralatan secara berterusan.Program
pembangunan sekolah harus selari dengan matlamat dan prosedur yang telah ditentukan oleh
Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan
pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya.

Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan
secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah
mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan kecelaruan
tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantausupaya budaya
menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan.
Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi
dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut
kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Pemberian komputer
daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklahdilengkapkan ke bilik-bilik darjah
sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT
oleh guru semasa proses P&P.

Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin
sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua
bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan
murid. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran
kepada guru adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian
keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan
instruksional. Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai
ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untukmenggunakan peralatan ICT dan bagaimana
mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program ini harus
selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.

3) Peranan Guru

Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku apabila
seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan kemudiannya diberi
pengukuhan. Sementara teori kognitivisme menegaskan pembelajaran merupakan satu proses
maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini
menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell,
1990). Di bawah kerangka behaviorisme dan kognitivisme, guru berperanan sebagai penyampai
maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu
segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai.
Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah
pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran.
Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman
web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran
ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial
direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi yang
memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima (Merill,
1996).

Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh guru sebelum ianya
dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum
menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan
ICT. Kumpulan pelajar yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya memudahkan guru
membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan diberi latihan yang
berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk pengayaan. Kesilapan
dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta
menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.

Teori pembelajaran kontruktivisme memberi tumpuan kepada pembinaan ilmu oleh individu.
Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu dapat membina atau menginterpretasi ilmu serta
mengaplikasi dalam situasi yang baru (Piaget, 1981; Brunner, 1990). Dengan kata lain teori ini
memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran
yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Melalui pendekatan teori
pembelajaran ini, guru berperanan sebagai fasilitator dalam mengendalikan proses P&P dan
menggunakan ICT sebagai alat. Pelbagai strategi pengajaran digunakan untuk menjana idea
serta meningkatkan kemampuan murid untuk memanipulasikan maklumat yang telah dikumpul.
Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh guru untuk menghubungkan antara
teori konstruktivisme dengan P&P. Kaedah pembelajaran ini membolehkan murid-murid
mencari dan mengakses maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan
daripada internet (Haynes & Holmevik, 1998). Melalui pengumpulan bahan-bahan ini, maklumat
akan digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah.

Perhatian yang lebih perlu diberikan oleh guru apabila menggunakan kaedah pembelajaran
penerokaan. Ini kerana murid-murid mungkin menggunakan terus maklumat yang diperolehi
tanpa memanipulasi (mencari, membanding dan menilai). Dalam proses pembelajaran ini guru
perlu menyediakan soalan-soalan terbuka untuk menjana pemikiran murid-murid dan
menggalakkan pembelajaran secara hafalan (rote learning). Peranan guru dalam memantau
penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu
ntuk mengelakkan pemesongan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Guru
perlu memastikan bahawa penggunaan ICT adalah untuk membantu proses P&P seperti
menganalisis maklumat dan bukannya digunakan sebagai mesin taip elektronik.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian
maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil peluang daripada keupayaan ini untuk
menjalankan pembelajaran kolaboratif di dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk
membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan
berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video
dan animasi. Ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di samping
memantapkan kemahiran berkomunikasi. Namun begitu guru perlu menyediakan garis panduan
yang jelas dan terperinci untuk memastikan disiplin murid semasa penggunaan e-mail, chat
room dan sebagainya dalam pembelajaran kolaboratif. Penilaian boleh dijalankan oleh guru dan
kumpulan pebincangan apabila hasil dibentangkan di dalam kelas. Ini akan menggalakkan
percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid.
Strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi kandungan mata
pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran yang diharapkan berdasarkan
tahap murid.

4) Peranan Pelajar

Pelajar menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyediakan laporan-laporan aktiviti
untuk aktiviti pengayaan, tugasan serta projek. Pelajar boleh mengulangi tutorial mengikut
keperluan, kemampuan dan kadar sendiri. Aktiviti dijalankan sama ada secara individu dengan
akses kendiri atau dalam kumpulan kecil. Pelbagai projek di sediakan dalam muka indeks
laman web untuk membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada World Wide Web
seperti tugasan mencari jurubina-jurubina terkenal di dunia, bangunan-bangunan bersejarah
yang menarik, mencari URL laman berkaitan dengan Seminar Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002 pelan dan dongakan serta menulis satu sinopsis
tentang bahan -bahan yang ada pada laman yang diperolehi untuk dikongsi dengan rakan yang
lain. Pelajar berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama atau dari sekolah yang lain
melalui e-mail untuk mengongsi maklumat yang ditemui sama ada untuk tujuan perbincangan
atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan /projek .Maklumat ini disimpan dalam laman web
untuk diakses oleh pelajar yang lain. Misalnya dalam pautan e-mail Pelajar dan Cadangan
Pelajar.

5) Peranan Masyarakat

Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus menggunakan pelbagai
perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti
setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan
untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT. Teknik
perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk
meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus menggunakan
peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk
tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P
secara berkesan.
PENUTUP

Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar
yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa,
kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan.
Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada
terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun
pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku
kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila
menggunakan teknologi canggih ini.

BIBLIOGRAFI
Ahmad Fauzi bin Mohamed. Pengintegrasian teknologi Maklumat dalam Pengajaran. Diperolehi
pada 21 Ogos 2008 daripada - http://72.14.235.104/custom?q=cache:
XKIubNnHofEJ:www.sahc.kedah.edu.my/esei_karya/Microsoft%2520Word%2520%252
0PENGINTEGRASIAN%2520KOMPUTER%2520DALAM%2520
PENDIDIKAN.pdf+pengintegrasian+teknologi+maklumat+dalam+
pengajaran&hl=en&ct=clnk&cd=4&client=google-coop
Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 44 (10), 1055-1062.
Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 44 (10), 1055-1062. Goh Ying Soon, Azman bin Che Mat, Tey
Meng Kar. Cabaran, Peluang dan ancaman Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran Bahasa.
Diperolehi pada 28 Ogos 2008 daripada
http://www1.tganu.uitm.edu.my/sitma06/PDF/sessi%204/s4b8.pdf
Mohd Feroz Abu Bakar, 1999. IT dalam Pendidikan. Diperolehi daripada
http://www.apdip.net/projects/miu/press/BeritaHarian_16081999.pdf
Mohd Feroz Abu Bakar. IT dalam Pendidikan. Diperolehi pada 24 ogos 2008 daripada
http://www.apdip.net/projects/miu/press/BeritaHarian_16081999.pdf60
Nazri Bin Abu Bakar, Muhammad Salaebing, Shamsinah Bt. Salleh, Norizillah Bt. Mohd.
Rodzes, Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak. Penggunaan Komputer dalam Pengajaran
Bahasa.Diperolehi pada 25 ogos 2008 daripada http://compapplicationinlangandlit.
wikispaces.com/space/showimage/Penggunaan%2520Komputer%2520dlm%2520
pengajaran%2520bahasa.pdf
Noraini Attan (2002). Tahap Kesediaan Guru dalam Penggunaan Teknologi Maklumat
Berasaskan Komputer bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Master Of Ed. Thesis.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosnaini Mahmud (2008). Factors Influencing Ict Integration In The Classroom: Implications To
Teacher Education. http://www.cluteinstitute.com/Programs/Salzburg_Austria_2008/ Diperolehi
pada 20 ogos 2008 daripadaArticle%20169.pdf
Sejauh manakah keberkesananan penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan di
Malaysia. Diperolehi pada 24 ogos 2008 daripada
http://www.geocities.com/gardner02_8/ilmiah5.html
Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa,7(2), 32-35.
Yahya Othman, Roselan Baki. Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran bahasa: Penguasaan Guru
dan Kekangan dalam Pelaksanaan. Diperolehi pada 22 ogos 2008 daripada
http://eprints.utm.my/5968/ 1/08-yahya.pdf

You might also like