Penda Hulu An

You might also like

You are on page 1of 8

PENGANGKUTAN AWAM (LANGKAH MEMPERKASAKAN)

Pendahuluan :
Zaman beralih, musim bertukar, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah
lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk
menyesuaikan diri di mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai
anjakan paradigma. Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk
memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita
boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Kereta api,
komuter dan monorel. Jikalau bukan kita sebagai warganegara Malaysia yang menyokong pengangkutan
awam, siapakah lagi yang mesti menyokongnya? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik
hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
Isi 1 : kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan -
mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke destinasi lain dengan penukaran
rangkaian perkhidmatan awam -melaksanakan sistem tiket bersepadu dengan harga yang mampu dibeli
oleh orang ramai khususnya mereka yang berpendapatan rendah -menggalakkan orang ramai
menggunakan pengangkutan awam - menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk
menguruskan pengangkutan awam di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses
perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian - mengambil contoh
pelaksanaannya di negara barat seperti di Melbourne, Australia - menjimatkan wang golongan yang
kurang berupaya tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan harian mereka
Isi 2 : meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam - bilangan kereta api atau bas awam
haruslah dipertingkatkan - memenuhi kehendak rakyat serta mengatasi masalah kekurangan
pengangkutan awam di sesetengah kawasan yang menjadi rungutan orang ramai - KTM (Kereta Api
Tanah Melayu) haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di negara Jepun yang telah menggunakan
kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train) sehingga mencapai kelajuan melebihi 200 kilometer sejam.
- penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu ketibaan pengangkutan awam tersebut. -
untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat terhadap sistem perkhidmatan pengangkutan awam.
isi 3 : pemasangan televisyen di dalam bas ekspres mendapat banyak komen yang baik daripada orang
ramai - menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka - berpeluang untuk menonton pelbagai siaran
televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka dan menjadikan perjalanan lebih menarik-
diperluaskan dalam pengangkutan awam yang lain seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak
penumpang menaiki pengangkutan awam - mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam
kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan yang mengimbas
kembali detik-detik bersejarah di negara kita dan sebagainya dapat menarik perhatian para penumpang
untuk menaiki pengangkutan awam.

Isi 4 : sistem perakam perlu dipasang di semua kenderaan awam di negara kita - merakamkan bukan
sahaja perkara yang berlaku di sepanjang perjalanan malah dapat merakamkan kelajuan pengangkutan
awam tersebut - mengurangkan masalah kenderaan awam seperti bas yang dipandu terlalu laju
sehingga melebihi had yang dibenarkan - mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya bas
yang sering diperkatakan oleh orang ramai - pemeriksaan bagi memastikan pemandu pengangkutan
benar-benar mereka yang berkelayakan atau bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah -
mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang tidak bersopan sekali gus melenyapkan pekerja
yang tidak berkualiti - keyakinan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam di negara kita
akan meningkat.

isi 5 : menyediakan kemudahan hiliran bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan ini - tempat
meletakkan kenderaan perlu ditambah - mengelakkan orang ramai meletak kenderaan mereka di tepi-
tepi jalan atau di tempat lain yang tidak sesuai - rungutan orang ramai kerana bukan sahaja boleh
mengakibatkan kesesakan malah pada masa yang sama turut menjadi punca berlakunya kemalangan
jalan raya - bas-bas tambahan ditambah bilangannya bagi memudahkan dan mempercepat perjalanan
seseorang dari rumah ke destinasi yang dituju.
Penutup :
Kesimpulannya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan kepada masyarakat di
negara kita seperti dapat mengurangkan kesesakan dan kemalangan, mengurangkan pencemaran udara,
menjimatkankan masa malah mengurangkan kos kehidupan kita sehari-hari. Oleh itu, sebagai pengguna
jalan raya yang bijak, kita perlulah menyahut seruan kerajaan agar menggunakan pengangkutan awam
sebagai kaedah untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Kita juga berharap agar
dengan langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan ini maka pengangkutan awam di negara
kita akan menjadi lebih maju setanding dengan pengangkutan awam di negara-negara lain seperti
Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.









MEMBACA (CARA MENGGALAKKAN)
Pendahuluan :
Belakangan ini, usaha-usaha untuk menanam budaya membaca semakin dibicarakan oleh rakyat
Malaysia yang mula celik akan kepentingannya. Hal ini demikian kerana, rakyat negara ini tahu
bahawa budaya membaca mendatangkan banyak faedah seperti dijadikan hobi pada masa
lapang,menambahkan ilmu pengetahuan, dan membantu pelajar untuk mara ke peringkat pendidikan
yang lebih tinggi. Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya perlu dijadikan
pegangan untuk membudayakan amalan membaca. Sehubungan itu, semua pihak seperti ibu bapa,
pihak sekolah, kerajaan dan pihak swasta perlulah berganding bahu untuk merealisasikan hasrat ini.
Isi 1 : ibu bapa perlu menunjukkan minat yang mendalam terhadap budaya membaca - perlu mengisi
masa lapang dengan membaca pelbagai jenis sumber bacaan bersama-sama anak-anak - melentur buluh
biarlah dari rebungnya - menyediakan ruang bacaan dan dipenuhi dengan bahan bacaan untuk
kemudahan anak-anak mempraktikkan budaya membaca - ibu bapa mampu menanam budaya
membaca dalam kalangan anak-anak.
Isi 2 : Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan melengkapkan pusat sumber sekolah dalam usaha
untuk menanam budaya membaca dalam kalangan pelajar - gemar ke pusat sumber yang serba lengkap
dengan kemudahan yang selesa - Pemenang bagi program Nadi Ilmu Amalan Membaca ( NILAM ) juga
mestilah dihebahkan - contoh kepada pelajar lain dan memberi kesedaran bahawa membaca jambatan
ilmu.
Isi 3 : pihak kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran - menanam budaya membaca - melalui
media seperti televisyen, radio, Internet dan sebagainya - menyedarkan masyarakat kita tentang
kebaikan budaya membaca - dijelaskan tentang faedah membaca, jenis buku yang perlu
dibaca serta panduan membeli buku yang berkualiti - merangka kempen kesedaran dengan baik, pasti
hasilnya amat memberangsangkan.
Isi 4 : pihak swasta seperti badan-badan korporat dan syarikat-syarikat perniagaan - memainkan peranan
dalam usaha menanam budaya membacaini - menyalurkan sumbangan kepada komuniti setempat -
membina sebuah pusat sumber mini - menyediakan peralatan dan sumber bacaan yang lengkap untuk
kemudahan orang awam menggunakan pusat sumber tersebut sebagai bukti khidmat sosial mereka
kepada masyarakat.
Penutup :
Tuntasnya, terdapat pelbagai langkah yang boleh kita lakukan untuk menanam budaya
membaca. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk menjayakan matlamat ini.
Ibarat pesan orang tua-tua, janganlah amalkan sikap melepaskan batuk di tangga jika ingin melihat
hasrat ini direalisasikan. Secara tidak langsung, visi suci Perdana Menteri Malaysia untuk menanam
budaya membaca dalam kalangan rakyat akan tercapai menjelang tahun 2020 nanti.

MENABUNG (LANGKAH-LANGKAH)
Pendahuluan:
menabung - amalan menyimpan atau mengumpul wang - dengan keadaan taraf hidup yang semakin
tinggi - amalan ini perlu disemaikan dalam jiwa remaja - belajar menyimpan agar masa depan lebih
terjamin - banyak langkah-langkah yang boleh diambil dalam memastikan amalan ini terus bercambah
dalam diri anak muda

Isi 1 : peranan ibu bapa - pupuk budaya suka menyimpan dalam jiwa anak-anak sejak kecil - jangan
terlalu ikut kemahuan mereka/limpahi mereka dengan kemewahan - sebaliknya ajar remaja untuk
menyimpan wang jika ingin membeli sesuatu - buka akaun simpanan untuk anak-anak - didik dan lentur
mereka agar tidak membelanjakan semua wang saku - baki wang saku dimasukkan ke dalam bank pada
setiap hujung bulan - anak akan sedar betapa pentingnya menyimpan atau menabung.
Isi 2 : peranan remaja (individu) - remaja perlu sedar - yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih
tidak datang melayang - perlu belajar menyimpan dari sekarang supaya dapat menempah hidup yang
lebih senang di masa akan datang - disiplinkan diri agar dapat menyimpan sejumlah wang (kendatipun
sedikit) setiap hari/bulan - remaja boleh mengajak rakan sebaya agar turut sama menabung dan tidak
boros berbelanja.
Isi 3 : peranan pihak sekolah - anjurkan minggu atau bulan kesedaran menabung - laksanakan kempen
dan aktiviti yang wajar diadakan demi menghidupkan budaya menyimpan dalam kalangan remaja -
contohnya: membuat kerjasama dengan pihak bank - memanggil wakil dari pihak bank ke sekolah -
membolehkan pelajar membuka akaun simpanan dengan jumlah minima/menambah wang simpanan.
Isi 4 : peranan pihak bank atau institusi kewangan - adakan pakej-pakej khusus untuk remaja dengan
pelbagai faedah seperti hadiah lumayan dan perlindungan insurans - lebih menarik minat remaja.
Contoh lain - PTPTN wujudkan akaun SSPN yang menggalakkan anak-anak & remaja menabung untuk
pembiayaan pengajian tinggi mereka kelak - memancing minat remaja untuk menyimpan.

Isi 5 : peranan pihak kerajaan - lancarkan kempen-kempen seperti bijak berbelanja, berbelanja secara
berhemat dengan meluas - gunakan semua wadah media untuk sampaikan mesej pada remaja -
wujudkan Hari Menabung - bertujuan untuk suntik kesedaran kepada remaja akan betapa pentingnya
menabung.

Penutup :
sekiranya setiap pihak menggembleng tenaga memainkan peranan masing-masing - usaha untuk
mendidik remaja tentang kepentingan menyimpan akan berjaya - kikis budaya boros berbelanja
sebaliknya pupuk dalam diri agar berbelanja secara berhemat


RIADAH DAN REKREASI (KEBAIKAN)
Pendahuluan :
Mengapakah aktiviti riadah kembali diperhangatkan dan menjadi polemik perbualan
masyarakat? Marcapada ini,seiring dengan era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini, masyarakat
kita sering berlumba-lumba mengejar unsur kemewahan. Tanggapan kekayaan merupakan kunci kepada
segala kesenangan sudah sebati dalam kehidupan mereka sehingga mereka alpa akan kepentingan
aktiviti riadah yang menjadi salah satu amalan dalam mempraktikkan gaya hidup sihat. Sesungguhnya,
aktivit rekreasi dan riadah yang boleh didefinsikan sebagai segala kegiatan yang dilakukan pada waktu
lapang untuk menyihatkan tubuh badan dan fikiran merupakan elemen yang penting dalam menjayakan
segala aktiviti dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, kita perlu mempunyai kesedaran terhadap
kepentingan mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi sebelum nasi menjadi bubur.
Isi 1 : mampu mengeratkan hubungan sama ada hubungan dengan komuniti setempat.
individu akan bertegur sapa dengan individu lain di sekelilingnya.
kita dapat berbual mesra dengan jiran tetangga
isi 2 : memberi ketenangan jiwa.
menghayati keindahan alam sekitar yang saujana mata memandang.
dapat menghirup dan menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang segar, seterusnya
mampu memberi kedamaian jiwa.
Isi 3 : bagi menyihatkan badan
meningkatkan kadar kecergasan dan mengelakkan pelbagai penyakit koronari.
dapat meningkatkan kadar metabolisme yang baik untuk tubuh.
Isi 4 : menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran dalam kalangan masyarakat.
mampu mematangkan tahap pemikiran masyarakat.
semangat individualisme dapat dihapuskan
isi 5 : mengurangkan tekanan dalam diri seseorang.
dapat melupakan beban yang ditanggung
lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
Penutup :
Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak kepentingan tertentu yang
dapat dimanfaatkan oleh setiap anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita perlulah
mengutamakan dan mengamalkan aktiviti riadah dalam kehidupan seharian kerana
sesungguhnya, minda yang cerdas terletak pada badan yang cergas.


KEPENTINGAN BAHASA INGGERIS
Pendahuluan :
.Menjelang tahun 2003, bahasa Inggeris telah mula digunakan dalam pendidikan di Malaysia. Sistem ini
dimulakan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa penghantar untuk mata pelajaran sains dan
matematik. Pelaksanaannya dijalankan secara berperingkat-peringkat yang dimulakan kepada pelajar
tahun 1 serta pelajar tingkatan 1. Beberapa tahun kemudian, semua pelajar sekolah rendah dan sekolah
menengah telah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pendidikan sains dan matematik.
Biarpun program ini diliputi dengan pelbagai kontravesi namun tindakan kerajaan melaksanakan dasar
penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan memberi pelbagai kebaikan.
i-isi Penting
a) bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa negara asal bahasa Inggeris mendominasi dunia dari
segi ekonomi dan kemajuan teknologi
b) sektor swasta memperluas penggunaan bahasa Inggeris kemahiran bahasa Inggeris diperlukan
dalam menggaji pekerja
c) mencapai sebuah negara perindustrian penggunaan teknologi maklumat yang mementingkan
bahasa Inggeris merancakkan pembangunan negara
d) menceburi bidang politik pemilihan pemimpin negara yang mahir berbahasa Inggeris
menyuarakan pendapat di peringkat antarabangsa
penutup :
Intihanya, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat perlu dipelajari dan dikuasai oleh
semua pelajar. Seseorang yang dapat menguasai bahasa ini akan lebih berkeyakinan dan mampu
merebut peluang yang tersedia sama ada pada peringkat nasional atau pada peringkat antara bangsa.
Namun begitu, biar bagaimana penting sekalipun bahasa Inggeris ini digunakan oleh masyarakat
antarabangsa namun penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara amat perlu
dipertahankan dan dipertingkatkan martabatnya. Kita tidak mahu bahasa rasmi kita pupus akibat
kelalaian kita mengagungkan bahasa Inggeris umpama kata pepatah Melayu yang dikejar tak dapat,
yang dikendong keciciran.







KESAN RASUAH
Pendahuluan :
Rasuah boleh diibaratkan sebagai `penyakit barah' . Antara punca berlaku rasuah ialah perkembangan
ekonomi dan taraf hidup yang menyebabkan orang ramai hilang nilai harga diri . Penglibatan kakitangan
kerajaan dalam kegiatan rasuah memberi imej yang negatif kepada rakyat tempatan dan luara negara.
Pengkhianatan terhadap negara
- pegawai kerajaan merupakan pemegang amanah rakyat dan kerajaan.
- kredibiliti jabatan, kementerian dan sebagainya kian terhakis.
- akauntabiliti serta integriti badan tersebut dipersoalkan.
- negara menuju kehancuran.
Wujud ketidakadilan sosial
- sesuatu pemberian, jawatan dan sebagainya tidak berdasarkan keupayaan, kelayakan,
kebolehan serta potensi yang ada.
- sebaliknya berdasarkan kepada keuntungan atau laba yang diperoleh jika sesuatu jawatan itu
diberikan. Mereka yang tidak layak diberi/ mendapat peluang.
Wujud amalan pilih kasih
- amalan pilih kasih secara berleluasa lemahkan produktiviti kerana kualiti tidak lagi
diutamakan sebaliknya budaya mementingkan "anda siapa" lebih diutamakan.
ketidakseimbangan agihan ekonomi
- setiap pemberian tender, kontrak, pengagihan saham dan kelulusan projek hanya kepada
mereka yang dapat menawarkan imbalan yang menguntungkan..
- pengalaman dan kebolehan mengendalikan projek diabaikan
- wujudlah monopoli ekonomi dalam kalangan orang-orang tertentu sahaja dan berkisar dalam
kelompok yang sama.
Menjadi amalan di semua peringkat jabatan
- pemberian habuan kepada orang tertentu yang melaksanakan tugas dikira biasa segala
urusan kerajaan dan orang perseorangan tidak dapat elak daripada terjebak dengan amalan
rasuah.
- peringkat atasan gejala rasuah bakal menentukan kepimpinan yang akan mentadbir jabatan,
kementerian dan negara.
- sesetengah ahli masyarakat menerima amalan rasuah sebagai satu cara berurusan dengan
jabatan kerajaan cepat dan mudah apabila memberi habuan
Penutup :
Masyarakat mesti mempunyai sikap benci pada amalan rasuah. Keprihatinan masyarakat
terhadap amalan rasuah dapat membendung kegiatan daripada berleluasa.


LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR
Pendahuluan :
Sejak kebelakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian pesat berlaku di
negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini
sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Adakah kita ingin
membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata ingin mengejar kemajuan? Di manakah peranan kita
sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Jadi, alam sekitar yang bersih penting dalam
kehidupan kita dan langkah-langkah yang positif perlu dilakukan.
Isi 1 : mengurangkan penggunaan bahan kimia
akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar.
penggunaan racun serangga dan penghawa dingin
penggunaan bahan ini perlu dikawalkan
isi 2 : menguatkuasakan undang-undang alam sekitar
undang-undang harus diketatkan
kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi piawaian kebersihan yang telah
ditetapkan
isi 3 : kitar semula
Bahan-bahan buangan boleh diproses semula
bahan buangan boleh diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan
pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu.
Isi 4 : kempen kesedaran sivik
masyarakat ditiup kesedaran
membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih
dan dijaga.
Penutup :
Tuntasnya, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan kebersihan alam
sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan dengan semata-matanya.
Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna dan
hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Sinomin dengan slogan negara Negara Bersih,
Rakyat Sihat

You might also like