You are on page 1of 6

Cabaran & langkah2 mengekalkan semangat cintakan Malaysia

Cabaran (pilih 5)
-liberalisasi
-penyebaran neokolonialisme
-feudalisme baru
-anarkisme
-keganasan dalam melakukan sesuatu perkara
-peningkatan sekularisme
-demokrasi dalam kalangan rakyat
-pembinaan negara bangsa sukar dilaksanakan
- Penafian agama Islam sebagai agama rasmi.
-Peningkatan masalah social
-Masalah penegekalan perpaduan rakyat

Langkah (pilih 5)
- ibu bapa perlu sering bercerita tentang tokoh-tokoh pejuang tanah air kepada
anak-anak.
- Ibu bapa haruslah bercerita atau membacakan cerita tentang perjuangan
tokoh-tokoh terkenal seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Kenali,Datuk
Bahaman dan banyak lagi pejuang tanah air.
-Ibu bapa perlu mendedahkan jasa-jasa pejuang tanah air dengan memberitahu
mereka betapa sukarnya berjuang untuk membebaskan diri daripada belenggu
penjajahan.
- menceritakan peristiwa orang-orang terdahulu hidup semasa zaman
penjajahan.
- Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan lawatan ke tempat bersejarah
untuk pelajar-pelajar
sekolah supaya menjadi generasi yang mempunyai semangat patriotisme
- generasi kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak kerajaan.
Contohnya remaja kini perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara.
Program.
- ibu bapa perlu sering membawa anak-anak menyambut hari kemerdekaan.




Usaha menanamkan semangat nasionalisme

-Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara.
-Penggalakkan untuk mengenali tokoh-tokoh yang memperjuang untuk
kemerdekaan negara dan mereka
-Penanaman semangat cinta akan negara dalam diri setiap pelajar dengan
menyelitkan kecintaan kepada bangsa dan negara dalam setiap subjek oleh
pihak sekolah .
-Pendedahan semangat Malaysia Boleh seperti yang dilakukan oleh Datuk
Azhar Mansur dan para pendaki Gunung Everest.
-Mengadakan sambutan2 berunsur patriotik seperti Sambutan Hari
Kemerdekaan
-Penggalakan untuk melawat tempat-tempat bersejarah
-Pendedahan kepada golongan muda terhadap Jalur Gemilang yang berkibar
megah pada sepanjang masa dan perayaan Hari Kebangsaan setiap tahun itu
sepatutnya dijadikan wadah untuk memperbaharui azam mempertahan
kemerdekaan pada masa depan
-Kerajaan telah mewajibkan nyanyian lagu Negaraku di setiap sekolah pada
waktu perhimpunan rasmi diadakan.
-Penganjuran pertandingan menulis esei bertemakan semangat patriotik dalam
kalangan pelajar dan generasi muda.
-Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
-Kerajaan telah mewujudkan gagagasan 1Malaysia
-Kerajaan telah mengelurkan kenyataan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi
Malaysia .Justeru semua rakyat menggunakan satu bahasa rasmi .
-Mengadakan kempen-kempen yang mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia
-Menyiarkan iklan-iklan yang memaparkan keharmonian masyarakat majmuk di
Malaysia
-Arahan pemakaian baju bercorak batik bagi semua kakitangan kerajaan pada
setiap hari Khamis ketika bertugas.
-Kerajaan telah membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan
tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi
pengajian tinggi
- Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan
aktiviti yang bersesuaian

-Menggalakan pelajar dari bangku sekolah lagi yang berkebolehan untuk
mewakili Negara dalam pertandingan sukan

-Menyiarkan kepentingan perpaduan di dada akhbar

-Mengarahkan sesetengah stesen radio untuk memainkan lagu berunsur
patriotik



Nilai murni

NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME
4.1 Cinta Akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan
negara
melebihi kepentingan diri.
4.2 Taat Setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.
4.3 Sanggup Berkorban untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda
kebaktian
untuk negara.

NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA
5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin
kehidupan
mereka yang sempurna.
5.2 Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi
sumbangan dalam
pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.5.3 Melindungi Hak Pekerja
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan
golongan
pekerja dalam pembangunan negara.
5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya
tidak berasa
tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI
6.1 Mematuhi Peraturan dan Undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan
tanpa
mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
6.2 Kebebasan Bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi
menjaga
keselamatan dan ketenteraman.
6.3 Kebebasan Beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya
seperti yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
6.4 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara
dengan
mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.
6.5 Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan
selaras dengan
kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

8.Rumusan
Konklusinya, memupuk semangat patriotisme perlu dijalankan sepanjang masa
tanpa henti. Hal ini demikian dapat melahirkan generasi yang mempunyai rasa
cinta akan negara dan menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan juga
negara. Peranan semua pihak sangat penting untuk menerapkan semangat
patriotik dalam diri generasi muda. Contoh yang baik akan diikuti oleh orang
ramai. Bak kata pepatah bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.
COPY BUKU TEKS

Nilai patriotisme
Cinta akan negara
Setia kepada negara
Menjaga nama baik negara
Sanggup berkorban
Berani berjuang
Bersemangat kental
Sanggup mempertahankan maruah negara
Bijak merancang
Mengekalkan kedaulatan negara
Mematuhi peraturan
Bangga kejayaan Malaysia diperingkat dunia
Bangga dengan keunikan negara
Bangga sebagai rakyat Malaysia
Bangga dengan kepelbagaian bahasa dan budaya
Menyanjung warisan bangsa
Memartabatkan bahasa kebangsaan
Bersemangat kekitaan
Menghormati lambang-lambang negara
Kekayaan negara dinikmati bersama
Menghargai perjuangan tokoh
Menghormati raja
Menghormati pemimpin
Sedia berubah
Tolak ansur
Menyokong dasar-dasar kerajaan

2. Apakah langkah yang wajar diambil oleh orang Melayu bagi menghadapi
dasar ekonomi British yang meminggirkan rakyat pribumi?
Pemimpin memberi kesedaran kepada orang Melayu
Orang Melayu diberi pendedahan, pengetahuan tentang kegiatan ekonomi
Memberi galakan kepada orang Melayu untuk menceburkan diri dalam
ekonomi
Meningkatkan ilmu pengetahuan orang Melayu
Kegiatan ekonomi lebih tertumpu di kawasan bandar, jd galakan masyarakat
peribumi wujudkan petempatan di bandar secara proaktif
4. Pada pendapat anda, mengapakah rakyat patut melibatkan diri dalam
sambutan hari kemerdekaan negara?
Menghargai dan mengenang jasa tokoh kemerdekaan
Menunjukkan rasa syukur kerana negara dapat kebebasan daripada penjajah
Membuktikan negara luar yang Malaysia mampu berdikari
Membuktikan bangsa Malaysia hidup dalam keharmonian
Mana-mana jawapan munasabah)

5. Mengapakah setiap warga negara Malaysia mesti mempunyai semangat
patriotik?
Meningkatkan kesungguhan untuk memajukan negara
Menwujudkan masyarakat bersatupadu
Mengingati dan menyanjung dan membantu pejuang tanah air
Melahirkan rakyat yang mempunyai nilai moral
Bangga menjadi rakyat Malaysia
mana-mana jawapan munasabah)

8. Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah
negara?
Menjaga keamanan negara
Mengekalkan kemerdekaan negara
Menegakkan keadilan
Mewujudkan perpaduan
Mengukuhkan kedudukan raja
Membendung tindakan liar
Menjamin kemakmuran negara
mana-mana jawapan munasabah

9. Mengapakah tindakan perluasan kuasa tidak dibenarkan pada masa kini?
Menghormati kedaulatan negara lain
Melanggar hak asasi manusia
Mematuhi piagam PBB
Mengelakkan kematian
Mengelakkan kemusnahan alam
Mengelakkan keamanan sejagat
mana-mana jawapan munasabah
15. Mengapakah pendidikan tidak formal patut diberi penekanan?
Menyerapkan nilai moral
Merapatkan hubungan kekeluargaan
Mewarisi tradisi keluarga
Menjadi tanggungjawab ibubapa mendidik anak
Mewujudkan pendidikan sepanjang hayat
mana-mana jawapan munasabah

19. Pada pendapat anda, apakah pencapaian negara kita sehingga rakyatnya
berbangga sebagai bangsa Malaysia?
Politik stabil
Rakyat bersatu
Kebebasan bersuara
Negara aman
Ekonomi maju
Mampu menghantar angkasawan
Pencapaian sukan bertaraf dunia
Mempunyai kereta nasional

20. Apakah iktibar daripada peristiwa penentangan terhadap Malayan Union?
Perlu bertegas dalam menyatakan bantahan
Perlu adanya perpaduan
Mengadakan rundingan sebelum sesuatu dasar dibuat
Berhati-hati dengan tindakan orang asing
Pentingnya pemimpin berwibawa
mana-mana jawapan munasabah

23. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh dari penubuhan
Malaysia kepada rakyat hari ini?
Keluasan negara bertambah
Bilangan penduduk bertambah
Pertahanan negara lebih kukuh
Komunis dapat dibanteras
Penjajahan asing ditamatkan
Merapatkan hubungan antara kaum
Memperkayakan budaya negara
Meluasakan pasaran

27. Apakah tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020?
Menyahut sembilan cabaran
Terlibat dalam pengisian wawasan
Meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin negara
Mengekalkan kemajuan negara
Meningkatkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi
Menguasai kemahiran IT
Berinovasi dan kreatif
Berdisiplin baik

29. Pada pandangan anda, apakah kepentingan sesebuah negara menggubal
dasar luar?
menjamin keselamatan/keamanan
Mengekalkan kedaulatan negara
Menggalakkan pembangunan ekonomi
Mengekalkan keamanan sejagat
Mengukuhkan pertahanan
Membina rangkaian perdagangan
Menggalakkan pelaburan asing
Menghapuskan ancaman komunis

You might also like