You are on page 1of 3

PERMAINAN GALAH PANJANG

PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN
1. Permainan ini melibatkan dua kumpulan, iaitu, Kumpulan A dan Kumpulan B.
2. Setiap kumpulan mempunyai seramai 7 orang pemain termasuk ketua.
3. Kumpulan terbahagi kepada penyerang dan pertahanan.
4. Hanya dua atau satu orang pemain pertahanan yang dibenarkan berada di
setiap garisan gelanggang permainan.
5. Setiap kumpulan akan diperuntukkan masa sebanyak 5 minit.
6. Giliran untuk memulakan permainan ditentukan melalui undian.
7. Pasukan pertahanan akan bertahan di atas garisan pertahanan.
8. Pasukan penyerang akan cuba menembusi pertahanan pihak lawan.
9. Pasukan penyerang yang berjaya mara ke hujung gelanggang akan diberikan
5 markah. Jika kumpulan berjaya kembali ke tapak permulaan akan diberikan
5 markah lagi. Permainan akan dimulakan semula sehingga tamat masa yang
telah diperuntukkan.
10. Bagi mana-mana ahli penyerang yang disentuh oleh mana-mana ahli
pertahanan akan dikira sebagai mati bagi pusingan tersebut.
11. Jika ketua kumpulan penyerang disentuh oleh mana-mana ahli kumpulan
pertahanan, maka keseluruhan kumpulan dikira mati.
12. Mana-mana ahli daripada kumpulan penyerang atau pertahanan keluar
daripada kawasan permainan masing-masing, permainan akan dihentikan
dan kumpulan akan diberikan dimerit.
13. Setelah 5 minit tamat, wisel akan dibunyikan dan kumpulan pertahanan pula
akan mengambil giliran sebagai penyerang dan sebaliknya.






GELANGGANG PERMAINAN

Rajah 1 : Gelanggang Permainan Galah Panjang
KEDUDUKAN PEMAIN

Rajah 2 : kedudukan pemain dan pengadil
Petunjuk :
Pemain pasukan penyerang
Pemain pasukan pertahanan
Pengadil

A
B
1. Pasukan pertahanan boleh meletakkan pemainnya di mana-mana garisan
dengan syarat hanya terdapat satu atau dua sahaja pemain pada setiap
garisan.
2. Pasukan penyerang pula hendaklah menyeberangi gelanggang dari kawasan
A ke kawasan B dan kemudian dari kawasan B ke kawasan A. Pasukan
penyerang dikehendaki melalui semua garisan melintang dan tidak
dibenarkan melalui kawasan luar gelanggang untuk menyeberangi
gelanggang
3. Terdapat seramai 7 orang pengadil. Kedudukan pengadil adalah seperti yang
terdapat dalam rajah.
SISTEM PEMARKAHAN
1. Markah akan diberi kepada pasukan penyerang dalam satu-satu masa
permain.
2. Setiap pemain penyerang mewakili 10 markah.
3. 5 markah akan diberikan kepada pemain sekiranya pemain tersebut melepasi
halangan dari kawasan A ke kawasan B tanpa disentuh oleh pihak
pertahanan. Pemain tersebut kemudian akan menyeberangi semula ke
kawasan A dari kawasan B dan mengutip 5 markah sekiranya melepasi
halangan. Sekiranya pemain tersebut tidak dapat melepasi halangan dari
kawasan B ke kawasan A, 5 markah yang telah diberikan sewaktu melepasi
halangan dari kawasan A ke kawasan B akan tetap dikira. (rujuk rajah 2)
4. Sekiranya ketua pasukan penyerang disentuh (mati giliran) oleh pihak
pertahanan, maka semua pemain penyerang akan tamat giliran. Walau
bagaimanapun, mata yang telah dikutip akan dikira.
5. Pasukan pertahanan akan menjadi pasukan penyerang dan pertukaran
tersebut melengkapkan satu set permainan.
6. Bilangan set permainan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
7. Kumpulan yang mengutip markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang.

You might also like