You are on page 1of 13

MAY

21

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Pengenalan
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi
pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai persediaan murid menghadapi
senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah.
Setiap kemahiran bernilai tambah itu boleh dilaksanakan secara solo mahupun secara
bergabungan.

Jenis-Jenis Kemahiran Bernilai Tambah
(a) Kemahiran Berfikir
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer (1977 dan 1991) dan
Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan minda sama ada
untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan
atau menyelesaikan masalah. Proses asas berfikir ialah apabila anda mengemukakan pertanyaan.
Hal ini kerana untuk mengemukakan pertanyaan anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya.
Proses berfikir itu akan melibatkan satu set pertanyaan yang dimulai pertanyaan rasa ingin tahu,
seperti;

a) Apakah objek itu?
b) Bagaimanakah bentuk objek itu?
c) Apakah kegunaan objek itu?
d) Bagaimanakah menggunakan objek itu?
e) Di manakah dapat memperoleh objek itu?

Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu, anda akan
menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari dan menilai kerana
tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan jawapan. Dalam proses mencari
dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa kemahiran seperti berfikiran kreatif, berfikiran kritis,
menaakul dan strategi berfikir. Ia dinamakan jenis-jenis kemahiran berfikir.

Maklumat yang berikut ialah contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

(a) Kemahiran Berfikir Kreatif ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea baharu yang
mementingkan keindahan. Lazimnya ia melibatkan penghasilan bentuk baharu, pengolahan bahasa
yang indah, teknik penyampaian yang menarik, dan sudut pandangan yang tidak berlandaskan
kebiasaan. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002) dalam Kemahiran Berfikir Kreatif akan
melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti;

i. menjana idea antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mengemukakan idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan sebab,
menyenaraikan idea, menyatakan cara lain, menyumbangkan pendapat atau pandangan,
menyatakan kemungkinan, menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan sebagainya.
ii. Membuat inferens antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah membuat kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan pemerhatian, membuat
rumusan awal berdasarkan data-data yang diperoleh, membuat kesimpulan awal daripada
maklumat yang diperoleh, membuat tanggapan awal, membuat penyataan awal, menyatakan
pendidirian awal, menyatakan ketetapan awal dan sebagainya.
iii. Menghubung kait antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan, menyatakan sebab-
musabab, menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari perkaitan, mengaitkan idea,
menyatakan pertalian, membuat perhubungan dan sebagainya.
iv. Meramal antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan, mengganggarkan apa yang akan
berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan kemungkinan yang akan berlaku, dan sebagainya.
v. Membuat hipotesis antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat andaian yang
perlu dibuktikan kebenarannya, membuat penyataan yang perlu diuji ketepatannya, menyatakan
kesimpulan sementara yang perlu diuji dan sebagainya.
vi. Mensintesis antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan idea-idea,
menyepadukan idea-idea, dan sebagainya.
vii. Mengitlak antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah membuat penyataan umum berdasarkan pola, membuat generalisasi, membuat rumusan
umum daripada keseluruhan idea, dan sebagainya.
viii. Menganalogi antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat perlambangan,
membuat simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan, dan sebagainya.
ix. Membuat gambaran mental antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk lain, membayangkan
dalam minda, melakarkan peta minda, menceritakan gambaran mental, dan sebagainya.
x. Reka cipta antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan bentuk, menciptakan
sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif, dan sebagainya.

(b) Kemahiran Berfikir Kritis ialah membuat analisis, membuat penilaian, membuat sintesis,
membuat kritikan dan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses membuat penilaian itu
akan melibatkan penyesuaian dengan beberapa aspek atau elemen. Mengkritik karya
kesusasteraan akan melibat penggunaan teori kajian sastera sebagai kayu pengukurnya. Menilai
tingkah-laku manusia akan melibatkan aspek sosio-budaya bangsa berkenaan sebagai kayu
pengukurannya. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir Kritis
akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti;

i. Mencirikan antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah menyatakan atau menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu, mengenal pasti dan
menyatakan kualiti sesuatu, dan sebagainya.
ii. Membandingbezakan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mencari persamaan dan perbezaan ciri, bentuk, sifat, warna, fungsi, dan
sebagainya.
iii. Mengumpul dan mengkelaskan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah membuat pengkelasan berasakan ciri, kategori, fungsi, bentuk,
warna, kriteria, dan sebagainya.
iv. Membuat urutan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menyusun mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor, kriteria tertentu,
dan sebagainya.
v. Menganalisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mencerakin maklumat, mengolah idea, mengesan sebab, menghuraikan faktor,
ciri-ciri, akibat, mencari punca atau bukti berasaskan maklumat atau data, dan sebagainya.
vi. Menilai -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah mentaksir maklumat, mempertimbangkan pendapat atau cadangan, membuat pilihan,
menentukan nilai atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan sebagainya.
vii. Membuat kesimpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah merumuskan maklumat atau data, membuat hipotesis atau tesis, kesimpulan
dan sebagainya.

(c) Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik dan rasional
terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Terdapat penaakulan secara induktif
(berasaskan beberapa contoh kemudian membuat kesimpulan) dan penaakulan deduktif
(mengemukakan rumusan dan kemudian memberi beberapa contoh untuk membuktikan kebenaran
rumusan tersebut). Aktiviti menaakul melibatkan;

i. Hipotesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah mencari maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi contoh-contoh sesuai.
ii. Pengumpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mengumpulkan maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau kriteria untuk
membuat kesimpulan atau rumusan.

(d) Strategi Berfikir atau sering juga disebut Kemahiran Berfikir Kreatif dan kritis. Gabungan
pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah. Petunjuk
strategi berfikir ialah;

i. Mengkonsepsikan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah kenal pasti ciri-ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat rumusan dan
membina konsep.
ii. Menyelesaikan masalah -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah kenal pasti masalah, punca masalah, kesan masalah, sasaran masalah dan
sebagainya untuk diselesaikan.
iii. Membuat keputusan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah kenal pasti matlamat, sasaran, kepentingan, alternatif, punca dan kesan dan
sebagainya untuk buat penentuan.

(b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bermaksud kebolehan, keupayaan
menggunakan alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah, terancang,
kesesuaian, dan berkesan. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengajaran dan
keberkesanan pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) penggunaan ICT
untuk tujuan komunikasi seprti menghantar dan menerima emel, menggunakan aplikasi perisian
untuk menyempurnakan tugasan dan mengakses maklumat. Kemahiran ICT perlu diaplikasikan
supaya murid dapat menggunakannya untuk tujuan mendapatkan maklumat, memproses maklumat,
dan menghantar maklumat. Kemahiran ICT bukan sahaja kemampuan aplikasi komputer atau
internet, malahan juga radio kaset, televisyen dan sebagainya yang bersifat teknologi. Menurut
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a) penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat diaplikasikan dari aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran
(murid menggunakan ICT). Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai;

i. Persembahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menayangkan power points, petikan, gambar, gambar rajah, gambar visual dan
sebagainya.
ii. Demonstrasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah gambar visual berkenaan tunjuk cara, rajah contoh pelaksanaan, dan
sebagainya.

Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dalam beberapa kategori seperti;

i. Tutorial -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah mencari maklumat dalam internet, menyelesaikan atau melengkapkan tugasan, menghantar
maklumat menggunakan email, menonton demostrasi contoh tugasan, dan sebagainya.
ii. Penerokaan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal; mengalami,
mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi, melihat demonstrasi sesuatu untuk
dilaporkan.
iii. Pengaplikasian -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menulis dan mengedit karangan dalam perisian, mencari dan melengkapkan
maklumat yang diusahakan, mengaplikasi graf, carta dan sebagainya untuk tujuan melengkapkan
maklumat, menyisih dan mengkelas data-data yang diperoleh dengan menggunakan perisian-
perisian yang sesuai seperti SPSS, dan sebagainya.
iv. Komunikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menghantar, menerima dan berkongsi maklumat sama ada antara individu
mahupun dengan ramai individu. Antara mod atau bahan yang memboleh

(c) Kemahiran Belajar Cara Belajar
Pusat Perkembangan kurikulum (2001b) menegaskan Belajar Cara Belajar (BCB) sebagai satu
proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru mahupun belajar tanpa bersama guru.
Pendapat Sherina yang dipetik oleh Abdul Hamid Mahmood (2007) pula berpendapat BCB
merupakan kaedah belajar atau menelaah pelajaran yang boleh berlaku dalam kelas bersama guru
ataupun secara berseorangan membaca buku di perpustakaan. Bagi Abdul Hamid Mahmood sendiri
BCB merupakan usaha mengembangkan tabiat belajar. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003)
menegaskan tujuan pelaksanaan BCB agar murid peka terhadap teknik-teknik pembelajaran yang
berkesan bagi membolehkan murid meningkat pengetahuan, cekap bertindak dan menyesuaikan diri
dengan perubahan semasa, dan sebagai amalan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan terbentuk
sikap peka diharapkan sistem pendidikan akan menghasilkan pelajar yang aktif, bersikap ingin tahu,
rajin berusaha mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dan matang merumuskan maklumat.
Antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat
sumbang saran, aktif menyoal, mengenal pasti idea dan menyusun idea, mencari sumber maklumat,
memilih dan menilai maklumat, membuat pemerhatian, mendengar secara aktif, mencatat nota atau
maklumat atau data, membuat inferensi atau generalisasi, menyusun data, membuat rujukan silang,
berkongsi maklumat, menepati masa.

Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Hj. Nik Basri (2007), BCB melibatkan aspek;

i. Kemahiran pengurusan kendiri -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah menyediakan peralatan belajar, pengurusan masa, pilihan kerjaya masa
depan, menepati masa, mengurus tekanan belajar dan menggalakkan perbincangan.
ii. Kemahiran mendengar, participating dan mengambil nota -- antara contoh aktiviti yang boleh
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghayati, memahami dan menilai
maklumat didengari, mencatat maklumat didengari, rajin bertanya, memberi pendapat atau
pandangan, bersikap ingin tahu dan mencuba, berkongsi maklumat dan sebagainya.
iii. Kemahiran membaca -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah membaca secara luncuran (skimming) seperti membaca tajuk, subtajuk,
pendahuluan, ringkasan atau rumusan; membaca secara imbasan (scanning) seperti membaca
pantas pendahuluan atau rumusan; bacaan intensif secara terperinci dan tekun; dan bacaan laju
dengan cara menambahkan bahan bacaan.
iv. Kemahiran menulis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menulis atau mencatat cepat, membuat ringkasan, membuat peta minda,
mencatat isi penting dan sebagainya.
v. Kemahiran mengingat -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menyenaraikan kembali fakta atau isi, menceritakan kembali maklumat yang
dibaca, dan sebagainya.

(d) Kemahiran Kajian Masa Depan
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002b) Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu cara
menyusun pemikiran atau cara kita mengkonsepsikan kehidupan. KMD diperkenalkan agar generasi
baharu bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Hal ini disebabkan masa depan setiap
manusia pasti berubah, penuh dengan cabaran, dan dugaan yang tidak sama dengan masa
sekarang. Dengan adanya kesedaran KMD diharapkan dapat mewujudkan masyarakat Malaysia
yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik dan matang. Betapapun kita tidak tahun kejadian masa
depan, namun masa depan dapat diramalkan. Misalnya, seseorang yang terlibat sebagai pengedar
najis dadah pasti akan ditangkap dan dihukum pada suatu masa nanti. Antara aspek pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah;

i. Membuat ramalan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menganalisis maklumat atau data dan kemudian membuat ramalan,
membayangkan berlaku sesuatu (imaginasi), membuat persediaan untuk menghadapi hasil
ramalan, dan sebagainya.
ii. Menjangka akibat -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menganalisis sebab dan menjangka akibatnya, menganalisis kejadian dan
menjangka akibatnya, mengatur strategi mengatasi kebimbangan, membuat persediaan
menghadapi sesuatu yang bakal berlaku, dan sebagainya.
iii. Mengendalikan perubahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah membincangkan cara-cara mengatasi sesuatu daripada berlaku, membuat
persediaan untuk menghadapi sesuatu, menyesuaikan kebiasaan diri, dan sebagainya.
(e) Kemahiran Kecerdasan Pelbagai
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid mampu
menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi. KKP mampu melahirkan murid aktif kerana
dengan adanya kepelbagaian kemahiran menyebabkan murid berani menawarkan khidmat bernilai
dalam lingkungan sesuatu budaya. Pusat perkembangan Kurikulum (2001c) mencadangkan lapan
jenis kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid, iaitu;

i. Kecerdasan Verbal-Linguistik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah melafazkan kata-kata secara santun, melafazkan kata-kata dengan nada
dan intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan yang tepat menggambarkan idea
dalam setiap penulisan, kebolehan menggunakan ungkapan dan bahasa badan yang sesuai
berdasarkan situasi, persekitaran, status sosial dan isu yang diperkatakan, dan sebagainya.
ii. Kecerdasan Logik-Matematik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah,
memahami fungsi nombor, simbol atau tanda dan kegunaannya, kebolehan menjangka, dan
sebagainya.
iii. Kecerdasan Visual-Ruang -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan
garisan, termasuk kemampuan membuat persembahan idea, grafik, hasil seni secara berkesan
dalam ruang ditetapkan.
iv. Kecerdasan Kinestetik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah kebolehan menggunakan badan, anggota badan dan ekspresi badan untuk
menyatakan idea, kepelbagaian perasaan, fikiran, menyelesaikan masalah, menyampaaikan hasrat
dan sebagainya.
v. Kecerdasan Muzik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah kebolehan mengesan irama, rentak, tempo, dan melodi lagu. Juga termasuk
mengenali rentak pengerakan yang sesuai dengan melodi atau irama.
vi. Kecerdasan Interpersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain, serta
kebolehan menarik minat orang lain untuk turut sama melakukan sesuatu yang dianjurkan.
Misalnya, menarik minat murid menjawab soalan atau melakonkan tugasan yang diberikan.
vii. Kecerdasan Intrapersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah kebolehan memahami diri sendiri dari segi kelemahan, kekuatan, hasrat dan
kehendak. Dengan memahami diri sendiri akan memboleh individu berkenaan menangani
kelemahan, menjanakan kekuatan, mengawal kemarahan atau kekecewaan, dan memilih aspek
yang mampu dilaksanakan.
viii. Kecerdasan Naturalis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah kebolehan dari aspek umum seperti mengenali dan memahami alam
persekitaran dan makhluknya, sosio-budaya masyarakat kaum sendiri dan orang lain dan
mengamalkannya, dan sebagainya.

(f) Kemahiran Pembelajaran Kontekstual
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001d) Pembelajaran Kontekstual (PK) merupakan satu
kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam pekerjaan. PK menyediakan
pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (mengamalkan) dan minds-on
(memikirkan) dalam persekitaran pelbagai. Pembelajaran berlaku apabila murid dapat memproses
maklumat dengan cara menggabungkan atau menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan
pengetahuan baharu secara bermakna. Ia berlaku dalam minda dan kemudian diterjemahkan
secara nyata sama melalui kata-kata, perlakuan atau hasilan. Pengalaman sedia ada murid itu
melibatkan peraturan bahasa, adat budaya, persekitaran sosial, psikologi, alam fizikal, amalan
kehidupan, sekolah, tempat kerja atau tempat tinggal, pelbagai bidang ilmu, dan sebagainya. Guru
boleh melaksanakan Kemahiran Pembelajaran Kontekstual dalam bilik darjah dalam pelbagai
bentuk pembelajaran seperti;

i. Menghubung kait -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menyambungkan cerita, mencipta objek atau mengemukakan idea alternatif,
mengubah suai sesuatu atau cara agar sesuai dengan keperluan semasa, dan sebagainya.
ii. Mengalami -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah melakukan penerokaan idea, penemuan idea baharu berdasarkan maklumat atau idea sedia
ada, reka cipta seperti mencipta kereta luncur yang menggabungkan ciri-ciri kenderaan darat
dengan kenderaan air dan kenderaan udara, dan sebagainya.
iii. Mengaplikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mencipta objek pelbagai guna, menulis karangan yang mempunyai pelbagai
teknik atau laras bahasa, dan sebagainya.
iv. Bekerjasama -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah memberi reaksi terhadap permasalahan dalam pembelajaran, aktif menjana
pembelajaran bersama, berkongsi idea atau maklumat, dan sebagainya.
v. Memindahkan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menganalisis maklumat sedia ada dan kemudian memberi cadangan untuk
menyelesaikan masalah, menggunakan ilmu-ilmu dari bidang lain seperti menggunakan objek
bersudut (Matematik) untuk melukis mural (Seni Visual), mengarang cerita Sains, memilih corak dan
warna yang sesuai untuk pakaian harian, dan sebagainya.

(g) Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme
Menurut McBrien & Brandt, dan M. Briner yang dipetik oleh Pusat Perkembangan kurikulum (2001e)
Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan dengan membina
pengetahuan baharu atau konsep baharu secara aktif. Murid membina sesuatu atau pengetahuan
mereka dengan menguji idea baharu dan idea sedia ada. Mereka boleh mencipta satu makna
baharu atau objek baharu. Tentunya untuk membina sesuatu yang baharu akan memerlukan
sesuatu yang sedia ada. Jepun mencipta kereta Toyota adalah berdasarkan kereta Ford yang
dicipta oleh Britain. Yang menjadi inti fokus dalam konstruktivisme ialah membina sesuatu yang
baharu sama ada yang dibina itu objek, konsep, penulisan dan sebagainya. Muhd. Nasrudin Dasuki
mencipta Mapen dengan menggabungkan bentuk drama dengan cerpen. Murid boleh membina
sesuatu berdasarkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada mahupun idea baharu. Hal ini
berbeza dengan PK yang menekankan penggabungan idea atau hubung kait idea.
Konstruktivisme dapat membina pemahaman dan pengetahuan baharu. Aspek pengajaran dan
pembelajaran yang boleh melaksanakan Pembelajaran Konstruktivisme ialah;

i. Mengkonsepsikan idea -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah membina takrif atau definisi sesuatu.
ii. Analisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah membina rumusan maklumat atau data-data, mengkategorikan maklumat atau data
berdasarkan kriteria tertentu, dan sebagainya.
iii. Penghasilan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah membina objek-objek seperti kenderaan atau rumah masa depan, dan
sebagainya.
iv. Hipotesis atau tesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah membuat kesimpulan karangan atau idea perbincangan, membina hipotesis atau
ramalan berdasarkan maklumat diperoleh, membina tesis berdasarkan maklumat dan data yang
sahih, dan sebagainya.

Kesimpulan
Berdasarkan penerangan di atas dapat disimpulkan bahawa Kemahiran Bernilai Tambah memberi
idea alternatif kepada guru dan murid menjanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih ceria,
bermakna dan berkesan. KBT dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
memberi peluang kepada murid melaksanakan KBT dan seterusnya menjadikan pembelajarannya
berkesan. Hal ini sesuai dengan tujuan KBT diperkenalkan, iaitu agar dapat diaplikasikan dalam
dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global.


Rujukan

Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa
Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001a.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.


Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001b.
Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001c.
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001d.
Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001e.
Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002a.
Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002b.
Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hamid Mahmood, Abdul, dan Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, Kemahiran
Belajar Cara Belajar dlm. Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar
Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti
Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Posted 21st May 2011 by gassi kekcok
Labels: jom blaja bahasa

5
View comments
1.
fatmashaOctober 28, 2011 at 2:42 AM
salam...artikal di atas banyak membantu..tq
Reply
2.
gassi kekcokNovember 24, 2011 at 8:08 AM
wasalam..isyaallah sama2 kita berkongsi..
Reply
3.
ANIS ZULAugust 11, 2012 at 7:21 PM
salam..timo kasih banyok2...
Reply
4.
athirah aliApril 8, 2013 at 7:40 PM
Tq sembil...people will accept you anyway....
Reply
5.
rose rushdiJanuary 16, 2014 at 4:37 PM
Salam. Terima kasih atas maklumat ini. Mohon share, ya....
- Rose Aliza Bt Sutrisno
Reply

CIKGU BELAJAR BAHASA

Classic

Flipcard

Magazine

Mosaic

Sidebar

Snapshot

Timeslide


JAN
5

kerana anda saya berubah ?
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah
apa apa yang pada diri mereka QS 13:11

apakah segala yang aku lakukan adalah kerana kamu kerana mereka kerana siapa-siapa? tidak sama
sekali,.segalanya adalah kerana ALLAH TAALA dan aku hanya mengharapkan keredhaan ALLAH
semata-mata.

semalam aku ada dengar kuliah magrib kat masjid telipot mengenai segala kerja buat, tingkah dan
langkah kita mestilah kerana ALLAH..

nak berubah kerana wanita kau akan dapat wanita tu bukan ALLAH kata ustaz tu. berubah kerana orang
lain adalah salah, berdosa. perbetulkan niat kita. ayat kat atas jelas membuktikan bahawa apa cara
sekalipun usaha perlu datang dari diri kita. nak berubah mesti datang dari dalam diri bukan kerana orang
lain tapi kerana orang lain.

DEC
20

seperti biasa mengalami gangguan mental fizikal bila nak masuk semester baru setelah berehat
panjang.. katanya semester 5 lebih mencabar dari semester2 yang lain. ada KOT kejohanan olahraga
tahunan kat maktab yang kami sem 5kena handle sendiri, praktikum lagi persatuan lagi..ya Allah semoga
kau permudahkan segala urusan aku nanti berikan aku kekuatan utk jalani segalanya...

NOV
1

TRANSKRIPSI FONETIK
BAHASA BAKU

Ceritanya berlaku pada sebuah kampung di mana anjing ini hidup kelaparan tanpa makanan. Dia pun
mencari makanan untuk simpanan makanannya buat beberapa hari. Selepas itu, dia pun jumpa la orang
yang menjual makanan iaitu menjual daging. Anjing itu pun tengok ke arah daging-daging itu dan air liur
dia pun meleleh keluar. Anjing itu pun cuba untuk menghampiri daging itu sementara penjual itu sedang
sibuk melayan pembeli-pembeli daging.

MAY
3

refleksi untuk semester 3..kehkeh
alhamdulillah hampir tamatnya semester 3 aku di ipgkkb.. 2 minggu la aku exam maka berakhirlah
PISMP SEMESTER 3 yang penuh dengan cabaran dugaan dengan tanggungjawab yang agak besar
dipikul... apakah aku melaksanakan amanah yang diberi dengan baik atau sebaliknya.semoga tuhan
memberkati segala kerja buat aku selama ini.. semester yang agak sibuk..hampir setiap minggu boleh
dikatakan pergi ke sekolah sampai family sendiri pon xsempat nak lawat..haish berat nanang...

NOV
23

sedih xsedih sngat
Wahh lamanya xupdate blog nie (ayat blogger sebelum bwt entri yg dah lama xupdate blog dia) patikan
dari cikgu zakwan..haha macam gud2 je kan?? Yela mmg dah bersarang pon blog aku nie..hah lagi satu
ayat poyo dari blogger2 malaysiahahaha..owh ye sebelum tu nak cakap yang kat klantan skarang ni
hujan je slalu..nak kluar pon xde smangat..dengan jem nye dengan air penuh atas jalannye..haha ok dah
cukup stakat tu berita terkini..dan yang paling latest Malaysia kalah ngan Syria emm xpe lah gud job..

OCT
18

sucikan segalanya
akhlak mulia

tidak akan wujud kecuali pada

jiwa yang

mulia, hati yang suci

serta berasaskan iman dan taqwa yang dipadankan dengan

kesabaran ketika berdepan dengan cabaran yang sering mematahkan iman

dan

menghancurkan akhlak.

SEP
25

BMM3103
KONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul,
merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai, maklumat tentang pembelajaran seseorang
pelajar bagi sesuatu tujuan.

Pentaksiran dapat didefinisikan sebagai satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
1

SEP
19

KOMPONEN-KOMPONEN PENGAJARAN
1.1 KEMAHIRAN SET INDUKSI

Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin
memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk
mengikuti pembelajaran hari itu.


SEP
18

dimana kamu ketua yang bijaksana
Ya Allah pujuk lah hati hamba mu ini ya Allah L

SEP
12

apabila lemahnya seseorang anak Adam itu
ya Allah kau bukakan pintu hati kuya Allah kau jadikan aku anak yang soleh

ya Allah kau jangan biarkan aku tenggelam dalam dunia ini

ya Allah jangan kau pesongkan aku dari agamamu

ya Allah berikan aku kekuatan yang secukupnya untuk menghadapi hari-hari yang mendatang

ya Allah kau tempatkan ibu bapa ku dalam kalangan orang-orang yang beriman.

ya Allah kuatkan hati hamba mu ini....
3





Loading
Dynamic Views template. Powered by Blogger.

You might also like