ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia SEMESTER 2 - SESI 2012/13 KPF 4023 PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH Analisis Buku Teks
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK TANDA TANGAN SURIATI BINTI MOHD YUSOF L20112007154
PENSYARAH:
PM MADYA DR NOOR SHAH
KUMPULAN KULIAH: A
BAB 1
TOPIK KECERGASAN FIZIKAL
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
7.0 Lampiran 12
KANDUNGAN Muka Surat
1.0 Pengenalan
2 2.0 Matlamat/ Objektif mata pelajaran 2 3.0 Kekuatan yang terdapat pada buku teks 3 4.0 Kelemahan yang terdapat pada buku teks 9 5.0 Penutup 6.0 Bibliografi 10 11 ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
1.0 Pengenalan
Buku teks adalah wadah penyampaian ilmu dan dianggap sebagai jambatan antara Sukatan Pelajaran dan pengguna. Buku teks adalah salah satu sumber pengajaran yang penting untuk kegunaan murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kandungannya disediakan mengikut keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Penekanan keperluan yang seimbang dalam pembentukan emosi, rohani, jasmani dan intelek dititikberatkan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara seperti yang terkandung dalam semua Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang digariskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kepentingan buku teks dalam proses pengajaran dan pembelajaran sukar dipertikaikan kerana buku teks merupakan terjemahan kurikulum bagi sesuatu mata pelajan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan dan menjadi medium yang penting untuk membantu murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungan bertulis mencerminkan Falsafah Pendidikan Negara disamping memandu para guru untuk membimbing pelajar mengikut halatuju yang sebenarnya berdasarkan Sukatan Pelajaran. Hal ini sejajar dengan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) yang memberi penekanan kepada sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. pada masa yang sama mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.
Buku teks pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan tingkatan dua ini mengandungi enam bab iaitu Kecergasan Fizikal, Kemahiran Sukan dan Rekreasi, Kesukanan, Kesihatan Diri dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat serta Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Analisis buku teks ini hanya memfokuskan isi kandungan Bab 1 yang menekankan kecergasan fizikal. Bab 1 mengandungi tajuk seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan komposisi badan yang berlandaskan aspek kesihatan manakala aspek kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor yang melibatkan kuasa, kelajuan dan prinsip latihan. Setiap bab dimulakan dengan pengenalan terhadap tajuk setiap bab dalam buku teks bagi menyediakan minda pelajar ke arah tajuk dan diikuti penyusunan sub topik mengikut turutan kandungan isi pelajaran bagi membantu pelajar menentukan fokus untuk pembelajaran seterusnya. Bagi setiap tajuk kecil dimulakan dengan memperkenalkan definisi atau maksud setiap perkataan yang terdapat dalam tajuk kecil tersebut serta faedahnya kepada pelajar dan diikuti dengan pecahan tajuk kecil kepada beberapa subtopik yang menghuraikan setiap tajuk kecil dalam bab tersebut.
2.0 Matlamat / objektif mata pelajaran
Buku teks ini ditulis untuk merealisasikan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan iaitu bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
aktiviti fizikal dan amalan kecergasan melalui tunjang pembelajaran kecergasan yang menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Sehubungan dengan budaya pembelajaran pendidikan jasmani yang menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif menggunakan pendekatan pembelajaran melalui tiga aspek penting iaitu penglibatan murid secara aktif dan selamat, interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alat serta penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran.
Pada akhir pembelajaran objektif am mata pelajaran pendidikan jasmani tingkatan satu yang pertama adalah pelajar dapat mengetahui maksud komponen- komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan, kuasa dan kelajuan. Kedua ialah melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina kemahiran motor dan kecergasan fizikal. Objektif am yang ketiga adalah mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik pendidikan, pergerakan kreatif, gimnastik irama dan pendidikan pergerakan dengan betul dan selamat. Keempat, pelajar dapat memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi menjaga keselamatan.Kelima, pelajar dapat melibatkan diri dalam pengurusan alatan sukan dan permainan serta mengetahui isu-isu dalam sukan dan permainan serta yang keenam atau yang terakhir sekali ialah pelajar dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana yang riang dan mengembirakan.
Bagi memastikan objektif am mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan tingkatan dua tercapai, setiap bab di dalam buku teks ini telah dibahagikan kepada unit-unit yang kecil bagi memudahkan penyampaian maklumat bagi penekanan setiap bab tertentu. Bab 1 merangkumi unit kecergasan fizikal yang menekankan pelajar-pelajar menyatakan definisi komponen-komponen kecergasan, menyatakan maksud prinsip latihan, melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan fizikal, menyatakan faedah latihan kecergasan fizikal dan mematuhi setiap aspek keselamatan.
3.0 Kekuatan yang terdapat pada buku teks
Secara umumnya kekuatan buku teks ini dianalisis mengikut sembilan komponen yang merangkumi komponen kesesuain isi kandungan dengan tahap, komponen ketepatan isi kandungan, komponen kemutakhiran isi kandungan, komponen kesesuain dengan kehidupan pelajar, komponen kepekaan terhadap nilai tempatan, komponen fokus kandungan, komponen teknik penyajian kandungan, komponen paparan kandungan pembelajaran dan kelengkapan dokumentasi sesebuah buku. Pembahagian setiap komponen yang dianalisis dibahagikan lagi kepada sub komponen mengikut sembilan komponen berkenaan. Selaras dengan itu, isi kandungan buku teks ini masih memelihara sensitiviti rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Kekuatan buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tingkatan dua ialah penyediaannya dilakukan oleh panel penulis dan penilai yang pakar dalam bidang mata pelajaran masing-masing, serta telah mengambil kira ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
kehendak semua domain pendidikan, iaitu kognitif, afektif, dan psikomotor yang menekankan kemahiran intelektual, kemahiran generik serta kemahiran teknik dan praktikal. Kandungan buku teks ini jelas memperlihatkan ciri-ciri pengajaran dan pembelajran yang sewajarnya terutamanya dari sedi ciri penggabungjalinan, penyerapan, cara pelaksanaan aktiviti sebelum, semasa dan selepas aktiviti pembelajaran, latihan pengukuhan dan laras bahasa yang digunakan adalah mudah untuk dikuasai dan difahami. Kekuatan buku teks ini bukanlah hanya bergantung kepada persembahan reka bentuk halaman malahan ianya amat bergantung kepada persembahan penulisannya. Penulis-penulis buku teks ini dapat menyampaikan maklumat, keterangan, pengetahuan dan pengajarannya denga berkesan kerana isi kandungannya mudah difahami kerana perkataan yang digunakan secara konsisten dan tidak mengelirukan.Hal ini amat penting diberi perhatian dalam analisis buku teks kerana kefahaman terhadap sesebuah buku bergantung kepada pendekatan ciri-ciri bahan pengajaran menggunakan pengetahuan sedia ada untuk melakukan serentak pelabagai proses komponen dalam kefahaman bagi menghasilkan struktur- struktur kognitif atau pengetahuan baru. Oleh itu, ayat yang digunakan adalah jelas dan bertenaga.
Satu aspek yang dipertimbangkan dalam susunan buku teks ialah kesukaran murid memahami istilah yang sukar, abstrak dan di luar pengalaman seseorang pelajar. Isi kandungan buku teks adalah lengkap dan bersesuaian dengan teori perkembangan kognitif Jean Piaget yang mana mengambil tahap kesesuaian umur dengan perkembangan operasi mental daripada konkrit kepada abstrak. Pelajar- pelajar tingkatan dua yang berusia 14 tahun masih baru pada tahap operasi formal yang mana teori perkembangan kognitifnya berkembang berasaskan tahap demi tahap bergantung terhadap perkembangan indivitu itu sendiri. Oleh itu, banyak ilustrasi gambar yang dipaparkan untuk menjelaskan cara-cara untuk memahami isi pelajaran yang menekankan aspek kecerdasan kinestetik bagi mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental untuk menginterpretasi lakuan atau pergerakan tubuh badan dengan betul. Proses pemikiran ini amat penting kerana mempengaruhi penerimaan, penyusunan dan penyimpanan maklumat ke dalam ingatan jangka masa panjang. Sehubungan dengan itu, persembahan halaman buku teks juga seharusnya mudah dibaca dan difahami. Hal ini bergantung kepada beberapa faktor seperti rupa taip, saiz taip, panjang garisan, tajuk, corak halaman termasuk ruang ditepi halaman, kontra taip dan warna kertas, tekstur kertas dan kesesuaian kandungan.
Format persembahan pada keseluruhan dalam buku teks adalah terancang, berfungsi, jelas dan ramah pengguna serta mudah difahami. Hal ini kerana keluasan dan kedalaman isi kandungan pelajaran mengikut sukatan pelajaran dicerakinkan kepada beberapa unit kecil bagi memudahkan penyampaian ilmu mengikut subtopik- subtopik tajuk kecil bagi memahami keseluruhan tajuk besar bab kecergasan fizikal. Penulisan buku teks yang terkandung dalam bab kecergasan ini menggunakan pembelajaran berdasarkan pengalaman untuk membina kemahiran dan prinsip latihan kecergasan. Misalnya dalam halaman 14, peta konsep latihan litar menunjukkan dengan jelas aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan untuk meningkatkan daya tahan otot. Ruang dalam reka bentuk ilustrasi gambar dan huraian isi pelajaran dalam buku teks ini digunakan secara optimum untuk membolehkan pembaca ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
merehatkan mata. Reka bentuk halaman buku teks ini adalaah baik kerana dapat membantu pembaca membaca mengikut urutan dalam setiap aktiviti-aktiviti pembelajaran.
Keluasan isi kandungan buku teks ini adalah baik kerana isi kandungan buku teks mengikut susunan topik yang terkandung dalam sukatan pelajaran yang bersesuaian dengan skop ilmu pendidikan jasmani yang diintegrasikan melalui pengalaman sedia ada pembelajaran merentas disiplin ilmu dengan pencerakinan bidang ilmu kepada tiga tunjang utama yang berbeza. Antara tunjang utama mata pelajaran pendidikan jasmani merangkumi tunjang kecergasan, tunjang kemahiran dan tunjang kesukanan. Misalnya tunjang kecergasan dibahagikan kepada enam komponen kecergasan yang boleh disepadukan dalamKeluasan isi kandungan buku teks ini adalah baik kerana isi kandungan buku teks mengikut susunan topik yang terkandung dalam sukatan pelajaran yang bersesuaian dengan skop ilmu pendidikan jasmani yang diintegrasikan melalui pengalaman sedia ada pembelajaran merentas disiplin ilmu dengan pencerakinan bidang ilmu kepada tiga tunjang utama yang berbeza. Antara tunjang utama mata pelajaran pendidikan jasmani merangkumi tunjang kecergasan, tunjang kemahiran dan tunjang kesukanan. Misalnya tunjang kecergasan dibahagikan kepada enam komponen kecergasan yang boleh disepadukan dalam prinsip latihan (Rujuk halaman 39).
Kedalaman isi kandungan buku teks ini disusun mengikut turutan dan menunjukkan kesinambungan bagi setiap subtopik dalam tajuk kecil bagi setiap tema dalam pendidikan jasmani. Olahan bahan dan isi pelajaran berdasarkan tahap kesukaran bersesuain dengan umur pelajar yang dalam permulaan peringkat operasi formal. Bagi menyokong huraian isi pelajaran ilustrasi gambar dipaparkan untuk membantu pelajar lemah dalam memahami sesuatu pelajaran yang bersifat abstrak. Contoh aktiviti kecergasan yang dijalankan oleh pelajar lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dan persamaan mengikut kemampuan gender pelajar. Contohnya lakuan mendagu dalam latihan kekuatan otot untuk pelajar lelaki dan perempuan tidak sama kerana perbezaan rembesan hormon dan pembinaan kekuatan otot pelajar lelaki dan perempuan adalah berbeza (Rujuk halaman 21 dan 22) .
Ketepatan isi kandungan dari segi konsep, definisi dan fakta adalah baik. Analisis buku teks dalam bab kecergasan fizikal menerangkan isi kandungan dengan tepat melalui pencerakinan bab kepada sub bab. Olahan isi kandungan buku teks ini adalah jelas kerana pada permulaan bab dan sub bab dimulakan dengan definisi istilah komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, komposisi badan, kuasa dan kelajuan. Penerangan huraian fakta berkaitan konsep komponen kecergasan adalah mengikut sub bab yang mana apabila disintesiskan kembali isi kandungan kecergasan fizikal dalam satu prinsip latihan yang dapat menyihatkan badan. Sebagai contoh, olahan sub bab 1.5 berkenaan kuasa dimulakan dengan definisi kuasa, faedah melakukan aktiviti komponen kecergasan yang berasaskan kemahiran motor serta cara melaksanakan latihan kuasa dengan selamat. Setiap urutan huraian fakta yang tersusun mampu menyampaikan isi kandungan berkenaan konsep kuasa dengan tepat. (Rujuk halaman 30 - 34) ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
Ketepatan contoh, kes, dan ilustrasi gambar adalah baik dan menarik kerana setiap huraian isi kandungan pelajaran yang melibatkan kecergasan fizikal disertakan contoh perlakuan dalam bentuk gambar bagi memberikan gambaran jelas dan tepat berkenaan bab dan sub bab yang dihuraikan. Sebagai contoh, merujuk pada halaman 31, aktiviti untuk meningkatkan kuasa kaki ditunjukkan secara ansur maju melalui ilustrasi gambar yang tepat untuk menerangkan perlakuan teknik lompat dakap yang betul.Ketepatan dan konsistensi istilah dan simbol yang digunakan dalam bab kecergasan fizikal adalah tepat .Penggunaan istilah sains dalam sukan diperkenalkan dalam isi kandungan pelajaran melibatkan anatomi, fisiologi, aplikasi biomekanik dan istilah dalam prinsip latihan dihuraikan dengan tepat, jelas dan konsisten. Penggunaan istilah dan simbol dalam setiap sub bab kecergasan adalah secara konsisten berdasarkan penggunaan otot yang terlibat semasa perlakuan komponen - komponen kecergasan fizikal.
Kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi adalah sangat baik dengan penggunaan internet. Penyediaan maklumat tambahan menerusi laman web turut dimuatkan dalam buku teks ini sesuai dengan peredaran masa dan corak pembelajaran pada hari ini.(Rujuk halaman 29) .Penggunaan istilah sains sukan dalam info sukan juga membantu perkembangan ilmu pendidikan jasmani. (Rujuk halaman 13)Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi peraturan dan kes sebenar juga sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Sebagai contoh maklumat kejayaan yang dipersembahkan dalam info sukan menggambarkan kes sebenar dalam kehidupan. Contohnya maklumat info sukan Raja Pecut Malaysia yang memenangi pingat emas acara 100m dalam temasya sukan asia ialah Dr. M. Jegathesan pada tahun 1962 dengan catatan masa 10.3 saat di Bangkok dan Rabuan Pit pada tahun 1982 di New Delhi, India. (Rujuk halaman 37). Selain itu, kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi adalah sangat baik dengan penggunaan internet. Penyediaan maklumat tambahan menerusi laman web turut dimuatkan dalam buku teks ini sesuai dengan peredaran masa dan corak pembelajaran pada hari ini. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi peraturan dan kes sebenar juga sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Kemutakhiran daftar ejaan juga sesuai dengan tahap perkembangan pelajar kerana kandungan pelajaran difahami oleh pelajar (Rujuk halaman 29). Penggunaan istilah sains sukan dalam info sukan juga membantu menghuraikan perkembangan ilmu pendidikan jasmani. (Rujuk halaman 13). Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi peraturan dan kes sebenar juga sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Sebagai contoh maklumat kejayaan yang dipersembahkan dalam info sukan menggambarkan kes sebenar dalam kehidupan. Contohnya maklumat info sukan Raja Pecut Malaysia yang memenangi pingat emas acara 100m dalam temasya sukan asia ialah Dr. M. Jegathesan pada tahun 1962 dengan catatan masa 10.3 saat di Bangkok dan Rabuan Pit pada tahun 1982 di New Delhi, India (Rujuk halaman 37).
Perkembangan dan kemampuan pelajar melalui aktiviti kecergasan fizikal adalah sesuai digunakan dalam PJK berdasarkan buku teks ini. Keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar juga sesuai kerana dalam tunjang pendidikan kesihatan banyak menerapkan nilai-nilai murni serta amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Hal ini bertepatan dengan budaya pembelajaran pendidikan ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
jasmani yang menekankan gaya hidup sihat dan aktif melalui penglibatan murid secara aktif dan selamat, interaksi yang kreatif dengan rakan-rakan, bahan dan peralatan sukan seterusnya penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran. Sehubungan dengan itu, perkembangan sosiobudaya yang sihat perlu diterapkan atau dididik sejak bangku sekolah lagi bagi mengurangkan masalah kesihatan kepada diri, masyarakat dan negara. Tunjang kecergasan dalam bab kecergasan fizikal ini menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan (Malaysia) juga sesuai kerana banyak menggambarkan cara hidup masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh penggunaan pakaian yang sesuai, selesa dan selamat dan masa yang sesuai semasa melakukan aktiviti kecergasan seharusnya bersesuaian dengan cuaca atau iklim negara kita (Rujuk halaman 10).
Kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan atau wawasan negara diterapkan dalam domain afektif pembelajaran iaitu menyemai semangat kekitaan dalam diri pelajar bagi merapatkan hubungan antara kaum melalui sukan. Hal ini sejajar dengan dasar 1M1S bagi mengurangkan masalah kesihatan dalam kalangan pelajar seterusnya memupuk amalan gaya hidup sihat dalam masyarakat Malaysia sebagai satu tanda menghargai kesihatan diri dalam kehidupan. Pembelajaran dalam buku teks ini menggalakkan pelajar melakukan pembelajaran kendiri. Kaedah penyampaian isi pelajaran bervariasi kerana banyak aktiviti yang dijalankan dipaparkan dengan variasi pergerakan dan gambar yang menarik. Buku teks ini dapat mengembangkan daya kritikal dengan baik kerana dalam lakuan aktiviti kemahiran komponen kecergasan melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian. Sebagai contoh info sukan yang dipaparkan dalam setiap tajuk kecil membantu pelajar menilai kewajaran maklumat yang diberikan terhadap aktiviti kecergasan yang dipaparkan untuk dilakukan oleh pelajar mempunyai alasan atau sebab yang tersendiri. Sebagai contoh tujuan melakukan aktiviti menyejukkan badan untuk menghantar semula asid latik yang terkumpul diotot untuk semasa aktiviti kecergasan ke hati untuk disimpan dan dijadikan tenaga semula apabila diturunkan. (Rujuk halaman 3). Teknik Penyajian kandungan buku teks Pendidikan Jasamani dan Pendidikan Kesihatan adalah secara konsisten dan sistematik kerana tunjang utama kecergasan dibahagikan mengikut bab dan sub bab. Pendidikan dalam kelas PJK memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba dan mengalami proses pembelajaran melalui penglibatan aktiviti fizikal untuk membina pengalaman bagi membentuk kemahiran lakuan kecergasan yang betul dan selamat. Ketertiban konsep, definisi dan fakta isi pelajaran adalah seimbang diantara bab dan sub bab. Terdapat kesinambungan diantara bab dan sub bab bagi memberikan keutuhan makna isi pelajaran yang dipersembahkan. Sebagai contoh dalam halaman 12, permulaan subtopik dimulakan dengan definisi komponen kecergasan daya tahan otot dan diikuti dengan faedah latihan, cara melaksanakan latihan mengikut tertib dengan betul dengan mengambil kira aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti tersebut. Ketertiban konsep daya tahan otot dapat difahami dengan mudah kerana kronologi isi pelajaran tersusun dan teratur. Ilustrasi gambar dan latihan bagi setiap sub bab dapat memberikan pengukuhan dari domain kognitif terhadap lakuan betul dan selamat. Seterusnya buku teks ini menyediakan maklumat aspek keselamatan yang perlu dipelajari dan dipatuhi. Pengukuhan diberikan dalam bentuk latihan ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
kendiri untuk menguji kefahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang telah disampaikan melalui nota dan peta konsep di dalam buku teks.
Paparan kandungan pembelajaran dalam buku teks bagi tunjang kecergasan bab 1 lebih menekankan aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar dan pembelajaran kendiri. Penulisan Bab 1 yang memberikan penekanan dalam kecergasan fizikal banyak menyediakan aktiviti berpusatkan pelajar kerana melibatkan domain kognitif,psikomotor dan afektif pelajar untuk melakukan aktiviti fizikal diri. Gaya penyampaian isi pelajaran disampaikan melalui komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular. Orientasi aktiviti kecergasan fizikal berasaskan daya tahan kardiovaskular amat penting untuk membina pengalaman pelajar melakukan aktiviti yang berbentuk aerobik seperti latihan parcourse merangkumi lompat kuadran, bergayut dipalang, duduk jangkau, memanjat tangga tegak, lompat sentuh palang, meniti palang,dan latihan fartlek. Hasil pembelajaran berpusatkan pelajar lebih berkesan kerana pelajar dapat melakukan aktiviti dan merasai kesan daripada aktiviti kecergasan fizikal bagi menguji kecekapan otot jantung dan sistem pernafasan (Rujuk halaman 2-10). Pembelajaran kendiri yang baik telah diolah dalam bentuk latihan bagi setiap subtopik dalam bentuk latihan soalan struktur dan betul salah atau permainan teka silangkata untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap komponen kecergasan yang dipelajari (Rujuk halaman 11, 24, 29, 38, 42, 43).Variasi daripada aspek jenis aktiviti dapat dilihat dengan jelas dalam bab kecergasan fizikal kerana isi pelajaran dihuraikan menggunakan aktiviti yang pelbagai. Sebagai contoh latihan Fartlek dilakukan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan untuk mengelakkan kebosanan menyediakan contoh aktiviti yang bervariasi secara berterusan seperti berjalan pantas, lari pecut, berjoging, berlari dalam kelajuan sederhana pada pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya. (Rujuk halaman 9).
Fokus kandungan buku ini tepat menunjukkan cara pembelajaran yang dipersembahkan yang dikaji adalah menarik. Ia menggalakkan penyertaan pelajar secara aktif dalam berfikir dan mengaplikasikan kandungan pelajaran tersebut. Sebahagian daripada ilustrasi yang dipersembahkan adalah sesuai dari segi Saiz, boleh membantu memahami teks, menarik minat, merangsang pembelajaran pelajar sekaligus mendorong minat pelajar mempelajari isi kandungan buku teks. Sehubungan dengan itu, perkembangan pemikiran kritis dan kreatif masih diberi penekanan semasa pembelajaran kerana susunan kandungan huraian teks ini menghuraikan fakta, cara pelaksanaan aktiviti, info sukan, bahagian aspek keselamatan, dan latihan pengukuhan diakhir bab adalah mengikut aras kemahiran mengikut domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif melalui kemahiran intelektual, kemahiran teknika dan praktikal serta kemahiran generik.Secara tidak langsung pelajar dapat mengembangkan kemahiran hidup dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti kecergasan fizikal dan kesihatan melalui mata pelajaran pendidikan jasmani.
Nota, bahan rangsangan seperti ilustrasi gambar di dalam buku ini tidak menimbulkan bias kerana kajian telah dilakukan terhadap aktiviti dan keupayaan pelajar mengikut peringkat umur dan jantina masing-masing. Perkembangan kemahiran proses pembelajaran amat sesuai kerana dalam ilustrasi yang ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
ditunjukkan banyak meletakkan lakuan dalam bentuk lukisan berbanding gambar sebenar bagi mengelakkan bias dari segi kaum. Komunikasi interaktif dalam penghasilan buku teks ini adalah baik kerana isi pelajaran yang disampaikan mudah difahami dengan maklumat yang dipaparkan dalam bentuk info sukan. Info sukan yang dipaparkan mengandungi maklumat seperti kejayaan jaguh sukan (rujuk halaman 37), aplikasi biomekanik (rujuk halaman 9 atau halaman 30), maklumat anatomi fisiologi (rujuk halaman 21 dan 39) serta fisiologi senam (rujuk halaman 3 dan 41). Tambahan kepada aspek keselamatan juga ditekankan dalam buku teks ini bagi mengelakkan pelajar melakukan sesuatu aktiviti tanpa mendatangkan kemudaratan kepada diri.
Aspek dokumentasi buku teks ini adalah lengkap kerana terdapat kata pengantar telah disediakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia iaitu Datuk Abdul Rafie Bin Mahat yang menyatakan bahawa buku teks ini dibina semula berdasarkan KBSR dan KBSM semakan semula (Rujuk halaman viii). Definisi istilah menyatakan bahawa pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani dan Kesihatan agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Terdapat advance organizer pada awal bab menjelaskan segala aktiviti yang melibatkan Tunjang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang memerlukan keseluruhan konsep dan info berkaitan dengan sukan. Terdapat sumber rujukan terkini untuk teks, gambar, jadual, diagram, lampiran, nama, tarikh termasuk sumber atas talian secara keseluruhannya boleh diguna pakai kerana ia dirujuk pada sumber-sumber yang terbaru. Rumusan dalam buku teks ini disusun pada akhir bab bagi merumuskan isi pelajaran bagi setiap bab.
Tugasan dan contoh-contoh soalan pada setiap bab adalah mencukupi untuk pengukuhan minda pelajar kerana latihan yang disediakan tidak terlalu banyak bersesuaian dengan semua peringkat pelajar untuk mengetahui asas komponen kecergasan fizikal. Perkara penting yang perlu ditekankan disini adalah amalan ilmu yang dipelajari supaya menjadi rutin atau gaya hidup sihat yang memberi implikasi yang baik kepada pelajar dan masyarakat keseluruhannya. Seterusnya Indeks tersusun dan diletakkan di belakang sekali buku teks (Rujuk halaman 198). Terdapat 2 lampiran dalam buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2. Sebagai contoh lampiran 1 yang memaparkan senarai 10 regangan yang tidak digalakkan serta cadangan regangan yang boleh dilakukan dalam senaman untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal bersesuain dengan tunjang kecergasan dalam Pendidikan Jasmani. (Rujuk halaman 191 dan 192).
4.0 Kelemahan yang terdapat pada buku teks
Kelemahan yang terdapat pada buku teks ini hanya dari segi kemutakhiran info sukan atau sumber yang terkini agak kurang kerana buku teks ini adalah terbitan tahun 2009. Pembahagian bab dan sub bab dalam pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan digabungkan dalam satu buku. Justeru itu, isu beban beg berat yang berkaitan dengan ketebalan buku teks dapat diatasi jika naskhah buku teks ini dipecahkan kepada beberapa jilid mengikut penggal persekolahan dalam setahun. Selain itu, selaras dengan perkembangan teknologi dalam pendidikan selain ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
daripada buku teks yang dibukukan, penggunaan cd juga boleh dilakukan. Penggunaan buku teks dalam bentuk cd lebih interaktif kerana penggunaan video pembelajaran yang berkesan.
5.0 Penutup Perkembangan teknologi dalam arena pendidikan menyebabkan buku teks menghadapi masa depan yang mencabar. Namun yang demikian, buku teks tetap diperlukan untuk mentadbir sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Secara keseluruhannya, pendekatan penyusunan, penulisan, reka bentuk persembahan , kedalaman, keluasan dan keseimbangan isi kandungan adalah baik. Selaras dengan itu, buku teks ini telah menekankan dua dimensi utama yang menjadikan sesebuah buku teks yang baik iaitu dari segi pendekatan dimensi perancangan dan dimensi pertimbangan reka bentuk untuk merancang dan menerbitkan teks pengajaran yang berkesan. Justeru itu, isi kandungan yang merlibatkan pelaksanaan aktiviti fizikal dapat disampaikan dengan berkesan. Hal ini jelas dapat diperhatikan daripada analisis buku teks ini melalui bab 1 yang bertajuk kecergasan fizikal mempunyai bahan pengajaran bercetak yang baik bermula dengan perancangan yang teliti seperti mengenalpasti kumpulan sasaran dan menentukan objektif pembelajaran yang boleh dicapai oleh pelajar tingkatan dua. Secara keseluruhan, buku teks ini menyampaikan maklumat dalam bentuk kenyataan yang ringkas dan tepat serta bersesuaian dengan tahap bacaan dengan umur pelajar bagi mengelakkan kekeliruan. Penggunaan perkataan yang konkrit dalam menyampaikan teks serta penggunaan contoh yang sesuai untuk menghuraikan isi kandungan pelajaran adalah berkesan. Ketertiban serta kesinambungan bab dengan sub bab adalah seimbang kerana bersesuain dengan kemampuan dan kemahiran pelajar. Secara tidak langsung, buku teks ini dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana aktiviti dan latihan pengukuhan mudah dipelajari dan menimbulkan komunikasi sehala yang menarik melalui ilustrasi gambar, permainan dalam latihanh pengukuhan serta info sukan yang menarik perhatian. Oleh kerana, buku teks ini telah digunakan dalam tempoh jangka masa yang lama, penggunaan buku ini telah terbukti berkesan kerana telah diuji dalam proses pengajran dan pembelajran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan tingkatan dua.
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
6.0 Bibliografi
Aminudin Yusof, Anuar Din, Enson Din. 2009. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 2.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jamal, Khuan, Marinah, Suzyanty dan Zuraidah. 2012. Pemikiran Kritis dan Kreatif: Teori dan Aplikasi. Kuala Lumpur: Kaisar Media Kreatif.
N. Suppiah, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Shukor. 2008. Psikologi Pendidikan. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noor Azuwan Yaakob. 2000 Analisis kualiti buku teks Bahasa Melayu KBSM. Dewan Bahasa 44:7 Julai, 777-796.
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS SUBJEK : Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan TINGKATAN : Dua JUDUL : Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan PENULIS : Aminudin Bin Yusof, Anuar Bin Din, Enson Binti Din PENERBIT : Dewan Bahasa dan Pustaka TEMPAT TERBIT: Kuala Lumpur TAHUN TERBIT: 2009
ARAHAN
Tandakan ( ) pada skor:
1: Lemah 2: Sederhana 3: Baik 4: Cemerlang
Dalam ruangan ulasan, anda perlu menyatakan halaman dan justifikasi.
KOMPONEN PERKARA SKOR ULASAN (Halaman & Justifikasi) 1 2 3 4 A. KESESUAIAN ISI KANDUNGAN DENGAN TAHAP 1. Kelengkapan isi kandungan Ketepatan keseluruhan dalam isi kandungan ini bersesuaian dengan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan untuk menyampaikan isi pelajaran yang dapat memperkembangkan potensi individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek melibatkan perkembangan domain kognitif, psikomotor dan afektif pelajar.
2. Keluasan isi kandungan Keluasan isi kandungan buku teks ini adalah baik kerana isi kandungan buku teks mengikut susunan topik yang terkandung dalam sukatan pelajaran yang bersesuaian dengan skop ilmu pendidikan jasmani yang diintegrasikan melalui pengalaman sedia ada pembelajaran merentas disiplin ilmu dengan pencerakinan bidang ilmu kepada tiga tunjang utama yang berbeza. Antara tunjang utama mata pelajaran pendidikan jasmani merangkumi tunjang kecergasan, tunjang kemahiran dan tunjang kesukanan. Misalnya tunjang kecergasan dibahagikan kepada enam komponen kecergasan yang boleh disepadukan dalam prinsip latihan. (Rujuk halaman 39) 3. Kedalaman isi kandungan Kedalaman isi kandungan buku teks ini disusun mengikut turutan dan LAMPIRAN 7 : BORANG ANALISIS & PENILAIAN BUKU TEKS ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
menunjukkan kesinambungan bagi setiap subtopik dalam tajuk kecil bagi setiap tema dalam pendidikan jasmani. Olahan bahan dan isi pelajaran berdasarkan tahap kesukaran bersesuain dengan umur pelajar yang dalam permulaan peringkat operasi formal. Bagi menyokong huraian isi pelajaran ilustrasi gambar dipaparkan untuk membantu pelajar lemah dalam memahami sesuatu pelajaran yang bersifat abstrak. Contoh aktiviti kecergasan yang dijalankan oleh pelajar lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dan persamaan mengikut kemampuan gender pelajar. Contohnya lakuan mendagu dalam latihan kekuatan otot untuk pelajar lelaki dan perempuan tidak sama kerana perbezaan rembesan hormon dan pembinaan kekuatan otot pelajar lelaki dan perempuan adalah berbeza. (Rujuk halaman 21 dan 22) Rumusan dan cadangan penambahbaikan:
Secara ringkasnya,organisasi isi atau kandungan dalam buku teks pendidikan jasmani ini telah dipersetujui dan kandungannya sah kerana penulisan buku ini telah ditulis oleh pakar-pakar dalam bidang sains sukan. Kandungan yang telah dirancang mempunyai turutan dan bersesuain dengan tahap keupayaan pelajar dari segi perkembangan domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif pelajar tingkatan dua. Dari segi kedalaman dan keluasan isi kandungan buku teks ini adalah berpandukan Sukatan Pelajaran seperti yang telah ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh yang demikian, buku teks amat sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan bagi pelajar peringkat lemah, sederhana mahupun peringkat cemerlang. Selain itu, buku teks ini banyak membantu guru mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. B. KETEPATAN ISI KANDUNGAN 4. Ketepatan konsep, definisi dan fakta Ketepatan isi kandungan dari segi konsep, definisi dan fakta adalah baik. Analisis buku teks dalam bab kecergasan fizikal menerangkan isi kandungan dengan tepat melalui pencerakinan bab kepada sub bab. Olahan isi kandungan buku teks ini adalah jelas kerana pada permulaan bab dan sub bab dimulakan dengan definisi istilah komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, komposisi badan, kuasa dan kelajuan. Penerangan huraian fakta berkaitan konsep komponen kecergasan adalah ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
mengikut sub bab yang mana apabila disintesiskan kembali isi kandungan kecergasan fizikal dalam satu prinsip latihan yang dapat menyihatkan badan. Sebagai contoh, olahan sub bab 1.5 berkenaan kuasa dimulakan dengan definisi kuasa, faedah melakukan aktiviti komponen kecergasan yang berasaskan kemahiran motor serta cara melaksanakan latihan kuasa dengan selamat. Setiap urutan huraian fakta yang tersusun mampu menyampaikan isi kandungan berkenaan konsep kuasa dengan tepat. (Rujuk halaman 30 - 34) 5. Ketepatan contoh, kes, gambar, diagram dan ilustrasi Ketepatan contoh, kes, dan ilustrasi gambar adalah baik dan menarik kerana setiap huraian isi kandungan pelajaran yang melibatkan kecergasan fizikal disertakan contoh perlakuan dalam bentuk gambar bagi memberikan gambaran jelas dan tepat berkenaan bab dan sub bab yang dihuraikan. Sebagai contoh, merujuk pada halaman 31, aktiviti untuk meningkatkan kuasa kaki ditunjukkan secara ansur maju melalui ilustrasi gambar yang tepat untuk menerangkan perlakuan teknik lompat dakap yang betul. 6. ketepatan dan konsistensi istilah dan simbol Ketepatan dan konsistensi istilah dan simbol yang digunakan dalam bab kecergasan fizikal adalah tepat .Penggunaan istilah sains dalam sukan diperkenalkan dalam isi kandungan pelajaran melibatkan anatomi, fisiologi, aplikasi biomekanik dan istilah dalam prinsip latihan dihuraikan dengan tepat, jelas dan konsisten. Penggunaan istilah dan simbol dalam setiap sub bab kecergasan adalah secara konsisten berdasarkan penggunaan otot yang terlibat semasa perlakuan komponen - komponen kecergasan fizikal. 7. Ketepatan penulisan mengikut daftar ejaan. Ketepatan penulisan buku teks mengikut daftar ejaan adalah baik kerana tiada kesalahan ejaan. Rumusan dan cadangan penambahbaikan:
Secara ringkasnya, keseluruhan ketepatan isi kandungan dalam bab kecergasan adalah baik kerana penggunaan istilah sains sukan yang merangkumi anatomi, fisiologi, aplikasi biomekanik dan istilah yang digunakan dalam prinsip latihan kecergasan didefinisikan, dan dihuraikan ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
dengan baik dan konsisten. C. KEMUTAKHIRAN KANDUNGAN 8. Kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi Kesesuaian kandungan dengan perkembangan ilmu dan teknologi adalah sangat baik dengan penggunaan internet. Penyediaan maklumat tambahan menerusi laman web turut dimuatkan dalam buku teks ini sesuai dengan peredaran masa dan corak pembelajaran pada hari ini.(Rujuk halaman 29) .Penggunaan istilah sains sukan dalam info sukan juga membantu perkembangan ilmu pendidikan jasmani. (Rujuk halaman 13) 9. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi, peraturan dan kes sebenar. Kemutakhiran contoh, gambar, ilustrasi peraturan dan kes sebenar juga sesuai dengan aktiviti yang dijalankan oleh pelajar. Sebagai contoh maklumat kejayaan yang dipersembahkan dalam info sukan menggambarkan kes sebenar dalam kehidupan. Contohnya maklumat info sukan Raja Pecut Malaysia yang memenangi pingat emas acara 100m dalam temasya sukan asia ialah Dr. M. Jegathesan pada tahun 1962 dengan catatan masa 10.3 saat di Bangkok dan Rabuan Pit pada tahun 1982 di New Delhi, India. (Rujuk halaman 37)
10. Kemutakhiran daftar ejaan Kemutakhiran daftar ejaan juga sesuai dengan tahap perkembangan pelajar iaitu pelajar mudah faham.
Rumusan dan cadangan penambahbaikan:
Secara umumnya, dalam bab kecergasan fizikal, buku teks ini memberikan maklumat yang jelas tentang prinsip-prinsip asas komponen kecergasan fizikal dan juga menggunakan teknologi seperti internet melalui laman web untuk mendapatkan maklumat lanjut. Cadangan penambahbaikan dalam kemutakhiran kandungan berkenaan bab kecergasan adalah dengan menambah cara pelaksanaan aktiviti pemanasan dan regangan secara dinamik berbanding regangan secara statik. Hal ini amat penting untuk mengurangkan ketegangan otot semasa pelaksanaan aktiviti yang lebih aktif seperti melakukan kemahiran permainan semasa pembelajaran pendidikan jasmani.
D. KESESUAIAN DENGAN KEHIDUPAN PELAJAR 11. Sesuai dengan perkembangan dan kemampuan pelajar Perkembangan dan kemampuan pelajar melalui aktiviti kecergasan fizikal adalah sesuai digunakan dalam PJK berdasrkan buku teks ini. . 12. Sesuai dengan keadaan dan situasi lingkungan Keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar juga sesuai kerana dalam tunjang pendidikan ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
sosiobudaya pelajar kesihatan banyak menerapkan nilai- nilai murni dan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. 13. Menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan (Malaysia) Menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan (Malaysia) juga sesuai kerana banyak menggambarkan cara hidup masyarakat di Malaysia
Rumusan dan cadangan penambahbaikan:
Buku teks ini menyediakan bahan rujukan yang bersesuain dengan kehidupan pelajar. Secara keseluruhannya, isi kandungan pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan adalah ilmu untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri untuk melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian dengan lebih baik. Penyusunan ilmu dan olahan penyampaian isi kandungan buku teks ini adalah bersesuain dengan lingkungan sosiobudaya pelajar. Aktiviti kecergasan yang disediakan pada peringkat umur pelajar tingkatan dua adalah bersesuain dengan tahap kemampuan umur remaja. Buku teks ini, banyak menekankan nilai-nilai murni seperti kesedaran penjagaan kecergasan dan kesihatan diri, pembinaan keyakinan diri, kesedaran tentang aspek-aspek keselamatan dalam kehidupan. Amalan gaya hidup sihat berasaskan sumber yang telah disusun dalam buku ini amat berguna kepada pelajar bagi menjalani kehidupan yang cergas iaitu pelajar berupaya melakukan aktiviti fizikal tanpa rasa lesu kerana mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi. Hal ini amat bertepatan dengan dasar kerajaan yang melaksanakan program 1 Murid 1 Sukan.
E. KEPEKAAN TERHADAP NILAI TEMPATAN 14. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan (ikut subjek) Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai tempatan melibatkan domain afektif seperti nilai-nilai murni merangkumi berkeyakinan melakukan lakuan yang betul dengan selamat semasa melakukan aktiviti kemahiran dalam kecergasan fizikal, semangat berpasukan dan kerjasama antara kumpulan dalam melakukan aktiviti kecergasan fizikal, menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang diperjelaskan dalam Bab 1.
15. Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan/ wawasan negara Menumbuhkan kepekaan terhadap nilai-nilai gagasan atau wawasan negara diterapkan dalam domain afektif pembelajaran iaitu menyemai semangat kekitaan dalam diri pelajar bagi merapatkan hubungan antara kaum melalui sukan.
Rumusan dan cadangan penambahbaikan:
Secara keseluruhannya, buku teks ini turut memuatkan nilai-nilai tempatan seperti kesedaran penjagaan kecergasan dan kesihatan diri tanpa mengabaikan aspek keselamatan. Selain itu, buku teks ini juga turut memuatkan nilai-nilai gagasan satu Malaysia seperti bekerjasama, bersatu-padu dan melalui semangat kesukanan. ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
F. FOKUS KANDUNGAN 16. Mendorong perasaan ingin tahu pelajar. Gaya persembahan kandungan bab kecergasan fizikal ini berupaya menarik minat pengguna kerana kandungan isi pelajaran banyak dibantu dengan pengukuhan lakuan aktiviti fizikal yang betul menggunakan ilustrasi gambar yang menarik. Ilustrasi gambar mendorong perasaan ingin tahu dan mencuba aktiviti kecergasan dengan betul seterusnya pengguna buku teks berupaya mengukur tahap kesihatan dan kecergasan fizikal berdasarkan kemahiran motor yang dihuraikan dalam sub bab dalam bab ini. 17. Memperkembangkan daya kreativiti Pembelajaran dalam buku teks ini menggalakkan pelajar melakukan pembelajaran kendiri. Hal ini kerana dalam kandungan buku teks ini terdapat beberapa gambar ansur maju dalam beberapa aktiviti seperti bergayut di palang, duduk jangkau dan memanjat tangga tegak. Tahap kecergasan juga disediakan supaya dilakukan secara ansur maju kerana fokus kandungan menyediakan jadual tahap perlakuan aktiviti dari peringkat permulaan, peringkat sederhana seterusnya kepada peringkat perlakuan yang baik. (Rujuk halaman 4 5). Variasi aktiviti yang dijalankan dipaparkan dengan variasi pergerakan dan gambar yang menarik. 18.Mengembangkan daya kritikal Buku teks ini dapat mengembangkan daya kritikal dengan baik kerana dalam lakuan aktiviti kemahiran komponen kecergasan melibatkan aktiviti mental secara analisis, sintesis dan penilaian. Sebagai contoh info sukan yang dipaparkan dalam setiap tajuk kecil membantu pelajar menilai kewajaran maklumat yang diberikan terhadap aktiviti kecergasan yang dipaparkan untuk dilakukan oleh pelajar mempunyai alasan atau sebab yang tersendiri. Sebagai contoh tujuan melakukan aktiviti menyejukkan badan untuk menghantar semula asid latik yang terkumpul diotot untuk semasa aktiviti kecergasan ke hati untuk disimpan dan dijadikan tenaga ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
semula apabila diturunkan (Rujuk halaman 3) 19. Mengembangkan kemahiran hidup Bab 1 atau bab kecergasan fizikal lebih memberi penekanan terhadap perkembangan kemahiran kecergasan yang dapat menyihatkan badan dan wajar dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. Amalan gaya hidup sihat dapat mengelakkan penyakit yang mengancam kesihatan pelajar, masyarakat dan modal insan negara. Fokus kandungan bab kecergasan fizikal dapat membantu pengguna buku teks memahami kecergasan fizikal amat penting untuk melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian tanpa cepat berasa lesu atau mempunyai daya tahan otot yang tinggi untuk melakukan aktiviti fizikal tanpa mengundang sebarang kecederaan. Rumusan dan cadangan penambahbaikan :
Rumusannya buku teks ini mempunyai fokus kandungan yang menunjukkan cara pembelajaran yang dipersembahkan yang dikaji adalah menarik. Ia menggalakkan penyertaan pelajar secara aktif dalam berfikir dan mengaplikasikan kandungan pelajaran tersebut. Sebahagian daripada ilustrasi yang dipersembahkan adalah sesuai dari segi Saiz, boleh membantu memahami teks, menarik minat, merangsang pembelajaran pelajar sekaligus mendorong minat pelajar mempelajari isi kandungan buku teks. Sehubungan dengan itu, perkembangan pemikiran kritis dan kreatif masih diberi penekanan semasa pembelajaran kerana susunan kandungan huraian teks ini menghuraikan fakta, cara pelaksanaan aktiviti, info sukan, bahagian aspek keselamatan, dan latihan pengukuhan diakhir bab adalah mengikut aras kemahiran mengikut domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif melalui kemahiran intelektual, kemahiran teknika dan praktikal serta kemahiran generik.Secara tidak langsung pelajar dapat mengembangkan kemahiran hidup dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti kecergasan fizikal dan kesihatan melalui mata pelajaran pendidikan jasmani.
G. TEKNIK PENYAJIAN KANDUNGAN 20. Bab dan sub bab di paparkan secara konsistensi dan sistematik Teknik penyajian kandungan bab dan sub bab adalah secara konsisten dan sistematik kerana paparan isi kandungan setiap sub bab dalam bab berkenaan menggunakan pengulangan ciri-ciri atau kriteria yang sama. Misalnya, setiap sub bab dalm bab kecergasan fizikal dimulakan dengan definisi komponen kecergasan, faedah melakukan latihan untuk meningkatkan komponen kecergasan, tatacara sebelum dan selepas melaksananakan aktiviti latihan komponen kecergasan, cara melaksanakan latihan komponen kecergasan, tahap pengukuran ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
perlakuan latihan secara berperingkat, aspek keselamatan dan latihan pengukuhan. Teknik penyajian kandungan secara konsisten dan sistematik ini mampu memberikan gambaran awal secara terperinci melalui sub bab dan disintesiskan pada akhit bab dalam prinsip latihan bagi menggambarkan keseluruhan satu bab kecergasan fizikal. Pembentukan konsep kecergasan fizikal yang digunakan dalam teknik penyajian kandungan adalah bersifat induktif untuk menerapkan konsep kaedah pembelajaran pendidikan jasmani yang berkesan. 21. Ketertiban konsep, definisi dan fakta Pendidikan dalam kelas PJK memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba dan mengalami proses pembelajaran melalui penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal. Oleh itu, ketertiban konsep, definisi dan fakta serta sifat konstekstual, keseimbangan, kesinambungan dan Keutuhan makna bab/ sub bab/ topik keseluruhannya merangkumi kepada pendidikan yang menyeluruh meliputi domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Sebagai contoh dalam halaman 12, permulaan subtopik dimulakan dengan definisi komponen kecergasan daya tahan otot dan diikuti dengan faedah latihan, cara melaksanakan latihan mengikut tertib dengan betul dengan mengambil kira aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti tersebut. Ketertiban konsep daya tahan otot dapat difahami dengan mudah kerana kronologi isi pelajaran tersusun dan teratur. Ilustrasi gambar dan latihan bagi setiap subtopik dapat memberikan pengukuhan dari domain kognitif terhadap per lakuan aktiviti komponen kecergasan yang melibatkan domain psikomotor. 22. Bersifat konstekstual Teknik penyajian isi kandungan bab kecergasan fizikal adalah bersifat konstekstual kerana tajuk kecergasan fizikal melibatkan perlakuan diri pelajar. Pengalaman ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
melakukan aktiviti berdasarkan arahan atau cara-cara pelaksanaan setiap aktiviti kecergasan mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar di sekolah. Sebagai contoh tatacara sebelum dan selepas latihan daya tahan kardiovaskular memerlukan pelajar mengambil bacaan nadi dipergelangan tangan atau di karotid arteri. Merujuk pada halaman 3, teknik-teknik berserta gambar untuk mengambil bacaan nadi dipaparkan dengan jelas bagi membolehkan pelajar melakukan teknik tersebut. 23. Keseimbangan di antara bab dan sub bab Penyajian isi kandungan diantara bab dan sub bab adalah seimbang. Pencerakinan sub bab dalam setiap bab adalah logik mengikut tunjang pembelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. 24. Kesinambungan di antara bab/ sub bab/ topik. Isi kandungan sub bab mempunyai kesinambungan hubungan diantara sub bab yang lain bagi menghuraikan keseluruhan sesuatu bab dengan tepat, jelas dan konsisten. 25.Keutuhan makna yang terdapat dalam bab/ sub bab/ topik Setiap sub bab mempunyai keutuhan makna yang jelas dan tepat kerana menerangkan sesuatu maksud komponen kecergasan dengan jelas diikuti dengan huraian kaedah melaksanakan komponen kecergasan, seterusnya penyediaan aktiviti pengukuhan adalah untuk memastikan pemahaman pelajar dalam pembelajaran kandungan tersebut. Rumusan dan cadangan penambahbaikan:
Rumusannya teknik penyajian kandungan yang merangkumi bab dan sub bab dalam buku teks ini adalah mengikut ketertiban dan mempunyai kesinambungan kandungan pelajaran. Selaras dengan itu, ketertiban konsep, definisi dan fakta kandungan mempunyai keutuhan makna dalam pembelajaran pelajar. Hal ini adalah kerana mata pelajaran pendidikan jasmani bersifat kontekstual. Kandungan bab dan sub bab mempunyai keseimbangan yang sesuai dengan tahap semua peringkat pelajar dari segi latarbelakang sosioekonomi, jantina, peringkat umur dan tahap perkembangan kognitif serta fizikal pelajar. Justeru itu, teknik penyajian kandungan buku teks inni adalah baik kerana memudahkan pelajar memahami isi pelajaran yang disampaikan.
H. PAPARAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN 26. Berpusatkan kepada pelajar Penulisan Bab 1 yang memberikan penekanan dalam kecergasan fizikal banyak menyediakan aktiviti berpusatkan pelajar kerana melibatkan domain ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
kognitif,psikomotor dan afektif pelajar untuk melakukan aktiviti fizikal diri. Gaya penyampaian isi pelajaran disampaikan melalui komponen kecergasan seperti daya tahan kardiovaskular. Orientasi aktiviti kecergasan fizikal berasaskan daya tahan kardiovaskular amat penting untuk membina pengalaman pelajar melakukan aktiviti yang berbentuk aerobik seperti latihan parcourse merangkumi lompat kuadran, bergayut dipalang, duduk jangkau, memanjat tangga tegak, lompat sentuh palang, meniti palang,dan latihan fartlek. Hasil pembelajaran berpusatkan pelajar lebih berkesan kerana pelajar dapat melakukan aktiviti dan merasai kesan daripada aktiviti kecergasan fizikal bagi menguji kecekapan otot jantung dan sistem pernafasan. (Rujuk halaman 2-10)
27. Pembelajaran kendiri Pembelajaran kendiri yang baik telah diolah dalam bentuk latihan bagi setiap subtopik dalam bentuk latihan soalan struktur dan betul salah atau permainan teka silangkata untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap komponen kecergasan yang dipelajari. (Rujuk halaman 11, 24, 29, 38, 42, 43)
28. Bervariasi Variasi daripada aspek jenis aktiviti dapat dilihat dengan jelas dalam bab kecergasan fizikal kerana isi pelajaran dihuraikan menggunakan aktiviti yang pelbagai. Sebagai contoh latihan Fartlek dilakukan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan untuk mengelakkan kebosanan menyediakan contoh aktiviti yang bervariasi secara berterusan seperti berjalan pantas, lari pecut, berjoging, berlari dalam kelajuan sederhana pada pelbagai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya. (Rujuk halaman 9)
29. Adil & demokrasi (tidak bias lokasi, gender, etnik dll) Keadilan & demokrasi tidak menimbulkan bias dalam penghasilan buku teks. Ia ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
menggambarkan konsep 1 Malaysia. Mengembangkan kemahiran proses amat sesuai kerana dalam ilustrasi yang ditunjukkan banyak meletakkan lakuan dalam bentuk lukisan berbanding gambar sebenar.
30. Mengembangkan kemahiran proses Buku teks ini mengembangkan kemahiran proses asas bermula daripada proses pemerhatian, pengkelasan, pengukuran, komunikasi, membuat inferens dan membuat ramalan. Sebagai contoh dalam bab 1, sub bab 1.1 dibawah tajuk daya tahan kardiovaskular, latihan berkonsepkan Parcourse dijalankan mengikut stesen untuk meningkatkan daya daya tahan dan kekuatan otot jantung. Latihan berkonsepkan Parcourse ini telah dikelaskan kepada beberapa aktiviti mengikut stesen seperti lompat kuadran, bergayut di palang, duduk jangkau, tangga tegak, angkat kaki, lompat sentuh palang, naik turun bangku dan meniti palang. Bagi setiap stesen aktiviti, buku teks ini juga turut memuatkan tahap pengukuran bagi setiap aktiviti yang dilakukan secara berperingkat- peringkat. Pengguna buku teks berupaya membuat ramalan terhadap keupayaan melakukan aktiviti dengan tahap pengukuran aktiviti yang dilakukan bagi meninggkatkan atau mengekalkan kekuatan dan daya tahan kardiovaskular. Pengembangan kemahiran proses berlaku semasa penggunaan buku teks ini kerana susunan isi pelajaran menepati urutan perkembangan kemahiran proses pembelajaran dalam diri pengguna buku teks ini. (Rujuk halaman 1-8) 31. Mencipta komunikasi interaktif Komunikasi interaktif dalam penghasilan buku adalah baik kerana isi pelajaran yang disampaikan mudah difahami dengan maklumat yang dipaparkan dalam bentuk info sukan. Info sukan yang dipaparkan mengandungi maklumat seperti kejayaan jaguh sukan (rujuk halaman 37), aplikasi biomekanik (rujuk ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
halaman 9 atau halaman 30), maklumat anatomi fisiologi (rujuk halaman 21 dan 39) serta fisiologi senam (rujuk halaman 3 dan 41)
32. Menekankan aspek keselamatan (bagi subjek amali/ praktik) Aspek keselamatan juga ditekankan dalam buku teks ini bagi mengelakkan pelajar melakukan sesuatu aktiviti tanpa mendatangkan kemudaratan kepada diri. Rumusan dan cadangan penambahbaikan:
Secara keseluruhan, paparan kandungan buku teks yang merangkumi berpusatkan kepada pelajar, pembelajaran kendiri, bervariasi demokrasi, mencipta komunikasi interaktif dan menekankan aspek keselamatan adalah baik. Reka bentuk paparan kandungan pembelajaran bab kecergasan fizikal adalah mengikut urutan dan berkesinambungan diantara satu peringkat mudah ke peringkat seterusnya yang lebih kompleks dengan komunikasi sehala yang baik berdasarkan ilustrasi gambar yang tersusun, info sukan yang mengandungi huraian mendalam aplikasi biomekanik, maklumat anatomi fisiologi, fisiologi senam serta jaguh sukan untuk dijadikan sumber inspirasi atau idola sukan. Tambahan paparan yang paling penting mengenai aspek keselamatan bertepatan dengan budaya pembelajaran pendidikan jasmani turut dimuatkan bagi akhir setiap sub bab dalam bab kecergasan dan fizikal. Penekanan aspek keselamatan yang berulang-ulang pada setiap bab menunjukkan buku teks ini menekankan aspek keselamatan dalam melakukan aktiviti kecergasan fizikal. Seterusnya pengulangan paparan bahagian aspek keselamatan adalah untuk menjdi peringatan serta menjadikan amalan dalam menjalankan latihan atau aktiviti kecergasan.
I. KELENGKAPAN DOKUMENTASI 33. Ada kata pengantar Pengantar telah disediakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia iaitu Datuk Abdul Rafie Bin Mahat yang menyatakan bahawa buku teks ini dibina semula berdasarkan KBSR dan KBSM semakan semula. (Rujuk halaman viii)
34. Definisi istilah dinyatakan Definisi istilah menyatakan bahawa pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani dan Kesihatan agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia.
35. Ada carta/ Advance organizer pada awal bab Advance organizer seperti kandungan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan pada awal bab menjelaskan segala aktiviti yang melibatkan Tunjang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang memerlukan keseluruhan konsep dan info berkaitan dengan sukan. 36. Sumber maklumat terkini: teks, data, Sumber rujukan terkini untuk teks, gambar, jadual, diagram, lampiran, ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
gambar, jadual, diagram, nama, tarikh & sumber internet. nama, tarikh termasuk sumber atas talian secara keseluruhannya boleh diguna pakai. 37. Ada rumusan pada setiap topik/ bab. Rumusan dalam buku teks ini adalah mengikut setiap bab.
38.Tugasan, latihan dan contoh soalan diberi pada setiap bab. Tugasan dan contoh-contoh soalan pada setiap bab adalah mencukupi sebagai pengukuhan minda pelajar kerana dalam bab 1 yang mengandungi 7 sub bab mempunyai latihan pengukuhan bagi setiap sub bab. Tugasan berbentuk soalan 39. Ada bibliografi/ rujukan terkini Buku teks ini mengandungi senarai rujukan pada akhir buku ini menunjukkan dapatan sumber- sumber ilmu pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. (Rujuk 196 197)
40. Terdapat Indeks Indeks tersusun dan diletakkan di belakang sekali buku teks (Rujuk halaman 198) 41. Ada lampiran (bagi perkara yang berkaitan Terdapat 2 lampiran dalam buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 2. Sebagai contoh lampiran 1 yang memaparkan senarai 10 regangan yang tidak digalakkan serta cadangan regangan yang boleh dilakukan dalam senaman untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal bersesuain dengan tunjang kecergasan dalam Pendidikan Jasmani. (Rujuk halaman 191dan 192) Rumusan dan cadangan penambahbaikan:
Secara keseluruhan, buku teks ini mempunyai dokumentasi yang lengkap kerana mengandungi isi kandungan pelajaran yang tersusun, kata pengantar , pendahuluan, susunan bab dan sub bab, rumusan pada akhir setiap bab, latihan pengukuhan, sumber rujukan , indeks serta lampiran. Dokumentasi lengkap buku teks ini menunjukkan bahawa nilai buku ini tidak boleh digandingkan dengan buku rujukan lain kerana reka bentuk olahan dan penyusunannya amat sesuai dengan pembelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Cadangan penambaikan hanyalah pada sumber info sukan terkini bagi mendedahkan kemajuan sukan pada hari ini.
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
LAMPIRAN 7.1
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
LAMPIRAN 7.2
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
LAMPIRAN 7.3
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
LAMPIRAN 7.4
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
LAMPIRAN 7.5
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
LAMPIRAN 7.6
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
LAMPIRAN 7.7
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
LAMPIRAN 7.8
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
LAMPIRAN 7.9
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
LAMPIRAN 7.10
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
LAMPIRAN 7.11
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
LAMPIRAN 7.12
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
LAMPIRAN 7.13
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
LAMPIRAN 7.14
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012
LAMPIRAN 7.15
ANALISIS BUKU TEKS PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2012