profesion keguruan adalah professional ataupun tidak masih dipertikai. Sejauhmanakah anda dapat menjustifikasikan bahawa profesion ini sememangnya professional.
Profesion keguruan merupakan satu pekerjaan yang profesional. Hal ini kerana seseorang guru mempunyai kemahiran profesional.
Kemahiran profesional adalah sekumpulan kemahiran yang diperoleh melalui pengalaman melaksanakan kajian dan melalui latihan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Kemahiran tersebut merupakan satu keperluan untuk menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna. Penyataan ini disokong berdasarkan tempoh belajar dan pengalaman belajar secara latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru selama 5 tahun.
Berikut merupakan ciri-ciri profesional dalam bidang perguruan: (a) Mempunyai latihan ikhtisas dalam perguruan (b) Mempunyai autonomi dalam menentukan kaedah mengajar (c) Menjadi ahli kesatuan dan mempunyai kod etika (d) Perkhidmatan adalah penting kepada negara; dan (e) Guru adalah pakar dalam pendidikan
Keguruan merupakan satu pekerjaan profesionalisme tidak dapt disangkal lagi. Hal ini terbukti apabila guru telah dilatih untuk mempamerkan sifat dan kualiti profesionalisme.
Antaranya ialah guru bertingkahlaku professional, guru mengalami pembelajaran sepanjang hayat, penurunan kuasa guru dan penglibatan di dalam profesion.
guru juga mempunyai beberapa kemahiran keguruan yang tidak dipunyai oleh orang biasa, seperti kemahiran belajar, berfikir secara kritis dan kreatif, merancang dan mengurus, menilai dan menyoal, membuat kajian, berkomunikasi, mengendalikan aktiviti luar bilik darjah, menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa profesion keguruan adalah professional berdasarkan bukti yang telah dinyatakan. Sememangnya guru merupakan agen yang akan membangunkan generasi muda pada masa hadapan.