You are on page 1of 29

[Type text]

1

1.0 PENGENALAN

Perniagaan adalah sebuah organisasi yang melakukan pelbagai aktiviti yang
melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara pihak penjual dengan
pembeli pada masa, harga dan kuantiti tertentu bagi memenuhi kehendak dan
keperluan pengguna yang bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan penjual.
Aktiviti perniagaan dapat dibahagi kepada aktiviti berasaskan pengeluaran dan
berasaskan perkhidmatan (Mokthar Pet, 2012).
Salah satu aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan ialah perniagaan runcit.
Perniagaan peruncitan ialah penjualan barang atau dagangan dari sesuatu tempat yang
tetap atau menerusi pos, dalam kumpulan atau longgok yang kecil untuk penggunaan
pembeli. Dalam bidang perdagangan, peruncit membeli barang atau produk dalam
jumlah yang besar daripada pengilang atau pengimport, baik secara langsung atau
melalui pemborong, lalu menjualnya pada jumlah yang lebih kecil kepada pengguna
akhir. Para pemasar perkilangan malihat proses peruncitan sebagai sebahagian yang
penting dalam keseluruhan strategi pengedaran mereka. Istilah peruncit juga
merangkumi pembekal perkhidmatan yang melayani keperluan sebilangan individu
yang besar, misalnya utiliti awam seperti kuasa elektrik. Pembeli boleh merupakan
perorangan atau perniagaan (Wikipedia, 2012).
Peruncit dapat dibahagikan kepada kedai berjabatan, pasar raya, kedai mudah
beli, superstor, pasar raya hiper dan kedai istimewa (Mokhtar Pet, 2012). Peruncit
kedai berjabatan beroperasi di premis tetap sama ada di kampung atau di bandar besar.
Peruncitan berkedai berbentuk milikan tunggal atau perkongsian dan perlu mendaftar
dengan Pendaftar Perniagaan dan mendapatkan lesen perniagaan daripada kerajaan
tempatan. Kedai runcit merupakan salah satu contoh kedai am, iaitu kedai yang
menjual pelbagai jenis barang (Srrifa Salwa Syed Ahmad, 2010).
Pada tahun 2011, pelanggan tetap Pasar Mini Maznah Gemilang Enteprise di
Jasin, Melaka, terkejut dan secara spontan berseloroh menyatakan mereka salah
masuk kedai kerana kagum dengan perubahan yang dilakukan terhadap susun atur dan
kekemasan premis berkenaan. Perubahan itu berpunca kerana kedai runcit mini yang
dimiliki Maznah Hussin, 48, telah dipilih sebagai projek perintis Program
[Type text]

2

Transformasi Kedai Runcit (Tukar). Transformasi yang dialami oleh kedai yang
dibuka sejak 2007 itu adalah dari segi penyusunan semula reka letak barangan jualan,
premis dicat baru, pemasangan lantai berjubin dan sistem pencahayaan yang lebih
terang. Turut diperkenalkan adalah penggunaan sistem di tempat jualan atau Point of
Sales (Pos) dalam membantu Maznah memantau jualan dan stok barangan dengan
lebih efisien, sistematik dan teratur. Selain Maznah, seorang lagi peruncit, Francisca
Jayanathan, 45, yang memiliki Pasar Mini di Merlimau turut terbabit dengan projek
perintis tersebut. Kedua-dua kedai dengan imej baru itu telah dirasmi sendiri oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Februari 2011. Program
transformasi itu diselia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan manakala pinjaman disalurkan menerusi Bank Kerjasama Rakyat
Malaysia (Bank Rakyat) (Utusan, 2012).
Peruncitan merupakan satu bidang perniagaan yang paling mudah dimasuki
berbanding perniagaan dalam sektor pembuatan, pembinaan, automotif, pelancongan
dan sebagainya. Ini adalah kerana perniagaan ini mempunyai sistem organisasi yang
lebih mudah dan operasi yang senang difahami (Suhaida, 2008). Industri peruncitan
berpotensi menyumbang pendapatan lumayan kepada pengusaha sekaligus
mengembang ekonomi negara. Sebuah kedai runcit berskala kecil di kawasan
perumahan dan kampung yang berpenduduk kira-kira 10,000 orang mampu
memungut sekitar RM3,000, iaitu RM150 sehari. Manakala kedai runcit berskala
sederhana separti kelas pasar mini dapat memperoleh pungutan secara purata
RM7,000 (RM350 sehari). Rumusnya, kedai runcit boleh menjana sekitar RM1,500
hingga RM10,500 sebulan kepada pengusaha. Pendapatan sesebuah kedai rucit
bersaiz sederhana dan diurus dengan cekap pula mampu memperoleh antara RM5,000
hingga RM10,000 sebulan. Perolehan boleh meningkat berkali ganda pada musim
perayaan (Bizz Artic, 2012).
Terdapat lima pengkhususan pengurusan dalam sesuatu organisasi perniagaan.
Di dalam oganisasi besar mungkin terdapat banyak bidang yang lebih khusus.
Pengkhususan yang dimaksudkan adalah pengurusan kewangan, pengurusan operasi
dan pengeluaran, pengurusan sumber manusia, pengurusan pemasaran dan
pengurusan maklumat. Oleh itu, amalan pengurusan perniagaan perniaga-perniaga
kedai runcit ini perlu ditingkatkan untuk menjamin kekukuhan perniagaan mereka
pada masa akan datang.
[Type text]

3

1.1 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengkaji faktor yang mempengaruhi penduduk setempat memilih untuk
berbelanja di kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan.
ii. Mengenal pasti persepsi penduduk setempat terhadap perkhidmatan
perniagaan runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan.
iii. Mengenal pasti cadangan yang boleh meningkatkan mutu perkhidmatan
perniagaan runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan.

1.2 Definisi Istilah
Berdasarkan tajuk kajian, beberapa istilah dapat didefinisikan.
i. Persepsi didefinisikan sebagai gambaran (bayangan) dalam hati (fikiran)
tentang sesuatu, pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan (Kamus
Perdana, 1999).
ii. Penduduk didefinisikan sebagai orang yang tinggal di sesuatu daerah atau
orang yang secara hukum berhak tinggal di sesuatu daerah (Wikipedia, 2011).
iii. Definisi mutu ialah kualiti, nilaian, taraf (Kamus Perdana, 1999).
iv. Dalam ekonomi, perkhidmatan adalah kerja yang dilakukan oleh seseorang
individu atau sekumpulan individu yang memberi manfaat kepada orang lain
(tanpa menjual barang). Ini termasuk memberikan tenaga, kemahiran,
kepakaran dan pengalaman yang memberi manfaat kepada orang lain atau
pelanggan (Wikipedia, 2012).
v. Perniagaan adalah sebuah organisasi yang melakukan pelbagai aktiviti yang
melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara pihak penjual
dengan pembeli pada masa, harga dan kuantiti tertentu bagi memenuhi
kehendak dan keperluan pengguna yang bertujuan untuk memaksimumkan
keuntungan penjual (Mokhtar Pet, 2012).
vi. Peruncitan ialah penjualan barang atau dagangan dari sesuatu tempat yang
tetap atau menerusi pos, dalam kumpulan atau longgok yang kecil untuk
penggunaan pembeli (Wikipedia, 2006).
[Type text]

4

Realitinya, perniagaan peruncitan merupakan perniagaan yang berpotensi
untuk dimajukan sebagai penyumbang pendapatan lumayan bagi negara Malaysia.
Tumpuan khas perlu diberi kepada perniagaan runcit supaya perniagaan ini dapat
berkembang pesat sama ada di dalam atau di luar negara. Pelbagai cadangan yang
efektif perlu dikenal pasti untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat
pada mutu perkhidmatan perniagaan runcit.
[Type text]

5

2. 0 LOKASI KAJIAN
Lokasi kajian merupakan salah satu elemen yang penting dalam menjalankan
sesuatu kajian. Lokasi kajian yang dipilih ialah di Medan Warisan, Kuantan. Lokasi
ini dipilih kerana ia merupakan lokasi yang mudah dituju dan dekat dengan tempat
tinggal. Ini memudahkan pengutipan data kajian.

2. 1 Daerah Kuantan
Kuantan ialah ibu negeri Pahang, negeri terbesar di Semenanjung Malaysia
dan ketiga terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih kurang 36,000 km. Penduduk
Kuantan terdiri daripada 57% orang Melayu, 32% orang Cina, 4% orang India dan 7%
kaum-kaum lain. Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan mengadap ke Laut
China Selatan. Pusat pentadbiran Negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari
Kuala Lipis sejak dari tahun 1976. Kuantan adalah sebuah bandar besar di Pantai
Timur Semenanjung Malaysia, di kedudukan 3 50' Utara, 103 20' Timur. Ia
merupakan ibu negeri Pahang, di Malaysia. Jumlah penduduk di Daerah Kuantan
adalah sekitar 607,778 orang.
Peta 1: Lokasi Daerah Kuantan dalam peta Negeri Pahang.

Peta 1: Peta Daerah Kuantan
Sumber: Laman Web Google Maps
[Type text]

6

2. 2 Medan Warisan
Medan Warisan (347'35"Utara, 10318'32"Timur) ialah sebuah kompleks
pangsapuri bersama-sama dengan lot kedai yang terletak di Lorong Seri Teruntum,
Jalan Tanah Putih, Poskod 25100, Kuantan, Pahang. Terdapat banyak kemudahan
yang boleh didapati di sekitar Medan Warisan. Pengangkutan adalah amat
memudahkan di Medan Warisan kerana Perhentian Bas Kuantan hanya 2.26 km dari
Medan Warisan, manakala Terminal Bas Bandar pula 2.59 km dari Medan Warisan.
Jaraknya dengan Terminal Bas Makmur ialah 2.81 km. Malah, berhampiran dengan
Medan Warisan terdapat satu destinasi pelancongan yang menarik iaitu Batik RM.
Peta 2 menunjukkan lokasi Medan Warisan di Kuantan.

Peta 2: Peta Medan Warisan, Kuantan
Sumber: Laman Web Google Maps

2. 3 Kedai Runcit di sekitar Medan Warisan
Di sekitar Medan Warisan, banyak kedai runcit boleh didapati. Kedai runcit
merupakan tempat yang memudahkan pembelian barang keperluan penduduk Medan
Warisan kerana dekat dengan tempat tinggal. Fokus kajian tertumpu kepada tiga kedai
runcit iaitu Mini Market Kiong Super, Pasar Mini Yong Seng Hing dan Chuan Xiang
Aquarium& Supplies.

[Type text]

7

Foto 1 menunjukkan Mini Market Kiong Super. Foto 2 menunjukkan Pasar
Mini Yong Seng Hing manakala foto 3 menunjukkan Chuan Xiang Aquarium&
Supplies.

Foto 1: Mini Market Kiong Super
Sumber: Kerja Lapangan 2013


Foto 3: Chuan Xiang Aquarium&
Supplies
Sumber: Kerja Lapangan 2013


Foto 2: Pasar Mini Yong Seng Hing
Sumber: Kerja Lapangan 2013













941219-08-5446

8

3. 0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merupakan salah satu daripada ciri-ciri penting dalam
menjalankan sesuatu kajian. Melalui kaedah-kaedah kajian yang dipilih, penyelidik
dapat mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tepat dan segala maklumat yang
tidak berkenaan dengan kajian dapat ditapis dan dikeluarkan agar dapat memenuhi
matlamat dan objektif kajian.

3. 1 Persampelan
Golongan responden yang menjadi sasaran untuk melengkapkan soalan-soalan
kaji selidik ini adalah terdiri dari kalangan pelanggan perniagaan runcit di sekitar
Medan Warisan, Kuantan. Golongan ini menjadi sasaran disebabkan mereka berkait
rapat dengan kajian yang dijalankan. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan
terhadap soalan kaji selidik yang diedarkan, pihak responden yang telah dikenal pasti
akan diterangkan terlebih dahulu tentang objektif kajian dan masa yang diperlukan
untuk responden mengisi borang kaji selidik berkenaan. Setelah mengambil kira
faktor kekangan masa, 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab borang soal
selidik yang telah disediakan.
Responden yang telah ditemu bual ialah peruncit dan pelanggan kedai runcit
di sekitar Medan Warisan, Kuantan. Oleh sebab kekangan masa, hanya lima orang
responden telah ditemu bual untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan
dengan kajian. Temu bual yang dijalankan adalah secara semi berstruktur. Soalan-
soalan dalam temu bual semi berstruktur ditentukan terlebih dahulu tetapi jawapan
kepada soalan-soalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan mengikut budi
bicara penemu bual dan partisipan.




941219-08-5446

9

3. 2 Pengumpulan data
Data dan maklumat yang diperolehi dikelaskan kepada dua kategori iaitu data
primer dan data sekunder. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
bagi kedua-dua data adalah seperti berikut:

3. 2. 1 Data Primer
Data primer yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada jawapan yang
diperoleh hasil daripada pengagihan borang soal selidik dan juga temu bual. Kaedah
soal selidik dijalankan adalah bertujuan mengumpulkan data-data daripada pendapat
pelanggan kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan. Borang soal selidik akan
diagihkan kepada responden-responden untuk mendapat maklum balas secara bertulis
serta mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan dan bersesuaian dengan objektif
kajian yang dijalankan. Kaedah temu bual dijalankan secara tidak formal iaitu
berdasarkan temu bual dengan orang persendirian iaitu pelanggan kedai runcit.

3. 2. 2 Data Sekunder
Manakala data sekunder pula merupakan data yang diperolehi melalui kajian
literatur daripada buku-buku rujukan, majalah dan bahan rujukan yang lain. Bahan-
bahan rujukan yang digunakan terdiri daripada bahan bercetak seperti buku, surat
khabar dan lain-lain. Data sekunder didapati melalui kaedah rujukan. Pada bahagian
pengenalan, bahan-bahan rujukan seperti buku teks dan laman web telah dirujuk.
Selain itu, peta lokasi kajian juga diperoleh daripada laman web.

3. 3 Penganalisaan data
3. 3. 1 Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian dilakukan semasa lawatan ke kawasan kajian iaitu Medan
Warisan, Kuantan. Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan lokasi kajian, iaitu
Medan Warisan, Kuantan dan menentukan responden di sekitar Medan Warisan,
941219-08-5446

10

Kuantan. Pemerhatian terhadap lokasi dan responden kajian yang lebih terperinci,
jelas, teliti dan tepat akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta
boleh dipercayai.

3. 3. 2 Kaedah Temu Bual
Kaedah temu bual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia
membantu meneroka dan mendapatkan maklumat kajian secara mendalam. Catatan
ringkas kata-kata atau jawapan responden temu bual diperoleh sebagai bahan
sokongan kajian temu bual yang lebih teliti. Rekod-rekod mengenai tarikh, situasi dan
kandungan soalan dan jawapan dalam temu bual itu disimpan untuk kegunaan analisis
data. Data yang diperoleh dianalisis secara manual dan digarap dalam bentuk
penulisan semula.

3. 3. 3 Kaedah Borang Soal Selidik
Data-data yang diperolehi daripada responden-responden melalui kaedah soal
selidik akan dikumpul dan akan dianalisis dalam bentuk penulisan supaya data-data
yang diperolehi mudah difahami. Data-data akan dianalisis dan akan dipersembahkan
dalam bentuk gambar rajah seperti jadual dan graf.
Reka bentuk borang soal selidik adalah selaras kepada pencapaian matlamat
dan objektif kajian. Borang soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian yang
berbeza, iaitu:
i. Bahagian A
Bahagian ini mengadungi satu soalan yang mempunyai lapan pecahan soalan di mana
format soalan berbentuk skala likert. Soalan ini diwujudkan untuk menjawab objektif
kedua.
ii. Bahagian B
Bahagian ini mengandungi satu soalan. Format soalan ini berbentuk pilihan dan
soalan ini diwujudkan untuk menjawab objektif pertama.
941219-08-5446

11

iii. Bahagian C
Bahagian ini mengandungi satu soalan yang berbentuk terbuka. Soalan ini
diwujudkan untuk menjawab objektif ketiga.
iv. Bahagian D
Bahagian ini mengandungi tiga soalan. Soalan yang dikemukakan pada bahagian ini
merupakan gabungan bentuk berstruktur dan tertutup. Soalan diwujudkan untuk
mendapatkan latar belakang demografi responden seperti jantina, umur dan agama.

941219-08-5446

12

4. 0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Data yang dianalisis merupakan maklumat yang diperoleh daripada 30 set
borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden. Proses pengedaran borang soal
selidik dibuat secara berperingkat-peringkat kerana bilangan responden yang
berkunjung dan membeli barang di tiga kedai runcit di sekitar Medan Warisan,
Kuantan iaitu Mini Market Kiong Super, Pasar Mini Yong Seng Hing dan Chuan
Xiang Aquarium& Supplies setiap hari adalah terhad. Responden terdiri daripada
sampel yang kurang seimbang untuk setiap kategori jantina, umur dan agama.
Keadaan ini adalah berdasarkan situasi semasa borang soal selidik diedarkan.
Pada masa kajian dijalankan, borang soal selidik diedarkan secara rawak
kepada penduduk setempat di sekitar Medan Warisan, Kuantan yang berkunjung dan
membeli barang di salah satu atau lebih daripada tiga kedai runcit tersebut.
Keseluruhan borang soal selidik yang diperoleh daripada 30 responden telah dianalisis.
Jadual 1 menunjukkan bilangan borang soal selidik yang telah berjaya diedar
dan dikumpulkan semula.
Bilangan Peratusan
Diedarkan 30 100%
Dikumpulkan semula 30 100%
Jadual 1: Bilangan borang soal selidik yang berjaya diedar dan dikumpulkan semula
Sumber: Kerja lapangan 2013
Merujuk Jadual 1, sebanyak 30 borang soal selidik yang telah berjaya
diedarkan pada masa kajian dan semua borang soal selidik berjaya dikumpulkan
semula.




941219-08-5446

13

4. 1 Penganalisaan Data
Penganalisaan data dalam bahagian ini dibuat dan dikategorikan seperti
berikut:
i. Analisis maklumat demografi responden. Tujuan analisis ini dibuat adalah
untuk mengetahui latar belakang responden yang mengandungi aspek
jantina, lingkungan umur dan agama yang dianuti.
ii. Analisis terhadap faktor yang menarik penduduk setempat berkunjung ke
sesebuah kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan. Tujuan analisis
adalah untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penduduk
setempat memilih untuk berbelanja di kedai runcit di sekitar Medan
Warisan, Kuantan.
iii. Analisis persepsi responden terhadap perkhidmatan perniagaan runcit di
sekitar Medan Warisan, Kuantan. Tujuan analisis ini adalah untuk
mengetahui persepsi penduduk setempat terhadap perkhidmatan
perniagaan runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan
iv. Analisis terhadap cadangan responden. Tujuan analisis ini adalah untuk
mendapatkan cadangan yang boleh meningkatkan mutu perkhidmatan
perniagaan runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan.

4. 1. 1 Analisis maklumat demografi responden
Bahagian ini akan menganalisis maklumat berkaitan dengan latar belakang
responden seperti jantina, umur dan agama.






941219-08-5446

14

Maklumat tentang demografi responden telah diringkaskan seperti dalam
Jadual 2. Jadual 2 menunjukkan ringkasan maklumat demografi responden.
Demografi Responden Bilangan Peratusan
1. Jantina
Lelaki 11 36.67%
Perempuan 19 63.33%
2. Umur
10-19 tahun 9 30.00%
20-34 tahun 10 33.33%
35-50 tahun 8 26.67%
50 tahun ke atas 3 10.00%
3. Agama
Islam 6 20.00%
Buddha 18 60.00%
Hindu 3 10.00%
Kristian 3 10.00%
Lain-lain 0 0.00%
Jadual 2: Ringkasan maklumat demografi responden
Sumber: Kerja lapangan 2013
Berdasarkan Jadual 2, dapat dilihat bahawa bilangan dan peratusan responden
daripada segi jantina, umur dan agama. 63.33% daripada 30 responden ialah
perempuan dan yang selebihnya 36.67% ialah lelaki. Responden berbeza jantina
dipilih supaya pandangan tidak berpihak kepada satu gender sahaja. 33.33% daripada
30 responden adalah dalam lingkungan umur 20 hingga 34 tahun. Manakala
responden yang berumur 50 tahun ke atas adalah sebanyak 10%. Responden yang
berbeza usia akan memberi pandangan yang berbeza. Sebanyak 60% responden
merupakan penganut agama Buddha. Tiada peratusan yang menunjukkan responden
menganuti agama lain selain daripada Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Responden
berbeza agama dipilih supaya pandangan tidak berpihak kepada satu agama sahaja.
Daripada lima orang responden yang ditemu bual, tiga orang responden ialah
perempuan dan selebihnya dua orang ialah lelaki.
941219-08-5446

15

4. 1. 2 Analisis terhadap faktor yang menarik penduduk setempat berkunjung
ke sesebuah kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan.
Dalam bahagian ini, faktor yang menarik penduduk setempat berkunjung ke
sesebuah kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan akan dianalisis. Maklumat
yang diperolehi daripada borang soal selidik yang dikumpulkan menunjukkan bahawa
responden mempunyai lapan pilihan faktor yang menarik mereka berkunjung ke
sesebuah kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan, iaitu jenis barang, harga
barang, kualiti barang, pengaruh rakan, kebersihan, layanan, lokasi dan lain-lain. Bagi
responden yang memilih faktor lain-lain, faktor tersebut telah dinyatakan sendiri oleh
responden tersebut.
Rajah 1 menunjukkan faktor yang menarik responden berkunjung ke sesebuah
kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan.

Rajah 1: Faktor yang menarik responden berkunjung ke sesebuah kedai runcit di
Medan Warisan, Kuantan
Sumber: Kerja lapangan 2013
Merujuk Rajah 1, daripada 30 orang responden, 26.67% responden memilih
harga barang sebagai faktor yang mempengaruhi mereka berkunjung ke sesebuah
kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan. Berdasarkan Rajah 1, 3.33%
memilih faktor lain-lain, iaitu iklan.
0.00%
5.00%
10.00%
15.00%
20.00%
25.00%
30.00%
13.33%
26.67%
13.33%
6.67%
13.33%
6.67%
16.67%
3.33%
Jenis barang
Harga barang
Kualiti barang
Pegaruh rakan
Kebersihan
Layanan
Lokasi
Lain-lain
941219-08-5446

16

Secara umumnya, dapatan kajian ini mendapati keseluruhan responden
bersetuju bahawa harga merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi
keputusan pembelian selain tiga lagi faktor campuran pemasaran yang lain iaitu
promosi, pengedaran dan produk. Dapatan kajian ini selari dan menyokong model
gelagat pengguna yang diketengahkan oleh Zikmund (1989), iaitu proses membuat
keputusan boleh dipengaruhi oleh faktor demografi, faktor dalaman, faktor luaran,
faktor campuran pemasaran dan faktor situasi. Harga ialah nilai yang ditetapkan bagi
sesuatu produk dalam pasaran dan harus dibayar oleh pengguna dengan wang
sekiranya pengguna memilih utuk membeli produk tersebut. Harga merupakan salah
satu faktor campuran pemasaran yang boleh mempengaruhi keputusan pembelian
pengguna. Tawaran harga yang menarik akan mendorong pengguna membeli sesuatu
barang atau perkhidmatan.
Hasil daripada temu bual bersama lima orang responden, terdapat tiga orang
responden berkunjung ke kedai runcit di Medan Warisan, Kuantan kerana faktor
lokasi. Manakala, seorang responden berkunjung ke kedai runcit di Medan Warisan,
Kuantan disebabkan harga barang, dan seorang lagi kerana kualiti barang yang dijual.

4. 1. 3 Analisis persepsi responden terhadap perkhidmatan perniagaan runcit di
sekitar Medan Warisan, Kuantan.
Dalam bahagian ini, persepsi responden terhadap perkhidmatan perniagaan
runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan akan dianalisis.






941219-08-5446

17

Rajah 2 menunjukkan peratusan persepsi responden terhadap kecekapan
juruwang semasa mengendalikan pembayaran pelanggan.

Rajah 2: Persepsi responden terhadap kecekapan juruwang semasa mengendalikan
pembayaran pelanggan
Sumber: Kerja lapangan 2013
Merujuk kepada Rajah 2, majoriti responden iaitu 43.33% sama ada setuju dan
tidak setuju bahawa juruwang cekap semasa mengendalikan pembayaran pelanggan di
kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan. Tiada peratusan dicatat oleh
responden yang menyatakan sangat tidak bersetuju bahawa juruwang mengendalikan
pembayaran pelanggan dengan cekap.
Dapatan kajian ini mendapati peratusan responden yang bersetuju bahawa
juruwang cekap semasa mengendalikan pembayaran pelanggan lebih tinggi
berbanding dengan responden yang tidak setuju. Dapatan kajian ini selari dengan
persekitaran perniagaan yang dikemukakan oleh Rafidah Manap (2012). Persekitaran
perniagaan boleh dibahagikan kepada persekitaran umum dan persekitaran tugas.
Salah satu persekitaran tugas ialah pekerja. Pekerja merujuk kepada individu yang
menawarkan masa, tenaga dan kemahiran untuk melakukan kerja-kerja dalam
perniagaan. Setiap tindakan pekerja akan mempengaruhi kejayaan atau kegagalan
sesebuah perniagaan. Juruwang yang cekap dan mahir diperlukan untuk
mengendalikan pembayaran pelanggan dengan cekap dan cepat.
0.00%
5.00%
10.00%
15.00%
20.00%
25.00%
30.00%
35.00%
40.00%
45.00%
0.00%
13.33%
43.33%
36.67%
6.67%
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Sama ada setuju dan tidak setuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
941219-08-5446

18

Rajah 3 menunjukkan peratusan persepsi responden tentang keadaan
kebersihan kedai runcit.

Rajah 3: Persepsi responden tentang keadaan kebersihan kedai runcit
Sumber: Kerja lapangan 2013
Berdasarkan Rajah 3, majoriti responden, iaitu 46.67% bersetuju bahawa
keadaan kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan amat bersih. Namun, 3.33%
responden sangat tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
Berdasarkan dapatan kajian, terdapat 46.67% responden bersetuju bahawa
kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan bersih. Dapatan kajian ini selari
dengan model gelagat pengguna yang diketengahkan oleh Zikmund (1989). Model
gelagat pengguna dipengaruhi oleh faktor situasi. Kebersihan tempat membeli boleh
dikatakan sebagai satu faktor situasi kerana ia mempengaruhi keputusan pembelian
serta gelagat pengguna. Tahap kebersihan yang tinggi di sesebuah kedai mampu
meninggalkan tanggapan yang baik kepada pelanggan seterusnya mendorong
pelanggan berkunjung ke kedai tersebut pada masa yang akan datang.



0%
5%
10%
15%
20%
25%
30%
35%
40%
45%
50%
3.33%
13.33%
30.00%
46.67%
6.67%
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Sama ada setuju dan tidak setuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
941219-08-5446

19

Rajah 4 menunjukkan peratusan persepsi responden tentang layanan pekerja.

Rajah 4: Persepsi responden tentang layanan pekerja
Sumber: Kerja lapangan 2013
Merujuk Rajah 4, 46.67% responden bersetuju bahawa layanan pekerja di
kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan baik dan peramah. Namun, tiada
responden, iaitu, 0%, yang sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Seramai 46.67% responden bersetuju bahawa layanan pekerja di kedai runcit
di sekitar Medan Warisan, Kuantan baik dan peramah. Dapatan kajian ini berkaitan
dengan definisi pekerja yang diberi oleh Rafidah Manap (2012), iaitu pekerja merujuk
kepada individu yang menawarkan masa, tenaga dan kemahiran untuk melakukan
kerja-kerja dalam perniagaan. Pekerja yang melayan pelanggan dengan mesra mampu
meninggalkan persepsi dan tanggapan yang baik kepada pengguna. Persepsi dan
tanggapan pengguna merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi gelagat
pengguna. Layanan pekerja yang mesra mampu memberi kepuasan yang maksimum
kepada pengguna.




0.00%
5.00%
10.00%
15.00%
20.00%
25.00%
30.00%
35.00%
40.00%
45.00%
50.00%
6.67%
3.33%
43.33%
46.67%
0.00%
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Sama ada setuju dan tidak setuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
941219-08-5446

20

Rajah 5 menunjukkan persepsi responden tentang susunan barang yang dijual.

Rajah 5: Persepsi responden tentang susunan barang yang dijual
Sumber: Kerja lapangan 2013
Merujuk Rajah 5, sebanyak 43.33%, iaitu majoriti responden bersetuju bahawa
susunan barang yang dijual kemas dan senang dicari manakala 3.33% responden
sangat tidak bersetuju bahawa susunan barang yang dijual dalam kedai runcit di
sekitar Medan Warisan, Kuantan kemas dan senang dicari.
Rajah 6 menunjukkan persepsi responden tentang perletakkan tanda harga
barang yang dijual.

Rajah 6: Persepsi responden tentang perletakkan tanda harga barang yang dijual
Sumber: Kerja lapangan 2013
Berdasarkan Rajah 6, separuh daripada 30 responden, iaitu 50% bersetuju
bahawa perletakkan tanda harga barangan lengkap di kedai runcit di sekitar Medan
0.00%
10.00%
20.00%
30.00%
40.00%
50.00%
3.33%
13.33%
26.67%
43.33%
13.33%
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Sama ada setuju dan tidak setuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
0.00%
10.00%
20.00%
30.00%
40.00%
50.00%
3.33%
16.67%
16.67%
50.00%
13.33%
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Sama ada setuju dan tidak setuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
941219-08-5446

21

Warisan, Kuantan. Minoriti responden, iaitu 3.33% sangat tidak bersetuju dengan
kenyataan tersebut.
Sebanyak 50% responden bersetuju bahawa perletakkan tanda harga barang
yang dijual lengkap di kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan. Dapatan
kajian ini bersesuaian dengan proses pembelian produk pengguna yang dikemukakan
oleh Mokhtar Pet (2012). Merujuk Mokhtar Pet, proses pembelian produk pengguna
melibatkan lima peringkat, iaitu mengenal pasti keperluan, mencari maklumat,
menilai alternatif, membuat keputusan pembelian dan gelagat selepas pembelian.
Perletakkan tanda harga barang jualan yang lengkap mampu memudahkan pengguna
mencari maklumat dan menilai alternatif sesuatu barang yang hendak dibeli.
Pengguna dapat mengesan harga barang yang berlainan jenama dan seterusnya
membuat keputusan pembelian.
Rajah 7 menunjukkan persepsi responden tentang kelengkapan jenis barang
yang dijual.

Rajah 7: Persepsi responden tentang kelengkapan jenis barang yang dijual
Sumber: Kerja lapangan 2013
Merujuk Rajah 7, sebanyak 46.67% responden sama ada setuju atau tidak
setuju bahawa jenis barang yang dijual di kedai runcit sekitar Medan Warisan
Kuantan lengkap. 0% responden sangat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Dapatan kajian ini mendapati peratusan responden yang bersetuju bahawa
jenis barang yang dijual lengkap di kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan
0%
5%
10%
15%
20%
25%
30%
35%
40%
45%
50%
0.00%
6.67%
46.67%
43.33%
3.33%
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Sama ada setuju dan tidak setuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
941219-08-5446

22

lebih banyak daripada peratusan responden yang tidak bersetuju. Dapatan kajian ini
bersesuaian dengan istilah perniagaan yang didefinisikan oleh Mokhtar Pet (2012).
Perniagaan adalah sebuah organisasi yang melakukan pelbagai aktiviti yang
melibatkan urus niaga jual beli barang atau perkhidmatan antara pihak penjual dengan
pembeli pada masa, harga dan kuantiti tertentu bagi memenuhi kehendak dan
keperluan pengguna yang bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan penjual.
Oleh hal yang demikian, penjual perlu melengkapkan jenis barang yang diperlukan
oleh pengguna supaya kehendak pengguna dapat dipenuhi dan penjual sendiri dapat
menikmati keuntungan yang maksimum.
Rajah 8 menunjukkan persepsi responden tentang penghantaran stok.

Rajah 8: Persepsi responden tentang penghantaran stok
Sumber: Kerja lapangan 2013
Merujuk Rajah 8, majoriti responden sama ada setuju dan tidak setuju tentang
penghantaran stok di kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan cekap dan
selamat, iaitu sebanyak 33.33%. Tiada peratusan yang dicatat bagi responden yang
menyatakan bahawa meraka sangat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.




0%
5%
10%
15%
20%
25%
30%
35%
0.00%
30.00%
33.33%
30.00%
6.67%
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Sama ada setuju dan tidak setuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
941219-08-5446

23

Rajah 9 menunjukkan persepsi responden terhadap kecekapan kaunter
pertanyaan.

Rajah 9: Persepsi responden terhadap kecekapan kaunter pertanyaan
Sumber: Kerja lapangan 2013
Berdasarkan Rajah 9, sebanyak 43.33% responden sama ada bersetuju atau
tidak bersetuju bahawa sebarang pertanyaan dapat dirujuk dengan jelas di kaunter
pertanyaan semasa berada dalam kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan.
Minoriti responden tidak setuju dengan kenyataan tersebut, iaitu 3.33%.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa peratusan responden yang bersetuju
bahawa kaunter pertanyaan di kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan cekap
lebih tinggi berbanding dengan peratusan responden yang tidak setuju. Dapatan kajian
ini bersesuaian dengan proses pembelian produk pengguna yang diketengahkan oleh
Mokhtar Pet (2012). Dalam peringkat mencari maklumat, pengguna akan mencari
sebanyak mungkin maklumat mengenai jenis barang yang terbaik. Kaunter pertanyaan
perlu jelas dengan maklumat semua barang yang dijual agar pengguna dapat
mengetahui ciri, keistimewaan, kualiti, jenama dan harga sesuatu barang yang hendak
dibeli supaya pengguna mampu membuat keputusan pembelian.


0.00%
5.00%
10.00%
15.00%
20.00%
25.00%
30.00%
35.00%
40.00%
45.00%
6.67%
3.33%
43.33%
26.67%
20.00%
Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Sama ada setuju dan tidak setuju
Bersetuju
Sangat bersetuju
941219-08-5446

24

Jadual 3 menunjukkan jumlah min bagi setiap perkhidmatan yang
menggambarkan persepsi responden terhadap perkhidmatan perniagaan runcit di
sekitar Medan Warisan, Kuantan.
Skala Jumlah
skor
Jumlah
Min
Skor
1 2 3 4 5
1. Juruwang cekap apabila
mengendalikan pembayaran
pelanggan.
0 4 13 11 2 101 3.37
2. Keadaan kedai runcit amat bersih. 1 4 9 14 2 102 3.40
3. Layanan pekerja baik dan peramah. 2 1 13 14 0 99 3.30
4. Susunan barang yang dijual kemas
dan senang dicari.
1 4 8 13 4 105 3.50
5. Semua barangan dilabel tanda harga. 1 5 5 15 4 106 3.53
6. Jenis barangan yang dijual lengkap. 0 2 14 13 1 103 3.43
7. Perkhidmatan penghantaran stok
cekap dan selamat.
0 9 10 9 2 94 3.13
8. Sebarang pertanyaan dapat dirujuk
dengan jelas di kaunter pertanyaan.
2 1 13 8 6 105 3.50
Jadual 3: Jumlah min bagi setiap perkhidmatan yang menggambarkan persepsi
responden terhadap perkhidmatan perniagaan runcit di sekitar Medan Warisan,
Kuantan
Sumber: Kerja lapangan 2013
Jadual 3 dibuat spesifik berdasarkan lapan pecahan soalan yang mampu
menggambarkan persepsi responden terhadap perkhidmatan perniagaan runcit di
sekitar Medan Warisan, Kuantan. Jumlah min skor dikira untuk mengetahui
perkhidmatan yang paling dipersetujui oleh respoden.
Berdasarkan Jadual 3, jumlah min skor yang tertinggi ialah 3.53, iaitu semua
barangan dilabel tanda harga. Perkhidmatan penghantaran stok cekap dan selamat
menunjukkan jumlah min skor yang terendah iaitu 3.13. Ini bermaksud keseluruhan
responden paling bersetuju bahawa semua barangan dilabel tanda harga manakala
941219-08-5446

25

keseluruhan responden paling kurang setuju bahawa perkhidmatan penghantaran stok
di kedai runcit di sekitat Medan Warisan, Kuantan adalah cekap dan selamat.
Hasil daripada temu bual dengan lima orang responden, dua orang responden
berpendapat bahawa barangan yang hendak dibeli senang dicari di kedai runcit di
sekitar Medan Warisan, Kuantan. Dua orang responden pula berpendapat bahawa
layanan pekerja kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan baik manakala
seorang responden berpendapat bahawa jenis barang yang dijual lengkap.

4. 1. 4 Analisis terhadap cadangan responden.
Analisis di bahagian ini adalah untuk mendapatkan cadangan bagi
meningkatkan mutu perkhidmatan perniagaan runcit di sekitar Medan Warisan,
Kuantan.
Jadual 4 menunjukkan bilangan dan peratusan responden yang memberi serta
tidak memberi cadangan.
Bilangan Peratusan
Responden yang memberi cadangan 30 100%
Responden yang tidak memberi cadangan 0 0%
Jadual 4: Responden memberi cadangan atau tidak
Sumber: Kerja lapangan 2013
Berdasarkan Jadual 4, 100% daripada 30 responden yang memberi cadangan.
Tiada responden yang tidak memberi cadangan.
Berdasarkan cadangan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan perniagaan
runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan yang diberikan oleh responden, ia
kemudiannya dikategorikan kepada sembilan cadangan, iaitu melayan pelanggan
dengan lebih mesra, meningkatkan tingkat kebersihan, menjual barangan yang lebih
murah, menyusun barangan dijual dengan kemas, mempelbagaikan barang yang dijual,
melabelkan tanda harga dan maklumat barangan dijual dengan lengkap, menguruskan
pembayaran pelanggan dengan cekap, menjual barang yang berkualiti serta
mengubahsuai kedai runcit menjadi lebih cantik dan besar.
941219-08-5446

26

Rajah 10 menunjukkan cadangan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan
perniagaan runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan.

Rajah 10: Cadangan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan perniagaan runcit di
sekitar Medan Warisan, Kuantan
Sumber: Kerja lapangan 2013
Berdasarkan Rajah 10, dapat dilihat bahawa cadangan yang dikemukakan oleh
responden adalah menyarankan peruncit supaya menyusun barangan dijual dengan
kemas dan mempelbagaikan barang yang dijual mempunyai peratusan yang sama
tinggi, iaitu 23.33%. Cadangan daripada responden supaya peruncit melayan
pelanggan dengan lebih mesra, menjual barangan dengan harga yang lebih murah,
melabelkan tanda harga dan maklumat barangan dijual dengan lengkap, menguruskan
pembayaran pelanggan dengan cekap serta menjual barang yang berkualiti
mempunyai peratusan yang sama rendah, iaitu 6.67%.
Hasil daripada temu bual dengan lima orang responden, dua orang responden
mencadangkan peruncit menurunkan harga barang yang dijual, seorang responden
mencadangkan barang jualan disusun dengan lebih kemas, seorang mencadangkan
kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan diubahsuai dan diperbaharui, seorang
responden pula mencadangkan peruncit melancarkan promosi.
0.00%
5.00%
10.00%
15.00%
20.00%
25.00%
6.67%
10.00%
6.67%
23.33% 23.33%
6.67%
6.67%
6.67%
10.00%
Melayan pelanggan dengan lebih mesra
Meningkatkan tingkat kebersihan
Menjual barangan yang lebih murah
Menyusun barangan dijual dengan
kemas
Mempelbagaikan barang yang dijual
Melabelkan tanda harga dan maklumat
barangan dijual dengan lengkap
Menguruskan pembayaran pelanggan
dengan cekap
Menjual barang yang berkualiti
Mengubahsuai kedai runcit menjadi
lebih cantik dan besar
941219-08-5446

27

5.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Bahagian terakhir dalam kajian ini mengandungi rumusan dan kesimpulan.
Tajuk kajian ini ialah kajian tentang persepsi penduduk setempat terhadap mutu
perkhidmatan kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan. Berdasarkan kajian
yang telah dibuat, ketiga-tiga objektif telah dicapai menerusi kaedah soal selidik dan
kaedah temu bual.
Menerusi kaedah soal selidik, dapat dilihat bahawa faktor yang paling
mempengaruhi penduduk setempat untuk berbelanja di kedai runcit di sekitar Medan
Warisan, Kuantan ialah faktor harga barang. Dapatan kajian ini mencapai objektif
pertama iaitu mengkaji faktor yang mempengaruhi penduduk setempat memilih untuk
berbelanja di kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan. Berdasarkan dapatan
kajian, responden berpendapat bahawa harga merupakan faktor yang paling
mempengaruhi mereka berkunjung ke sesebuah kedai runcit di sekitar Medan Warisan,
Kuantan. Alasannya ialah tawaran harga yang menarik akan mendorong pengguna
membeli sesuatu barang. Selain faktor harga, terdapat beberapa faktor lain yang
mempengaruhi mereka berkunjung ke kedai runcit di sekitar Medan Warisan,
Kuantan. Antara faktor tersebut ialah lokasi, jenis barang, kualiti barang, kebersihan,
pengaruh rakan, layanan dan lain-lain. Hasil daripada temu bual dengan lima orang
responden, tiga orang responden berkunjung ke sesebuah kedai runcit disebabkan
faktor lokasi.
Seterusnya, objektif kedua iaitu mengenal pasti persepsi penduduk setempat
terhadap perkhidmatan perniagaan runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan juga
telah dicapai. Terdapat lapan pecahan soalan yang telah disediakan dalam borang soal
selidik untuk dijawab oleh responden bagi mengenal pasti persepsi mereka terhadap
perkhidmatan perniagaan runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan. Berdasarkan
dapatan kajian, didapati majoriti responden bersetuju bahawa peruncit di sekitar
Medan Warisan, Kuantan melabelkan tanda harga semua barang yang dijual dengan
lengkap dan ini meninggalkan tanggapan yang baik kepada responden. Alasannya
ialah perletakkan tanda harga merupakan satu perkhidmatan yang mampu
memudahkan pembelian pelanggan. Selain itu, paling ramai responden tidak bersetuju
bahawa perkhidmatan penghantaran stok cekap dan selamat. Ini bermaksud
941219-08-5446

28

kebanyakkan responden tidak puas hati dengan penghantaran stok di kedai runcit di
sekitar Medan Warisan, Kuantan. Perkhidmatan penghantaran stok telah
meninggalkan tanggapan yang kurang baik kepada responden. Alasannya ialah
penghantaran stok yang cekap mampu memudahkan dan memaksimunkan kepuasan
pelanggan. Selain itu, dapatan kajian juga menggambarkan persepsi responden
terhadap susunan barang yang dijual, kecekapan kaunter pertanyaan, kelengkapan
jenis barang yang dijual, kebersihan kedai runcit, kecekapan juruwang dan layanan
pekerja. Namun, dapatan berbeza didapati melalui temu bual dengan lima orang
responden. Dua orang responden berpendapat bahawa barangan yang hendak dibeli
senang dicari di kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan manakala dua orang
responden pula berpendapat bahawa layanan pekerja kedai runcit di sekitar Medan
Warisan, Kuantan baik.
Selain itu, kajian ini juga turut mengenal pasti beberapa cadangan daripada
responden. Berdasarkan dapatan kajian, sembilan cadangan telah diberi oleh
responden. Dengan ini, objektif ketiga kajian ini iaitu mengenal pasti cadangan yang
boleh meningkatkan mutu perkhidmatan perniagaan runcit di sekitar Medan Warisan,
Kuantan telah dicapai. Cadangan yang paling banyak dikemukakan oleh responden
adalah menyarankan peruncit supaya menyusun barangan dijual dengan kemas dan
mempelbagaikan barang yang dijual. Alasannya ialah susunan barang yang kemas
memudahkan pelanggan mencari barang yang hendak dibeli manakala kepelbagaian
jenis barang dapat memenuhi kehendak pelanggan. Selain cadangan tersebut,
responden juga mencadangkan peruncit untuk meningkatkan tingkat kebersihan,
mengubahsuai kedai runcit menjadi lebih cantik dan besar, melayan pelanggan
dengan lebih mesra, menjual barangan yang lebih murah, melabelkan tanda harga dan
maklumat barangan yang dijual dengan lengkap, menguruskan pembayaran pelanggan
dengan cekap serta menjual barang yang berkualiti. Hasil daripada temu bual dengan
lima orang responden, dua orang responden mencadangkan peruncit menurunkan
harga barang yang dijual. Cadangan yang diberi oleh responden bertujuan untuk
meningkatkan mutu perkhimatan kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan.
Sekiranya peruncit dapat melakukan perubahan seperti mana yang dicadangkan oleh
responden, maka persepsi responden terhadap mutu perniagaan kedai runcit di sekitar
Medan Warisan akan berubah.
941219-08-5446

29

Kesimpulannya, kualiti perkhidmatan di kedai runcit di sekitar Medan
Warisan, Kuantan dapat mempengaruhi persepsi penduduk setempat. Selain itu,
pelbagai faktor turut mempengaruhi penduduk setempat untuk berkunjung ke
sesebuah kedai runcit di sekitar Medan Warisan, Kuantan. Peruncit perlu
membekalkan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada pelanggan supaya dapat
meningkatkan kepuasan penduduk setempat. Dengan ini, pelanggan akan mempunyai
persepsi yang baik terhadap perkhidmatan kedai runcit di sekitar Medan Warisan,
Kuantan. Semua cadangan yang dikemukakan oleh responden perlu diberi perhatian
oleh peruncit supaya segala kehendak pelanggan dapat dipenuhi. Dengan itu,
perniagaan dapat dijalankan dan peruncit akan mendapat keuntungan. Dengan adanya
keuntungan yang lumayan, peruncit akan mengembangkan perniagaan runcit masing-
masing. Keadaaan ini membantu mewujudkan peluang pekerjaan dan
mengembangkan ekonomi negara pada masa akan datang.

You might also like