You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT

JALAN CHAMBERLAIN HULU,


30250 IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN


PROGRAM KECERIAAN LUKISAN MURAL


TARIKH
7 JULAI 25 JULAI 2014

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT IPOH

ANJURAN
GURU PELATIH PISMP SEMESTER 8/2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH


1. PENGENALAN

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah
melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah
sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang
cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif.

Persekitaran merupakan salah satu faktor penyumbang kepada proses
pembelajaran di sekolah di samping dapat menarik minat murid untuk hadir ke
sekolah. Menyedari kepentingan keindahan dan keceriaan sekolah terhadap para
murid, guru pelatih internship telah mendapatkan ilham untuk mengadakan program
keceriaan sekolah dengan melukis mural. Program keceriaan sekolah merupakan
sebuah program yang diadakan bertujuan mengindahkan kawasan sekitar sekolah.

Sehubungan itu, bagi memenuhi terma dan syarat Program Intership selama satu
bulan, lukisan mural ini akan dilaksanakan sebagai salah satu projek keceriaan.

2. MATLAMAT

Matlamat program ini bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah. Prasarana
dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda
penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah
menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru, kakitangan sekolah dan para murid.

Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran
sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya
perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati
penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula
dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa
lebih mesra. Secara tidak langsung melalui lukisan mural, para murid akan dapat
meningkatkan motivasi diri mereka.



3. OBJEKTIF

3.1 Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru pelatih untuk
melaksanakan sesuatu projek .
3.2 Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan
guru-guru pelatih dan warga sekolah.
3.3 Memberi guru pelatih ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala
kemahiran yang telah dipelajari di IPG .
3.4 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan
aktiviti di sekolah.
3.5 Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru pelatih
dalam program yang dilaksanakan

4. TEMPAT
5.1 Dinding laluian ke Galeri Kebitaraan Bahasa Melayu SK Convent Ipoh

5. TARIKH
7 Jun 2014 hingga 25 Julai 2014 ( 3 Minggu )


6. JAWATANKUASA PROJEK
6.1 Rujuk lampiran A.






7. ANGGARAN PERBELANJAAN


7.1 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Sekolah RM 73.00

JUMLAH RM 73.00








BIL

PERKARA

HARGA SEUNIT
(RM)

KUANTITI

JUMLAH

1

Cat Pelaka
- Biru
- Hitam
- Kuning
- Putih




RM13.00



4 X 13.00



RM 52.00

3

Berus Cat
- Berus besar
- Berus kecil


RM 8.50
RM 2.00


2 x RM 8.50
2 x RM 2.00


RM 17.00
RM 4.00

Jumlah

RM 73.00

8. KESIMPULAN
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga program menceriakan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi
diri para murid disamping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Oleh itu, kerjasama
semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh ,

...................................................................
(CIK NURUL AMIRAH NADIA BT MASUD )
Setiausaha,
Program Keceriaan Lukisan Mural,
Sekolah Kebangsaan Convent.

Disemak oleh ,

......................................................................
(PN NORSIHAN BT ALI)
Mentor Projek Internship,
Sekolah Kebangsaan Convent.


Disahkan oleh,

.........................................................
(PN. HJH. RAFIAH BT ABD RAZAK)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Convent.

LAMPIRAN A

AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KECERIAAN LUKISAN MURAL

PENASIHAT :
Puan Hjh Rafiah Bt Abd Razak (Guru Besar)


PENGERUSI :

Puan Norsihan Bt Ali (Mentor Projek Internship)



SETIAUSAHA :

Cik Nurul Amirah Nadia Bt Masud

TIMB. SETIAUSAHA :
Cik NurFatin Bt Idrus

BENDAHARI :
Cik Nadzirah Bt Hashim

AJK DOKUMENTASI
Cik Siti Fatimah Bt Ahmad





LAMPIRAN B
JADUAL PROGRAM LUKISAN MURAL


HARI


PERKARA

8 Julai 2014

Mengambil gambar dinding
sebelum lukisan mural dilukis.

9 Julai 2014 Membuat lukisan asas mural pada
dinding dan menekap
menggunakan pen marker.

15 -17 Julai 2014

Mewarna dinding

23 24 Julai 2014

Melakukan kemasan terakhir serta
mengambil gambar

You might also like