You are on page 1of 4

PERNYATAAN PROFESIONAL

SEBELUM PRAKTIKUM
Internship merupakan salah satu program latihan di lapangan yang bertujuan
untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
sedia ada sebagai seorang guru. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan
menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di
luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan budaya sekolah. Pada
peringkat ini pelajar perlu menunjukka sifat kepimpinan dalam pengurusan pebagai
aktiviti sekolah atau tempat dimana mereka ditugaskan melalui bimbingan mentor
masing-masing. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan
keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepimpinan dan memupuk
nilai profesionalisme keguruan kea rah melahirkan guru yang berkesan.
Sehubungan dengan itu, kami guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh telah memilih untuk melaksanakan beberapa projek yang berkaitan dengan
komuniti sekolah bagi menjayakan internship yang bermula dari 7 Julai 8 Ogos 2014
di Sekolah Kebangsaan Convent Ipoh. Saya telah ditempatkan di sekolah tersebut
bersama pasangan saya Nur Fatin Bt Idrus.
Sebelum menjalani internship, kami telah diberi satu taklimat pengurusan
internship pada 30 Jun 2014 bertempat di Dewan Seri Tanjung, IPG Kampus Ipoh.
Taklimat yang disampaikan adalah berkaitan pelaksanaan intership yang bakal
dilaksanakan oleh pelatih disekolah kelak. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh
Encik Mohd Taufik bin Hj Ahmed selaku Ketua Unit Praktikum IPG Kampus Ipoh.
Antara intipati yang disampaikan dalam taklimat tersebut ialah berkaitan projek yang
perlu dilaksanakan pelatih sepanjang tempoh internship disekolah. Setiap pelatih
dikehendaki melaksanakan tiga projek atau aktiviti yang berkaitan dengan kokurikulum
atau kurikulum yang dijalankan disekolah. Sewaktu taklimat intership disampaikan,
penceramah lebih menekankan tentang perancangan serta pelaksanaan aktiviti atau
projek yang bakal dilaksanakan. Beliau mengingatkan seeloknya aktiviti yang dirancang
itu mendapat persetujuan dan persefahaman daripada pihak sekolah.
Seperti mana yang telah dimaklumkan, internship merupakan kursus akhir bagi
memenuhi amalan professional pelatih keguruan. Sepanjang tempoh intership tersebut,
setiap pelatih dikehendaki untuk merancang, melaksanakan serta menilai projek yang
bakal mereka laksanakan. Setiap pelatih perlu melaksanakan satu projek yang besar
dimana projek tersebut mesti melibatkan tiga perempat daripada kamuniti sekolah
manakala dua projek kecil yang melibatkan sebahagian komuniti sekolah. Aktiviti yang
dirancang itu haruslah dapat diselesaikan dalam tempoh praktikum tersebut.
Sehubungan itu, saya bersama pasangan saya telah merancang beberapa
projek atau aktiviti yang mungkin boleh dilaksanakan di sekolah nanti. Antara projek
besar yang boleh dilaksanakan sewaktu intership kelak ialah Majlis Iftar Perdana,
Program Motivasi Murid Tahun 5 dan 6, Projek Keceriaan Sekolah dan beberapa projek
lain. Majlis Iftar Perdana dirancang adalah kerana tempoh praktikum kami adalah
kebetulan dengan bulan Ramadhan yang sedang dijalani oleh seluruh umat Islam.
Selain itu, Program Motivasi tersebut dirangka dengan harapan ianya dapat membantu
murid-murid Tahun 5 dan 6 dalam menghadapi peperiksaan kelak. Tambahan pula
peperiksaan UPSR semakin menghampiri pada tarikhnya. Jadi, saya berpendapat
bahawa Program Motivasi ini sangat sesuai untuk dilaksanakan kepada murid-murid
yang terlibat. Seterusnya, Projek Keceriaan Sekolah dirancang dengan harapan ianya
dapat memberi suatu suasana baru terhadap persekitaran sekolah. Keadaan ini
bersesuaian dengan keadaan serta bangunan sekolah yang masih baru, jadi program
keceriaan ini dirangka bagi memberi sentuhan baru terhadap persekitaraan sekolah.
Walaubagaimanapun, saya perlu mendapatkan persetujuan serta persefahaman
daripada pihak sekolah terlebih dahulu sebelum projek-projek ini dilaksanakan. Ia
hanya perancangan kami sebagai pelatih dalam merangka dan merancang projek-
projek yang bersesuaian untuk dilaksanakan di sekolah kelak.
Seterusnya, saya telah merancang beberapa projek kecil yang boleh
dilaksanakan disekolah nanti. Antaranya ialah mengurus dan mengendali perhimpunan
mingguan, mengecat dan melukis mural, mengadakan pertandingan sains antara kelas,
merancang dan mengurus aktiviti unit beruniform dan juga mencantikkan Bilik Sains.
Projek-projek tersebut dirangka dan dirancang kerana ia mungkin mudah untuk
dilaksanakan di sekolah kelak. Walaubagaimanapun, saya perlu berbincang bersama
dengan mentor saya terlebih dahulu bagi memilih kesesuaian aktiviti yang boleh
dijalankan. Hal ini kerana, tidak kesemua yang projek atau aktiviti dirancang itu boleh
dijalankan kerana tempoh internship yang diberikan kepada kami akamt singkat iaitu
selama satu 4 minggu sahaja. Jadi, hanya projek yang benar-benar sesuai serta dapat
dilaksanakan dalam tempoh waktu sahaja, akan dipilih dan dilakukan oleh saya. Bagi
saya, aktiviti mengendalikan perhimpunan mingguan sekolah merupakan salah satu
projek yang sesuai untuk saya laksanakan. Saya berpendapat bahawa projek ini lebih
senang untuk diuruskan dan dilaksanakan berbanding projek-projek lain yang mungkin
mengambil masa yang sedikit lama.
Selain itu, saya juga perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan
objektif, strategi dan pelan tindakan projek yang akan dilaksnakan. Penyediaan kertas
cadangan ini penting bagi memastikan projek yang dirancang itu berada pada garis
panduan yang betul. Setelah projek yang dirancang kelak dilaksanakan, saya perlu
membuat penilaian terhadap pelaksanaan dan keberkesanan projek yang telah
dilaksanakan. Penilaian yang dibuat adalah bentuk laporan bertulis yang akan dihantar
kepada mentor dan juga pihak sekolah. Laporan tersebut merupakan bukti kepada
pelaksanaan projek yang telah dilaksanakan. Laporan yang dihantar haruslah meliputi
beberapa aspek yang telah ditetapkan iaitu objektif aktiviti, strategi aktiviti, refleksi dari
segi kekuatan dan kelemahan aktiviti, cadangan penambahbaikan serta kesimpulan
tentang aktiviti atau projek yang dijalankan.
Antara perkara lain yang perlu saya lakukan pada internship kali ini ialah
melaksanakan satu kajian tindakan berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Kajian
tindakan merupakan salah satu amalan pengajaran yang harus kami ambil dan perlu
menyiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sebelum ke sekolah saya bersama
pensyarah pembimbing telah menjalankan sesi perbincangan berkaitan kajian yang
bakal dijalankan. Kajian yang akan dilaksanakan haruslah menjadikan murid-murid
sebagai responden atau sampel kajian. Jadi, keperluan serta tempoh yang panjang
pada sesi praktikum pada kali ini digunakan bagi menyiapkan kajian tindakan yang ingin
dilakukan. Pada sesi praktikum yang lepas, saya telah melaksana bahagian kaedah
dan metadologi kajian. Jadi pada internship pada kali ini, saya akan meneruskan kajian
tindakan ini dengan melaksanakan fasa pengumpulan data dan juga analisis data bagi
melengkapkan kajian tindakan yang sedang daya jalankan. Oleh itu, selain daripada
projek yang perlu dilaksanakan kepada pihak sekolah, saya juga perlu melakukan sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi melengkapkan bahagian kedua kajian saya ini ini.
Antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi
intership ini adalah membuat persedian dari segi mental dan fizikal. Persediaan mental
adalah mungkin dalam bentuk pengurusan gerak kerja yang perlu dilakukan. Seperti
mana yang telah saya maklumkan pada internship kali ini selain daripada merancang
dan melaksankan projek untuk sekolah, saya juga perlu melengkapkan dan
menyiapkan kajian tindakan saya. Jadi, pengurusan mental yang betul haruslah
ditekankan bagi memastikan kedua-dua kerja tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.
Manakala, dari segi fizikal saya perlu lebih kuat dan bertenaga sewaktu melakukan
kerja-kerja yang telah dirancang. Bulan Ramadhan bukan alasan utama dalam
melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Oleh itu, pemilihan aktiviti atau projek yang
bersesuaian haruslah diambil perhatian bagi memastikan projek yang bakal
dilaksanakan kelak tidak memberi kemudaratan kepada diri seterusnya dapat
dijalankan mengikut perancangan yang telah dibuat.
Saya berharap sepanjang tempoh internship, saya dapat menjalankan projek-
projek yang telah dirancang dengan sebaiknya. Semoga pengalaman-pengalaman
yang akan diperolehi di sekolah nanti akan membantu saya apabila berada dalam
situasi yang sebenar kelak.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Guru Besar


Tandatangan :....................................... Tandatangan :..............................................

Nama :.................................... Nama :..............................................

Tarikh :................................... Tarikh :..............................................

You might also like