You are on page 1of 15

TUGASAN INDIVIDU

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA (KISSM)



[APRIL MEI 2012]
KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA
(KMK)
[FAKTOR-FAKTOR YANG MENYOKONG
KEJAYAAN PELAKSANAAN KMK]

NAMA : AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD
NO. KAD PENGENALAN : 850309-11-5473
NO. FAIL JPNJ : A-41002
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMAS JAYA 2





SEK.MEN.KEB.
PERMAS JAYA 2
JALAN PERMAS 12,
BANDAR BARU
PERMAS JAYA,
81750 MASAI, JOHOR.

[ B A H A G I A N P E N D I D I K A N G U R U K E ME N T E R I A N P E L A J A R A N MA L A Y S I A ]
AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD 850309-11-5473 No. Fail JPN:A-41002

KMK (KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA) 1

1.0 Pengenalan

Masalah di tempat kerja sering dialami oleh pekerja tidak kira dari sektor awam
mahupun swasta. Untuk mengatasi masalah di tempat kerja kakitangan sektor
awam, kerajaan telah memperkenalkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Bilangan 7 tahun 1991, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). Pekeliling ini
bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kakitangan kerajaan dengan
penubuhan pasukan-pasukan kerja di kalangan kakitangan untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang dihadapi di tempat kerja.

Merujuk kepada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 tahun
1991 mendefinisikan KMK sebagai penubuhan sekumpulan kecil pekerja yang terdiri
antara 6 hingga 10 orang daripada unit kerja yang sama akan bermesyuarat secara
malar(tetap) untuk mengenalpasti,memilih dan menganalisis masalah-masalah yang
berkaitan dengan kerja mereka. Kumpulan ini akan mengemukakan cadangan
penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan.
Seterusnya, mereka melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak
pengurusan.

Falsafah dalam KMK berganding seiring dengan matlamat KMK untuk
memastikan ianya diterajui oleh organisasi mencapai titik noktah dalam mencapai
(benchmark) dalam pengurusan kualiti dan produktiviti kerja. Falsafah KMK adalah
berdasarkan kepada konsep pengurusan secara penyertaan dan kemanusiaan KMK
merupakan mekanisme utama yang mana pekerja boleh menyertai proses
menyelesaikan masalah demi meningkatkan lagi kualiti kerja di organisasi mereka.
Manakala matlamat KMK adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi
AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD 850309-11-5473 No. Fail JPN:A-41002

KMK (KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA) 2

kualiti kerja melalui; kebolehan menyelesaikan masalah melalui pekerja, semangat
bekerja secara berkumpulan, penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang
positif, penglibatan dan minat terhadap kerja, dorongan kerja yang tinggi dan
kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, jabatan atau pejabat dan
negara.

Pekerja adalah aset yang paling bernilai kepada majikan disamping sumber
pengurusan yang lain. Bagi memastikan daya gerak pekerja bekerja dengan seronok
dan licin, KMK dilaksanakan untuk menggalakkan pekerja bekerja secara
berkumpulan dan berbincang bagi menyelesaikan masalah ditempat kerja. Maka
dengan itu, ia dapat memperbaiki sistem cara kerja sekaligus meningkatkan kreativiti
dan produktiviti jabatan.

KMK sering dikaitkan dengan pemberian perkhidmatan yang berkualiti.
Berbincang mengenai kualiti, ianya adalah sesuatu yang subjektif dan dinamik
mengikut kehendak pelanggan. Dalam menghadapi cabaran dunia masa kini yang
semakin kompetitif dan global, serta rakyat yang lebih berpengetahuan dan
bermaklumat, kerajaan perlu sentiasa berusaha untuk membuat penambahbaikan
kepada kualiti perkhidmatan yang diberikan dapat memuaskan pelanggan.

Bagi melaksanakan KMK, tiga syarat yang berikut diperlukan iaitu pewujudan
struktur KMK, latihan yang berkesan dan sistem pengiktirafan yang berkesan.
Struktur KMK terdiri daripada jawatankuasa pemandu KMK, fasilitator, ketua
kumpulan dan ahli-ahli KMK. Setiap individu yang terlibat dalam struktur tersebut
AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD 850309-11-5473 No. Fail JPN:A-41002

KMK (KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA) 3

memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan projek dan seterusnya
menyumbang kepada kejayaan kumpulan.

2.0 Faktor faktor Menyokong Kejayaan Perlaksanaan KMK
Setiap individu yang terdapat dalam struktur dan oragnisasi KMK perlu
menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan KMK. Terdapat 9 faktor yang
menyumbang kejayaan pelaksanaan KMK dinyatakan dalam pekeliling Kemajuan
Perkhdmatan Awam Bilangan 7 tahun 1991 iaitu:

i. Sikap yang positif, kesungguhan dan komitmen dan komitmen dari
pihak pengurusan atasan.
Usaha tanpa disiplin umpama mencurah air ke daun keladi.
Penyemaian sikap positif, berakhlak mulia dan semangat ingin maju dalam
diri amat penting untuk meningkatkan kualiti sesebuah jabatan mahupun
pekerja itu sendiri. Penghayatan budaya kualiti akan meningkatkan
pembinaan sikap dan nilai diri yang murni. Sikap bekerjasama, bersatu
padu, rajin, dedikasi, adil dan ikhlas adalah asas kepada kejayaan yang
boleh dinikmati organisasi. Tindakan susulan ke atas hasil penemuan dan
cadangan ketika mengadakan KMK amat perlu dilaksanakan supaya tahap
keupayaan proses atau process capability memenuhi standard-standard
kualiti yang telah ditetapkan dan memenuhi piagam pelanggan organisasi.
Peraturan, prosedur kerja, proses aliran kerja dan check-list perlu
diperkemaskan dan dibuat penambahbaikan untuk mengelakkan birokrasi
serta meningatkan koordinasi antara unit-unit dan bahagian-bahagian dalam
sesebuah agensi. Satu lagi unsur penting yang perlu diberi penekanan ialah
AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD 850309-11-5473 No. Fail JPN:A-41002

KMK (KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA) 4

sikap membantu dan mesra pelanggan yang harus menjadi amalan setiap
agensi kerajaan. Warga perkhidmatan awam semestinya mempunyai sikap
yang positif dan sentiasa ingin mempermudahkan urusan pelanggan.
Pekerja frontline boleh menjadi pekerja yang cekap dan efektif jika memiliki
latihan yang mencukupi, dapat berkomunikasi secara sopan dan berhemah.

ii. Sistem latihan yang berkesan
KMK mempunyai strukturnya yang tersendiri yang terdiri daripada
Jawatankuasa Pemandu KMK, Fasilitator KMK, Ketua KMK serta ahli-ahli.
Jawatankuasa Pemandu ialah sebuah jawatankuasa yang merangka dasar
pelaksanaan KMK dan memberi pertimbangan serta keputusan kepada
cadangan-cadangan penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh KMK.
Antara tugas Fasilitator ialah sebagai orang tengah dalam penyelesaian
masalah,mengesan kemajuan kumpulan serta memberi latihan kepada
ketua-ketua kumpulan dan membantu melatih ahli-ahli kumpulan apabila
diperlukan. Ketua kumpulan pula bertanggungjawab terhadap kelancaran
aktiviti-aktiviti kumpulan, memupuk semangat kerjasama dan harmoni,
mengelolakan mesyuarat dengan teratur dan berkesan serta membatu ahli-
ahli menyelesaikan masalah. Manakala tugas ahli-ahli KMK pula ialah
menghadiri mesyuarat secara tetap(malar), menumpukan usaha-usaha
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kerja serta mengenalpasti
masalah-masalah, menyumbangkan idea, menjalankan penyelidikan dan
penyiasatan dan membantu kumpulan ke arah penyelesaian masalah dan
menyertai persembahan pengurusan. Antara contoh latihan-latihan yang
boleh diberikan merangkumi aspek kemahiran komunikasi berkesan,teknik
AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD 850309-11-5473 No. Fail JPN:A-41002

KMK (KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA) 5

penyampaian dan pemudahcaraan yang berkesan, cara
mengendalikan kerj a kumpulan, memupuk semangat kerjasama antara
ahli kumpulan dan sebagainya. Latihan sebegini memainkan peranan yang
penting dalam menentukan keberkesanan program KMK agar ahli-ahli KMK
dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dalam
agensi dan sekaligus meningkatkan produktiviti dan kepuasan bekerja.
Latihan ini juga amat penting agar mesej atau masalah yang hendak
disampaikan oleh ahli KMK kepada pihak pengurusan dapat disampaikan
dengan berkesan.


iii. Sokongan dari semua peringkat
Dalam keadaan globalisasi dunia yang penuh dengan persaingan pada
hari ini, semangat kerjasama sepasukan tidak dapat dinafikan lagi dalam
membantu meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja. Hubungan antara
kakitangan awam menyumbang sepenuhnya kepada melahirkan kejayaan
dan kecekapan organisasi disamping melancarkan sistem kerja secara telus.
Kesedaran tanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan, jabatan atau
pejabat dan negara juga antara faktor utama yang menyokong kejayaan
pelaksanaan KMK. Dengan wujudnya kesedaran ini menyebabkan
terdorongnya semangat kerja yang tinggi, kebolehan menyelesaikan
masalah di kalangan pekerja, semangat bekerja secara berkumpulan,
penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif dapat
menyumbangkan peratus terbesar dalam menjayakan KMK. Justeru itu,
setiap warga KMK haruslah bertanggungjawab dalam melaksanakan
amanah yang telah diberikan demi memastikan kejayaan KMK ini tercapai.
AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD 850309-11-5473 No. Fail JPN:A-41002

KMK (KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA) 6

Inovasi dan kreativiti adalah faktor yang akan membezakan antara agensi
yang cemerlang dengan yang tidak cemerlang. Budaya inovasi secara
berkumpulan dan sokongan padu semua pihak akan memupuk kreativiti dan
menggalakkan daya reka untuk mencipta kecemerlangan. Anugerah Inovasi
Perkhidmatan Awam yang dianjurkan pada setiap tahun sejak tiga belas
tahun yang lalu telah berjaya menyemarakkan budaya inovasi di kalangan
agensi Kerajaan. Hasil sokongan semua pihak, banyak agensi Kerajaan
telah berjaya mencetuskan inovasi yang bukan sahaja memberi manfaat
kepada agensi-agensi itu sendiri, tetapi juga kepada rakyat dan negara.
Ianya juga telah turut menyumbang kepada peningkatan prestasi dan imej
baik perkhidmatan awam.


iv. Pewujudan sistem pengiktirafan kepada ahli-ahli KMK

Kewujudan sistem pengiktirafan kepada ahli KMK turut menyumbang
kepada kejayaan pelaksanaan mekanisme ini untuk menggalakkan
penyertaan pekerja dalam KMK dan seterusnya mengekalkan KMK yang
sedia ada, pihak pengurusan harus memberi pengiktirafan kepada
kumpulan-kumpulan yang telah berjaya membawa penambahbaikan
ataupun memperkenalkan inovasi. Ke arah ini satu program pengiktirafan
harus disediakan. Antara jenis-jenis pengiktirafan yang boleh diberi adalah
seperti berikut:
a. Kehadiran pihak pengurusan semasa persembahan projek;
b. Pemberian Surat Penghargaan;
c. Pemberian cenderamata;
d. Pemberian Sijil Penghargaan;
AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD 850309-11-5473 No. Fail JPN:A-41002

KMK (KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA) 7

e. Menghadiri jamuan dengan pihak pengurusan;
f. Menyiarkan kejayaan dalam buletin;
g. Merekodkan persembahan Kumpulan dengan pita video;
h. Menyiarkan gambar Kumpulan yang berjaya dalam buletin atau di papan
kenyataan;
i. Memberi peluang kepada ahli-ahli KMK untuk menyertai Konvensyen
KMK peringkat kebangsaan; dan
j. Lawatan sambil belajar.

Prinsip-prinsip asas yang ditekankan dalam KMK pula ialah pekerja-pekerja
diiktiraf sebagai sumber yang paling bernilai, memajukan pekerja sebagai
ahli organisasi yang berguna, penyertaan dan sokongan dari semua
peringkat, bekerja secara kumpulan, kreativiti sentiasa digalakkan dan
projek adalah berkaitan dengan tugas-tugas harian. Terdapat banyak faedah
yang boleh diperolehi hasil penubuhan KMK. Antaranya ialah mengeratkan
perhubungan di antara pekerja dan pengurusan, memupuk kerjasama dalam
kalangan pekerja, memberi kepuasan bekerja, menambah dorongan untuk
bekerja, memberi keyakinan mengenai kebolehan diri sendiri, mengasah
bakat kepimpinan dalam kalangan pekerja, menggalakkan daya kreativiti
dalam kalangan pekerja serta memperbaiki sistem dan cara kerja.


v. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan
Peningkatan tahap kecekapan sesuatu organisasi yang mengamalkan
KMK dalam kerja dapat ditingkatkan dengan menggunakan segala
kemudahan-kemudahan secara menyeluruh yang telah disediakan oleh
jabatan supaya segala perjalanan kerja dapat berjalan dengan lancar dan
AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD 850309-11-5473 No. Fail JPN:A-41002

KMK (KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA) 8

terurus. Jadi, KMK merupakan satu cara yang sesuai bagi membolehkan
usaha-usaha peningkatan kualiti perkhidmatan dilaksanakan dalam
organisasi. Melalui KMK, proses dan sistem kerja yang telah lapuk dapat
dikaji semula dan seterusnya ditambahbaik dan ditingkatkan lagi kecekapan
dan keberkesanannya, dengan menggunakan kaedah-kaedah baru
termasuk penggunaan ICT dalam melaksanakan tugas dan agenda
mesyuarat. Ini akan mempermudahkan orang ramai untuk berurusan
dengan pihak Kerajaan, serta tempoh masa bagi melaksanakan sesuatu
urusan kerajaan dapat dipendekkan. Selain itu, penggunaan borang-borang
tertentu boleh diperkemaskan lagi dengan menyemak dan mengkaji semula
kesesuaiannya bagi mengurangkan atau menghapuskan penggunaan
borang bagi urusan-urusan tertentu, ataupun memperkenalkan borang
komposit bagi beberapa jenis permohonan. Terdapat beberapa contoh yang
mana KMK dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan keberkesanan sistem
penyampaian perkhidmatan dalam kerajaan. Malah lebih banyak lagi
penambahbaikan boleh dihasilkan melalui pembentukan KMK di agensi-
agensi Kerajaan.

vi. KMK dianggap sebagai usaha jangka panjang. KMK harus dimulakan
secara kecil-kecilan dahulu supaya ianya dapat dikekalkan secara
berpanjangan.
Sebermulanya penubuhan sesuatu organisasi atau jabatan,
perlaksanaan KMK perlu diterapkan dan dijalankan mengikut kesesuaian,
kecekapan dan kesediaan organisasi. Maksudnya ianya perlu dilaksanakan
secara berperingkat - peringkat , kerana segala permasalahan yang wujud
AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD 850309-11-5473 No. Fail JPN:A-41002

KMK (KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA) 9

dalam kerja merupakan cabaran yang tidak diduga dan dijangka melainkan
organisasi atau jabatan telah kukuh dan stabil dalam menerajui bidang kerja
secara stabil dan lancar. Jadi, KMK perlu dilaksanakan dalam jabatan atau
organisasi secara menyeluruh dan jangkamasa panjang selagi ianya
beroperasi supaya keutuhannya dapat dikekalkan. Oleh itu, KMK
merupakan salah satu daripada alat pengurusan bagi meinngkatkan kualiti
dan produktiviti dalam organisasi disamping menanamkan semangat bekerja
secara berpasukan. Pendekatan KMK perlu diaplikasi sepenuhnya supaya
dapat membantu ke arah kesempurnaan kerja-kerja harian secara
berterusan. Dengan ilmu dan amalan yang terdapat dalam KMK, organisasi
dapat memanfaatkan faedah- faedah yang berkualiti dalam kerja seharian.
Malang dan rugi sekali sekiranya apa yang diperolehi hasil dari KMK pada
hari ini tidak dimanfaatkan secara menyeluruh dan berkesan sama ada di
peringkat perancangan atau operasi kerja.


vii. Perkembangan mengenai KMK harus diketahui oleh semua pihak.
Usaha untuk mencapai kualiti dan produktiviti dalam sesuatu jabatan,
perkembangan KMK harus dikenalpasti dan dikaji sepenuhnya oleh
kakitangan awam agar mencapai tahap kualiti dan kecekapan yang
menyokong kepada kejayaan KMK. Selaras dengan objektif, falsafah,
matlamat dan faedah penubuhan KMK ini bukan sahaja bertujuan untuk
menyelesaikan masalah dikalangan pekerja malah ia juga dapat menyemai
dan menerap nilai etika kerja yang positif dan secara tidak langsung ianya
dapat menimbulkan kesedaran tanggungjawab terhadap diri, kumpulan,
jabatan dan negara. Penganalisisan masalah ialah mengkaji punca-punca
AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD 850309-11-5473 No. Fail JPN:A-41002

KMK (KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA) 10

masalah yang timbul dalam tugasan yang dibuat, samaada bentuk teknikal,
prosedur dan peraturan. Cadangan penyelesaian berupa pandangan,
teguran, penjelasan atau kertas kerja yang dapat memberikan idea-idea
baru. Seterusnya, cadangan perlu dipersembahan kepada pihak pengurusan
agar segala aktiviti, kerja atau tugasan dapat dilihat dan dinilai oleh pihak
pengurusan. Selepas itu, ia perlu mendapat pertimbangan daripada pihak
pentadbiran atau pengurusan sesebuah jabatan atau organisasi. Setelah
dipertimbangkan maka KMK perlu dijalankan oleh ahli-ahli KMK tersebut.
Perkembangan KMK pula perlu diketahui oleh semua pihak. Untuk
mengenalpasti perkembangan KMK terurus dan tercapai, konvensyen KMK
perlu diadakan mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah
yang dihadapi dalam melaksanakan KMK dalam sektor awam, bagi tujuan
memperkemaskan lagi keberkesanan program KMK. Ianya juga
membuktikan dan memberikan keyakinan kepada perkhidmatan awam
bahawa KMK boleh dilaksanakan dalam sektor awam dan meyakinkan
bahawa KMK dapat membantu perkhidmatan awam menyelesaikan masalah
berkaitan dengan kerja.

viii. Kebolehan Jawatankuasa Pemandu bagi merancang, melaksana,
menyelaras dan mengambil tindakan terhadap perakuan-perakuan.
Fungsi Jawatankuasa Pemandu dalam organisasi adalah memainkan
peranan yang penting dalam usaha membantu dan menggerakkan sistem
perlaksanaan KMK kearah mencapai matlamat dan objektif yang telah
disasarkan. Jawatankuasa Pemandu ialah sebuah jawatankuasa yang
merangka dasar pelaksanaan KMK dan memberi pertimbangan serta
AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD 850309-11-5473 No. Fail JPN:A-41002

KMK (KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA) 11

keputusan kepada cadangan-cadangan penyelesaian masalah yang
dikemukakan oleh KMK. Memandangkan bahawa struktur ini diwujudkan
untuk pengurusan kualiti/produktiviti keseluruhannya, Jawatankuasa
Pemandu KMK boleh digantikan dengan Jawatankuasa Pemandu Kualiti
dan Produktiviti/ Mesyuarat Pengurusan. Selain itu, memandangkan
bahawa sesuatu organisasi mungkin mempunyai beberapa fasilitator, adalah
wajar supaya seorang ketua fasilitator dilantik untuk menganggotai Pasukan
Petugas Kualiti dan Produktiviti. Ketua fasilitator mempunyai peranan untuk
memaklumkan kepada Pasukan Petugas ini tentang kemajuan pelaksanaan
KMK. Dalam struktur Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK), fasilitator
adalah terdiri dari ketua-ketua Bahagian atau pekerja-pekerja yang dipilih
oleh pihak pengurusan. Fasilitator ini adalah bertanggungjawab untuk satu
KMK atau lebih. Fasilitator KMK memainkan peranan yang penting dalam
menyelaras sesuatu kumpulan, menyuntik secara motivasi dan
menyediakan kemudahan untuk kumpulan melaksanakan projek mereka.
Fasilitator juga berperanan sebagai orang perantaraan antara pihak
pengurusan dengan kumpulan dalam menyelesaikan masalah berkaitan
KMK.

ix. Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi menerusi poster, slogan dan
risalah-risalah.
Dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti sesuatu jabatan
atau organisasi, semua pihak yang berada dibawah naungan organisasi
perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha meningkatkan mutu
kerja secara optimum dengan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk menarik
AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD 850309-11-5473 No. Fail JPN:A-41002

KMK (KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA) 12

minat kakitangan awam ke arah akautabiliti dalam kerjaya. Usaha ini perlu
dilakukan dengan menyalurkan pelbagai promosi menerusi poster, slogan
dan risalah-risalah berkaitan kerja untuk meningkatkan kelicinan dalam
menjalankan kerja. Oleh itu, publisiti juga boleh dibuat untuk menghebohkan
kejayaan yang telah dicapai oleh ahli-ahli KMK dalam satu organisasi adalah
dengan menyiarkan gambar kumpulan yang berjaya di muka akhbar sebagai
daya pemangkin kepada organisasi lain. Di samping itu, kejayaan tersebut
boleh juga dipaparkan di buletin untuk menyuntik semangat kepada ahli
kumpulan yang lain agar dapat mencontohi sumbangan dan kejayaan yang
telah diraih oleh mereka yang telah berjaya. Kejayaan yang dijulang oleh
seorang kakitangan menjadi sumber inspirasi kepada golongan kakitangan
awam yang lain samada di jabatan yang sama ataupun jabatan lain. Ianya
juga boleh dihebohkan melalui rancangan televisyen secara langsung
melalui temuramah dan diskusi.

3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, untuk menjamin pembentukan sebuah KMK yang berkesan, seluruh
anggota organisasi harus memberi komitmen secara optimum serta mampu
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan
sempurna. Jika konsep KMK dapat dikekalkan dalam sesebuah organisasi, maka
kualiti dan produktiviti sesebuah organisasi tersebut akan lebih terjamin. Ini kerana
pekerja dapat bekerja dalam satu pasukan dan tidak tertekan dengan tugasan yang
diberikan oleh pihak pengurusan atau pentadbiran. Peranan ketua kumpulan dan
sokongan ketua jabatan sangat diperlukan dalam merealisasikan pencapaian dan
kecemerlangan KMK di peringkat jabatan. Namun begitu, haruslah dititik beratkan
AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD 850309-11-5473 No. Fail JPN:A-41002

KMK (KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA) 13

bahawa kejayaan dalam pelaksanaan KMK dipengaruhi oleh beberapa faktor utama.
Faktor-faktor ini mampu menjadi pemangkin kepada kejayaan organisasi dalam
gerak kerja disamping melicinkan lagi draf, kaedah dan pelaksanaan KMK. Hasilnya
yang lebih berkesan serta kreatif dapat dicapai. Justeru itu, adalah menjadi harapan
Kerajaan supaya semua pihak akan terus melibatkan diri secara aktif dan berterusan
dalam KMK demi memperkukuhkan serta memantapkan lagi kualiti perkhidmatan,
khususnya di sektor awam.



















AHMAD ZAINAL BIN MOHAMAD 850309-11-5473 No. Fail JPN:A-41002

KMK (KUMPULAN MENINGKAT MUTU KERJA) 14

RUJUKAN
Halim, M. B. Kumpulan Meningkat Mutu Kerja.
MAMPU. (n.d.). Retrieved 11 April, 2012, from www.mampu.gov.my
Menteri, J. P. (2009). Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). 1-13.
Malaysia, J. P. (1 July 1991). Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja
(KMK). Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam , 1-10.

Pekelil ing Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 Tahun 1991: Panduan
Mengenai K u m p u l a n Me n i n g k a t Mu t u K e r j a ( K MK ) d i a k s e s
p a d a 1 2 A p r i l 2012, daripada http//www.mampu.gov.my/pdf/pkpa071991.pdf

Haji Tajuddin Bin Haji Hussein (2006). Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
1991-2001. Kuala Lumpur : MDC Publishers Sdn. Bhd.

You might also like