You are on page 1of 7

MASYARAKAT PLURALISTIK

ALAM MELAYU
Konsep Pluraliti
istilah yang digunakan untuk merujuk kepada
masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu
sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah
(Eropah) yang terbentuk melalui proses
semula jadi tanpa sebarang rancangan
pemaksaan di sebaliknya.


Masyarakat Pluralistik
Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-
orang Eropah. Penjajah membawa masuk
pendatang asing dari China dan India ke Asia
Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar
penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi
dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-
politik-agama yg wujud di Asia Tenggara.
Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat
yang hidup terasing daripada kelompok yang lain
walaupun tinggal di tempat yg sama (Masyarakat
Majmuk)

Proses Pembentukan Masyarakat
Pluralistik Di Alam Melayu
Kedatangan orang China dan India ke Tanah
Melayu untuk memenuhi peluang-peluang
pekerjaan seperti perlombongan, perladangan
dan perniagaan yang disediakan oleh pihak
penjajah British.
Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak,
kekalutan ekonomi dunia serta galakan
daripada British menjadi faktor penggerak
kedatangan orang-orang China dan India ke
Tanah Melayu.


Berlaku interaksi yang baik di antara orang-
orang China dan India yang datang dengan
orang-orang Melayu, telah berlaku akomodasi
cara hidup yang harmoni.
Kolonialisme British memberi impak sangat
besar terhadap masyarakat negeri di Malaysia
sama ada dalam bentuk material mahu pun
non-material.
Al-Attas: kehadiran kolonialisme Barat
membawa dasar memisahkan orang Islam
daripada agama mereka

British mula bertapak kukuh menerusi satu
campurtangan secara tidak langsung pada
tahun 1786 apabila Pulau Pinang diperolehi
dari Kedah.
Bagi memastikan penaklukkan mereka
berjalan lebih tersusun dan sistematik
penasihat British kemudiannya turut di
tempatkan di Negeri Melayu Tidak Bersekutu
(NMTB).
Perjanjian Pangkor pada tahun 1874
merupakan titik permulaan penguasaan British
di Tanah Melayu.

Perkembangan ini dengan jelas
memperlihatkan agama dipisahkan daripada
urusan politik, pentadbiran, undang-undang,
ekonomi, pendidikan dan sebagainya.
Ringkasnya, agama Islam dan adat istiadat
Melayu terletak di bawah urus tadbir.
British kemudiannya gagal kotakan janji tidak
campurtangan dalam urusan agama dan adat
istiadat Melayu.

You might also like