You are on page 1of 2

SPM : Teknik Menjawab Perdagangan Kertas Satu

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN KERTAS SATU (OBJEKTIF) 3755/1



A. PENGENALAN
Kertas satu mempunyai 40 soalan
Masa yang diperuntukkan 1 Jam 15 minit
Kertas ini menyumbangkan 40% markah keseluruhan matapelajaran perdagangan
Oleh itu, satu soalan betul menyumbangkan 1 markah mutlak. (40soalan = 40 markah)
Untuk skor A1, pelajar mesti membaca kehendak soalan-soalan objektif dengan teliti dan jangan ambil
mudah kerana satu markah itu amat penting.


B. PEMILIHAN JAWAPAN
* Setiap soalan objektif diikuti oleh 4 pelengkap
* Hanya satu jawapan yang betul dan tiga yang lain distraktor.
* Terdapat dua cara untuk menjawab bentuk soalan ini:-
a. Mencari jawapan yang betul dan mengabaikan tiga distraktor
b. Menganalisa semua alternatif dan menolak setiap distraktor sehingga mendapat jawapan yang
betul.

SPM : Teknik Menjawab Perdagangan Kertas Dua
TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN : KERTAS 2 (SOALAN ESEI) 3755/2

1) PERUNTUKKAN MASA
* Anda mempunyai masa 2 jam untuk menjawab empat soalan esei.
* Ini bermakna anda hanya mempunyai masa 30 minit untuk menjawab setiap soalan.
* Anda mesti memperuntukkan jumlah masa yang sama untuk setiap soalan.
* Anda dinasihatkan bermula menjawab soalan yang lebih senang dahulu dan diikuti dengan soalan
yang lebih susah kemudian.
* Jangan mengambil terlalu banyak masa untuk menjawab sesuatu soalan yang tertentu sehingga tidak
sempat menjawab soalan-soalan yang lain.
* Sekiranya anda mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menjawab sesuatu soalan, anda mesti
tinggalkannya dan terus kepada soalan yang lain.
* Anda boleh kembali semula kepada soalan tersebut jika masih ada masa selepas menjawab semua
soalan-soalan yang lain
* Peruntukkan sedikit masa untuk menyemak jawapan anda
* Jangan menjawab kurang daripada jumlah soalan yang dikehendaki kerana anda akan kehilangan
markah.
* Katakan jika anda hanya menjawab sebanyak tiga daripada empat soalan yang dikehendaki, anda
akan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan markah esei dan 15% markah
keseluruhan. jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpa dijawab, tulislah apa-apa yang diingati tentang
perkara yang berkaitan.

2. PEMILIHAN SOALAN

* Dalam kertas ini, anda boleh memilih mana-mana tiga soalan daripada bahagian A dan
wajib menjawab soalan bahagian B (Kajian Kes).
* Sebelum memilih soalan, anda mesti membaca semua soalan dengan teliti dan menggariskan
perkataan-perkataan yang penting.
* Semasa memilih soalan,pilih soalan yang anda boleh menjawab denga baik dan dapat memberikan
fakta yang banyak.
* Anda mesti berhati-hati semasa memilih soalan supaya tidak memilih soalan yang salah.
* Pemilihan soalan yang salah akan membuang masa anda untuk mencuba soalan yang lain.
* Jika anda telah menjawab 4 soalan dan ada jawapan yang tidak memuaskan atau terlalu sedikit
yang anda tahu, maka jika ada masa lagi cubalah jawab soalan lain bermakna
anda boleh menjawab lebih daripada 4 soalan. Ini sebagai alternatif bagi jawapan yang anda rasa tak
memuaskan tadi.

Ingat! Semua jawapan akan diperiksa maka pemeriksa akan memilih 4 jawapan anda yang terbaik.
3. PANDUAN MENJAWAB SOALAN

1. Untuk menjawab soalan dalam kertas ini, anda dikehendaki memberikan jawapan panjang
berbentuk esei
2. Jumlah perkataan bagi setiap esei ialah kira-kira 300 -400 patah perkataan (secara purata) atau 1
1/2 - 2 muka surat. (Ini hanya gambaran jawapan yang ideal, tak perlu kira patah perkataan)
3. Jawapan yang dikemukakan hendaklah selaras dengan jumlah markah yang diperuntukkan. Anda
harus ingat markah diberikan bagi fakta-fakta yang dikemukakan dan bukan berdasarkan panjang sesuatu
esei.
4. Anda mesti merancangkan jawapan anda dengan baik dan menjawab mengikut kehendak soalan.
5. Bahasa yang digunakan mestilah baik, jelas dan mudah difahami.
6. Anda dinasihatkan memperuntukan sebanyak 5 minit untuk merangka jawapan. Semua fakta-fakta
penting yang berkaitan dengan soalan mesti disenaraikan di dalam rangka jawapan 7. Rangka jawapan
membantu anda mempersembahkan jawapan dengan fakta-fakta yang cukup dan mengikut susunan yang
rapi.
8. Jangan menerangkan sesuatu fakta dengan panjang lebar sehingga mengabaikan fakta-fakta yang
lain.
9. Semasa menulis jawapan, anda mesti menghuraikan setiap fakta tersebut dengan baik, jelas dan
tepat.
10. Setiap soalan esei mesti dibahagi kepada beberapa perenggan. Mulakan setiap fakta dengan
perenggan yang baru. Jika terdapat 8 fakta maka jelaskan dalam 8 perenggan.
Ringkasnya: SATU PERENGGAN => {SATU FAKTA,HURAIAN,CONTOH}
11. Sebaik-sebaik setiap fakta / perenggan diberikan nombor,manakala fakta utamanya dijadikan sub-
tajuk atau kepala sesuatu perenggan dan digariskan
12. Setiap fakta / perenggan seharusnya diselangi dengan satu baris kosong antara satu perenggan
dengan perenggan yang lain.
13. Bagi memulakan jawapan baru bagi soalan berikutnya, gunakan kertas jawapan baru. Elakkan
menyambung jawapan anda di bawah jawapan soalan lain.
14. Jawapan yang baik adalah jawapan yang mempunyai banyak fakta,penerangan yang jelas, contoh
yang konkrit dan perenggan yang bersesuaian dengan markah.
15. Untuk soalan perbezaan ,tunjukkan dengan jelas dengan bentuk jadual 'T'. Bezakan berdasarkan
perkara yang sama. Untuk persamaan, tidak perlu jadual 'T'.
16. Jawapan tidak perlu pendahuluan atau penutup. Terus kepada menjawab mengikut kehendak
soalan.
17. Bagi soalan kajian kes masukkan nama individu yang terlibat dalam kajian kes tersebut.


4. BAB-BAB PENTING.


1. Bab 1 & Bab 2 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama).
2. Bab 3 & Bab 4 ( Bergilir setiap tahun atau disoal bersama).
3. Bab 7 - Perniagaan Luar Negeri.
4. Bab 9 - Bank dan Institusi Kewangan.
5. Bab 10 - Insurans.
6. Bab 11 - Promosi.
7. Bab 12 - Pengangkutan.
8. Bab 15 - Keusahawanan.
9. Bab 16 - Pelaburan.


PENEKANAN KEPADA TAJUK-TAJUK INI HANYA DIBUAT SETELAH SEMUA BAB TELAH DIFAHAMI DAN
DIULANGKAJI.
PENEKANAN HANYA UNTUK MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG.
UNTUK LEBIH SELAMAT, BAB-BAB PENTING MESTI DIBACA KESELURUHANNYA
SEMOGA ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM SPM KEJAYAAN ANDA MATLAMAT KAMI

You might also like