You are on page 1of 5

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA

TANAMAN HIASAN
A. Pemasuan Semula
1. Kelebihan menanam tanaman dalam pasu
i. Tanaman mudah dialihkan
ii. Tidak memerlukan kawasan yang luas
iii. Boleh disusun dengan susunan yang menarik
2. Kekurangan menanam tanaman dalam pasu
i. Terhad kepada beberapa jenis tanaman kecil sahaja
ii. untuk tanaman jangka masa singkat sahaja
iii. perlu pemasuan semula apabila tanaman kurang subur
3. Sebab-sebab pemasuan semula
i. Pasu retak atau pecah
ii. Pasu terlalu padat dengan akar tanaman
iii. Tanaman terlalu besar atau terlalu merimbun
iv. Tanaman tidak lagi subur akibat kekurangan nutrien
v. Tanaman kurang segar dan berpenyakit

Pasu retak hendaklah ditukar

Tanaman hiasan terlalu merimbun

Akar keluar daripada lubang saliran
4. Menyediakan Medium Pemasuan
i. Medium memasu terdiri dari i. Tanah loam ii. Bahan Organik iii. Pasir
Sungai
ii. Nisbah medium memasu J.I.P. (John Innes Potting Compost) ialah
Tanah Loam Bahan Organik Pasir Sungai
3 2 1
iii. Semua bahan medium hendaklah ditapis agar menjadi lebih halus dan tidak
mengandungi bahan asing.
iv. Sukat bahan medium dengan nisbah 3:2:1 atau 7:3:2

Tanah Loam + Bahan organik + Pasir sungai
Campuran medium memasu

v. Baja fosfat dan batu kapur boleh dicampurkan untuk membaik struktur dan
tekstur tanah
serta mengurangkan keasidan tanah
vi. Gaulkan sehingga rata
5. Alatan Pemasuan Semula
Baldi

Baldi

Penapis
Baldi

Skop

Penyiram

Sekateur

Sudip Tangan
B. Memilih Pasu
i. Pasu boleh dibeli atau menggunakan semula pasu sedia ada
ii. Di pasaran terdapat beberapa jenis pasu

Pasu tanah liat

Pasu plastik

Pasu seramik
iii. Pasu boleh didapati dalam pelbagai saiz , kecil, besar leper dan gantung
C. Menyediakan Pasu
. Pilih jenis pasu yang sesuai dengan tanaman dan kedudukan letak pasu tersebut
i. Pilih pasu yang lebih besar daripada pasu asal
ii. Jika menggunakan pasu baru , rendam semalaman dalam air
iii. Jika menggunakan pasu terpakai, rendam dalam larutan formalin semalaman
untuk membunuh bakteria
iv. Tutup lubang pasu dengan serpihan pasu atau dengan batu kelikir untuk
menggelakkan medium keluar ketika menyiram



Lubang saliran

Menutup lubang saliran
v.

D. Langkah-langkah Pemasuan Semula
. Lembabkan medium tanaman

Medium disiram untuk melembabkannya
i. Pangkas / buangkan akar yang terkeluar daripada lubang saliran
ii. Pegang pangkal pokok dan tarik keluar tanaman daripada pasu
iii. Jika tidak berjaya , tunggingkan pasu dan ketuk perlahan-lahan
iv. Apabila telah keluar ,pangkas /buang dahan-dahan yang tidak diperlukan
v. Buang 1/3 daripada medium yang lama

Buang medium dengan sudip tangan
vi. Gunakan pasu baru yang lebih besar atau basuh dan bersihkan pasu.
vii. Masukan medium baru 1/3 dalam pasu.
viii. Masukan tanaman hiasan tersebut

Masukan tanaman hiasan ke dalam pasu yang disediakan
ix. Tambahkan medium sehingga 2.5 cm daripada bibir pasu.
x. Tekan permukaan medium sekeliling tanaman dengan tangan
xi. Siram dan letakkan ditempat yang teduh

Memasu juga adalah proses memindahkan anak pokok daripada beg poli ke dalam pasu
E. Penjagaan tanaman
1. Menyiram 2. Membaja

Menyiram
o Penyiraman dilakukan pagi dan
petang
o Gunakan alat penyiram yang
mempunyai muncung halus
o air siraman akan melarutkan
nutrien dan membantu proses
fotosintisis

Membaja
o Membaja akan membolehkan pokok
terus hidup dan subur
o Gunakan baja organik atau baja
kimia
3. Merumput

Merumput
o Merumput bermaksud
membuang rumput rumpai
o Rumput rumpai adalah tumbuhan
yang tidak diperlukan oleh
tanaman di dalam pasu
o Rumput rumpai adalah pesaing
tanaman untuk mendapatkan
nutrien , air dan ruang
o Rumput rumpai boleh dibuang
dengan menggunakan tangan
atau serampangan tangan
4. Mengembur

Mengembur
o Menggembur bermaksud aktiviti
meloggarkan medium
o medium yang telah digembur dan
loggar akan
a. Memudahkan air mengalir
b. Memudahkan akar
menembusi medium
c. Membaiki pengudaraan

5. Mengawal serangan musuh
i. Musuh tanaman hiasan adalah seperti serangga perosak, siput babi dan penyakit
ii. Serangga perosak dikawal dengan menyembur tanaman dengan racun serangga
iii. Siput babi dikawal dengan umpan beracun
6. Memberi sungkupan
i. Sungkupan ialah bahan-bahan seperti rumput dan daun kering yang digunakan untuk
menutup
permukaan medium
ii. Sungkupan dapat mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan kepadatan tanah,
dan mengurangkan
rumpai
7. Memangkas dan mengutil
i. Memangkas ialah memotong bahagian pokok dengan alat yang sesuai
ii. Memangkas dilakukan untuk membuang dahan atau ranting yang mati dan
berpenyakit, menggalakan
percambahan baru dan mendapat bentuk tertentu

You might also like