You are on page 1of 11

MAKANAN

kepelbagaian merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan


tradisi makanan di Malaysia. Bagi masyarakat Cina, memasak bukan hanya sekadar
untuk membuat makanan, ianya juga merupakan sebuah seni yang bermula daripada
cara pengolahannya sehinggalah cara penyajiannya. Setiap daripadanya juga memiliki
sejarah dan lagendanya yang tersendiri.
Bagi masyarakat Cina, bahan utama dalam masakan mereka ialah bahan soya
seperti tahu, taucu, dan kicap soya, cendawan, bunga l il y, biji bi jan dan lain-
lain. Bahan ini kemudiannya akan diol ah bersama rempah yang di gunakan
oleh orang Melayu seperti bi ji ketumbar, kayu manis dan sebagainya.
Kebanyakan masakan Cina dinegara kita kebanyakan berasal dari Negeri
China. Masakan i ni t el ah di mi nat i semenjak abad ke-18.












DIM SUM







Dim sum merupakan makanan khas yang dapat ditemui hampir di
seluruh restoran yang menyaji kan makanan cina. Ia biasa dihidangkan dalam
porsi mungi l di keranjang atau piring kecil. Terdapat sej arah mengapa dim
sum hadir dalam porsi mungil.
Pada masa lalu, orang orang yang melakukan perjalanan di jalur
sutra kerap beristirehat di kedai teh yang terdapat hampir di sepanjang jalan.
Pada mulanya, saji an the tersebut disertai oleh makanan berat. Namu, orang
ramai mula berfikir bahawa paduan the dan makanan berat tidak sesuai
kerana ianya akan membuatkan berat badan naik dengan cepat. Akhirnya,
pemilik kedai teh mula mengganti kan berbagai bagai makanan ringan
dalam porsi kecil. Sejak itulah tradisi dim sum mulai meluas





KUIH BULAN






Kuih bulan merupakan juadah wajib untuk festival kuih bulan atau
pesta tanglung. Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji
buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Ia
merupakan sajian persembahan sebagai penghormatan terhadap dewa
dewi. Terdapat juga tradisi yang menyatakan kuih bulan ini diberi kepada
dewa dapur bagi memastikan dewa dapur tidak dapat menyampaikan berita
buruk kepada maharaja syurga kerana tidak dapat membuka mulut akibat
memakan kuih bulan. Oleh itu, kuih ini penting bagi kaum Cina.
Sejarah kuih ini bermula selepas orang orang Cina menumpaskan
penjajahan moghul pada akhir Dinasti Yang. Menurut hikayat cina Kuih Bulan
berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak
Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak
munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat
menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming,
bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang
mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai. Di tengah-
tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak.
Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di
rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina.
Pada awalnya kui h bulan berbentuk bulat dan isinya diperbuat
daripada bunga teratai. Rasanya sangat manis. Namun, seiring dengan
perkembangan zaman, uncul berbagai variasi dari segi bentuk dan isi kuih
bulan. Fungsinya juga turut berkembang. Ia tidak hanya merupakan juadah
wajib bagi sesetengah perayaan tetapi ianya juga kini dijadikan sebagai
hadiah dan juga makanan pencuci mulut. Kuih bulan boleh didapati di mana
mana pusat membeli belah di seluruh negara. Ia juga boleh dimakan oleh
kaum lain kerana sudah ada kuih bulan yang mengandungi bahan bahan
halal.

ZONG ZI






Zong Zia tau biasa disebut Ba Tzang merupakan makanan tradisional
Cina yang diperbuat daripada beras ketan dan dibungkus dengan daun
bambu. Ia biasanya disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festi val
Perahu Naga yang jatuh pada bulan kelima mengi kut kalender cina untuk
memperingati kematian Qu Yuan, seorang penyai r dari zaman kerajaan Chu.
Menurut lagenda, Quan Yu gagal untuk menghentikan perang saudara
yang sedang terjadi ketika itu. Jadi, di a telah membuat puisi yang berkisar
mengenai kesedihan dan kebimbangannya terhadap peperangan di tanah air
mereka. Setelah selesai menulis pui si, Quan Yu melompat ke sungai Mi luo.
Orang orang cuba untuk menyelamatkannya dengan melemparkan
bungkusan bungkusan nasi. Hal ini kerana mereka mahu memberi makan
ikan ikan di sungai itu supaya mereka tidak mencederakan Quan Yu.
Bungkusan bungkusan nasi itulah yang kemudiannya dikenali dengan nama
Zong Zia tau Ba Tzang.
Pada awalnya, kegi atan membuat Zong Zi adalah kegiatan yang di ikuti
oleh seluruh keluarga mengikut resipi turun temurun. Seni membungkus kuih
ini juga merupakan perkara yang di ajar turun temurun dalam keluarga.
Sayangnya, hal ini sudah semakin jarang di lakukan pada masa kini.

YU SHENG







Yu Sheng merupakan antara makanan Cina yang terkenal di mana ia merupakan
satu adat resan Tahun Baru Cina di negara kita. Saudara mara akan berkumpul di
sekeliling meja lalu melambung cebisan ramuan ke udara dengan penyepit apabila
disuruh, sambil melaungkan ucapan untuk menandakan bermulanya tahun yang
makmur.


MARRY GIRL CAKE






Walaupun namanya menggunakan nama inggeris, Marry Girl Cake ini adalah
makanan tradisi Cina. Ia biasa dihidangkan pada saat upacara pernikahan tradisional
orang Cina. Dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, kek ini mempunyai
dasar yang sangat lebut seperti span dan ianya kini hanya dikenali sebagai kuih khas
Cina sahaja. Pada zaman yang serba moden ini, ia nyaris kehilangan fungsi awalnya
iaitu sebagai sajian formal pernikahan











SWEETHEART CAKE.






Kuih tradisional Cina ini diperbuat daripada pasta almond dan buah melon. Kuih
ini juga dikenali sebagai Wife Cake. Nama tersebut diberikan berdasarkan lagenda
yang di sebalik kuih ini.
Menurut lagenda, pada masa dahulu, tinggal sepasang suami isteri yang sangat
miskin. Namun mereka saling mencintai antara satu sama lain. Pada suatu hari, ayah si
suami jatuh sakit. Dia tidak juga sembuh walaupun pasangan tersebut telah
menggunakan seluruh wang mereka untuk membiayai kos perubatannya. Si isteri telah
bekerja secara senyap untuk mendapatkan wang bagi menanggung kos perubatan
bapa mertuanya itu. Apabila mengetahuinya, si suami berasa terharu dengan
pengorbanan isterinya demi keluarga mereka. Si suami pun berusaha membalas
ketulusan si isteri dengan membuat kuih berisi melin dengan lapisan yang renyah atau
rapuh. Ternyata, kuih tersebut menjadi sangat terkenal hingga ramai orang yang ingin
membelinya. Akhirnya, pasangan tersebut mendapat banyak keuntungan daripada
penjualan kuih tersebut sehinggakan si isteri tidak perlu lagi bekerja. Pada masa kini,
terdapat banyak pihak yang cuba memodenkan kuih ini dengan variasi dan rasa yang
lebih enak.


Peng Bing




Ia merupakan kuih tradisional bagi masyarakat Cina lama dahulu. Banyak kedai
kedai kek dan roti yang telah memperbaharui dan mengubah bentuk dan rasanya
seperti yang kita lihat di atas. Walaupun rupanya berlainan tetapi rasanya tetap sama.
Peng Bing diperbaharui tetapi masih menggunakan tepung yang sama cuma intinya
lebih sedap lagi.

GUANG BING (KOM PIA)





Kuih ini diperbuat daripada makanan kering. Nama kuih ini diambil sempena
hero Ji Guang. Kuih ini dibawa untuk askarnya yang dibawa bersama-sama semasa
peperangan Anti-Japanese di negara China. Rasa kuih ini seperti French Bread tetapi
ianya terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan yang popular
bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadangkala, roti ini di letakkan inti untuk
menambahkan perasanya. Ia juga boleh dimakan begitu saja dan dimasak sup
bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta dengan herba.

GAN PAN MIAN




Nama lainnya ialah Kampua. Ia adalah sejenis mee bagi masyarakat Foochow
yang mana ianya sedap, murah dan di sukai oleh masyarakat tempatan. Harga
sepinggan Gan Pan Mian adalah sekitar RM1.50 sahaja. Bahan-bahan nya terdiri
daripada mee, minyak khinzir, daun bawang, bawang goreng dan bak kut teh.
Ding Bian Hu





Ia merupakan sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa
sarapan pagi atau lewat malam. Masyarakat Cina menjadikannya sebagai gentian
kepada bubur nasi dan ia dikenali bubur kulat. Masyarakat Cina percaya bahawa
bubur ini sangat berkhasiat untuk membuang panas yang ada di dalam badan dan ia
juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga.

LOK LOK





Lok lok merupakan makanan yang masih merupakan makanan kegemaran kaum
Cina. Ia juga dikenali sebaga sate celup yang merupakan makanan ringan dari sayuran,
daging dan makanan laut. Pada hari ini, ia juga menjadi kegemaran kaum lain dan lebih
dikenali sebagai yong tau fu.

JIAOZI





Jiaozi ialah salah satu jenis makanan yang sangat popular bagi orang Cina.
Sejak lebih 1800 tahun dahulu, orang Cina sudah mula memakan Jiaozi. Ia merupakan
makanan tradisional masyarakat Cina. Di negeri China, terdapat satu ungkapan yang
terkenal, iaitu Jiaozi ialah makanan paling sedap. Pada pandangan orang Cina, Jiaozi
mempunyai kaitan yang erat dengan majilis penting dan perkumpulan.
Pada masa dahulu, semasa orang Cina berkumpul atau ada majilis penting,
Jiaozi merupakan makanan utama. Khususnya semasa merayakan Tahun Baru Cina,
setiap keluarga akan makan Jiaozi. Memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah
berlalu dan tahun baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya seperti Yuanbao (sejenis
wang buatan emas atau perak pada zaman dahulu), maka memakan Jiaozi juga
melambangkan duit datang. Pada masa dahulu, taraf kehidupan rakyat masih kurang
tinggi, memakan Jiaozi amat membahagiakan. Sekarang seiring dengan peningkatan
taraf kehidupan rakyat, Jiaozi telah menjadi makanan yang biasa.
Buatan Jiaozi termasuk kulitnya yang diperbuat daripada tepung gandum dan
intinya. Intinya pelbagai jenis termasuk inti daging, inti teripang, inti udang segar dan
lain-lainnya, tetapi inti Jiaozi yang biasa bagi rakyat China termasuk pecai, kucai atau
sayur-sayuran yang dicampur dengan daging. Oleh sebab Jiaozi disalut kulit, semasa
direbus, wangi intinya tidak akan hilang, dan suhu merebus Jiaozi lebih rendah
daripada memasak lauk yang lain, pelbagai zat yang terdapat dalam inti Jiaozi tidak
akan berkurang, jadi Jiaozi sangat sedap makan dan berzat. Memasak Jiaozi pelbagai
cara, Jiaozi boleh dikukus, digoreng, dan direbus merupakan cara yang paling popular.
Orang Cina suka makan Jiaozi yang dicampur sedikit cuka atau kicap yang
dicampur sedikit minyak wijen, rasanya akan lebih sedap. Juga boleh dicampur sedikit
cili atau gula, bergantung kepada selera masing-masing.

MINUMAN
Dalam budaya Cina tradisional, minuman sejuk dipercayai
mengganggu penghadaman makanan panas, maka minuman seperti air berais
atau minuman ringan tidak dihidangkan ketika waktu makan. Selain sup, jika adapun
minuman lain, maka minuman itu mungkin sekali teh atau air panas. Teh dipercayai
membantu pencernaan makanan yang berminyak. Walaubagaimanapun, kini bird an
minuman ringan makin kerap disertakan dengan makanan. Satu kombo yang biasa
dijumpai di kebanyakan kedai makan kecil di sesetengah tempat di China ialah periuk
panas yang disajikan dengan bir sejuk, iaitu kombinasi yang dikenali sebagai lng dn
bi iaitu bertentangan dengan apa yang disarankan tradisi. Idea-idea dari herbologi
Cina turut mempengaruhi kombinasi makanan yang digemari dalam hidangan
tradisional Cina

You might also like