You are on page 1of 10

1

Ucapan
Y.B Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi,
Menteri Pertahanan Malaysia
Sempena Majlis Pelancaran Pertahanan Awam
Program Latihan Khidmat Negara
Pada 25 Mei 2009 (Isnin)

2


Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi

1. Kata Kata Aluan.

Yang Berhormat Datuk Dr. Hj Abdul Latiff bin Ahmad,
Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.

Yang Berbahagia Dato Abu Bakar bin Hj Abdullah, Ketua
Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Yang Berbahagia J eneral Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal,
Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Yang Berbahagia Dato Hj Abdul Halim bin Abdul Hamid,
Ketua Pengarah J abatan Pertahanan Awam Malaysia.

Yang Berbahagia Dato Abdul Hadi bin Awang Kechil,
Ketua Pengarah J abatan Latihan Khidmat Negara.

Tan Sri Tan Sri, Datuk Datuk, Tuan tuan, Puan
puan, wira dan wirawati sekalian.


3

2. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan
kurniaNya dapat kita berkumpul bersama-sama pada
petang yang mulia ini sempena Majlis Pelancaran
Penglibatan Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) dalam Pertahanan Awam.

3. Sepertimana kita sedia maklum bahawa Program Latihan
Khidmat Negara telah memasuki tahun keenam sejak ia
dimulakan pada tahun 2004. Di awal penubuhannya
program ini telah mula mendapat kepercayaan masyarakat
walaupun terdapat permasalahan dan isu-isu yang agak
sensitif bagi ibu bapa namun ia tidak menjejaskan
program ini. Program Latihan Khidmat Negara adalah satu
pengurusan yang murni dan mempunyai objektif tersendiri
di mana end state nya adalah untuk menyediakan
warganegara Malaysia yang berjiwa bangsa dan

mempunyai semangat patriotisme yang tinggi serta budi
pekerti yang mulia. Program ini akan menyumbang
kepada keteguhan remaja ke arah keamanan dan
4

keharmonian negara. Ini dapat diterapkan melalui
program seperti ini bagi membentuk remaja yang
mempunyai nilai bangsa dan negara mengikut acuan dan
kepercayaan kita.

4. Bagi mencapai matlamat ini PLKN telah mendidik remaja
Malaysia melalui beberapa modul seperti Modul Fizikal,
Modul Pembinaan Karakter, Modul Kenegaraan dan Modul
Khidmat Komuniti. Kesemua modul ini adalah untuk
melahirkan bangsa negara yang cemerlang . Dalam
ertikata lain remaja Malaysia merupakan tonggak ke arah
Negara Terbilang dengan mempunyai semangat
kenegaraan dan berjiwa keamanan. Dengan adanya
semangat dan perasaan ini kita dapat

melahirkan sifat taat setia kepada negara tanpa berbelah
bagi. Semuanya lahir melalui program yang dilaksanakan
dalam Program Latihan Khidmat Negara.

Saudara-saudari wira dan wirawati sekalian,
5


5. Program ini juga merupakan salah satu program yang
dibentuk khas untuk membina perpaduan dikalangan
masyarakat dan akan diteruskan dalam konteks
merealisasikan konsep Satu Malaysia. Kementerian
Pertahanan dan J LKN juga akan terus memainkan peranan
untuk menentukan semua aspek kebajikan dan keperluan
latihan dipertingkatkan dari masa ke semasa dalam usaha
untuk menentukan kepentingan pelatih diutamakan.



6. Pada petang ini, sebagai usaha untuk memperkasakan
semangat cintakan negara bangsa, saya dengan segala
sukacitanya memperkenalkan Program Pertahanan Awam
dalam Program Latihan Khidmat Negara. Sememangnya
penglibatan pelatih-pelatih di dalam Pertahanan Awam
merupakan sokongan yang berkonsepkan Pertahanan
Menyeluruh. Menurut Akta Khidmat Negara 1952, latihan
ini bertujuan menyediakan remaja untuk berkhidmat di
6

dalam ATM, PDRM dan Pertahanan Awam sekiranya
negara memerlukan khidmat mereka dalam keadaan
darurat. Penglibatan pelatih dalam Pertahanan Awam akan
memberi impak kepada sistem kesepaduan dalam
masyarakat dan penyertaan pelatih dapat membantu
negara apabila keadaan memerlukan.



Saudara-saudari wira dan wirawati sekalian,

7. Penglibatan pelatih-pelatih dalam program ini amat dialu-
alukan oleh kerajaan demi keberkesanan objektif PLKN .
Penyertaan pelatih dalam Pertahanan Awam adalah
sebagai agen kepada komuniti dalam usaha meningkatkan
sistem pertahanan negara. Pelatih pelatih boleh
memainkan peranan dengan memberi maklumat
maklumat kecemasan kepada Pertahanan Awam sekiranya
insiden tersebut berlaku di hadapan mereka. Para pelatih
akan berhubung terus dengan J abatan Pertahanan Awam
7

Malaysia untuk melaporkan segala kes kecemasan dan
kemalangan termasuk juga kesengsaraan dan penderitaan
yang berlaku. Cuba kita bayangkan sekiranya semua
pelatih PLKN yang hampir 417,000 orang menyertai
Pertahanan Awam dan angka ini akan bertambah setiap
tahun, nescaya kemalangan, penderitaan dan bencana
yang berlaku dapat ditangani dengan kadar segera.

8. Pertahanan Awam memerlukan kerjasama masyarakat
untuk melaporkan kes bencana alam, kes kemalangan dan
sebagainya. Tanpa kerjasama masyarakat amat sukar bagi
pihak berkuasa untuk menangani kes-kes tersebut. Untuk
itu Program Pertahanan Awam ini menjemput semua
lapisan masyarakat Malaysia menyertainya. Pencegahan
kes-kes ini dapat dilaksanakan melalui penyaluran
maklumat berterusan kepada pihak Pertahahanan Awam
dan tindakan pantas dapat dilakukan sebelum keadaan
menjadi lebih buruk. Saya percaya ke arah matlamat ini
saudara-saudarilah yang terbaik kerana saudara-saudari
semua telah didedahkan dengan modul-modul Pertahanan
8

Awam seperti bengkel Hari Pertahanan Negara, Seminar
Mempertahankan Negara dan

sebagainya. Saudara-saudari lebih memahami cara-cara
untuk menangani kes-kes kecemasan dan kemalangan
melalui aplikasi ilmu-ilmu yang telah dipelajari semasa
berada di PLKN. Saya percaya sekiranya semua remaja
PLKN menyertai Pertahanan Awam dan bekerjasama
dengan pihak berwajib, maka kes-kes kemalangan, kes
kecemasan dan juga kegiatan jenayah dapat diatasi
dengan segera.

Saudara-saudari wira dan wirawati sekalian,

9. Negara kita Malaysia menuju ke arah Wawasan 2020
dengan perancangan untuk menjadi sebuah negara maju,
aman dan makmur. Dalam mencapai wawasan ini kita
harus mempertingkatkan komitmen dan semangat yang
tinggi untuk menangani kes-kes kecemasan dan
kemalangan yang berlaku disamping tidak terlibat
9


dengan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan
undang-undag negara. Walaupun begitu, kebarangkalian
kes-kes ini berlaku tetap wujud cuma berbeza tahap
keseriusannya mengikut senario pembangunan negara
sehingga menjadi kompleks dan sukar untuk dicegah.
Namun dengan ilmu dan semangat yang dipupuk dalam
jiwa saudara-saudari semasa mengikuti PLKN, sedikit-
sebanyak dapat mengurangkan kes-kes kemalangan dan
bencana yang berlaku. Oleh itu, sebagai sub-sistem
kepada keahlian Pertahanan Awam, J LKN perlu
memainkan peranan penting kerana remaja PLKN
merupakan modal insan yang paling ramai dilahirkan oleh
PLKN.

10. Akhir kata, saya berdoa agar semua yang kita usahakan
dan kita sumbangkan akan mendapat keberkatan juga
hendaknya.


10

Dengan harapan dan kata-kata ini maka dengan
lafaz BI SMI LLAHI RAHMAN NIRRAHI M, saya
dengan ini melancarkan Majlis Penglibatan
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam
Pertahanan Awam.

Sekian,

Wabillahitaufik walhidayah, wasalamulaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like