You are on page 1of 2

Kumpulan 1

Mohd Amir
Mohd Hafiz
Mohd Hilmie
Mohd Ismail
Tutorial 1:
Bandingkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif.
i) Bentuk Data
KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF
Data berbentuk angka yang boleh diukur. Data berbentuk perkataan atau ayat yang
dikumpul melalui temubual atau yang
direkod dalam bentuk gambar atau video.

ii) Instrumen Kajian
KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik menggunakan instrument seperti
soal selidik dan ujian pencapaian bagi
memungut data. Instrumen berfungsi sebagai
alat pengukur dan menjadi alat perantaraan
antara penyelidik dan peserta kajian.
Penyelidik adalah instrumen utama
memungut data. Penyelidik perlu berada
dalam situasi yang dikaji, mendengar dan
memerhati sendiri fenomena yang ingin
dikaji.

iii) Reka bentuk Kajian
KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF
Reka bentuk ditetapkan sebelum data
dipungut.
Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel,
boleh diubahsuai mengikut keadaan dan
keperluan situasi.

iv) Peserta Kajian
KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta
kajian adalah sampel yang dipilih dengan
menggunakan teknik persampelan tertentu.
Penyelidik adalah sebahagian daripada
peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh
secara langsung daripada peserta kajian.

v) Metodologi Kajian
KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF
Penyelidik mengkaji populasi atau sampel
yang mewakili populasi. Saiz sampel besar
dan dipilih berasaskan kebarangkalian.
Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan
dan tidak berasaskan kebarangkalian.




Definisi
Penyelidikan kuantitatif
Kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan pendidikan di mana pengkaji
memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan
skop soalan, mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan daripada peserta,
menganalisa nombor-nombor tersebut menggunakan statistik dan menjalankan
inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias.
Penyelidikan kualitatif
Kajian kualitatif pula merupakan satu kajian penyelidikan di mana pengkaji
bergantung kepada pandangan peserta, menanyakan soalan yang luas dan umum,
mengumpul data dalam bentuk perkataan atau teks daripada peserta, menjelaskan
dan menganalisa perkataan-perkataan tersebut dalam bentuk tema-tema serta
menjalankan inkuiri dalam bentuk yang subjektif dan bias.

You might also like