You are on page 1of 7

1

BAB V


RUMUSAN DAN IMPLIKASI DASAR

5.1 PENGENALAN
Bab ini merupakan bahagian terakhir daripada kajian ini. Ia membincangkan secara
keseluruhan rumusan kajian dengan melihat keputusan yang diperolehi, implikasi
dasar dan cadangan berkaitan isu peruncit dalam persaingan kesan daripada
kewujudan pasar raya dalam sistema bekala agro-makanan.
5.2 RUMUSAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan menegenalpasti kesan kemasukan pasar raya dalam sektor
peruncitan kepada peruncit kecil di Bangi, Selangor. Seramai 163 peruncit diambil
sebagai responden dengan mengambilkira persepsi peruncit kecil yang terlibat dalam
aktiviti perniagaan berasaskan agro-makanan. Kajian turut mengaplikasikan Big
Middle Theory dan model persaingan peruncit yang dikemukan oleh Reardon &
Berdegue (2006). Keadah tinjauan dan instrumen soal selidik digunakan dalam proses
pengumpulan data dan seterusnya dianalisis menggunakan perisian SPSS 20.0.
Analisis data kajian melibatkan anlisis univariate dan multivariate.
Hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan terdapat empat aspek
persaingan yang dihadapi oleh peruncit kecil. Aspek ni meliputi persaingan harga,
keselesaan, kualiti dan keselamatan produk, dan hubungan peruncit dengan pelanggan.
Pengesahan faktor-faktor ini dilakukan menerusi analisis pengesahan faktor
(Confirmantory factor analysis). Analisis faktor juga menunjukkan faktor kualiti dan
keselamatan menunjukkan nilai mean paling rendah yang menunjukkan peruncit kecil
2

mendapat kepercayaan pengguna dari segi kualiti produk. Ia mengambarkan aspek
kualiti dan keselamatan produk bukan aspek persaingan utama berbanding tiga aspek
lain yang terdapat dalam kajian ini. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Zinkhan
(1999) tentang kepercayaan pengguna terhadap barangan yang dijual oleh peruncit
kecil.
Ujian ANOVA sehala pula menunjukkan keempat-empat faktor persaingan
signifikan terhadap mempengaruhi daya saing peruncit. Keempat-empat aspek dilihat
memberi kesan yang signifikan kepada ketiga-tiga jenis peruncit kecil dalam kajian ini
Selain itu, sebanyak 84% peruncit dalam kajian ini bersetuju bahawa kewujudan pasar
raya memberi kesan persaingan kepada mereka. Ujian t berpasangan (paired sample t
test)turut membuktikan terdapat perbezaan pendapatan yang signifikan peruncit kecil
kesan daripada kemasukkan pasar raya di Bangi dengan menggunakan sampel
bilangan peruncit yang terlibat. Basker (2005) telah mengkaji kesan kewujudan pasar
raya Wall-Mart keatas peruncit kecil.Cadangan sepernubuhan koperasi oleh sebahaian
peruncit dilihat satu inisiatif baru yang boleh diketengahkan pada masa hadapan.
Pernubuhan koperasi mampu memberi kelebihan kepada peruncit menerusi kerjasama
yang dijalankan.Berdasarkan analisis yang dilakukan, matlamat dan objektif kajian
dapat dipernuhi.
Kajian ini turut memberikan sumbangan yang berbeza ke atas kajian
peruncitan. Kajian ini telah membentuk satu model baruberdasarkan model sedia ada
menerusi pernambahbaikan. Berpaksikan kepada Big Middle Theory, model
persaingan peruncit dibentuk berdasarkan modifikasi dan tambahan pembolehubah
dan boleh digunakan bagi kajian pada masa hadapan. Klen (2010) menyatakan
bahawa analisis model persamaan struktur (structure equation modeling)boleh
digunakan untuk menguji keputusan analisis faktor atau model yang dibentuk dengan
menggunakan jumlah sampel yang besar.
5.3 IMPLIKASI DASAR DAN CADANGAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan didapati bahawa penglibatan pasar raya
dalam sektor peruncitan memberi kesan dari aspek persaingan kepada peruncit kecil.
Peruncit dilihat menghadapi tekanan dari aspek persaingan. Kelebihan beroperasi pada
skala besar menjadikan pasar raya mampu menguasai pasaran dan sekaligus memberi
PLS SPACE
Comment [P1]: Sebahagian
Comment [P2]: Penubuhan
Comment [P3]: Dipenuhi
Comment [P4]: space
3

kesan persaingan kepada peruncit. Implikasi dasar dan cadangan dalam membantu
peruncit kecil perlu dilaksanakan dalam mengatasi masalah ini.
5.3.1 Langkah sedia ada
Bagi membantu dan mengatasi masalah peruncit, terdapat beberapa dasar dan program
yang telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi agensi-agensi yang terlibat.Ia meliputi
permodenan stor runcit, program peruncit dan khidmat nasihat, pembiayaian dan
campur tangan kerajaan secara langsung.
Program Transformasi Kedai Runcit, yang juga dikenali sebagai Program
TUKAR, bertujuan membantuperuncit kecil menjadi moden dan kompetitif. Ia
termasuk menaiktaraf sekurang-kurangnya 10peratus daripada 50,000 peruncit yang
dianggarkan kini sedang menjalankan perniagaan.Peruncit kecil berhadapan dengan
beberapa perniagaan dan demografik yang menjejaskan pendapatanmereka. Sebagai
contoh di Johor, kajianpasaran yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) menunjukkan bahawa sesetengahperuncit kecil diancam dengan penutupan
disebabkan peruncit moden (contohnya; operator berformatbesar) yang menjalankan
perniagaan dalam kawasan mereka.Pemodenan peruncit kecil boleh meningkatkan
jualan sehingga 30 peratus, seperti yang ditunjukkandalam projek perintis yang
dijalankan di dua kedai tempatan. Peningkatan jualan ini adalah hasil
daripadapenarikan lebih pelanggan yang berbelanja di kedai-kedai yang telah
diubahsuai danmenyediakan persekitaran yang lebih selesa, moden, terang dan bersih,
serupa dengan kedai berformatbesar.
Selain itu, bagi membantu peruncit, terdapat agensi kerajaan yang
menjalankan program dibawah seliaan sendiri.Pada tahun 2008, Majlis Amanah
Rakyat (MARA) telah melancarkan Program Peruncitan Usahawan Bumiputera
dibawah pembiayaian MARA.Dilaporkan seramai 30,000 usahawan bumiputra bakal
dilahirkan melalui Program Peruncitan Bumiputra di bawah Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9). Program ini diwujudkan ekoran penyertaan bumiputra yang
masih kecil dan jauh terkebelakang berbanding kaum lain di negara kita. (Program
Peruncitan Bumiputra Akan Melahirkan 30,000 Usahawan, Utusan Malaysia, 6 April
2007).Program ini pada awalnya dilancarkan di kawasan utara Malaysia melibatkan
negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.Kelebihan program ini bukan hanya tertumpu
Comment [P5]: space
Comment [P6]: space
Comment [P7]: space
Comment [P8]: space
Comment [P9]: space
Comment [P10]: space
Comment [P11]: space
Comment [P12]: space
Comment [P13]: space
Comment [P14]: space
Comment [P15]: space
Comment [P16]: space
Comment [P17]: space

Comment [P18]: space

Comment [P19]: space

Comment [P20]: space

4

kepada peruncit sahaja tetapi individu yang ingin terlibat secara langsung dalam
bidang keusahawanan.Program ini mensasarkan peniaga kecil, graduan dan orang
awam. Perlaksanaan program ini membolehkan golongan peruncit mahupun usahawan
memperluaskan perniagaan mereka menerusi bantuan dana dan khidmat nasihat yang
disediakan.
Bagi membantu peruncit kecil, pihak kerajaan dan agensi berwajib turut
menyediakan pelbagai bentuk pembiayaian kewangan.Ia meleliputi pembiayaian
daripada kementerian, agensi kerajaan ataupun daripada institusi kewangan.
Contohnya, peruncit tradisional yang terlibat dalam program Transformasi Kedai
Runcit (TUKAR) kini diberi bantuan pinjaman sehingga 15 tahun dengan jumlah
pinjaman sebanyak RM60000. Selain itu, usaha dalam menyediakan pembiayaaian
kewangan kepada peruncit turut disediakan oleh beberapa institusi kewangan seperti
Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat.Bagi agensi kerajaan seperti
Perbadanan Usaha Nasional Berhad (PUNB) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA),
insentif kewangan yang disediakan mensasarkan kepada golongan Bumiputera.
Walaupun terdapat pelbagai pembiayaan kewangan yang disediakan, namun ia lebih
melibatkan skop yang luas. Hal ini bermakna pembiayaian bukan hanya tertumpu
kepada peruncit sahaja tetapi usahawan baru.Hal ini menyebabkan peruncit kecil sedia
ada perlu bersaing untuk untuk mendapatkan pembiayaan yang disediakan oleh
agensi-agensi terlibat. Program pembiyaan dibawahTUKAR yanghanya berfokuskan
kepada peruncit sahaja perlu ditingkatkan.
Campur tangan kerajaan dalam usaha membantu peruncit kecil pula adalah
perlu bagi memastikan kepentingan peruncit kecil terus terjamin.Pada tahun 2005,
kerajaan Malaysia telah mengawal dan menghadkan pembukaan pasar raya dikawasan
yang boleh memberi kesan kepada peruncit kecil.Tindakan ini diambil selaras dengan
peningkatan bilangan peruncit besar dan asing sejak awal tahun 2000 (Fatimah
Arshad, 2007).Peningkatan bilangan peruncit berskala besar ini mampu memberi
kesan negatif kepada peruncit kecil dalam jangka masa panjang.Jika dilihat dari sudut
pertumbuhan ekonomi negara, hal seperti ini akan mewujudkan kurangnya daya saing
antara pengusaha runcit tempatan. Kesan daripada monopoli oleh pasar raya akan
menghalang usaha kerajaan melahirkan peniaga-peniaga tempatan dalam kalangan
bumiputra.Tindakan mengawal dan menghadkan pembukaan pasar raya turut dijalan
Comment [P21]: space

Comment [P22]: space

Comment [P23]: space

Comment [P24]: space

Comment [P25]: space

Comment [P26]: space

Comment [P27]: space

Comment [P28]: space

Comment [P29]: space

5

di beberapa negara maju.Contohnya, kerajaan Jepun juga telah memperkenalkan
undang-undang untuk mengurangkan pertumbuhan pasar raya besar (Berman &
Evans, 2001). Ini jelas membuktikan bahawa negara-negara maju yang lain telah pun
melaksanakan sekatan-sekatan terhadap pasar raya besar yang semakin meningkat.
5.3.2 Langkah baru
Pelbagai langkah boleh diambil dalam membantu peruncit agar dapat terus kekal
dalam sektor peruncitan. Walaupun landskap sektor peruncitan pada hari ini terus
mengalami perubahan, usaha dan langkah yang dilaksanakan mampu memberi kesan
positif kepada peruncit dan seterusnya kepada sektor peruncitan. Langkah dan
cadangan baru yang dikemukan bukan hanya untuk keperluan jangka masa pendek
tetapi mampu memberi kesan positif dalam jangka masa panjang. Terdapat pelbagai
langkah atau cara yang boleh dilaksanakan seperti program ilmu berkaitan peruncitan,
koperasi peruncit, prosedur pembiayaian yang lebih baik dan meningkatkan bilangan
agensi yang bertangungjawab berkaitan peruncit.
Program berkaitan peruncitan adalah penting bagi melahirkan peruncit yang
berdaya saing dalam perniagaan. Ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan dan
peruncitan adalah penting selain pengalaman yang dimiliki.Justeru, penyediaan
program ini membolehkan peruncit mengikuti kursus ditawarkan oleh pihak kerajaan
mahupun swasta ataupun melalui seminar-seminar, ceramah dan konvensyen
keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak tertentu.Ia boleh membantu golongan
peruncit untuk mendapatkan maklumat tentang peluang-peluang perniagaan yang
terdapat di sekeliling mereka. Persaingan yang semakin sengit menyaksikan perlunya
seseorang peruncit itu mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi
supaya dapat bersaing dalam perniagaan diceburi.Sekiranya ilmu pengetahuan yang
dibekalkan cukup tinggi, ini dapat membantu peruncit untuk membuat keputusan yang
boleh memberikan faedah kepada mereka.Apabila mempunyai ilmu pengetahuan yang
luas, maka seseorang peruncit dapat mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam
diri mereka.
Selain itu, usaha dalam mewujudkan badan, persatuan ataupun koperasi perlu
dilihat sebagai usaha yang positif dalam membantu peruncit kecil.Penubuhan koperasi
peruncit dapat membantu mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh ahli dan
Comment [P30]: space

Comment [P31]: space

Comment [P32]: space

Comment [P33]: space

Comment [P34]: space

6

seterusnya merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab.Koperasi ini juga dapat
memantau perkembangan dan kemajuan anggota-anggota dan mengenalpasti masalah-
masalah yang mereka hadapi.Oleh itu, para peruncit juga dinasihatkan agar dapat
menganggotai sebarang koperasi atau pertubuhan. Selain itu, ia juga dapat
memastikan setiap peruncit kecil menerima latihan dan bantuan yang sewajarnya dan
seterusnya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih berkesan.
Pemantauan perlu dilaksanakan setiap masa bagi memastikan perniagaan yang
dikendalikan oleh peruncit berjalan seperti yang dirancang.Dengan itu bantuan secara
teknikal dan kewangan dapat dihulurkan.
Prosedur untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi peruncit juga hendaklah
tidak terlalu membebankan.Ini dapat menarik minat lebih ramai lagi untuk
menceburkan diri dalam bidang peruncitan.Ianya juga dapat mengelakkan peruncit
daripada mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
seperti pemberi pinjam tidak berlesen.Memandangkan ramai peruncit kecil yang
berhadapan dengan masalah kewangan dalam perniagaan, nasihat berkaitan dengan
pengurusan kewangan perniagaan adalah sangat penting. Peruncit kecil dapat bersaing
secara sihat sekiranya mereka mengetahui jenis bantuan yang ada untuk
mengembangkan perniagaan mereka dan cara pengurusan kewangan yang baik.
Langkah dalam membantu peruncit kecil turut melibatkan peranan agensi
kerajaan.Peranan agensi-agensi ini penting dalam menarik minat peruncit untuk terus
berhubungan dan mendapat perkhidmatan yang mereka perlukan.Hal ini
memandangkan pihak tersebut mempunyai kepakaran yang luas tentang selok-belok
perniagaan.Agensi-agensi yang terlibat seharusnya lebih proaktif dalam membantu
peruncit kecil.Hebahan terhadap fungsi dan peranan yang lebih jelas adalah perlu
supaya peruncit kecil dapat mengetahui pihak yang mereka perlu hubungi sekiranya
terdapat masalah atau bantuan yang diperlukan. Melalui cara ini, peruncit kecil dapat
mencari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka dan seterusnya mengurangkan
risiko kerugian yang bakal dialami. Selaindapat menyelesaikan masalah-masalah yang
dihadapi oleh peruncit, ia juga dapat membantu agensi-agensi ini untuk membuat
sesuatu dasar yang berkaitan di masa akan datang.

Comment [P35]: space

Comment [P36]: space

Comment [P37]: space

Comment [P38]: space

Comment [P39]: space

Comment [P40]: space

Comment [P41]: space

Comment [P42]: space

Comment [P43]: space

Comment [P44]: space

7

5.3 KESIMPULAN
Perubahan sistem rantaian bekalan makanan dilihat telah memberi impak terhadap
sektor peruncitan secara langsung. Peningkatan pasar raya telah memberi
memwujudkan persaingan kepada peruncit kecil. Kegagalan dalam menghadapi
tekanan persaingan sekaligus mengurangkan bilangan peruncit kecil. Keadaan ini
seharusnya perlu diberi tumpuan oleh pihak yang bertanggungjawab agar ia tidak
memberi kesan buruk kepada peruncit kecil dan sektor peruncitan secara amnya. Oleh
itu, pelbagai langkah dan usaha perlu dilakukan bagi mengatasi keadaan ini.






Comment [P45]: MEWUJUDKAN

You might also like