You are on page 1of 29

DIBENTANGKAN OLEH :-

NUR HAFIZAH BINTI AHMAD SUBKI


(PEEJA PURPLE)
AZREEN BINTI JAMALUDIN
(NEERZA WIEWIEYN)
AKMAL AZEERA BINTI ARIFFIN
(AKMAL AZEERA)
add me . .



Merangkumi tulang dan struktur sokongan seperti ligamen ,
kartilej dan sendi
Pada manusia terdapat sebanyak 206 ketul tulang
Lapisan luar tulang sangat kuat , keras dan tebal manakala
bahagian tengah yang mengandungi sum-sum adalah
berongga
Ligamen adalah tisu berfiber yang menyambungkan dua
atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak.
Komponen Sistem Rangka
o Ligamen memberi sokongan dan kekuatan kepada
sendi .
o Tempat pertemuan dua tulang bersebelahan ialah
sendi .
o Tiga jenis sendi pada manusia iaitu :

Sendi tanpa gerak / Synarthroses
Sendi bergerak terhad / Amphiarthroses
Sendi bergerak bebas / Diathroses

o Kartilej adalah tisu kurang keras dan lebih fleksibel
daripada tulang . Ia menyaluti hujung tulang yang
membentuk sendi.
1) Sokongan
Tulang rangka membentuk kerangka tegar bagi
pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ
tubuh.
Contoh : Otot rangka dilekatkan pada
tulang-tulang rangka
2) Perlindungan
Tengkorak , kolum vertebra , sangkar rusuk dan
kaviti pelvik melingkari dan melindungi organ-
organ penting .
Contoh : Tengkorak melindungi otak


Fungsi Sistem Rangka / Tulang
3) Pergerakan
Tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot
yang melekat padanya menguncup lalu
menghasilkan gerakan berpaksi pada sendi .
Contoh : Sendi siku ; Ulna dan Humerus

4) Pembentukan Sel-sel Darah
Sel darah merah , putih dan platelet dihasilkan di
sum-sum merah tulang orang dewasa .
Tulang yang terlibat seperti sternum , sebahagian
daripada pelvis , femur dan humerus .
5) Penstoran Mineral
Sebahagian besar daripada matriks tulang terdiri
daripada kalsium dan fosforus.
Ia menjadikan tulang tegar dan rintang terhadap
tekanan .
Mineral akan dikeluarkan untuk digunakan
bahagian lain tubuh bila diperlukan .
Contoh : Kekurangan kalsium dalam
diet menyebabkan kalsium
dikeluarkan untuk kegunaan
bahagian tulang yang lain seperti
untuk penguncupan otot.
Kepelbagaian bentuk dan saiz tulang membolehkan ia
memenuhi keperluan khususnya sendiri .
Tulang boleh dikategorikan kepada 4 kumpulan
berdasarkan bentuknya iaitu :

1) Tulang Panjang

Biasanya lebih panjang , lebar dan bertindak sebagai tuas
. Kebanyakan ialah tulang mampat .

Contoh : Tulang pada tangan ( humerus , radius ,
ulna , metakarpal dan phalanges ) dan
kaki ( femur , tibia , fibula , metatarsal,
phalanges ) kecuali pergelangan tangan dan
pergelangan kaki .
Klasifikasi Tulang
2) Tulang Pendek

Umumnya berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang
yang tertutup.

Ia berperanan untuk memindahkan daya.

Biasanya tulang pendek berongga .

Contoh : Tulang pergelangan tangan ( karpal )
tulang pergelangan kaki ( tarsal )
3) Tulang Pipih / Leper

Berbentuk pipih , nipis dan melengkung .
Berfungsi sebagai tempat pelekatan otot otot dan
melindungi organ-organ di bawahnya .
Contoh : Tulang kranium , rusuk dan sternum .

4) Tulang Tak Sama Bentuk

Tak sama bentuk dan berfungsi sebagai tempat pelekatan
oto atau artikulasi
Contoh : Tulang-tulang vertebra ( servikal , torasik ,
lumbar , sakrum dan koksiks ) dan tulang telinga tengah (
stapes , inkus , maleus ) .
Klasifikasi tulang berdasarkan bentuk
BAHAGIAN KEPALA
Terdiri daripada diafisis dan 2 epifisis.
Epifisis terletak di kedua-dua hujung tulang . Setiap
epifisis terdiri dari lapisan nipis tulang mampat yang
melingkari kawasan tulang yang berongga .
Epifisis dan diafisis terpisah oleh plat epificial
merupakan kawasan aktiviti pembiakan sel-sel yang
terlibat dalam tumbesaran tulang secara
memanjang .
Plat epificial ini digantikan dengan garisan epificial
apabila tumbesaran tulang terhenti pada akhir
remaja .
Struktur Tulang Panjang
Diafisis adalah tulang
mampat yang disaluti dan
dilindungi membran tisu
penghubung berfiber yang
dikenali sebagai periosteum
.

Diafisis melingkari kaviti
medulari yang
mengandungi sum-sum
kuning tulang .

1. Sel sel Tulang

Tulang terdiri dari sel tulang fiber kolagen dan bahan
matriks bermineral padat .
Sel-sel pembentuk tulang yang dikenali sebagai
osteoblast merembes fiber yang memerangkap
mineral.
Sel-sel tulang yang dilingkari mendapan mineral ini
kemudiannya menjadi sel-sel matang yang dikenali
osteosit .
Tulang juga mempunyai osteoklast iaitu sel yang
melarutkan tulang . Osteoblast dan osteoklast bertindak
bersama untuk sentiasa mengubah ketumpatan dan
bentuk tulang .
Osteoblast lebih aktif pada mereka yang muda sementara
osteoklast lebih aktif pada yang berumur .

Pembentukan Tulang
2) Osifikasi Tulang

Tulang dibina daripada kartilej dan tulang .
Pada embrio , kebanyakan tulang rangka terbina dari
kartilej hialin . Ia digantikan dengan tulang apabila
sudah kanak-kanak .
Proses osifikasi kebanyakan tulang rangka melibatkan
dua peringkat .
Peringkat Pertama : Osteoblast menyaluti sepenuhnya
model kartilej hialin dengan bahan matriks bermineral . Ini
mewujudkan tulang tulang berkatilej di sebelah dalam
dan tulang sebenar di sebelah luar .
Peringkat yang berikutnya , model kartilej hialin di
sebelah dalam tulang tersebut dilarutkan oleh osteoklas
untuk membentuk kaviti medulasi .
Kebanyakan dari model kartilej hialin telah pun digantikan
dengan tulang sewaktu bayi dilahirkan . Kecuali 2
kawasan pada tulang iaitu kartilej artikular yang menutup
kedua-dua hujung tulang dan plat epificial .
Arah Tumbesaran .
Tumbesaran tulang berterusan hingga remaja. Plat
epificial adalah kawasan bagi tumbesaran secara
memanjang bagi tulang panjang semasa kanak-
kanak .
Semasa tumbesaran , sel-sel pada pada plat epificial
membahagi secara mitosis dan memanjangkan
tulang .
Semaaa proses ini , osifikasi terus berlaku pada
kedua-dua hujung epifisis .
Pada akhir akil baligh , bila tumbesaran tulang
hampir lengkap , hormon seks akan merencatkan
pembahagian sel-sel pada plat epificial .
Tumbesaran Tulang
Keadaan ini menyebabkan plat epificial menjadi
nipis .
Bila tumbesaran memanjang terhenti pada umur 18
tahun , sel-sel pada plat epificial berhenti membiak
tetapi osifikasi terus berlaku sehingga lapan tahun
selepas itu .
Pada peringkat ini diafisis bersatu dengan epifisis
dan garisan epificial menggantikan plat epificial .
Semasa tumbesaran , diameter tulang juga
bertambah kesan dari pertambahan beban ke atas
tulang .

Garam mineral
Untuk tumbesaran tulang memerlukan kalsium
dan fosfat
Garam mineral ini penting untuk pertambahan
saiz dan berat tulang sejak di peringkat pra
natal lagi .

Vitamin
Vitamin A , C dan D perlu untuk tumbesaran
tulang

Keperluan Mineral , Vitamin Dan Hormon
Vitamin D merangsang penyerapan serta
mengangkut kalsium dan fosfat ke dalam
tulang dan menjadikan struktur tulang
lebih kuat.
Vitamin A dan C berperanan untuk
tumbesaran dan baik pulih tisu tulang yang
rosak .

Hormon
Hormon-hormon tiroid , hormon
tumbesaran dan hormon seks diperlukan
untuk tumbesaran tulang .
Jenis-jenis Sendi
Jenis Struktur Contoh

Tidak Bergerak
@
Synarthroses

Tulang
artikulasi
berada dalam
kedudukan
rapat . Terikat
oleh lapisan
nipis tisu tisu
berfiber atau
kartilej .

Sutur antara
tulang-tulang
tengkorak ,
sendi antara
gigi dan maksila
dan mandibel ,
lengkungan
pelvis.

Jenis Struktur Contoh

Gerakan Terhad
@
Amphiarthroses

Tulang artikulasi
diasingkan oleh
cakera
fibrokartilej atau
terikat oleh
ligamen .

Simfisis pubis
, sendi antara
tulang rusuk
dan sternum
antara tibia ,
fibula dan
radius ulna .
Jenis Struktur Contoh

Gerakan
Bebas
@
Diarthroses

Kaviti sendi
mengandungi
cecair
sinovial yang
membantu
melicinkan
pergerakan
sendi .
Sendi lesung
- Bahu , pinggul
Sendi Engsel
- Siku , lutut
Sendi Kondil
- Pergelanagn tangan dan kaki
Sendi Paksi
- Antara ulna dan radius
Sendi Gelungsur
- Antara tarsal dan karpal
Sendi Pelana
- Bahagian bawah ibu jari tangan

JENIS-JENIS SENDI SINOVIAL

Kami mohon maaf jika terkasar bahasa.
Kami harap boleh berkongsi ilmu kepada rakan.
Terima kasih kerana sudi mendengar perbentangan
kami.
Semoga berjaya di dalam peperiksaan STPM.

LIKE ! LIKE ! LIKE ! LIKE ! LIKE ! LIKE !
LOVE YOU ALL . .PEACE YOO..THANK YOU !
Sekian terima kasih . .

You might also like