You are on page 1of 10

12 Desember 2009

STRESS DAN PERINGKATNYA


1 PENGENALAN

Stress berasal dari perkataan latin iaitu stringere (stictus) yang bermaksud menarik atau mengikat
dengan tegang.Dalam bahasa Perancis klasik,perkataan estrece membawa maksud yang
sama.Perkataan ini telah digunakan dengan berbagai maksud seperti kesusahan atau
kekangan,tetapi dalam kurun ke 18,perkataan ini membawa erti daya.sebarang percubaan untuk
mengatasi daya ini membawa kepada strain iaitu perubahan yang berlaku dalam objek yang
menghadapi daya ini.

Stress juga boleh diterangkan sebagai reaksi atau gerak balas fisiologi seseorang individu terhadap
tekanan.Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari
keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.

Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang individu. Menyedari yang
diri adalah cekap dan efektif (dalam mecapai apa yang dihajati dan melaksanakan segala
tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakan individu profesional dalam
penerimaan diri, nilai diri yang positif dan kesejahteraan hidupnya.Jika kepentingan ini terlampau
kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stress yang dicipta dalam dirinya
sendiri.

Reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definasikan sebagai stress, bagaimana
kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya kita mengawal stress adalah bergantung kepada
bagaimana individu itu menerima dirinya dan orang lain. Seperti juga penerimaan seseorang itu
kepada kebahagian dalam kehidupan, ianya adalah begitu subjektif.

Faktor persepsi adalah penting dan bermistri. Kerap kali apa yang dianggap racun kepada seseorang
itu adalah madu pada orang lain. Sesuatu rangsangan luaran yang identikal itu boleh menghasilkan
pengamatan yang berbeza di antara dua individu yang berlainan dan seterusnya menghasilkan
tindakbalas yang berbeza. Sebab itu lah ada orang yang cepat merebut peluang kerana dia dapat
melihat itu sebagai pembukaan kepada kejayaan
1.1 Definisi Stress.

Stress boleh dilihat sebagai desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan sesuatu
peristiwa yang berlaku padanya.Kejadian stress biasanya dikaitkan dengan ketidakupayaan
seseorang itu untuk menerima atau menyeimbangkan tuntutan perubahan yang berlaku akibat
peristiwa tersebut.

Stress boleh dilihat secara positif dan stress positif turut dikenali sebagai Eustres.Eustres dianggap
baik untuk manusia kerana ia menjadikan manusia lebih bertenaga dan bersemangat untuk
menghadapi kehidupan.namun demikian stress yang negative atau distress akan mendatangkan
kesan yang buruk terhadap kesihatan fizikal,mental dan perlakuan individu.Distres yang
berpanjangan akan menghakis tenaga individu dan mendatang kan masalah yang serius.

Menurut Miller dan Chat (1989) stress ialah merupakan ketidakmampuan untuk bertindak
secukupnya bagi menghadapi bebanan emosi atau psikologi yang berlebihan. Ianya boleh menjdai
burnout iaitu keadaan emosi atau fizikal yang lesu dimana kerja sudah tidak mempunyai makna lagi.

Smither (1994) menakrifkan stress sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan
terhadap seseorang.
Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam
bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya.
Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan
penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat
menangai permintaan itu, makan tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif.
Rumusan definisi di atas ialah stress ialah reaksi psikologi dan fizikal kepada diri seseorang bila ia
tidak boleh menyeimbangkan antara tugas atau tanggungjawabnya dengan kemampuan
menyelesaikan tugas itu.



1.2 Kajian-kajian Terdahulu Mengenai Stress.

Mengikut kajian, tekanan atau stress ini sebenarnya dialami dan dibawa ketika kanak-kanak lagi.
Stress yang berterusan akan membentuk perwatakan kanak-kanak itu sehingga watak itu menjadi
kebiasaan dalam otaknya dan akan membesar menjadi remaja atau orang dewasa yang bermasalah.
Orang seperti ini mungkin cerdik dan berjaya di dalam akademiknya, banyak ilmu tetapi sering rasa
terancam. Mereka mungkin memegang peranan penting di tempat kerja sama ada dalam kerajaan,
dalam korporat tetapi sikap negatif biasanya akan mengawal keputusannya setiap hari dan dengan
itu mengawal hidupnya. Orang-orang ini sentiasa mementingkan dirinya, sombong, bongkak dan
biasanya menganggap dia sahajalah yang pandai atau betul, orang lain salah atau bodoh. Perangai
seperti ini tentu sekali akan membawa keburukan kepads dirinya dan orang lain yang berdamping
rapat dengannya di tempat kerja.

Noraini (1994), menyatakan ketegangan atau tekanan ini tidak semestinya negatif atau tidak sihat.
Sebenarnya ia merupakan satu proses semulajadi yang perlu dijangkakan dalam hubungan sesama
manusia. Dapat dikatakan bahawa stress boleh juga menjadi pemangkin untuk seseorang pekerja itu
bergerak dan bermotivasi untuk bekerja. Namun stress berpotensi membawa keburukan bilamana
seseorang itu merasa begitu tertekan. Apabila seseorang tertekan perasaannya ia boleh
menyebabkan orang itu tidak dapat berbuat apa-apa maka ini merupakan stress yang tidak
membina.
Keadaan mental menjadi bercelaru, emosinya tidak stabil. Keadaannya marah-marah dan menyepi
diri dari bergaul. Ini yang dikatakan stress yang tidak baik atau yang membawa keburukan kepada
kita. Jikalau ia menjadi serius akan menyebabkan musibah kepada kita. Gejala ini perlu dibendung
supaya tidak sampai ke tahap yang lebih teruk seperti tahap psikosis.

Bagi Mc Grath (1970), jika punca stress dapat dikenalpasti ia akan dapat diurus lebih berkesan oleh
organisasi mahu pun pentadbir itu sendiri serta kepuasan bekerja akan dapat dipertingkatkan.

Ismail Alias (2004) pula berpendapat, stress juga mengakibatkan prestasi jatuh kecelaruan Berfikir
dan ada keinginan untuk membunuh diri.Sebab itulah ianya dianggap Sebagai Pembunuh Senyap.
Hans Selye salah seorang saintis yang telah mengkaji fenomena stress menyatakan bahawa stress
adalah asam garam kehidupan stress is the spice of life

Kesedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan kajian-kajian yang
banyak dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antara kajian tersebut ialah Nelson dan
Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan
Cockburn (1996) di United Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah
dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar
(1997). Kebanyakan kajian yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan
di kalangan guru-guru.
Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai
tiga keadaan negatif, iaitu keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan
(mungkin bukan dalam keadaan kegawatan sekarang). Di Malaysia, persoalan tekanan di kalangan
guru bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah, malah ia menjadi isu dalam media masa. Menurut
Muhamad (1995) , kajian oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan
Malaysia (KONGRES) menunjukkan guru-guru mengeloh terhadap kerja-kerja perseidana guru
seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian.



Dalam konteks negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang Johari Abang Haji
Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan telah menjelaskan
sebab-sebab mengapa 75 guru di Sarawak telah meninggalkan profesion perguruan (semenjak 1993
hingga Mei 1996). Antara alasannya ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu
berjauhan denga keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat (Borneo
Post, 1996).

Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah pelajar, bebanan kerja , isu
SSB dan perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini menuntut kepada perubahan
pandangan guru terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas
guru.

Dalam kajian ini, beberapa dapatan umum berkaitan dengan keseronokan bekerja sebagai guru,
tahap tekanan guru dan pandangan responden tentang kebolehan diri menangani tekanan
berbanding dengan rakan-rakan sejawat telah diperolehi daripada analisis data yang dijalankan.

Secara keseluruhan, 19.5% daripada responden mengatakan mereka seronok setiap masa dan 38.0%
lagi mengatakan mereka kerapkali seronok dengan kerja guru. Hanya seorang atau 0.5% responden
mengatakan tidak langsung seronok dengan kerja guru.
Dari segi tekanan guru, 4.4% responden merasa tidak ada langsung tertekan, 25.2% responden
merasa sedikit tertekan, 49.0% responden merasa sederhana tertekan, dan sejumlah 21.3%
responden merasa sangat tertekan dan amat sangat tertekan. Ini bermaksud lebih dua pertiga atau
70.3% responden merasakan profesion guru sederhana tertekan dan melebihi tahap sederhana
tertekan. Taburan tahap tekanan guru digambarkan di dalam Jadual 5 (rujuk lampiran).







2 JENIS-JENIS DAN KATEGORI STRESS

Stress merangkumi segala aspek gerak balas mental dan fizikal terhadap perubahan dalam
kehidupan seseorang individu.Charles (2000) mengklasifikasikan stress kepada 4 jenis yang utama :

A) Stress yang dijangkakan (anticipatory stress)
Stress ini biasanya berkaitan dengan sesuatu yang telah dianggarkan akan berlaku.Lazimnya individu
akan lebih bersedia dan membuat perancangan untuk menghadapi kemungkinan berlakunya
kejadian yang menyebabkan stress begini.

B) Stress situasi (situational stress)
Ianya stress yang berlaku secara tiba-tiba akibat kejadian tertentu yang tidak dijangka dan
memerlukan anda untuk menghadapinya dengan segera.

C) Stress yang kronik
Stress ini lebih merupakan stress yang berlarutan untuk masa yang panjang.Mungkin terjadi akibat
kejadian buruk atau pengalaman yang sukar untuk diterima.

D) Stress berbaki (residual stress)
Stress akibat dari peristiwa lampau yang sukar dilupakan.ianya mewakili ketidakupayaan atau
ketidaksediaan seseorang untuk melupakan kenangan silam yang pahit.






2.1 Petanda stress

A. Perasaan
Seseorang yang telah mengalami stress biasanya dia adalah orang yang cepat marah. Apabila dalam
keadaan biasa (tiada stress) individu terbabit boleh mengawal keadaan apabila berlaku keadaan
yang tidak menyenangkan. Bila sahaja masalah besar yang boleh menerbitkan stress melanda
individu akan menjadi cepat marah. Dia juga cepat mengalami perasaan cemas dan bimbang bila
menghadapi sesuatu perkara. Dadanya akan terasa berdebar-debar dan perasaan bimbang yang
tidak tentu arah. Seseorang yang mengalami stress juga terasa dirinya cepat letih dan tidak
bermotivasi. Dia juga mudah terkejut bila mendapat sesuatu berita. Amat bahaya jika individu
memang sudah ada penyakit lemah jantung yang boleh membawa maut. Mereka ini juga akan
berasa cepat bosan serta hilang minat untuk bekerja dan juga cepat berputus asa sekiranya apa yand
dilakukannya gagal. Mereka ini juga sukar ketawa bila bersembang dengan rakan-rakan sekerja dan
tak bergembira apabila mendapat sesuatu berita yang baik. Kadang-kadang keadaan ini membawa
sikap sugul yang boleh mengakibatkan kerosakan pada otak.

B. Fikiran
Seseorang yang mengalami stress juga biasanya fikirannya bercelaru. Fikirannya kacau-bilau dan bila
ianya berlaku akan menyebabkan dia tidak dapat berfikiran secara rasional dan cepat keliru bila
mendapat sesuatu arahan. Apabila menghadiri mesyuarat, seminar dan sebagainya, mereka ini
kurang memberi tumpuan. Jika pelajar akan mengakibatkan tidak menumpukan pada pelajaran. Bagi
pekerja pula tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugasnya. Stress juga mengakibatkan
seseorang itu amat takut pada kegagalan dan menjadi mudah lupa bila diberikan sesuatu tugas.
Mereka ini juga sukar membuat keputusan bila diberi tanggungjawab.



C. Tingkah laku.
Tanda-tanda stress juga dapat dilihat pada seseorang individu itu terutamanya tentang tingkah
lakunya yang lebih cenderung bertindak secara melulu apabila stress berlaku. Mereka ini juga akan
kehilangan selera makan atau makan secara berlebihan. Sekiranya pengidap stress itu seorang
perokok, tabiat merokoknya juga akan meningkat.
Penggunaan alkohol atau ubat-ubatan secara berlebihan juga akan dilakukan oleh seseorang itu.
Tidur mereka juga sering terganggu dan mereka ini juga suka mengasingkan diri. Stress juga akan
mengakibatkan seseorang itu akan mengulangi pertanyaan atau percakapan apabila berbual dan
juga sering gagal menepati janji.


D. Fizikal
Pengidap stress juga akan sering sakit kepala. Kadang-kadang boleh menyebabkan migran yang
melampau. Mereka ini juga akan berasa sakit di ulu hati.dan juga sering mengalami sakit dada serta
sering rasa berdebar-debar. Pengidap juga akan berasa dirinya sukar bernafas dan rasa loya yang
kerap. Mereka inin juga akan berasa badannya kurang selesa seperti sakit sendi-sendi dan otot.
Mulutnya pula kering dan mudah haus. Selain itu, mereka ini juga kerap membuang air kecil dan
terasa sakit di bahagian belakang dan pinggang.

Antara petanda stress yang lain ialah :
a) Menghadapi masalah makan dan tidur(b) Menyalahgunaan dadah(c) Kerja bertangguh(d) Masalah
membuat keputusan(e) Sukar menguruskan diri sendiri(f) Sifat seteru, cepat naik angin(g) Tahap
kekecewaan tinggi(h) Cepat terkejut(i) Berpeluk tubuh, mengigit kuku(j) Nafas sesak(k) Hilang upaya
berfikir secara berkesan(l) Gangguan Kesihatan - Gatal - Selsema - Letih, lesu - Panik - Gelisah - Ulser
- Sakit kepala - Serangan jantung

2.2 Peringkat-peringkat stress.

Konsep kendiri,faktor-faktor psikososial,keadaan persekitaran dan faktor-faktor biologi mempunyai
pengaruh yang besar terhadap stress seseorang individu. Untuk mendalami kefahaman kita
mengenai stress,kita harus memahami beberapa istilah yang penting.Stresor adalah sebarang
keadaan fizikal,sosial dan psikologi yang menyebabkan badan kita menyesuaikan diri terhadap
keadaan tersebut.Semasa kita cuba menangani masalah stressor ini,tubuh badan seseorang akan
menghadapi strain untuk membuat adjustment (penyesuaian).Stress telah diterangkan sebagai
reaksi atau gerak balas fisiologi terhadap tekanan.Secara am,stress yang merangsang pertumbuhan
dan perkembangan individu dikenali sebagaieustress,manakala stress yang menyebabkan
seseorang kurang senagn dikenali sebagai distress.

2.2.1 Peringkat-peringkat stress dari segi biologi :

A) Peringkat alarm-reaction
Ini merupakan peringkat permulaan bagi kejadian stress di mana tubuh badan akan menunjukkan
tindakbalas terhadap perubahan yang berlaku dan bersedia untuk melawan semula dan
mengatasinya.Lazimnya akan berlaku pelepasan hormone dari kelenjar endoktrin.Antara reaksi-
reaksi biologi yang berlaku ialah:
-Sakit perut/ketidakselesaan sistem penghadaman.
- Tercungap-cungap atau bernafas dengan cepat.
- Jantung berdegup kencang.
- Perpeluhan yang berlebihan diikuti bau badan yang bertambah.
- Sakit tengkuk atau sesak dada disebabkan urat yang tegang.
- Pertambahan tenaga akibat peningkatan gula dan lemak dalam salur darah.

B) Peringkat penentangan (resistance stage)
Pada peringkat ini tubuh badan akan cuba untuk kembali semula kepada keadaan asal iaitu kepada
imbangan yang normal (homeostasis) setelah tekanan berkurangan.Sistem tubuh akan ditenangkan
semula dengan merendahkan semula tekanan darah,degupan jantung,perpeluhan dan
menyeimbangkan suhu badan,namun demikian sekiranya punca stress tidak dapat dialihkan maka
tubuh badan akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga.

C) Peringkat kepenatan (exhaustion stage)
Sekiranya stress berlarutan untuk jangkamasa yang panjang tanpa diatasi ia akan menyebabkan
individu keletihan dari segi fizikal dan mental.Pendedahan berterusan kepada stress akan
mengakibatkan individu menghadapi masalah kesihatan.Antaranya ialah:
- kekurangan tenaga dan keletihan yang kronik.
- Kerap sakit kepala dan sakit perut.
- Kerap sakit atau sakit yang berkekalan.
- Ruam
- Kesukaran untuk tidur.
- Mudah tersinggung.
- Sukar untuk menikmati aktiviti rekreasi.
- Rasa bersalah dan tidak berdaya yang berlebihan.
- Sukar/tidak mampu membuat keputusan.
- Pengasingan diri dan hilang minat untuk bergaul.

2.2.2 Peringkat-peringkat stress dari segi fisiologi :

A) Keresahan (anxiety)

Keresahan adalah hasil daripada peringkat pertama berhadapan dengan stress.Keresahan akan
dirasai apabila kita merasa diri kita diancam.Tanda-tanda fizikal seperti peningkatan kadar respirasi
menyedarkan kita bahawa badan kita mula bertindak terhadap rangsangan itu.

Keresahan yang dirasa adalah hasil daripada perasaan tidak disukai oleh rakan kita,keseorangan atau
tidak diterima oleh rakan-rakan.Keadaan ini juga wujud kerana ketidakpastian tentang arah tuju dan
tujuan hidup.

Keresahan yang sederhana adalah biasa dalam kehidupan seseorang.Contoh:Keresahan sebelum
peperiksaan.Selagi kita dapat mengatasi atau mengawal krisis ini,keresahan akan hilang dan kita
dapat mengimbangkan emosi kita.

Apabila kita menghadapi keresahan yang berpanjangan,stress akan berlaku.Ini akan mengganggu
fikiran,menyebabkan kelesuan dan membuat kita hilang kenyataan (reality).Keresahan yang
berpanjangan juga kan membawa kepada kemurungan (depression).

B) Kemurungan (depression)

Kemurungan adalah tahap akhir dalam reaksi kepada stress.Kita selalu menerangkan kemurungan
dengan kekosongan jiwa atau rasa tidak berguna.Individu yang mengalami kemurungan akan
menjauhkan diri daripada rakan-rakan.Perwatakan tidak terurus,kesihatan terganggu,hilang minat
kepada perhubungan seks dan kehidupan.Kegagalan dalam menghadapi stress dengan berjaya akan
dimanisfestasikan sebagai kelesuan kronik atau kemurungan.Tanda-tanda somatik keadaan ini ialah
penyendirian,kehilangan selera,imsonia,penyalahgunaan dadah dan kesakitan tanpa sebab.Tanda-
tanda ini adalah keadaan seharian yang biasa sehingga tanda-tanda ini tidak diberi perhatian sebagai
tanda-tanda kemurungan.

Terdapat banyak jenis kemurungan,selalunya terjadi apabila seseorang kehilangan orang yang
dikasihi dan mereka akan berkabung dengan cara bekerja yang berlebihan,bercakap atau
menangis.Berkabung cara ini adalah sihat kerana individu akan meluahkan perasaan yang
terpendam.

Kemuringan reaktif dirasai apabila kita kehilangan sesuatu benda yang berharga seperti
motosikal.Kemurungan manic dicirikan sebagai keadaan kemuringan yang berterusan.Wanita
selalunya menghadapi kemurungan selepas bersalin.Kemurungan cyclicpula adalah kemurungan
yang dirasai pada masa-masa tertentu dalam kehidupan seseorang.Contohnya semasa
menopause.Flash depression pula adalah kemurungan apabila kita mengalami kesedihan secara
tiba-tiba disebabkan oleh bertengkar dengan rakan-rakan.

Bukan semua kemurungan membawa keburukan.Kemurungan ringan yang membuatkan seseorang
itu sedih dan berputus asa tetapi masih berkemampuan adalah sat unsur yang penting dalam
perkembangan individu.Dalam keadaan ini kemurungan boleh dianggap satu tindak balas yang sihat
dan jika keadaan dapat diatasi maka individu akan berasa segar semula.Pada masa yang sama jika
keadaan ini berterusan ia adalah satu petanda yang sesuatu tidak kena pada diri kita.






2.2.3 Peringkat peringkat stress dari segi psikologi :






























3 PUNCA-PUNCA STRESS

1. Faktor fizikal diri sendiri.
Salah satu sebab ialah jika seseorang itu kurang beriadah atau bersenam. Kekurangan zat makanan
boleh juga menyebabkan stress. Masa tidur yang mencukupi perlu untuk mengimbangi stress. Bagi
pelajar yang sentiasa bergelumang dengan buku atau kata lain ulat buku adalah terdedah kepada
stress untuk takut menemui kegagalan. Pekerja yang terlampau menumpukan perhatian kepada
tugasnya juga terdedah kepada stress. Ada pula pekerja yang mengalami tekanan kerana dibebani
dengan berbagai tugasan dan arahan dari pihak atasan yang perlu diselesaikan.

Faktor Minda atau psikologi.
Bagi individu yang lemah semangat akan cepat terkejut apabila perkara yang tidak dijangka berlaku
seperti kematian dalam keluarga, kemalangan, gagal dalam peperiksaan dan tidak berjaya dalam
temuduga.

Faktor Sosial atau alam persekitaran.
Individu yang bermastautin di kawasan bandar yang sibuk dan bising akan mengalami stress. Oleh
sebab itu ramai daripada mereka yang ingin berehat di kawasan pedalaman yang tiada kesibukan
dan kebisingan.
Bagi yang duduk di kawasan taman perumahan yang tidak mengamalkan sikap kejiranan akan
mudah mengalami stress. Di kebanyakan tempat di taman perumahan di kawasan bandar lebih
mementingkan diri sendiri. Jadi pergaulan antara masyarakat setempat tidak begitu menyenangkan.


PUNCA PUNCA STRESS
Keadaan Fizikal
1. Persekitaran yang kotor, bising, sesak sama ada di rumah atau di tempat kerja.
2. Penyakit fizikal seperti penyakit jantung.
Psikologikal
Berlakunya perubahan yang memerlukan penyesuaian seperti :
1. Perubahan tempat kerja seperti majikan, rakan atau persekitaran yang baru.
2. Memulakan alam rumahtangga.
3. Kehilangan orang yang tersayang atau harta benda.
4. Berasa tercabar atau terancam. Contohnya, lambat datang kerja menimbulkan perasaan takut
dimarahi bos, bersalah terhadap dosa yang dilakukan atau gagal penuhi cita cita.
STRESS DI TEMPAT KERJA
Kebanyakan mereka yang mengalami stress terdiri daripada golongan yang bekerja. Terdapat
beberapa keadaan yang boleh menyebabkan stress. Antaranya :
1. Pekerjaan yang terdedah kepada kecederaan dan keselamatan.
2. Beban kerja terlampau banyak.
3. Bekerja dalam tempoh yang panjang.
4. Terlibat dengan oarang ramai seperti jururawat dan doktor.
5. Hubungan antara organisasi. Contohnya, tidak boleh menyesuaikan diri dengan rakan sekerja dan
adakalanya bertentangan dengan peribadi, kepercayaan atau agama.
6. Konflik peranan.
7. Kekaburan tugas.
8. Sikap ketua di tempat kerja.
Namun, buakan semua orang yang menghadapi stress akan mengalami kesan yang sama. Tindak
balas terhadap stress bergantung kepada personaliti seseorang itu. Antara personaliti tersebut ialah:
Personaliti A
Personaliti ini banyak dikaitkan dengan penyakit yang berkaitan dengan stress seperti jantung dan
darah tinggi. Biasanya seseorang yang mempunyai personaliti A bercita cita amat tinggi, motovasi
diri yang tinggi, kuat bekerja, selalu sibuk dan cemas serta sentiasa mementingkan kerja manakal hal
hal lain adalah tidak penting.
Golongan ini banyak mneghabiskan masa untuk bekeja tanpa fikirkan keseronokan. Golongan ini
juga kurang mempunyai hubungan dengan orang lain. Mereka selalunya tidak dapat menerima
kegagalan.
Personaliti B
Individu yang tenang, membuat kerja satu persatu, tidak terburu buru mempunyai ekspektasi yang
realistik dan boleh menerima kegagalan. Golongan ini boleh mengendalikan stress dengan baik,
Personaliti Bimbang
Individu yang mudah risau dan tension dalam apa jua keadaan walaupun hanya melibatkan perkara
kecil.
Personaliti Tidak Asertif
Individu yang berpesonaliti seperti ini biasanya tidak selesa meluahkan perasaan marah, tidak
seronok atau tidak suka. Lebih suka memendam perasaan dan tidak selelsa menerima pertolongan
orang lain serta menanggung segala beban sendiri. Golongan ini juga tidak boleh mengatakan tidak.
http://bersamacikgu.blogspot.com/2009/12/stress-dan-peringkatnya.html

You might also like