You are on page 1of 2

Pendapat Liberman, 1956, Profesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang

melaksanakan fungsi sosial yang penting. Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai
ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang
diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu
perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi
tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. ( Noriati A.Rashid,
Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,M.s: 2-3 ).
Menurut Kamus Dewan ( 2005 ), profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
Pada pendapat saya pula tentang profesion ini ialah, guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif
dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan
amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi
maklumat abad ke-21.
Dalam profesion mempunyai latihan khas dan kawalan kemasukan manakala dalam
profesional Merupakan organisasi profesional di mana terdapat badan yang mengawal ahli-
ahlinya . Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran
peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau
ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga
masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan
kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati
antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Kedudukan perguruan sebagai satu
profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran.
Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke
semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum
Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai
Pendidikan Universiti dan Laporan Carr-Saunders. Di dalam symposium tersebut
perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan (
Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru
sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik
nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha
melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion
perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini.
Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu
profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang
menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang
taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai
professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek? Para guru sebenarnya
mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan
melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.

You might also like