You are on page 1of 2

Definisi dan Konsep Penulisan

Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun


berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun
menjadi ayat. Ayat yang disusun ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek
berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan
bahan bercetak.
Takrif lain menyebutkan menulis sebagai suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol
grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk
ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud
penghasilan wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis
secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan
tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan
dengan aktiviti mengarang yang memerlukan penggemblengan aspek psikologi dan
kognitif. Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran
perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun
hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.
Rumusannya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi dan
penting berbanding kemahiran bahasa lain, untuk dikuasai oleh murid-murid bukan
sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk beberapa mata pelajaran lain.

DEFINISI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu guru
bagi melincikan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar
memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Mohd Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah
binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, pelajar
bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukakan tetapi pelajar dapat
membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan
ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga
dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.
Kit Pengajaran merupakan satu kaedah inovatif sebagai bahan bantu mengajar di
sekolah. Bahan ini digunakan dan dilaksanakan oleh guru-guru untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan difahami oleh pelajar.
Kit ini disediakan dengan berpandukan kepada aspek psikologi kanak-kanak dan
mengikut kemampuan serta kebolehan mereka dengan kemahiran yang berbeza.

Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam
menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan,
dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.
http://rujuknota.blogspot.com/2011/07/definisi-dan-kategori-bahan-bantu-htm

KEPENTINGAN ALAT BANTU MENGAJAR
Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (1964 : 65 ) kepentingan
ABM bolehlah dirumuskan seperti berikut:-
i. ABM menyediakan satu asas yang kuat untuk semua konsep.
ii. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar.
iii. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.
. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti
sendiri dikalangan pelajar.
v. Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.
vi. Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata
pelajar.
vii. Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih
mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin (1986) merumuskan kepentingan ABM seperti berikut:-
i. Memberi rangsangan dan minat murid-murid.
ii. Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak
pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan
daripada murid-murid.
iii. Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan
pembelajaran mereka lebih kekal.
iv. Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh
cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan
meragam.
v. Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan
perbendaharaan kata.

. Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat
menambahkan lagi bacaan murid-murid.

You might also like