You are on page 1of 20

1

BILANGAN PERKARA MUKA


SURAT
1 Pengenalan 2-3
2 Komunikasi Antara Individu 4
3 Tujuan Komunikasi 4-5
4 Proses Komunikasi 5-6
5 Perbezaan Antara Komunikasi Pendekatan Islam Dengan
Konvesional
7
6 Prinsip Komunikasi 7-8
7 Fungsi Komunikasi 9-10
8 Bentuk Komunikasi 11
9 Ciri-Ciri Umum Komunikasi Manusia 12-14
10 Mengapa Manusia Perlu Berkomunikasi 15
11 Komunikasi Mampu Meningkatkan Diri Pelajar 16
12 Komunikasi Mampu Mengubah Penampilan Seseorang 17-18
13 Kesimpulan 19
14 Rujukan 20



2

PENGENALAN
Komunikasi antara manusia merupakan unsur-unsur penting dalam kehidupan kita. Kita perlu
berkomunikasi untuk melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain. Manusia tidak
dapat hidup berseorangan tanpa komunikasi dengan orang lain. Tanpa kebolehan untuk
menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain, kita mungkin merasakan
sesuatu kekurangan dalam hidup kita. Terdapat banyak istilah yang menerangkan maksud
komunikasi daripada pelbagai bahasa.
Komunikasi berasal daripada perkataan Yunani, iaitu communicare yang bermaksud
menjadikan sesuatu itu milik bersama di mana penyampai menyampaikan sesuatu mesej
kepada pendengar, pendengar pula bertindak dengan memberi maklum balas yang
bersesuaian. Bercakap, mendengar, menonton, membaca, menulis, berdoa, menilai diri dan
sebagainya adalah aktiviti komunikasi. Istilah komunikasi ialah terjemahan daripada istilah
Inggeris, communication. Istilah Inggeris ini pula berasal daripada istilah Latin iaitu
communicare yang bermaksud to make common atau mewujudkan persamaan.
Perkataan komunikasi juga mempunyai persamaan maksud dengan bahasa Arab.
Dalam Islam, perkataan dakwah iaitu ittisal (menyampaikan) dan wasaillilam (kaedah
penyampaian) digunakan bagi menggambarkan maksud komunikasi dalam Islam. Oleh itu,
definisi komunikasi Islam ialah proses bagaimana seseorang pendakwah berfungsi sebagai
komunikator, berkongsi pengalaman dan maklumat dengan pendengar.
Menurut Dance (1970) terdapat 98 takrifan komunikasi yang berbeza. Beliau
mengelompokkan takrifan tersebut kepada empat kategori. Takrifan yang pertama ialah
menekankan penyebaran atau pengiriman. Theodorson (1969) komunikasi adalah pengiriman
maklumat, pemikiran, sikap atau emosi daripada seseorang individu atau kumpulan kepada
individu yang lain dengan menggunakan simbol-simbol. Takrifan yang kedua ialah menekankan
3

perkongsian makna. Wilbur Schramn (1971) komunikasi dianggap sebagai satu perkongsian
orientasi terhadap satu set isyarat maklumat. Takrifan yang ketiga ialah menekankan
pembujukan. Menurut Carl Hovland (1953) komunikasi sebagai proses penyampaian
rangsangan lazimnya secara lisan dengan tujuan untuk menukar tingkah laku individu lain.
Takrifan yang keempat ialah menekankan aspek tingkah laku. Carter (1973) menganggap
komunikasi sebagai satu tingkah laku
Menurut Abdul Aziz Yusof (2003), komunikasi melibatkan penyampaian idea dan
perasaan kepada pihak lain. Tanpa berkomunikasi, maklumat tidak dapat disampaikan daripada
satu pihak kepada pihak yang lain. Kita berkomunikasi kerana kita ingin mempengaruhi
pemahaman, sikap dan tindakan pihak lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas
sesuatu isu sebagaimana yang kita kehendaki.
Kajian-kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar komunikasi pula mendapati, individu-
individu yang menggunakan bahasa positif dipandang sebagai individu-individu yang menarik.
Dalam erti kata yang lain, penggunaan bahasa yang positif menyebabkan seseorang itu
dipandang sebagai orang yang lebih tampan dan lebih jelita daripada dirinya yang sebenarnya.
Manakala kajian pakar-pakar psikologi mendapati unsur ketampanan dan kejelitaan pula
menyebabkan seseorang itu dipandang sebagai orang yang lebih pandai bergaul, lebih pintar
dan lebih berbakat daripada keadaannya yang sebenarnya. Disebabkan kemahiran
berkomunikasi menyebabkan seseorang itu dipandang dengan cara-cara yang positif hasilnya
dia mudah disukai orang.




4

KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU

Komunikasi ini berlaku apabila dua individu berkomunikasi secara bersemuka iaitu muka
mereka bertentangan antara satu sama lain. Lazimnya komunikasi berlaku tanpa dirancang
terlebih dahulu iaitu secara spontan. Komunikasi jenis ini adalah komunikasi dua hala iaitu dua
individu yang terlibat dalam proses komunikasi itu saling menyampai dan menerima maklumat.

Komunikasi antara individu mempengaruhi kehidupan masyarakat Malaysia hari ini
kerana hubungan peribadi terjalin dalam jangka masa yang singkat. Hubungan peribadi tidak
akan terjadi walaupun komunikasi telah berlaku dalam jangka masa yang lama. Manusia perlu
berkomunikasi adalah untuk memenuhi tuntutan kehidupan bahawa manusia saling bergantung
antara satu sama lain.

TUJUAN KOMUNIKASI

Tujuan komunikasi antara individu ialah untuk melibatkan diri kita sendiri dengan orang lain.
Dalam jalinan komunikasi antara individu, kita seboleh mungkin ingin mewujudkan satu
hubungan yang baik lagi bermakna. Antara tujuan tersebut ialah meneroka diri sendiri. Individu
ingin mengetahui dirinya dengan lebih mendalam. Apabila kita terlibat dalam proses
komunikasi, kita akan lebih mengenali diri kita kerana kita akan belajar mengenali diri kita
melalui hubungan kita dengan orang lain.

Seterusnya ialah perubahan atau mempengaruhi. Dalam hubungan antara individu,
penyebaran maklumat tentang perubahan yang dikehendaki dan juga maklum balas tentang
sejauh mana tujuan perubahan itu dicapai. Di samping itu, komunikasi antara individu juga
terjalin dengan tujuan untuk mengendali atau melaksanakan sesuatu tugas atau perkhidmatan.
Dalam masyarakat hari ini, pengkhususan kerja amat penting. Semakin banyak pengkhususan
kerja, dianggap bahawa komunikasi antara individu bertujuan melaksanakan sesuatu tugas
akan semakin bertambah perlu.
5

Keberkesanan dalam komunikasi antara individu akan dipengaruhi dan dibentuk
oleh unsur-unsur yang wujud dalam konteks sosial. Konteks sosial adalah seperti sistem
terbuka, status seimbang, keputusan muafakat dan struktur komunikasi yang jelas. Ciri individu
ialah keupayaan untuk menerima dan mengirimkan maklumat, keupayaan untuk melahirkan
perasaan dan keupayaan untuk memproses maklumat dan keupayaan untuk melaksanakan
tindakan.

PROSES KOMUNIKASI

Proses komunikasi merupakan proses pemindahan lambang yang mempunyai erti. Komunikasi
melalui media adalah proses memindahkan lambang yang mempunyai erti melalui akhbar,
televisyen atau radio. Media dalam erti yang terbatas bermakna media yang dapat mencapai
jumlah khalayak yang tidak terbatas. Media digunakan ialah telefon, telegraf dan satelit. Syarat
utama supaya komunikasi boleh difahami ialah setiap lambang itu diberi pengertian yang sama
oleh komunikator dan komunikan.

Proses komunikasi mengandungi lima komponen iaitu sumber, komunikator, mesej,
komunikan dan matlamat. Apabila idea diperkembangkan lagi dengan mengambil kira bidang
dan pengalaman komunikator dan komunikan, hasilnya boleh dilihat. Interaksi akan tercapai
apabila komunikasi telah lama berlaku.

Proses pengaruh mempengaruhi adalah proses psikologi kerana psikologi boleh tujuan
atau membawa kita lebih dekat kepada tujuan. Oleh kerana itu, setiap kali orang mengadakan
komunikasi, secara sedar atau tidak sedar, mereka akan meneliti terlebih dahulu situasinya.
Situasi merupakan keseluruhan daripada faktor yang menentukan pencapaian sasaran. Apabila
tujuan merupakan sasaran dan jalan untuk mencapai tujuan adalah strategi, maka situasi
merupakan faktor keseluruhan yang menentukan sama ada seseorang itu jauh atau dekat
dengan strateginya untuk membentuk sesuatu kelompok. Proses komunikasi adalah proses
sosial.
6

Sehubungan itu, komunikasi yang diadakan hanya sesuai dengan pengetahuan
seseorang tentang situasinya, iaitu sama ada ia menyimpang atau sejalan dengan strateginya.
Bierens De Haan dalam Grondslagen de Samenleving mengatakan bahawa :

Proses Komunikasi (CARTA)


















Halangan
-Semantik
-Emosi
-Sikap
-Persepsi
-Jantina
-Nonverbal

MAKLUMBALAS
PENGANTAR
7

PERBEZAAN ANTARA KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM DENGAN KONVESIONAL
Komunikasi Islam berasaskan nilai-nilai keagamaan yang bersumberkan Quran dan Hadis. Ini
kerana segala sesuatu yang berhubung dengan proses komunikasi, sama ada secara prinsip,
kaedah, mesej, matlamat dan media hendaklah berasaskan panduan wahyu dan sunnah
Rasulullah S.A.W. Amalan komunikasi ini dikira ibadat dalam kehidupan umat Islam.

Manakala komunikasi konvensional hanya menitikberatkan soal-soal etika dalam
penyiaran komunikasi sahaja. Hukuman kepada pelanggaran etika bagi komunikasi
konvensional berlaku di dunia sahaja, sedangkan hukuman bagi pelanggaran terhadap etika
komunikasi secara Islam berlaku hingga akhirat selagi tidak mendapat keampunan daripada
Allah S.W.T.

PRINSIP KOMUNIKASI

Komunikasi yang berkesan dapat mempengaruhi orang lain di samping mendapat keredhaan
Allah S.W.T. Antara prinsip berkesan komunikasi ialah kefahaman, keseronokan, pengaruh ke
atas sikap, memperbaiki hubungan dan wujudnya tindakan susulan.

Cara kita berkomunikasi dikatakan berkesan apabila orang memahami apa yang kita
maksudkan. Jika lain yang dimaksudkan, lain pula yang difahami bermaksud komunikasi itu
tidak berkesan.

Kadang-kadang komunikasi kita dengan orang lain berlaku kerana kita ingin mencapai
keseronokan. Kita merasa gembira apabila berbual dengan seseorang. Orang lain pula merasa
gembira dengan kita. Ini menimbulkan keseronokan antara kita dengan orang lain.
Antara fungsi komunikasi adalah mempengaruhi sikap, nilai dan kepercayaan orang lain.
Kita cuba mengubah sikap negatif orang lain. Sekiranya kita seorang pendakwah, kita akan
cuba mengubah sikap orang yang kita dakwah. Kita mengharapkan sikap mereka berubah
8

mengikut ajaran Islam. Begitu juga dalam mesyuarat, perbincangan, perundingan, kaunseling
dan lain-lain.

Komunikasi juga berfungsi memperbaiki hubungan antara individu. Kesilapan kita ialah
apabila tidak memahami mesej yang hendak disampaikan oleh orang lain. Akibatnya,
muncullah berbagai-bagai kesilapan. Maka, akan berlakulah salah faham, tuduh menuduh,
ganguan emosi dan lain-lain.

Komunikasi berkesan boleh melahirkan tindakan susulan selepas itu. Contohnya,
seorang jurujual akan berjaya apabila orang mula membeli apa yang dijualnya. Seorang guru
matematik berjaya dalam komunikasinya apabila murid memahami apa yang diajarnya.













9

FUNGSI KOMUNIKASI

Fungsi komunikasi dapat memberi kefahaman kepada kita bahawa tidak ada satu takrifan
komunikasi yang unggul bagi menepati semua situasi komunikasi. Antara fungsi komunikasi
ialah memberitahu, mendidik, membujuk dan menghibur.

Fungsi memberitahu dikatakan antara fungsi komunikasi terawal yang digunakan oleh
manusia. Tujuannya adalah untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang
dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lain. Dalam kehidupan kita setiap hari,
banyak contoh komunikasi yang menjalankan fungsi memberitahu. Misalnya papan tanda jalan
raya seperti Jalan Sehala, Tidak Boleh Masuk atau 80 ksj adalah antara contoh yang
sering kita temui yang bertujuan untuk memberitahu kita tentang keadaan jalan raya atau had
laju memandu yang perlu kita patuhi. Begitu juga dengan pengumuman radio atau televisyen
tentang denda kepada pemandu kereta yang tidak memakai tali pinggang keledar. Tujuannya
adalah sekadar memberitahu dan mengigatkan pemandu kereta tentang undang-undang jalan
raya.

Fungsi mendidik bukanlah semata-mata untuk mempengaruhi sikap atau tingkah laku
orang lain. Tetapi tugas mereka adalah sekadar memberikan maklumat agar dapat
menambahkan pengetahuan seseorang itu tentang sesuatu perkara atau bidang. Mungkin
dalan jangka masa yang panjang dengan berbekalkan pengetahuan tadi, seseorang individu itu
akan terpengaruh dengan pendapat atau sikap yang disarankan kepadanya.

Fungsi mendidik mementingkan kedua-dua pihak, penyampai dan penerima maklumat
untuk memastikan fungsi tersebut tercapai. Kejayaan fungsi bergantung kepada sejauh mana
seseorang itu merasai bahawa pengetahuannya bertambah hasil daripada pendedahannya
terhadap maklumat yang diterimanya.

10

Fungsi membujuk mula mendapat perhatian pengkaji komunikasi selepas Perang Dunia
Pertama iaitu apabila pihak tentera Jerman telah menggunakan komunikasi dalam usaha
propagandanya. Kejayaan propaganda Jerman telah menarik minat pengkaji komunikasi untuk
mengetahui lebih mendalam lagi tentang cara menggunakan komunikasi bagi tujuan mengubah
sikap dan tingkah laku orang ramai.

Contoh fungsi membujuk dapat dilihat melalui iklan-iklan. Tujuan utama iklan adalah
untuk mempengaruhi kita membeli barang-barang yang diiklankan. Untuk mendapatkan kesan
tersebut, penggunaan komunikasi tidak terhad kepada menyebarkan maklumat tetapi mestilah
dapat menembusi emosi dan perasaan individu atau kumpulan yang menjadi sasaran maklumat
itu.

Fungsi menghibur begitu mudah dilihat di sekeliling kita. Wayang gambar, rancangan
hiburan yang disiarkan melalui radio dan televisyen, drama, komik, lukisan kartun dan
sebagainya adalah antara contoh cara komunikasi digunakan untuk menghibur. Pada umumnya
keberkesanan fungsi ini boleh diketahui daripada reaksi orang ramai terhadap sesuatu
rancangan hiburan, tayangan wayang gambar, ataupun majalah yang dibacanya. Asalkan
seseorang itu dapat melapangkan fikirannya bolehlah dikatakan fungsi menghibur tersebut
telah berjaya.








11

BENTUK KOMUNIKASI

Komunikasi terdapat dalam pelbagai bentuk. Antara bentuk tersebut ialah sehala dan dua hala
bermaksud arahan atau tidak memerlukan reaksi, komunikasi menegak iaitu ke bawah dan ke
atas (arahan atau maklumbalas), komunikasi mendatar iaitu penyelarasan kerja dan
grapevine iaitu informal rahsia atau khabar angina.

Komunikasi ke bawah ialah mesej yang mengalir daripada pengurusan atasan kepada
pegawai bawahan. Mesej tugas dan penyelanggaraan (arahan, disiplin, matlamat, perintah dan
soalan).

Komunikasi menegak ialah mesej yang mengalir daripada pegawai bawahan kepada
pegawai atasan. Contohnya, mengemukakan soalan, medapat maklumbalas dan cadangan.

Komunikasi mendatar ialah pertukaran mesej dalam kalangan orang yang mempunyai
pengikut kuasa yang sama dalam organisasi. Sebagai contoh, penyelesaian masalah,
penyelarasan dan penyelesaian konflik.








12

CIRI-CIRI UMUM KOMUNIKASI MANUSIA

Komunikasi terjadi lebih daripada satu tahap. Antara tahap tersebut ialah tahap intraperibadi,
antara peribadi dan tahap individu dengan kumpulan.

Tahap Intraperibadi

Komunikasi intraperibadi berlaku apabila kita berkomunikasi dengan diri kita sendiri.
Komunikasi ini berlangsung dalam diri individu. Pada tahap intraperibadi, kita memproses dan
mentafsir data yang mentah dan membuat keputusan. Di peringkat inilah pengekodan dan
penghuraian berlaku. Komunikasi intraperibadi adalah asas kepada komunikasi yang
berlangsung pada semua tahap yang lain.

Tahap Antara Peribadi

Komunikasi antara peribadi ialah komunikasi antara orang yang berlaku dalam keadaan yang
membolehkan orang membalas secara terus antara satu sama lain. Ia biasanya berbentuk
dialog, dan bercirikan tolak ansur lisan (verbal). Orang biasanya mencelah antara satu sama
lain. Komunikasi antara peribadi biasanya berpasangan iaitu melibatkan hanya dua orang.
Bagaimanapun, ia boleh berlaku dalam satu kumpulan kecil apabila para peserta bertindak
balas terus antara satu sama lain sebagai individu. Oleh itu komunikasi antara peribadi
biasanya berlaku dalam kumpulan yang kecil. Ia merupakan satu bentuk dialog. Di samping itu,
komunikasi ini berlaku apabila orang berkomunikasi secara peribadi dan terus sebagai seorang
individu. Contohnya, apabila anda membincangkan sesuatu perkara yang mempunyai
kepentingan bersama dengan dua orang kawan terbaik anda, apabila anda berbincang tentang
projek semester anda secara individu dengan penyelia anda, apabila anda bercakap melalui
telefon dengan seorang kawan baik, apabila anda membincangkan rancangan percutian
dengan isteri atau suami, anda telah mengambil bahagian dalam komunikasi antara peribadi.
13

Tahap Individu dengan Kumpulan

Komunikasi pada tahap ini biasanya dirujuk secara ceramah umum. Kita akan menerangkannya
komunikasi antara individu dengan kumpulan kerana istilah komunikasi awam atau pidato
umum biasanya diertikan sebagai pentas perucap, khalayak yang berjumlah beratus-ratus, dan
yang berkaitan dengannya. Manakala komunikasi individu dengan kumpulan mungkin termasuk
semua ini, biasanya ia tidak. Komunikasi individu dengan kumpulan berlaku apabila seseorang
mengemukakan idea, perasaan, dan maklumat tanpa ganguan kepada satu kumpulan orang.
Ini boleh berlaku dalam sebuah bilik darjah, dalam mesyuarat kesatuan, dalam persidangan
perniagaan, dalam perjumpaan keluarga di perhimpunan semangat atau dalam keadaan yang
seumpamanya. Istilah individu dengan kumpulan berbeza dengan istilah umum termasuk
seluruh tahap keadaan formal dan tidak formal.

Kebanyakan apa yang boleh dinyatakan tentang komunikasi antara peribadi ialah boleh
diperkatakan tentang komunikasi individu dengan kumpulan. Kebanyakan apa yang boleh
dinyatakan tentang komunikasi individu dengan kumpulan boleh dinyatakan tentang komunikasi
antara peribadi. Perbezaannya terletak pada jarak, dan bukan jenis. Dalam keadaan
komunikasi individu dengan kumpulan, individu biasanya tidak dapat berkomunikasi secara
terus dan secara peribadi antara satu sama lain dengan begitu jayanya sebagaimana yang
dapat mereka lakukan dalam keadaan antara peribadi. Biasanya dalam keadaan komunikasi
individu dengan kumpulan, perucap mengemukakan unit komunikasi yang lebih panjang
berbanding dengan dalam keadaan antara peribadi. Dalam keadaan individu dengan kumpulan,
pendengar biasanya tidak mengangu perucap.

Biasanya keadaan individu dengan kumpulan melibatkan lebih ramai orang daripada
dalam keadaan peribadi. Bagaimanapun, ia bukanlah selalu terjadi. Kadangkala komunikasi
antara peribadi boleh menjadi komunikasi individu dengan kumpulan dengan sekeyit mata
sahaja. Sebagai contoh, sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada empat orang bermesyuarat
untuk membincangkan suatu perkara penting. Pada mulanya komunikasi ditumpukan secara
individu iaitu mengambil bentuk suatu dialog. Ini adalah komunikasi antara peribadi.
Bagaimanapun pada suatu peringkat, seorang daripada anggota jawatankuasa mengatakan
14

Tunggu sekejap, saya sedang memikirkan tentang perkara ini dan saya ingin menjelaskan
sesuatu kepada anda, dan terus mengemukakan bahan tanpa ganguan untuk beberapa minit.
Anggota itu bercakap kepada yang lain sebagai satu kumpulan. Mereka dengar tanpa
menggangu. Komunikasi antara peribadi telah menjadi komunikasi seorang kepada kumpulan.

Oleh sebab orang biasanya mempunyai lebih banyak masa untuk membuat persediaan
bagi komunikasi individu dengan kumpulan, biasanya lebih tersusun jika dibandingkan dengan
komunikasi antara peribadi. Atas sebab yang sama kadangkala stail adalah lebih formal dalam
keadaan individu dengan kumpulan berbanding dengan keadaan antara perbadi.

Secara ringkasnya, komunikasi individu dengan kumpulan berlaku apabila seseorang
mengemukakan bahan kepada satu kumpulan orang tanpa banyak ganguan. Keadaan individu
dengan kumpulan boleh merupakan formal atau tidak formal dan biasanya melibatkan lebih
banyak orang daripada keadaan antara peribadi. Komunikasi individu dengan kumpulan pada
amnya adalah lebih tersusun berbanding dengan komunikasi antara peribadi. Sebagai contoh,
apabila anda bercakap dalam sesuatu kumuplan bagi pihak seorang calon politik, apabila anda
memanggil kakitangan pejabat berkumpul untuk menjelaskan prosedur dan panduan baharu,
apabila anda membuat pengumuman dalam kelas, apabila anda bercakap kepada pasukan
Little League dan anda sebagai satu kumpulan, apabila anda bercakap bagi sesuatu pihak
tentang cadangan dalam mesyuarat kelab, anda sebenarnya telah melibatkan diri dalam
komunikasi individu kepada kumpulan.







15

MENGAPA MANUSIA PERLU BERKOMUNIKASI

Ada banyak sebab mengapa manusia perlu berkomunikasi. Keperluan-keperluan ini
dikategorikan sebagai keperluan kesihatan fizikal dan mental, keperluan identiti, keperluan
sosial dan keperluan untuk mencapai matlamat.

Antara masalah yang boleh dialami oleh seseorang jika mereka memilih untuk mengelak
daripada berkomunikasi dengan orang lain. Adler, Rosenfeld & Towne, (1999). Keperluan
kesihatan fizikal dan mental ialah orang yang kurang berkomunikasi menghadapi risiko koronari
atau serangan sakit jantung yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang sering
berkomunikasi. Orang yang tidak suka berkomunikasi adalah dua atau tiga kali lebih pendek
usianya berbanding dengan orang yang terlibat dalam hubungan sosial seperti perkahwinan,
persahabatan, keagamaan dan sebagainya.

Keperluan identiti ialah kita perlu berkomunikasi dengan orang lain untuk mengetahui
siapa diri kita sebenarnya. Kita tidak mungkin tahu sama ada kita seorang yang pandai atau
bodoh, cantik atau hodoh, mahir atau tidak dalam suatu bidang kecuali ada orang lain yang
menilai dan menyatakannya pada diri kita.

Keperluan sosial ialah seseorang memerlukan kasih sayang, keseronokan, perasaan
dipunyai, riadah, kawalan dan sebagainya melalui interaksinya dengan orang lain.
Sebagaimana yang dinyatakan dalam Hierarki Keperluan Maslow. Teori Hierarki Keniginan
Manusia (Abraham Maslow) menyatakan bahawa setiap individu akan membawa bersama-
sama minat, sikap dan keinginan ke tempat kerja mereka. Keinginan sosial termasuk keinginan
untuk bergaul dan berhubung dengan orang lain, serta melahirkan perasaan kasih sayang.

Keperluan untuk mencapai matlamat ialah kita perlu berkomunikasi dengan orang lain.
Kemahiran berkomunikasi membolehkan kita memujuk atau mempengaruhi orang lain untuk
mencapai apa yang kita inginkan.
16

KOMUNIKASI MAMPU MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI PELAJAR

Bedasarkan kajian yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Koleh Mahasiswa, Universiti Teknologi
Mara terhadap kemahiran komunikasi dalam meningkatkan keyakinan diri pelajar melalui tiga
aktiviti utama iaitu aktiviti pembentangan, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengurusan.
Hasil daripada kajian tersebut, mendapati bahawa kemahiran komunikasi dalam aktiviti
pembentangan dapat meningkatkan keyakinan pelajar berada di tahap yang sederhana.
Kemahiran komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam membuat
pembentangan. Menurut Dr. Mohd Fadilah Kamsah dan Ahmad Naim (2006), kepetahan
bercakap adalah suatu bakat yang tersendiri, tetapi kemahiran berkomunikasi adalah sesuatu
yang perlu dipelajari. Sehubungan itu, kesedaran pelajar mengenai kepentingan kemahiran
komunikasi perlu disemai supaya aktiviti pembentangan akan menjadi medium pembelajaran
yang efektif bagi meningkatkan keyakinan pelajar dalam mengamalkan komunikasi yang efektif.
Kemahiran komunikasi dalam aktiviti secara berkumpulan dapat meningkatkan
keyakinan pelajar kerana para pelajar mempunyai kemahiran komunikasi dalam aktiviti
berkumpulan yang baik bedasarkan maklumat-maklumat positif yang diperolehi. Aktiviti
berkumpulan memerlukan pelajar-pelajar untuk bekerjasama bagi mencapai tujuan tertentu.
Menurut Long (2005), salah satu ciri kumpulan ialah sekumuplan individu yang saling
berkomunikasi antara sesama ahli kumuplan untuk mencapai tujuan yang sama. Kesediaan
pelajar dalam mengambil inisiatif untuk memulakan perbincangan dan seterusnya melakukan
perbincangan berada di tahap yang memberangsangkan.

Kemahiran komunikasi dalam aktiviti pengurusan berjaya membuktikan bahawa
kemahiran komunikasi tersebut berada di tahap yang baik. Hasilnya membuktikan bahawa
kemahiran komunikasi yang baik wujud apabila pelajar-pelajar dapat mengemukakan
cadangan-cadangan yang relevan untuk menjayakan sebarang aktiviti. Menurut Hurst,
kemahiran komunikasi tidak dapat ditingkatkan tanpa wujudnya kesedaran oleh individu itu
sendiri. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar mempunyai kesedaran yang
tinggi terhadap kepentingan kemahiran komunikasi. Mereka percaya bahawa penglibatan
mereka dalam aktiviti penganjuran dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka ke tahap
yang lebih baik.
17

KOMUNIKASI MAMPU MENGUBAH PENAMPILAN SESEORANG

Kajian mendapati manusia suka dan mudah terpengaruh oleh kata-kata, percakapan dan
perbualan individu-individu yang sudah berjaya. Kejayaan menyebabkan seseorang itu
mempunyai kuasa manakala kuasa pula menentukan statusnya dalam masyarakat.

Kajian-kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar komunikasi pula mendapati, individu-
individu yang menggunakan bahasa positif dipandang sebagai individu-individu yang menarik.
Dalam erti kata yang lain, penggunaan bahasa yang positif menyebabkan seseorang itu
dipandang sebagai orang yang lebih tampan dan lebih jelita daripada dirinya yang sebenarnya.
Manakala kajian pakar-pakar psikologi mendapati unsur ketampanan dan kejelitaan pula
menyebabkan seseorang itu dipandang sebagai orang yang lebih pandai bergaul, lebih pintar
dan lebih berbakat daripada keadaannya yang sebenarn. Disebabkan kemahiran berkomunikasi
menyebabkan seseorang itu dipandang dengan cara-cara yang positif hasilnya dia mudah
disukai orang.

Salah satu tujuan seseorang pemimpin berkomunikasi ialah kerana dia hendak
mendorong dan mempengaruhi pemikiran individu-individu lain. Keupayaan seseorang
pemimpin untuk melakukan perkara itu adalah faktor yang sangat penting peranannya di dalam
mencapai kejayaan dalam semua bidang, baik kejayaan di dalam kerjayanya mahupun di dalam
kehidupan peribadi. Sebagai contoh, untuk menjadi ahli politik yang berjaya, seseorang
memerlukan keupayaan mempengaruhi para pengundi supaya mengundinya; untuk menjadi
usahawan yang berjaya, seseorang itu perlu berupaya mempengaruhi ramai pihak termasuk
pegawai-pegawai kerajaan, kakitangan bank, para pelabur dan bakal pelanggan; untuk naik
pangkat di tempat kerja seseorang perlu berupaya mempengaruhi mereka yang menilai bakat,
potensi dan prestasinya.


18

Kajian mendapati manusia suka dan mudah terpengaruh oleh kata-kata, percakapan
dan perbualan individu-individu yang sudah berjaya. Kejayaan menyebabkan seseorang itu
mempunyai kuasa manakala kuasa pula menentukan statusnya dalam masyarakat. Kajian juga
mendapati manusia suka berkenalan, bersahabat, bercakap-cakap dan berbual-bual dengan
individu-individu yang mempunyai kuasa dan status. Individu-individu yang berjaya adalah juga
individu-individu yang popular. Mereka mempunyai banyak kenalan dan sahabat. Mereka juga
mempunyai individu-individu yang terikut-ikut gaya dan cara mereka. Dengan cara bercakap-
cakap dan berbual-bual, individu-individu yang sudah berjaya dapat dengan mudah
mempengaruhi pemikiran individu-individu lain supaya menerima gaya dan cara-caranya
melakukan sesuatu serta menyokong idea-idea mereka.

Dalam erti kata lain, mereka perlu membuat orang memandang mereka sebagai
individu-individu yang berjaya, dengan cara itu sasaran mereka akan berminat bercakap-cakap
dan berkenalan dengan mereka. Untuk melukiskan imej individu yang berjaya, salah satu
caranya ialah dengan bercakap menggunakan ciri-ciri bahasa individu yang sudah berjaya.












19

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, komunikasi antara individu dapat merapatkan hubungan silaturahim yang
lebih erat serta mengenali seseorang dengan lebih mendalam. Komunikasi secara dua hala
menyebabkan maklumat dapat disampaikan dengan cepat tanpa ada rasa ragu-ragu. Maklum
balas yang diterima cepat, spontan dan berkualiti. Komunikasi antara individu mempunyai
empat ciri asas iaitu berlaku secara bersemuka, jarak antara kedua pihak yang berkomunikasi
adalah rapat, kedua pihak memberi dan menerima maklumat dan maklumat yang terlibat adalah
maklumat lisan dan juga tanpa lisan.

Komunikasi antara individu merupakan satu elemen penting dalam kehidupan dan
menjadi keperluan yang harus dipenuhi oleh manusia. Orang yang tidak atau kurang
berkomunikasi boleh mendapat berbagai masalah kesihatan mental dan juga fizikal.
Komunikasi antara individu melibatkan dua orang komunikator yang berinteraksi secara
serentak dan mereka saling mempengaruhi antara satu sama alin semasa berinteraksi
biasanya secara bersemuka. Komunikasi antara individu boleh didefinisikan secara kuantitatif
dan juga secara kualitatif.

Tidak dinafikan komunikasi mampu mempengaruhi kehidupan seseorang dan terus
meresap kedalam hidup masyarakat Malaysia. Hasil komunikasi antara individu ialah kita dapat
meneroka diri sendiri mengenai perasaan yang timbul. Selain itu, perubahan dan
mempengaruhi ialah mengenai matlamat atau pencapaian matlamat serta pelaksanaan tugas
secara kreativiti dan inovatif.





20

RUJUKAN

Samsudin A.Rahim . (2003) . Komunikasi Asas . Kuala Lumpur . Dewan Bahasa Dan Pustaka .

Ahmad Marzuki Ismail. 2007.Komunikasi Asas Untuk Pelajar.Shah Alam Selangor.
Karisma Publications Sdn.Bhd

Drs. Augus M Hardjana. 2003. Komunikasi Inteerpersonal Dan Intrapersonal. Kanisius Sdn.
Bhd Yogyakarta. Indonesia.

Saodah Wok.Naimah Nasir. Mohd Yusof Hussain. 2003. Teori-Teori Komunikasi. Wangsa
Melawati. Kuala Lumpur. PTS Publishing Sdn. Bhd

http://eprints.utm.my/10998/ (1 Ogos 2014, 11 pagi)

http://mohd-farid.weebly.com/uploads/1/2/7/4/1274031/pengenalan_komunikasi.pdf
(2 Ogos 2014, 11.40 pagi)

http://www.icu.gov.my/pdf/artikel/book_review_komunikasi_islam.pdf
(6 Ogos 2014, 2 petang)

Jack G. McAuley . (1992) . Komunikasi Antara Manusia . Kuala Lumpur . Dewan Bahasa Dan
Pustaka .

You might also like