You are on page 1of 12

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal


dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun
pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di
Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

NAMA JABATAN : JABATAN KERETAPI NEGERI SABAH

1. No Notis SPANS : 02/2014

Nama Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi)
Lalu Lintas) Gred N17

Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan

Taraf Jawatan : Tetap

Bilangan Kekosongan : Sepuluh (10)

Tempat Kekosongan : Tg Aru, Papar, Saliwangan, Rayoh, Pangi,
Halogilat, Tenom dan Beaufort

Jadual Gaji : Gred N17 : RM928.00 - RM3375.00


1.1. SYARAT LANTIKAN

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan

DAN

(b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan

(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan
komputer)

1.2. FUNGSI BIDANG TUGAS - TUGAS

(KETUA STESEN

* Memeriksa buku laporan (Line Clear) mengenai landasan

* Menghadiri dan mengawasi perkhidmatan keretapi serta mengatur
stesen bila ada perkhidmatan yang akan berselisih

* Menghadiri / mengawasi semua penyata akaun dan menutup akaun
pungutan harian

* Mengurus hal ehwal kakitangan berkenaan jadual kerja, cuti dan
sebagainya

* Memesan keperluan pejabat dan tiket bulanan

* Bertanggungjawab ke atas kebersihan kawasan stesen

* Membuka kaunter dan mejual tiket kepada penumpang

* Memeriksa / menyusun tiket di dalam kabinet dan juga memohon
stok tiket atau Excess Fare KNS.5

* Membuat ringkasan hasil jualan tiket bulanan

* Menyediakan dan melengkapkan carta waktu pergerakan lalu lintas

* Membuka / menutup point

* Menerima dan mencatatkan laporan atau mesej mengenai dengan
keadaan landasan atau perkhidmatan keretapi

* Mengendalikan perhubungan radiophone dengan stesen - stesen lain
atau menyampaikan arahan dan mesej serta melayan semua
panggilan telefon


(PEMBANTU KETUA STESEN)

* Memeriksa buku laporan mengenai keadaan landasan

* Mengurus jadual bertugas kakitangan

* Menghadiri / mengawasi semua perkhidmatan keretapi yang tiba
dan bertolak dari stesen

* Mengurus hal ehwal kakitangan berkenaan jadual kerja, cuti
dan sebagainya

* Memesan keperluan pejabat dan tiket

* Mengeluarkan tiket bulanan dan juga buku Excess Fare
Ticket kepada Gad / Kerani Barang dan Kerani tiket

* Bertanggungjawab ke atas kebersihan kawasan stesen

* Melayan semua panggilan telefon berhubung dengan
perjalanan keretapi

* Menghadiri / mengawasi semua penyata akaun dan menutup akaun
pungutan harian

(GAD)

* Mengendalikan perkhidmatan keretapi penumpang dan barangan

* Memastikan penumpang mempunyai tiket di dalam perkhidmatan
Keretapi

* Memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang di dalam
keretapi

* Menerima dan mengirim barang / bungkusan di perkhidmatan
keretapi

* Melapor Kegelinciran dan kemalangan perkhidmatan keretapi

* Menutup pungutan hasil harian

(KERANI TIKET)

* Membuka kaunter dan seterusnya menjual tiket

* Menutup akaun hasil jualan harian dan membuat ringkasan hasil
jualan tiket bulanan

* memeriksa / menyusun tiket dalam kabinet dan memohon stok tiket
atau Excess Fare KNS.5


1.3. KRITERIA TAMBAHAN / SOKONGAN

Sekurang - kurang mempunyai pengalaman 1 - 3 tahun dalam
bidang berkaitan, aktif dalam bidang sukan / persatuan / kelab.

2. No Notis SPANS : 03/2014

Nama Jawatan : Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) /
Penolong Jurutera ) Gred J17

Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Kejuruteraan

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Taraf Jawatan : Tetap

Bilangan kekosongan : Satu (01)

Tempat kekosongan : Kota Kinabalu

Jadual Gaji : Gred J17 : RM953.00 - RM3490.00


2.1 SYARAT LANTIKAN

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Pendidikan
Seni Visual atau Lukisan Geometri atau Lukisan
Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.

(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: RM953.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
dalam bidang Pelukis Pelan (Seni Bina) atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya).

(Gaji permulaan ialah pada Gred J17: RM1010.77) atau


(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
dalam bidang Pelukis Pelan ( Seni Bina ) atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya).

(Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : RM1068.89)

(b) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.







2.2 FUNGSI BIDANG TUGAS

* Menjalankan kerja - kerja melukis pelan - pelan yang dikehendaki
oleh Pegawai bahagian Kejuruteraan Awam dengan menggunakan
perisian komputer (AutoCAD)

* Menjalankan kerja - kerja pengukuran seperti yang diarahkan
oleh Pegawai bahagian kejuruteraan Awam

* Merekodkan dan memastikan kesemua lukisan pelan - pelan
dalam keadaan yang baik dan selamat

* Memastikan keadaan bilik penyimpanan lukisan sentiasa berada
dalam keadaan bersih dan selamat

* Menjalankan tugas - tugas / arahan - arahan daripada Ketua
Jabatan atau Ketua bahagian dari masa ke semasa.

2.3 KRITERIA TAMBAHAN

Sekurang - kurangnya mempunyai pengalaman selama 1 - 3 tahun
sebagai Pelukis pelan dengan menggunakan perisian komputer
(AutoCAD), atau tahu menggunakan mesin cetak (Plan Printer Plotter),
aktif dalam bidang sukan /kelab / persatuan.


3. No Notis SPANS : 04/2014

Nama Jawatan : Pembantu Kemahiran Gred H17

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan kemahiran

Taraf Jawatan : Tetap

Bilangan Kekosongan : Lima (05)

Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu [4} Beaufort [1}

Jadual Gaji : Gred H17 : RM953.00 - RM3490.00

3.1 SYARAT LANTIKAN

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang - kurangnya
Sijil kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan
yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H17: RM1318.42) atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan serta sekurang -
kurangnya Sijil Kekompetenan Pendawaian Fasa Tunggul yang
dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H17: RM1318.42)

(b) Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3.2 FUNGSI BIDANG TUGAS

* Melaksanakan pemeriksaan harian (berkala) terhadap komponen
dan fungsi stokereta

* Mengenalpasti masalah / ketidaknormalan fungsi komponen
stokereta dan melaporkan perkara berkenaan

* Melaksanakan penyelenggaraan berjadual, pembaikan dan
pembaik pulih komponen stokereta

* Melaksanakan ujian selepas kerja pembaikan dan
pembaikpulihan komponen selesai dilaksanakan

* Menyediakan perkakas yang diperlukan bagi kerja penyenggaraan

* Kerja - kerja berkaitan yang diarahkan dari masa kesemasa.

3.3 KRITERIA TAMBAHAN

Sekurang - kurangnya mempunyai pengalaman selama 1- 3 tahun dalam
bidang berkaitan, aktif dalam bidang sukan / kelab / persatuan.


NAMA JABATAN : JABATAN PELABUHAN DAN DERMAGA

4. No Notis SPANS : 05/2014

Nama Jawatan : Merinyu Kapal [P/O] Gred N17

Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Taraf Jawatan : Tetap

Bilangan Kekosongan : Satu (01)

Tempat Kekosongan : Labuan

Jadual Gaji : Gred N17 : RM928.00 - RM3375.00

4.1 SYARAT LANTIKAN

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;

[Gaji permulaan ialah pada Gred N17: RM928.00]

DAN

(b) Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.

4.2 FUNGSI BIDANG TUGAS

*

5. No Notis SPANS : 06/2014

Nama Jawatan : Pembantu Laut Gred A17

Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pengangkutan

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Taraf Jawatan : Tetap

Bilangan kekosongan : Dua Belas (12)

Tempat kekosongan : Labuan (3) Kota Kinabalu (3) Sandakan (2)
Lahad Datu (1) Kudat (1) dan Tawau (2)

Jadual Gaji : Gred A17: RM938.00 - RM3406.00

5.1. SYARAT LANTIKAN

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

[Gaji permulaan ialah pada Gred A17 : RM938.00] atau

(ii) Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred A17 : RM1053.51] atau

(iii) Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and
Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred A17: RM1053.51] atau

(iv) Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade
Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

[Gaji permulaan ialah pada Gred A17: RM1111.63] atau

(v) Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT
Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf
setara dengannya.

[Gaji permulaan pada Gred A17: RM1344.09]

DAN

(b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu [termasuk lulus Ujian Lisan]
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

5.2. FUNGSI BIDANG TUGAS

*
CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari
Laman web SPANS di alamat http://www.jawatan.sabah.gov.my/ Kemudahan
untuk memohon secara online ini ada disediakan secara percuma di pejabat :

Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah,
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS,
Peti Surat 10998,
88811 KOTA KINABALU.



9.1 Salinan sijil - sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad
pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan
dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA
dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

9.2 Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI
kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dilayan.

9.3 Hanya calon-calon yang layak selepas TAPISAN SAHAJA akan dipanggil untuk
temuduga.

9.4 Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas
EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap
permohonan mereka tidak berjaya.

10.. TARIKH TUTUP PERMOHONAN TIDAK LEWAT ATAU
PADA 21 Ogos 2014.

You might also like