You are on page 1of 11

PPIK 1- TOPIK 1: BAHAN ASLI DAN BAHAN BUATAN MANUSIA

Aktiviti:
1. Rekakan satu kolaj dengan menggunakan bahan-bahan sekeliling anda. Nyatakan
mana satu merupakan bahan asli dan bahan buatan. Huraikan bagaimana bahan-
bahan buatan berasal daripada sumber semula jadi.


Gambar rajah 1 merupakan kolaj yang telah direkakan dengan menggunakan bahan-
bahan yang terdapat di sekeliling.
Bahan Asli
NO. Objek yang digunakan untuk membuat
kolaj
Objek diperbuat oleh:
1 Kertas Kayu
2 Kapas Kapas
3 Batang lidi satay Kayu
4 Dahan pokok Kayu
5 Kain Kapas
6 Benang kasar Kapas
7 Dawai Besi
8 Tisu Kayu

Bahan Buatan Manusia
NO. Objek yang digunakan
untuk membuat kolaj
Objek
diperbuat oleh
Sumber semula jadi
1 Polistirena Plastik Petroleum & gas asli
2 Penutup botol plastic Plastik Petroleum & gas asli
3 Pembalut hadiah Plastik Petroleum & gas asli
4 Plastisin Plastisin Petroleum & garam kalsium
5 Pembuka tin Aloi Aloi aluminium & Besi
6 Manik Plastik Petroleum & gas asli

Kesimpulan bahan asli dan bahan buatan manusia
Bahan Asli Bahan Buatan Manusia
Kayu
Kapas
Besi
Plastik
Plastisin
Aloi

Cara aktiviti 1 dibentangkan adalah seperti berikut:
1. Membahagikan rakan-rakan kepada 3 kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan 2 minit untuk memerhati dan merasai apa bahan yang
telah digunakan untuk membentuk kolaj tersebut dan menuliskannya.
3. Kumpulan yang dapat berjaya menuliskan bahan-bahan yang paling banyak dengan
tepat akan mendapat 10 markah.
4. Seterusnya merupakan sesi soal menjawab. Kumpulan yang berjaya menjawab
bahan yang menghasilkan objek tersebut, nyatakan bahan asli atau bahan buatan
dan sumber semula jadi bagi bahan buatan dengan cepat dan betul akan mendapat
5 markah.
5. Ketidakfahaman rakan juga dibincangkan bersama-sama dan dijelaskan apabila
rakan-rakan menjawab soalan dengan salah dan mempunyai pertanyaan.
6. Selepas sesi soal menjawab, satu kesimpulan tentang bahan asli dan bahan buatan
manusia telah dibuat bagi mengukuhkan kefahaman rakan-rakan.
7. Markah yang dikumpulkan oleh setiap kumpulan akan dibawa ke aktiviti yang
seterusnya.

2. Berdasarkan 3 gambar, pilih salah satu dan nyatakan apakah bahan asli atau bahan
buatan yang diperlukan untuk menjadikan setiap objek. Cadangkan bahan-bahan lain
yang mungkin boleh digunakan serta nyatakan sama ada item-item ini adalah semula
jadi atau bahan buatan.




Rajah 2 menunjukkan bahagian-bahagian kereta yang dilabelkan.

Stereng
Lampu
Bumper
Nombor plat
Tali pinggang keledar
Cermin hadapan
Tayar
Badan
Enjin
Kerangka
Wayar
Bahagian-bahagian kereta diperbuat oleh bahan-bahan asli atau bahan buatan
Bahagian kereta Bahagian diperbuat oleh Bahan Asli / Bahan Buatan
Wayar Kuprum
Getah Sintetik
Bahan Asli
Bahan Buatan
Enjin Aloi Logam
(Besi, Aluminium, Carbon)
Bahan Buatan
Tali pinggang keledar Gentian Sintetik Bahan Buatan
Kerangka Keluli Bahan Buatan
Nombor plat Aloi Aluminium Bahan Buatan
Bumper Plastik Bahan Buatan
Lampu Plastik Polikarbonat Bahan Buatan
Badan Aloi Aluminium
Keluli
Bahan Buatan
Stereng Thermoplastik Bahan Buatan
Cermin hadapan Kaca Bahan Buatan
Tayar Getah Sintetik Bahan Buatan

Kesimpulan bahan asli dan bahan buatan dalam bahagian-bahagian kereta




Bahan Buatan
Getah Sintetik
Plastik
Gentian Sintetik
Kaca
Aloi Aluminium
Aloi logam
Keluli
Bahan Asli
Kuprum
Cadangan-cadangan bahan-bahan lain yang mungkin boleh digunakan
Bahan Bahagian Kereta Bahan lain Bahan Asli / Bahan Buatan
Enjin Logam Enjin Gentian Karbon Bahan Buatan
Kerangka keluli Kerangka Gentian Karbon Bahan Buatan
Bumper plastik Bumper getah sintetik Bahan Buatan

Cara aktiviti 1 dibentangkan adalah seperti berikut:
1. Rakan-rakan masih dalam kumpulan 3 orang yang telah dibahagikan dalam aktiviti
sebelum itu.
2. Setiap kumpulan dihendaki melukis sebuah kereta yang mempunyai bahagian-
bahagian yang sempurna.
3. Kumpulan yang mempunyai lukisan yang paling cantik diberi 5 markah bonus.
4. Selepas itu, setiap kumpulan dikehendaki melabel setiap bahagian terdapat dalam
kereta bersama dengan guru.
5. Seterusnya, semua kumpulan dikehendaki berbincang antara ahli kumpulan tentang
bahagian kereta yang diperbuat oleh bahan apa dan bahan tersebut ialah bahan asli
atau bahan buatan. Selepas berbincang, setiap kumpulan menghantar seorang wakil
untuk menulis jawapan di papan hitam. Kumpulan yang berjaya menyata bahan yang
menghasilkan bahagian-bahagian tersebut dan diperbuat oleh bahan asli atau bahan
buatan akan mendapat 5 markah bagi setiap bahagian kereta dinyata dengan betul.
6. Kumpulan yang diberikan hadiah iaitu kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi
iaitu markah dikumpul dari aktiviti pertama dan aktiviti kedua.
7. Akhirnya, cadangan bahan-bahan yang mungkin boleh membuat bahagian-bahagian
kereta diberi kepada rakan.




Komponen PPIK:
Kenalpastikan topik-topik dalam kurikulum sains sekolah rendah yang ada berkaitan
dengan isi kandungan ini.
Rancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menarik untuk
mengajar topik berkenaan.
Demonstrasikan aktiviti ini dan jelaskan prinsip pedagogi yang telah digunakan
dalam pengajaran anda.

Sasaran: Murid-murid tahun 4
Topik: Sumber bahan
Langkah Penerangan
1 Guru menarik perhatian murid-murid dengan menayangkan video
puteri dan putera. Guru member peluang kepada setiap murid untuk
menyolekkan gadis yang hodoh supaya dia boleh menjadi puteri.
2 Guru menunjukkan gambar benda-benda yang boleh ditambahkan
terhadap gadis tersebut yang telah dicadangkan oleh murid-murid
dengan menggunakan teknik ICT. Sebagai contoh, pakaian, barang
perhiasan, kasut kaca, selendang dan sebagainya.
3 Guru menggunakan setiap gambar yang ditunjukkan untuk menyoal
murid-murid tentang bahan-bahan yang telah digunakan serta sumber
bahan tersebut. Sebagai contoh, kapas, getah, kayu, bulu, sutera, kulit,
logam, tanah, plastik, gentian sintetik adalah jenis bahan yang
digunakan manakala tumbuhan, haiwan, batuan dan petroleum adalah
sumber bahan. Guru berinteraksi dengan murid-murid sambil
menunjukkan bahan maujud supaya murid-murid boleh sentuh bahan-
bahan tersebut serta lebih memahami jenis bahan-bahan yang
digunakan. Murid-murid juga memberi contoh benda yang
menggunakan bahan yang sama dalam seharian kehidupan mereka.
4 Guru merancangkan beberapa aktiviti untuk mengukuhkan kefahaman
murid-murid terhadap sumber bahan. Aktiviti pertama adalah murid-
murid cuba menggantikan bahan objek yang ada dalam gambar
dengan bahan lain serta menambahkan objek yang perlu ada dengan
menyenaraikan bahan-bahan tersebut. Berikut adalah gambar
tersebut:

Sebagai contoh, kulit sofa yang diperbuat oleh kapas boleh ditukarkan
kepada bahan bulu haiwan manakala cermin yang diperbuat oleh
bahan tanah boleh ditambahkan dalam gambar tersebut.
Melalui aktiviti ini, murid-murid berpeluang mengaplikasikan ilmu
pengetahuan yang baru dibina dalam situasi yang baru. Dengan ini,
mereka dapat menguasai pengetahuan tersebut secara bermakna.
5 Aktiviti seterusnya adalah murid-murid dibahagikan kepada dua
kumpulan. Setiap kumpulan diberi 4 keping gambar, iaitu tumbuhan,
haiwan, batuan dan petroleum. Wakil kumpulan dikehendaki
mengangkat gambar yang betul dan semua ahli kumpulan perlu
menyebut nama gambar tersebut secara sebulat suara. Kumpulan
yang paling cepat menjawab dengan betul akan mendapat markah.
Sebagai contoh, guru menunjukkan gambar belon dan wakil kumpulan
perlu mengangkat gambar tumbuhan sebagai sumber bahan kepada
belon serta semua ahli kumpulan perlu menyebut perkataan
tumbuhan secara sebulat suara.
Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat berfikir dan memberi respon
dengan cepat terhadap benda-benda yang berbeza serta lebih faham
terhadap jenis bahan yang digunakan untuk sesuatu barang.
6 Aktiviti yang terakhir adalah kedua-dua kumpulan perlu mencari 12
keping gambar yang telah tersembunyi masing-masing. Selepas itu,
ahli kumpulan perlu melekat gambar-gambar tersebut dalam kertas
mahjong dan membuat satu peta minda mengikut gambar-gambar
yang telah dicari. Akhirnya, setiap kumpulan perlu membentangkan
peta minda tersebut. Berikut adalah hasil peta minda salah satu
kumpulan:

Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat bekerjasama antara satu sama
lain serta berkongsi pengetahuan yang baru dibina dengan ahli
kumpulan yang lain. Pada masa yang sama, murid-murid juga boleh
membuat refleksi untuk mengenalpasti pengetahuan yang baru dibina
adalah betul.
7 Guru membuat satu peta minda yang merangkumi keempat-empat
sumber bahan serta setiap bahan yang digunakan dari sumber bahan
tertentu. Berikut adalah peta minda tersebut:













Prinsip pedagogi yang telah digunakan dalam pengajaran tersebut adalah pendekatan
konstruktivisme. Model Needham adalah strategi yang telah saya jalankan dalam
pengajaran saya.
Fasa Tujuan Kaedah
1.
Orientasi

Untuk menarik perhatian,
menimbulkan minat dan
menyediakan suasana.
1)Menanyakan soalan tentang
cerita puteri dan putera.
2)Menayangkan video tentang
cerita seorang gadis yang
hodoh.
2.
Pencetusan
Idea
Menyedari dan mengetahui
pengetahuan sedia ada pelajar.
1) Memberi soalan supaya
murid-murid dapat
menyolekkan gadis tersebut.
2) Menanyakan murid-murid
tentang bahan semula jadi dan
bahan buatan manusia yang
telah digunakan.
3.
Penstrukturan
Semula Idea
Mengenalpasti idea-idea alternatif
dan memeriksa secara kritis idea-
idea sedia ada sendiri.
Pengubahsuaian, pengembangan
atau menggantikan dengan idea
baru. Memberi peluang untuk
murid-murid saling bertukar idea.
Menguji kesahan idea-idea yang
1) Perbincangan antara murid
dan membuat interaksi yang
aktif dengan guru.
2) Membuat latihan secara
berulangan dengan cara
penyoalan dan penilaian.
baru dibina.
4.
Aplikasi Idea

Pengukuhan kepada idea yang
telah dibina dalam situasi baru
dan biasa.
1) Menunjukkan satu situasi
yang biasanya wujud di
sekeliling murid-murid supaya
mereka dapat menyelesaikan
masalah yang diberi oleh
cikgu.
2) Memberi peluang kepada
murid-murid untuk mencari
gambar-gambar yang
berkenaan dan melekat dalam
peta minda dengan betul.
5.
Refleksi
Menyedari tentang perubahan
idea murid. Murid dapat membuat
refleksi sejauh manakah idea asal
mereka telah berubah.
Perbincangan kumpulan dan
membuat pembentangan
dalam kelas.

You might also like