You are on page 1of 15

KATA MAJMUK

DISEDIAKAN OLEH:
DAYANGKU NURUL AKMAL BINTI
AWANG MUSTAPHA
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
KATA MAJMUK
Dikenali juga sebagai rangkai kata
Merupakan proses yang
merangkaikan dua atau lebih kata
dasar dan bentuk yang terhasil itu
membawa makna yang tertentu.
Misalnya: rumah tangga, Ketua
Menteri



http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
Terdapat sebilangan kata majmuk
yang tidak membawa makna
rujukan dan kata ini digunakan
sebagai kata penghubung ayat
Contoh: barangkali, oleh itu, walau
bagaimana

http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
Kata majmuk hampir menyerupai
frasa, tetapi sebenarnya berbeza
daripada frasa kerana tidak dapat
disisipkan sebarang unsur antara
unit unitnya.
Contoh : daya tahan, campur aduk,
tandatangan
Tidak boleh disisipkan oleh unsur lain
di tengahnya kerana akan memberi
pengertian yang lain.
Dalam penulisan, ia bertindak sebagai satu
unit, tetapi dieja terpisah melainkan bagi
bentuk-bentuk yang mantap
Dari segi penggunaan ayat pula , kata majmuk
tidak dapat berfungsi sebagai kata kerja.
Jika kata majmuk digunakan sebagai kata kerja,
kata tersebut kata terbitan, iaitu
menggabungkannya dengan imbuhan kata
kerja tertentu
Contoh : tolak ansur ~ bertolak ansur


KONSEP|BENTUK KATA MAJMUK|KEKECUALIAN | PENGGANDAAN
Bentuk Kata Majmuk
Kata
Majmuk
Kata majmuk rangkaian kata bebas
Kata majmuk berbentuk istilah khusus
Kata majmuk simpulan bahasa
KONSEP|BENTUK KATA MAJMUK|KEKECUALIAN | PENGGANDAAN
1) Kata majmuk rangkai kata bebas
Bentuk kata majmuk yang tidak mempunyai
hubungan makna antara perkataan pertama dengan
perkataan kedua, yakni kedua- dua perkataan itu
mendukung makna tersendiri.
Contoh: jam dan tangan masing- masing mempunyai
makna tersendiri, iaitu jam ialah alat bagi
menunjukkan waktu manakala tangan ialah salah
satu anggota pada tubuh manusia.

Alat tulis Jalan raya
Botol susu Timbalan Pengarah
Terima kasih Penolong Pengarah
BKM | KM2 | KM3
2) Kata majmuk istilah khusus
Terdiri daripada rangkai kata yang
digunakan bagi merujuk kepada istilah
istilah tertentu dalam sesuatu bidang ilmu.
Lazimnya, terdapat bidang sains, matematik
dan geografi.

Keratan rentas Tabung uji
Garis lurus Jangka lukis
Garis pusat Telefon dail terus
BKM | KM1 | KM3
3) Kata majmuk simpulan bahasa
Terdiri daripada rangkai kata yang terhasil
dari simpulan bahasa.
Sebahagian besar simpulan bahasa bagi
Bahasa Melayu adalah dalam bentuk kata
majmuk
cepat tangan senyum simpul
Pilih kasih duit kopi
buah hati batu api
BKM | KM1 | KM2
BENTUK YANG TELAH MANTAP
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata
majmuk yang penggunaannya telah
dianggap mantap sebagai satu perkataan
yang utuh walaupun sebenarnya terdiri
daripada dua kata dasar.
Perkataan tersebut tetap dieja sebagai satu
perkataan
daripada tandatangan
manakala setiausaha
antarabangsa sukacita
KONSEP|BENTUK | BENTUK MANTAP | PENGGANDAAN | PENGIMBUHAN
Contoh perkataan yang tergolong dalam
golongan kata tertentu yang lazimnya dieja
bercantum
Kata Nama Peribadi, Hulubalang, Dinihari
Kata Adjektif sukacita, dukacita
Kata Sendi Nama kepada, daripada
Kata Hubung apabila, manakala, darihal, walhal
Kata Tanya Bagaimana
KONSEP|BENTUK | BENTUK MANTAP | PENGGANDAAN | PENGIMBUHAN
PENGGANDAAN KATA MAJMUK
Apabila kata majmuk digandakan, hanya
melibatkan unsur pertama sahaja.
Bagi kata majmuk yang terdiri daripada
simpulan bahasa dan bentuk yang sudah
mantap penggandaan melibatkan seluruh
unsurnya seperti contoh yang lain:
Jalan jalan raya Suku suku kata
Timbalan timbalan Pengarah pesuruhjaya- pesuruhjaya
Warganegara- warganegara Buah hati buah hati
KONSEP|BENTUK | BENTUK MANTAP | PENGGANDAAN | PENGIMBUHAN
PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk
menghasilkan kata terbitan.
Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua
bentuk, iaitu:
a) Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang
merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya
tetap terpisah
campur aduk bercampur aduk
ambil alih mengambil alih
daya serap daya serapan
KONSEP|BENTUK | BENTUK MANTAP | PENGGANDAAN | PENGIMBUHAN
PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
b) Apabila kata majmuk menerima imbuhan
yang merupakan apitan, ejaannya menjadi
tercantum.
campur aduk mencampuradukkan
urus niaga diurusniagakan
daya serap kedayaserapan
KONSEP|BENTUK | BENTUK MANTAP | PENGGANDAAN | PENGIMBUHAN
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/

You might also like