You are on page 1of 7

TUTORIAL 3

1. Sabun ialah garam natrium yang boleh dihasilkan di dalam makmal daripada
minyak kelapa sawit. Sabun dikatakan kurang berkesan sebagai bahan pencuci
di dalam air liat berbanding menggunakan detergen.
a) Dengan menggunakan bahan-bahan dan reagen yang sesuai, perihalkan
dengan ringkas proses penyediaan sabun di dalam makmal dan terangkan
mengapa sabun disebut sebagai suatu garam natrium.
Campurkan 10 ml (kuantiti kecil) minyak kelapa sawit dengan 5 ml (kuantiti
kecil) larutan natrium hidroksida pekat dalam sebuah bikar.
Tambahkan 50 ml air suling dan panaskan sehingga mendidih selama lebih
kurang 10 minit, kemudian biarkan sejuk.
Tambahkan larutan natrium klorida kepada campuran dan didihkan selama
lebih kurang 5 minit. Kemudian biarkan sejuk.
Turaskan pepejal sabun dan keringkan dengan kertas turas.
Mengapa sabun disebut sebagai satu garam natrium?
Hujung hidrofilik pada molekul sabun adalah ion daripada asid karboksilik
atau kumpulan COOH. Atom H ditukar ganti oleh ion natrium daripada
natrium hidroksida, NaOH.
RCOOH + NaOH RCOO

Na+ + H
2
O
Garam natrium (sabun)











b) Terangkan perbezaan antara sabun dan detergen dengan merujuk kepada
sifat-sifat kimianya dan kebolehannya mencuci kotoran.
Sabun Sifat Detergen
Garam natrium daripada
asid lemak berantai
panjang
jenis garam (produk) garam natrium daripada
asid benzene sulfurik
berantai panjang atau
garam natrium daripada
alkil hidrogen sulfat
berantai panjang
garam kalsium dan
magnesium sabun tidak
larut dalam air; kurang
berkesan dalam air liat.
garam kalsium dan
magnesium
garam kalsium dan
magnesium detergen larut
dalam air, tidak dipengaruhi
oleh air liat.
disediakan daripada
minyak dan lemak asli
penyediaan disediakan daripada
hidrokarbon petroleum
tidak boleh digunakan
dalam medium berasid
kesan dalam
keadaan berasid
boleh digunakan dalam
medium berasid.
sabun adalah
terbiodegradasikan
kesan degradasi kebanyakkan detergen
adalah tidak
terbiodegradasikan

Tunjukkan mengapa detergen mencuci kotoran dengan lebih baik di dalam air
liat berbanding sabun.
garam kalsium dan magnesium detergen larut dalam air, oleh itu detergen
tidak membentuk kekat (scum) dalam air liat berbanding sabun.
lebih banyak molekul detergen boleh bertindak ke atas kotoran berbanding
sabun, oleh itu kesan pencucian lebih baik.


2. Ammonia memberikan banyak kegunaan dalam kehidupan harian kita. Rajah di
bawah menunjukkan proses pengeluaran ammonia secara industri.

Nitrogen dan hidrogen yang tidak bertindak balas



a) Namakan proses pengeluaran ammonia secara industri ini.
Proses Haber proses pembuatan ammonia
(unsur nitrogen dan unsur hydrogen digabung secara langsung untuk
membentuk ammonia.)
b) Bahan mentah bagi proses ini ialah gas hidrogen dan gas nitrogen.
i. Namakan sumber bagi gas hidrogen dan gas nitrogen bagi proses ini.
Hidrogen : diperoleh daripada gas asli
Nitrogen : diperoleh daripada udara
ii. Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi tindakbalas antara gas hidrogen
dan nitrogen.
N
2
(g) + 3H
2
(g) 2NH
3
(g) H = 180kJmol
-1
iii. Namakan mangkin yang digunakan dalam tindakbalas ini.
Besi
iv. Nyatakan suhu dan tekanan optimum yang digunakan dalam proses ini.
Suhu : 450C
Tekanan : 200 atmosfera
kebuk
bermangkin
kebuk penyejuk Nitrogen
Hidrogen
cecair
ammonia
c) Berikan dua kegunaan ammonia
1) membuat baja bernitrogen bagi sector pertanian
2) ammonia digunakan sebagai agen pembersih untuk membersihkan kotoran
bergris.


















3) Penghasilan asid nitric secara industri adalah dengan menggunakan kaedah
pengoksidaan bermangkin ammonia atau dikenali sebagai proses Oswald.
a) Dengan menyatakan dua bahan pemula yang diperlukan dalam pembuatan
asid nitrik dalam industri dan magkin yang digunakan. Tuliskan tiga pesamaan
kimia yang seimbang yang berlaku dalam proses Oswald.
1) ammonia dioksidakan kepada nitrogen monoksida
4NH
3
(g) + 5O
2
(g) 4NO(g) + 6H
2
O(ce)
2) nitrogen monoksida dioksidakan kepada nitrogen dioksida
2NO(g) + O
2
(g) 2NO
2
(g)
3) nitrogen dioksidakan dicampurkan dengan oksigen dan dilarutkan dalam air
untuk membentuk asid nitrik
4NO
2
(g) + O
2
(g) + 2H
2
O(ce) 4HNO
3
(ak)
b) i. Selain daripada kepentingannya di dalam industri baja jelaskan dua
kegunaan asid nitric dalam kehidupan seharian.
1) Ammonia digunakan sebagai bahan penyejuk.Ini adalah kerana gas
ammonia mudah dimampatkan dan mempunayi muatan haba
pengewapan yang tinggi.
2) Ammonia digunakan sebagai agen pembersih untuk membersihkan
kotoran bergris.
ii. Cadangkan dua kepentingan menggunakan baja ammonia nitrat.
Mempunyai unsur-unsur yang diperlukan oleh tumbuhan
digunakan secara meluaskan untuk merawat tanah dan menyuburkan
semua jenis tumbuhan

4. Asid sulfurik merupakan salah satu bahan kimia industri yang sangat penting.
Proses sentuh dijalankan untuk menukarkan bahan-bahan mentah iaitu sulphur,
oksigen dan air kepada asid sulfurik.
a) Lengkapkan persamaan kimia seimbang bagi keempat-empat langkah
penghasilan asid sulfurik melalui proses Sentuh.
Langkah 1: S + O
2
SO
2

Langkah 2: 2SO
2
+ O
2
2 SO
3

Langkah 3: SO
3
+ H
2
SO
4
H
2
S
2
O
7
(oleum)
(pekat)
Langkah 4: H
2
S
2
O
7
+ H
2
O 2 H
2
SO
4


b) Nyatakan dua kegunaan asid sulfurik dalam bidang industri pembuatan.
1) Asid sulfurik dalam pembuatan baja kimia
2) Asid sulfurik dalam pembuatan detergen








c) Ammonium sulfat merupakan bahan kimia yang terhasil daripada tindak balas
antara ammonia dan asid sulfurik. Bahan kimia ini digunakan secara meluas
dalam kehidupan seharian.
i. Tuliskan persamaan kimia seimbang bagi tindak balas penghasilan
ammonium sulfat.
H
2
SO
2
(ak) + 2NH
3
(ak) (NH
4
)
2
SO
4
(ak)
ii. Hitungkan peratus kandungan nitrogen dalam ammonium sulfat.
( Jisim atom relatif : N = 14, H = 1, S=32, O =16)

persamaan kimia bagi ammonia sulfat = (NH
4
)
2
SO
4

Jumlah jisim keseluruhan = 14(2) + 1(4)(2) + 32 + 16(4)
= 28 + 8 + 32 + 64
= 132 g/mol
Peratus unsur = Jumlah Jisim Unsur X 100%

=
132
28
X 100%
= 21.2 % kandungan nitrogen
Jumlah Jisim Keseluruhan

You might also like