You are on page 1of 1

Laporan AJK Aktiviti

Sesi 1: Orienteering
Sesi pertama bagi perkhemahan adalah berkaitan dengan aktiviti orienteering
yang diketuai oleh pensyarah pandu puteri, Pn Rohaya binti Ahmad. Sebelum
perkhemahan, ahli jawatankuasa aktiviti bagi aktiviti ini telah berjumpa dengan Puan
Rohaya binti Ahmad untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan apa yang perlu
disediakan, sama ada pinjam atau photostat untuk membolehkan aktiviti orienteering ini
berjalan dengan sempurna pada wakti perkhemahan nanti.
Sebanyak 28 kompas telah dipinjam daripada unit gerko di bawah arahan Puan
Rohaya dan 2 pek kertas A4 yang berlainan warna telah diambil daripada unit gerko.
Nota-nota juga telah dicetakkan untuk diberikan kepada setiap ahli sebagai rujukan
semasa aktiviti dijalankan.
Semasa sesi ini dijalankan, semua ahli pandu puteri telah menerima taklimat
ringkas tentang apa itu orienteering daripada Puan Rohaya dan beliau juga telah
menunjukkan cara bagaimana menjalankan aktiviti orienteering dan menggunakan
kompas. Orienteering merupakan sejenis sukan rekreasi yang memerlukan peserta
mengemudi dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan lain berpandu kepada
peta dan kompas yang diberikan dan telah ditandakan di atas peta dan ditentukan di
permukaan bumi mengikut susunan tertentu. Aktiviti ini berbeza dengan sukan pandu
arah kerana banyak melibatkan penggunaan istilah dan mempunyai peraturannnya
yang telah ditetapkan. Semua ahli pandu puteri dikehendaki untuk melibatkan diri dalam
pertandingan orienteering mengikut patrol masing-masing.
Selepas balik daripada perkhemahan, semua bahan yang dipinjam telah
dipulangkan pada hari yang seterusnya. Sebanyak 28 kompas yang telah dipinjam
daripada unit gerko telah dipulangkan dan 2 pek kertas A4 yang telah diambil daripada
unit gerko yang lebih dan tidak digunakan juga dipulangkan kepada unit gerko.



Disediakan oleh,
Liew Ying Hui
( AJK Aktiviti - Sesi 1: Orienteering )

You might also like