You are on page 1of 19

1

Pengenalan
Pada zaman globalisasi ini, dunia telah mengalami berubahan yang pesat
agak kemajuan dalam pelbagai bidang boleh mencapai. Walaubagaimanapun
kemajuan telah membawa pengorbanan hidup manusia. Ini telah memberi
pelbagai cabaran dalam kehidupan manusia.
Kesibukan ibu bapa dalam kerja meningkatkan tahap ekonomi dalam
sebuah keluarga tetapi telah mengorbankan masa berinteraksi antara dewasa
dengan kanak-kanak. Kemajuan dalam media massa telah menigkatkan tahap
manusia untuk mendapat informasi, tetapi juga ia juga boleh digunakan
supayainformasi yang tidak benar boleh disebar.
Sekolah merupakan masyarakat versi kecil, anda boleh melihat
kepelbagaian masalah berlaku pada kanak-kanak terutamanya apabila
berubahan pesat telah berlaku pada masyarakat kita. Contohnya, kanak-kanak
berbuat perkara yang pelik untuk menarik perhatian orang lain, kanak-kanak
mempelajari aksi yang tidak normal daripada filem-filem tertentu, kanak-kanak
memponteng sekolah akibat dipengaruh oleh rakan sebaya.
Disini bimbingan dan kaunseling diperkenalkan untuk menangani masalah
masyarakat yang berversi kecil. Tujuannya adalah supaya kanak-kanak yang
masih tidak boleh berfikir secara berasional boleh mencari jalan agar mencari
kesejahteraan dan dapat menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh
sendiri.
Dibawah akan menjelaskan konsep, matlamat dan keperluan bimbingan
dan kaunseling secara berasingan supaya membezakan Bimbingan dan
Kaunseling merupakan perkara yang berlainan tetapi boleh dijalankan secara
serentak agar manusia boleh mencari kesejahtera hidup.
Konsep Bimbingan
Bimbingan merupakan nasihat yang diberi kepada murid atau klien untuk
berfikir secara rasional dengan membuat keputusan bijak. Pembimbing tidak
2

membuat keputusan untuk klien tanpa mengambil kira apa langkah yang diambil
ketika membimbing, matlamat dan hasil yang dicapai perlu individu itu berusaha
untuk mendapatkannya.
Nasihat-nasihat yang diberi oleh pembimbing boleh dijadikan sebagai
motivasi kepada klien, analisa keputusan yang dibuat oleh klien boleh membawa
apa akibat kepada klien, atau menjawab soalan kepada klien adakah keputusan
ini boleh membawa kegembiraan kepada klien pada masa hadapan.
Shertez dan stone(1974) menerangkan bimbingan sebagai suatu proses
yang membantu indiviu memahami diri mereka dan dunia mereka. Pembimbing
membantu murid untuk menyedari segala kekuatan dan kelemahan mereka.
Dengan itu, mereka akan menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan
kebolehan dan minat mereka.
McDaniel dan Shaftel (1956) menyatakan bimbingan ialah suatu pola
khidmat yang merangkumi orientasi maklumat pendidikan dan kerjaya,inventori
individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.

Rajah 1 Aktiviti-aktiviti bimbingan
Klien
Penempatan
aktiviti-aktiviti
susulan
maklumat
pendidikan
dan kerjaya
inventori murid
3

McDaniel dan Shaftel telah mejelaskan aktiviti-aktiviti asas yang biasa
dijalankan dalam bimbingan. Perkhidmatan penempatan diadakan untuk
membantu murid memilih kegiatan bidang yang sejajar dengan keboleh, minat
dan kemampuan mereka. Perkhidmatan aktiviti-aktiviti susulan merupakan
pelbagai aktiviti yang dijalankan mengikut situasi. Bimbingan juga mementingkan
memberi maklumat kerjaya untuk menrangsamg murid memilih jalan yang betul.
Inventori murid merupakan kerja yang mengendalikan fail murid untuk mengikuti
bimbingan pada masa hadapan.
Seperti saya kata sekolah merupakan masyarakat versi kecil di atas.
Murid-murid di sekolah adalah berbeza-beza daripada segi taraf sosioekonomi ,
aras motivasi dan sahsiah. Ada di antara mereka yang gemar bercampur gaul
dengan rakan manakala ada juga yang suka bersendirian. Ada murid yang
begitu bersemangat dan berfokus dalam pelajaran da nada pula yang sebaliknya.
Ada murid yang mempunyai ibu bapa yang prihatin dan penyayang manakala
ada pula yang sering balik ke rumah yang kosong dan digin suasananya.
Dengan masyarakat yang mempunyai kepelbagai orang yang daripada lapisan
masyarakat, pelbagai masalah juga akan berlaku di sekolah.
Dengan itu, seorang guru akan mengalami pelbagai masalah murid, sama
ada masalah disiplin yang ringan atau yang lebih berat. Lantaran itu,
perkhidmatan bimbingan amat diperlukan bagi membantu guru menangani
pelbagai masalah murid di sekolah-sekolah.
Matlamat bimbingan
Objektif perkhidmatan bimbingan seperti yang disenaraikan dalam buku
panduan Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia(1993) adalah seperti berikut:
1. Memberikan khidmat penyuburandan pengayaan meliputi semua aspek
perkembangan murid-murid. Hal ini dapat dilakukan dengan menyediakan
peluang kemudahan dan pengalaman yang sejajar dengan kemampuan
dan potensi murid.
4

2. Menyediakan khidmat pencegahan seperti menghindarkan murid-murid
daripada terlibat dalam masalah displin, tingkah laku yang tidak bersopan,
penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
3. Menyediakan perkhidmatan kaunseling krisis.
4. Menyediakan perkhidmatan pemulihan seperti membantu murid
mengatasi masalah akademi, sosioemosi dan kerjaya.

Konsep Kaunseling
Isitilah kaunseling berasal daripada perkataan inggeris counselling.
Perkataan ini diberikan pelbagai definisi oleh banyak tokoh dalam bidang ini.
Saya memilih beberapa yang sesuai dengan penjelasan saya terhadap
kaunseling.
Corey (1977) berpendapat kaunseling ialah proses dimana klien diberi
kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulitan baginya.
Penerokaan ini akan menimbulkan keinsafan tentang dirinya serta pilihan-pilihan
yang boleh dilakukan agar mencapai kehidupan yang lebih berkesan.
McLeod, J(2007) menjelaskan kaunseling sebagai satu aktiviti yang mana
seseorang yang bermasalah menjemput dan membenarkan seorang individu lain
membina hubungan istimewa dengannya. Ini bertujuan untuk membolehkannya
meluahkan masalah, meneroka,mempelajari serta mencari penyelesaian dan
menikmati kehidupan yang bermakna.
Kaunseling boleh didefinisikan sebagai satu interaksi yang berlaku di
antara dua orang individu yang dikenali sebagai klien dan kaunselor. Situasi ini
berlaku dalam keadaan yang formal dan professional serta di mulakan dan di
kekalkan dengan pertolongan perubahan tingkah laku. Dalam kedaan ini
kaunselor adalah individu yang mempunyai pengetahuan yang amat luas dan
berkebolehan sehinggalah boleh membuatkan seorang itu melakukan
keputusan yang tepat.
5

Kaunseling berbeza dengan bimbingan di aspek diman kaunseling lebih
diberi fokus kepada membantu klien berubah dari segi fikiran, tingkah lakunya.
Manakala, bimbingan merupakan proses membantu individu membuat pilihan
berdasarkan kehidupan mereka dan mencari kesederhanaan antara pilihan
sendiri dan kemampuan sendiri.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu
memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan
atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat
menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah
proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien
yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan
objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah.
Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang
perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu,
ia juga kembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan
kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan Bahawa setiap individu
dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan
masing-masing.
Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia
bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling
merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang
meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan
pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien
membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui
baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Matlamat kaunseling
1. Membantu murid-murid membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi,dan
akademik dengan keadaan di sekolah, peraturan-peraturan dan tatatertib.
6

2. Mewujudkan peluang untuk setiap murid mengembangkan daya
kebolehan dirinya mengikut kesanggupannya.
3. Mengenal pasti kesulitan-kesulitan yang menganggu pencapaian
akademik murid-murid dan mengadakan langkah-langkah untuk
mengatasinya seperti merujukkan kepada guru-guru berkenaan.
4. Membantu murid-murid yang kurang bernasib baik untuk
mengembangkan kebolehannya ke tahap yang maksimum supaya
memperolehi pencapaian yang lebih baik.
5. Membentuk sifat-sifat sosial yang psoitif seperti
bertanggungjawab,bersemangat, rajin, daya cipta, berdikari dan
kepimpinan.
6. Membantu murid-murid memahami kebolehan, bakat, minat serta
kelemahan-kelemahan diri. Pemahaman ini penting untuk memilih mata
pelajaran dan jurusan serta perancangan kerjaya.
7. Menolong murid-murid membina tabiat kerja yang baik. Ini akan
membolehkan mereka menyiapkan kerja sekolah dengan teratur serta
menepati masa.
8. Menolong murid-murid mengemabngkan secara seimbang iaitu
jasmani,emosi, rohani dan intelek.
9. Membentuk murid-murid yang berkebolehan berfikir secara rasional dan
mengelak krisis daripada berlaku.
10. Membentuk murid-murtid yang stabil emosinya serta sentiasa berada
dalam keadaan yang tenang dan bahagia.
11. Menolong murid-murid memperolehi kemahiran-kemahiran tertentu untuk
menyelesaikan masalahnya.
12. Menolong murid-murid memahami sesuatu masalah dari suatu sudut yang
luas.
13. Menolong murid-murid membuat keputusan yang bijaksana dalam
pelbagai situasi hidupnya.
14. Menolong murid-murid memperolehi kemahiran berkomunikasi supaya
perkembangan aspek sosioekonomi dapat ditingkatkan lagi.
7

15. Menolong murid-murid menjalani program orientasi ketika bertukar dari
sekolah rendah ke sekolah menengah. Program tersebut dapat
mempercepatkan proses penyesuaian dengan situasi yang baru bagi
murid berkenaan.
16. Menolong murid-murid mendapatkan pengetahuan dan maklumat kerjaya
bagi memudahkan mereka membuat permohonan ke institusi-institusi
pengajian yang berkenaan.
17. Mengadakan kem motivasi dari semasa ke semasa bagi murid-murid
dengan tujuan meningkatkan aras motivasi terhadap kerja.
18. Bekerjasama dengan ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka
dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Keperluan dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Untuk memenuhi kepelbagaian corak hidup daripada golongan peljar yang
berlain, sekolah perlu mengadakan unit bimbingan dan kaunseling. Pelajar yang
datang daripada pelbagai kaum, agama, sosioekonomi dan sebagainya perlu
belajar bersama-sama, untuk mengadakan sebuah institute belajar yang boleh
memenuhi setiap golongan, unit bimbingan dan kaunseling perlu diadakan untuk
menyelesaikan masalah-masalah konflik oleh pelajar sama ada dari segi
interpersonal dan intrapersonal.
Unit bimbingan dan kaunseling ini perlu menjalankan tugas-tugas
seharian untuk membantu setiap kelompok pelajar di sebuah sekolah. Menurut
unit bahagian sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM),
mencadangkan unit ini perlu bersifat menyeluruh, menekankan perkembangan,
pembaikan dan pemulihan, terbuka serta menggalakkan penglibatan murid-murid
secara aktif, bersepadu serta menerapkan unsur-unsur bimbingan melalui
kurikulum dan kurikulum dan kokurikulum, bersifat pelbagai mobility, iaitu
meliputi pelbagai aspek perkembangan individu seperti kognitif, psikomotor,
afektif, jasmani, moral atau agama, dan akhirnya kejantinaan, vokasional atau
kerjaya, berbentuk mengajar sama ada melalui bimbingan individu atau
kelompok.
8

Dibawah kita boleh lihat jenis-jenis perkhidmatan yang boleh dibuat di
dalam sekolah untuk membantu murid-murid.
1. PERKHIDMATAN KAUNSELING
a) Kaunseling individu atau kelompok.
Kaunseling boleh dibuat secara individu dan sekelompok.
Kauseling individu untuk kes yang melibatkan perseorangan.
Kaunseling sekelompok biasanya dibuat untuk memberi sesuatu
maklumat yang kemas kini untuk mengajar kanak-kanak mendapat
pengetahuan.
Kaunseling individu atau kelompok boleh diadakan jika pencapaian
akademik murid tidak memuaskan.
Rujukan kaunseling yang biasa dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa
atau orang lain.
Kerjaya, pelajaran, dan peribadi yang tidak turut serta dalam ko-
kurikulum Contohnya, masalah disiplin seperti ponteng, budaya
berpeleseran, merokok, bertumbuk, dan menggunakan dadah atau
bahan inhalen.
b) Kaunseling keluarga
Kaunseling keluarga adalah sesi perbincangan antara keluarga.
Guru kaunseling boleh menghubungi keluarga murid-murid untuk
menghadiri dan membuat perbincangan mengenai prestasi sama ada
akademik dan tingkah laku mereka di sekolah.
Guru kauseling merupakan penyelaras program orientasi untuk murid-
murid dan ibu bapa.
Jenis perkihidmatan ini mementingkan kerjasamaan dan interaksi
antara guru dengan ibu bapa.
c) Kaunseling tunjuk ajar
Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar
perkara-perkara berkait dengan penilaian diri, penjelasan nilai,
kemahiran-kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat
9

keputusan, dan menghindar diri dari tercebur dalam pengguaan dadah
dan inhalen.
2. PERKHIDMATAN BIMBINGAN
Bimbingan kelompok dan pengajaran iaitu bimbingan perkembangan
yang mengandungi aktiviti terancang dan tersusun yang menggalakkan
perkembangan konsep kendiri,kognitif-afektif,psikososial, fizikal, seksual dan
moral-agama pelajar atau mengenai topik tertentu dari masa ke semasa.
3. PERKHIDMATAN INVENTORI INDIVIDU DAN REKOD PELAJAR.
a) sistem fail
b) rekod penafsiran minat pelajar
c) mengawasi corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling
d) memberi maklumat objektif mengenai pencapaian,kemajuan dan prestasi
e) pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan
f) Memberi penafsiran/kaji selidik untuk membantu pekembangan diri pelajar
4. PERKHIDMATAN MENGUMPUL DAN MEMBERI MAKLUMAT.
a) Mengumpul,menyedia dan menyebar maklumat berkaitan dengan:
b) pendidikan pencegahan dadah,AIDS,rokok dan inhalan
c) latihan dan kerjaya
d) sosial dan peribadi
5. PERKHIDMATAN PENEMPATAN
a) membantu memilih aktiviti ko-kurikulum.
b) penempatan pekerjaan
c) penempatan IPT dan IPTS
6. PERKHIDMATAN MENCEGAH PENGGUNAAN DADAH DAN INHALAN
a) memberi bimbingan dan kaunseling penyalahgunaan dadah
10

b) memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan
bantuan pemulihan dan rawatan
c) membuat penilaian dan memberi maklum balas tentang program
pencegahan penggunaan dadah.

7. PERKHIDMATAN RUNDING CARA DAN RUJUKAN
a) membantu bekas pelajar
b) membantu dan berunding dengan pihak pentadbir dan staf sekolah
c) membantu ibu bapa atau penjaga tentang kebajikan pelajar
d) membuat rujukan ke doktor,pakar kanak-kanak,pakar jiwa,pegawai
kebajikan dan sebagainya.
8. PERKHIDMATAN KONFERENS DENGAN IBU BAPA
a) memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berbincang dengan guru
bimbingan dan kaunseling sekolah tentang pendidikan, sosial, peribadi,
dan perkembangan kerjaya anak-anak mereka.
b) Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama-sama
mengawasi kemajuan pelajar
c) Mengadakan kaunseling keluarga jika didapati bahawa masalah yang
dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga
9. PERKHIDMATAN PENYELARASAN RESOS
a) menyelaras aktiviti kebajikan pelajar dengan agensi luar
b) merancang dan berusaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti komuniti
luar. Contohnya, mengadakan lawatan rumah anak yatim, lawatan rumah
jagaan orang tua, membuat kerja sukarelawan untuk membantu menjalani
aktiviti larian dan sebagai aktiviti sukarelawan.
c) Penyelaras bagi penglibatan majikan,agensi kebajikan dan orang
kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah
11

10. PERKHIDMATAN PENILAIAN
a) membuat penilaian aktiviti bimbingan
b) menilai model atau modul bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah
11. SISTEM FAIL,REKOD DAN DOKUMENTASI
a) Menjalankan kerja-kerja pentadbiran di bilik kaunseling
b) mengadakan sistem fail,
c) menyimpan rekod,pehubungan awam, surat-menyurat,pengelolaan
aktiviti,pengendalian bahan bercetak,penyediaan laporan aktiviti dan
tugas lain yang diarahkan oleh Jawatankuasa Penyelaras
Aktiviti,Pengetua,PPD dan Kementerian

Teori Rasional-emotif (RET)
Pada semester ini, saya didapati satu teori yang baru dan ingin mengkaji
tentang teori ini. Tori ini adalah dinamakan sebagai Teori rasional Emotif(RET)
teori ini lebih memetingkan kepada kognitif individu dan lain daripada teori
tingkahlaku dan teori humanistik. Sebab saya memilih teori ini untuk menulis
esei adalah ini merupakan pengetahuan yang baru.
Terori RET dipelopori oleh Albert Ellis dalam tahun 1950-an. Beliau
berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat. Beliau mula berminat tentang
psikoanalisis dan teori pembelajaran, terutama pemikiran negatif yang meneguh
pengalaman traumatic yang menggangu. Oleh kerana kurang puas hati dengan
kekurangan yang terdapat dalam terapi psikoanalisis tingkah laku, pada 1959,
Ellis mengasaskan Institut Terapi Rasional-Emotif di New York. Pada tahun 1993,
nama institut itu ditukar kepada Institut Rasional Emotif Behavioral, yang
menrangkumi kesemua tiga komponen utama, iaitu: kognitif, emotif dan
behavioral yang berkaitan rapat dengan pengalaman manusia.
12

Ellis berpendapat masalah emosi dan neurotic adalah ditimbulkan dari tiga
sumber yang utama, iaitu sumber pemikiran, emosi dan behavioral, terutamanya
pemikiran kognitif yang memaikan perana penting dalam pengekalan gangguan
psikologikal. Menurut Ellis, manusia rasinal dilahirkan ke dalam dunia yang tidak
rasional. Manusia menjadi semakin tidak rasional apabila menerapkan idea-idea
yang tidak rasional ke dalam system kepercayaan mereka.
Model ABC dikemukakan oleh Ellis untuk menghuraikan sekuen peristiwa
yang membawa gangguan psikologikal manusia.


Rajah di atas menunjukkan terapi Albert Ellis. Dalam slot B(belief) jika
percayaan rasional diadakan pada setiap orang maka tidak perlu lagi kaunselor
dan ahli psikologi. Oleh sebab percayaan tak rasional sentiasa berlaku di atas
mental manusia kita perlu memerhatikan bagaimana untuk memupuk
kepercayaan mereka kembali kepada tak rasional ke rasional.
Oelh itu Ellis mencadangkan menambah banyak lagi alphabet D(dispute)
dan E(effect) ke dalam Model ABC. D merupakan cara untuk mencabar
kepercayaan yang tidak rasional. Dengan mencabar kepercayaan tidak rasional
dan memperkembang pemikiran rasional dan logical untuk meyelesaikan
masalah yang mereka hadapi.
Peristiwa
Model
Peristiwa diaktifkan
Gangguan emosi ditimbulkan
A
(Activating)
Percayaan peristiwa berlaku
Percayaan Rasional/ tak rasional
B
(Belief)
Akibat
Tingkah laku emotif dan behavioral
C
(Consequences)
D
(Dispute)
E (Effect)
Akibat yang rasional dan baik
13

Aplikasi model ABCDE
Sebagai contoh, inilah sesi kaunseling yang akan berlangsung:
A- Klien menceritakan bagaimana sesuatu peristiwa yang kurang
menyenangkan hati berlaku.
B- Klien menilai peristiwa tersebut sebagai sesuatu yang kurang baik dan
tidak sepatutnya berlaku padanya.
C- Klien berasa sedih, kurang selesa, kecewa
D- Klien diajar untuk melawan pemikiran dan perasaan negative yang timbul
melalui soalan-soalan berikut:
Mengapa ia kurang baik?
Mengapa ia tidak sepatutnya belaku pada saya?
E- Jawapan yang dijana akibat proses yang dilalui pada D
Ia sesuatu yang mengecewakan.
Ia sesuatu yang malang, tetapi bukan satu malapetaka.
Saya berupaya menangani situasi tersebut.
Saya memang tidak jangkakan peristiwa seperti itu berlaku. Namun, saya
sedar bahawa saya akan mengharungi liku-liku hidup dari masa ke
semasa.

Jadual di bawah menunjjukan contoh kes seorang murid gagal dalam
peperiksaaan.
Singkatan Perihalan Contoh/ Keterangan
A Peristiwa pencetus saya telah gagal ujian
Bahasa Melayu
B Penilaian terhadap
peristiwa tadi
Terdapat dua jenis
perkara iaitu perasaan
B1: penilaian
menujukkan perasaan
tidak rasional:
Saya telah gagal ujian
14

tidak rasional dan
perasaan rasional.

Bahasa. Oleh itu, saya
adalah seorang yang
gagal dalam kehidupan
saya.

B2: penilaian perasaan
Rasional:
Saya telah gagal ujian
Bahasa. Saya berasa
kecewa. Mulai hari ini
saya akan bersedia untuk
menghadapi ujian yang
berikut.
C Konsekuen atau
perasaan akibat penilaian
tadi.
Penilaian B1: Murid akan
rasa sedih dan putus
asa.

Penilaian B2: Murid aka
cuba mengatasi
perasaan kecewa, dan
cuba tumpukan perhatian
kepada ulangkaji.
D Usaha mengatasi
penilaian perasaan tidak
rasional
Guru bimbingan dan
kaunseling akan
membantu anda untuk
melawan penilaian tidak
rasional.
E Jawapan yang dijana
bagi melawan pemikiran
tidak rasional.
Pemikiran tidak rasional
diubah menjadi rasional.

15

Penggunaan terapi eklektik untuk membantu pembentukan murid-murid
yang seimbang dari segi JERIS.
Terapi eklektik dikembangkan oleh Thorne dan Woodworth. Pendekatan
ini tidak berdasarkan mana-mana teori, tetapi mencadangkan memilih teori yang
sedia ada seperti teori tingkah laku, teori humanistik, teori RET dan lain-lain
untuk satu-satu situasi atau masa. Teori yang dipilih harus sesuai untuk klien.
Oleh sebab setiap individu adalah unik, penggunaan terapi yang berlainan
boleh menunjukan kelainan dari satu individu kepada individu yang lain.
Seorang yang bermasalah juga boleh mempunyai potensi yang lain yang boleh
diperkembangkan.
Contohnya, seorang pelajar yang biasa berdiam diri, saya rasa dia adalah
tidak pandai bersosialisasi, ini menyebabkan sosial level dia tidak cukup baik
untuk membentuk keseimbangan berdasarkan JERIS. Tetapi dari pandangan
saya, saya rasa dia mungking mempunyai potensi dalam salah satu JERIS.
Contohnya, Ali yang selalu berdiam diri didapati sangat pandai dalam melukis
lukisan, dan tidak mudah marah walaupun diusik oleh kawan. Ini bermaksud dia
mempunyai potensi dalam bidang lain walaupun tidak pandai bersosialisasi
dengan kawan-kawannya.
Saya rasa dengan menggunakan terapi yang sesuai untuk kes boleh
membina keyakinan Ali untuk bercakap dengan kawan. Dalam situasi Ali kita
boleh menggunakkan pendekatan yang menunjukkan kemahiran dia untuk
memberi yakinan kepada dia. Contohnya, memuji lukisan Ali dihadapan kawan,
boleh membantu Ali disukai oleh kawannya, dan mungkin kawan boleh
membincang dengan lukisan Ali.
Setiap teori mempunyai kekuatan dan kelemahan. Penggunaan dengan
sesuai merupakan cara yang paling baik untuk mengejar dunia yang berubah-
ubah ini. Bruce Lee pernah kata:Be like a water. Maksudnya hidup adalah
sentiasa berubah, kita sebagai manusia juga mempunyai kuasa untuk berubah,
jadi sila jadikan sendiri sebagai air yang boleh berubah mengikut situasi.
16

Menentukan aspek penting untuk melahirkan kemahiran berempati.
Sebagai manusia, kita mempunyai perasaan, jika perasaan yang tidak
baik ditimbulkan di hati, kebanyakan daripada kita perlukan orang lain untuk
berteman dengan kita dan mendengar apa yang kita rasa pada ketika itu.
Berempati merupakan satu kemahiran yang boleh digunakan untuk kaunselor
untuk mendekati klien, walaupun tidak selalu berinteraksi dengan klien.
Menggunakan teknik yang betul untuk memehami klien kita dalam masa yang
pendek memerlukan kemahiran yang baik.
Dengan kemahiran berempati, kaunselor boleh memahami situasi klien
dengan perspectif klien memadangkan sesuatu peristiwa. Contohnya situasi
dibawah.
Klien: Motorsikal baharu saya dilanggar kereta pagi tadi. Entah macam mana
saya hendak mendapatkan wang untuk membaiki motorsikal saya?
kaunselor: Ali berasa bimbang kerana tidak ada wang untuk membaiki motosikal
yang dilanggar kereta.
Respons atau kenyataan kaunselor mengandungi dua aspek, iaitu aspek
kognitif dan aspek afektif. Aspek kognitif itu ialah motorsikal telah dilanggar
kereta manakal aspek afektif ialah perasaan bimbang. Pendek kata, kemahiran
berempati kaunselor mengandungi dua komponen kenyataan klien, iaitu idea
klien(kognitif) dan perasaan klien(afektif).
Kemahiran berempati kaunselor akan membentuk gambaran kepada klien
yang kaunselor telah memahami idea dan perasaannya, dia terdorong untuk
menceritakan masalah dengan lebih lanjut. Hal ini penting untuk membantu
kaunselor memahami kesulitan klien dengan lebih lanjut serta jelas. Apabila
scenario keseluruhan dicapai, barulah kaunselor berada dalam keadaan yang
baik untuk membantu klien menyelesaikan masalahnya.


17

Refleksi
Dalam subjek ini saya telah belajar banyak perkara tentang bimbingan
dan kaunseling murid. Terutamanya, pada sem 7 ini saya merupakan guru
praktikum di sekolah selama 3 bulan. Saya mempunyai peluang untuk
memerhatikan banyak perkara yang sentiasa berlaku di sekolah, seperti murid
tidak membuat kerja rumah, murid menangis sebab orang lain marah dia dan
lain-lain. Ini telah membantu saya mempraktikan teori yang saya belajar dalam
subjek ini.
Keseluruhan esei ini adalah menulis esei yang berkenaan. Saya telah
membaca pelbagai sumber dan menaipkan dalam komputer tentang apa saya
mengetahui. Apabila saya sampai di sekolah, saya dapat memerhati apa yang
biasa berlaku pada sekolah dan saya boleh membandingkan dengan apa yang
saya belajar dalam subjek ini. Ini telah meneguhkan apa yang saya belajar
dalam bimbingan dan kaunseling.
Selain ini saya juga perlu mengucapkan terima kasih kepada pensyarah
yang memberikan saya banyak informasi sebelum saya pergi praktikum.
Makluman beliau telah membantu saya memahami banyak perkara terutamanya
teori RET, saya boleh memikirkan contoh yang logik untuk memenuhi aspek teori.
Akhir kata, saya harap pelbagai teknik dan aspek yang saya belajar di sini
boleh membantukan saya pada masa yang akan datang. Sebagai guru cara
bimbingan murid adalah penting, sebab setiap murid mempunyai masala yang
tersendiri. Kalau kita tahu membimmbing murid pada masa yang betul, ini akan
membantu murid meningkatkan tingkah laku murid.




18

Bibliografi
Buku
Mook Soon Sang. (2010). Bimbingan & Kaunseling Kanak-kanak.
Selangor :Siri Pengajian Profesional.
Anita Woolfolk (2005) . Educational Psychology (8th edition). Toledo, OH:
Allyn&Bacon.
Martin, G., & Pear, J. (1992). Behavior modification: Whatit is and how to
do it (4th ed.). Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Internet
o Strategi Pendekatan Penyayang dalam Pendidikan, Haji Mahyuddin bin
Ashaari.http://i-epistemology.net/attachments/1133_jp-v9n3-
%20Strategi%20Pendekatan%20Penyayang%20Dalam%20Pendidikan%
20-%20Mahyuddin%20Ashaari.pdf.Dilayari pada 11 Februari 2013.
o Peranan Ibu Bapa dalam Menangani Masalah Sosial Remaja, Sapora
Sipon.http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2729/Perana
n%20Ibu%20Bapa%20Dalam%20Menangani%20Masalah%20Sosial%20
Remaja.pdf?sequence=1.Dilayari pada 14 Februari 2013.
o Lima Peranan Guru Sebagai Pembimbing di Bilik
Darjah.http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/lima-peranan-guru-
sebagai-pembimbing-di.html.Dilayari pada 14
Jurnal
Beck, Kirk A, Ethnographic Decision Tree Modeling: A Research Method
for Counseling Psychology, 243249.
Hanson, William E, Mixed Methods Research Designs in Counseling
Psychology, 224235


19



Lampiran

You might also like