You are on page 1of 9

BENDERA-BENDERA DI MALAYSIA

BENDERA MALAYSIA

Bendera dan lagu kebangsaan ialah lambang kebesarn sesebuah negara. Sebagai
sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia mempunyai bendera dan lagu
kebangsaannya sendiri. Bendera Malaysia mengangdungi 14 jalur merah dan putih.
Jalur merah dan putih ini membawa maksud 13 buah negeri di Malaysia dan sebuah
kerajaan Persekutuan. Bendera Malaysia mempunyai empat warna, iaitu merah, putih,
kuning dan biru. Warna biru tandanya perpaduan. Warna kuning ialah warna diraja.
Bulan sabit lambang agama Islam negara ini. Bintang pecah 14 tandanya perpaduan
13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan.





MENGHORMATI BENDERA MALAYSIA
JANGAN LETAK BENDERA DI ATAS TANAH.
JANGAN BIARKAN BENDERA MELERET KE TANAH SEWALTU
MENURUNKANNYA.
JIKA BENDERA DIKIBARKAN SEPARUH TIANG, NAIKKAN DAN BAWA IA
MASUK PADA WAKTU PETANG.
JIKA HENDAK MENGIBARKAN BENDERA SEPARUH
TIANG, NAIKKAN DAHULU SEPENUH TIANG,
KEMUDIAN BARULAH TURUNKAN.
JANGAN GUNAKAN BENDERA SEBAGAI ALAS MEJA ATAU PENUTUP
SESUATU BENDA, KECUALI SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN.
MISALNYA UNTUK MENUTUP KERANDA.
TALI BENDERA HENDAKLAH SENTIASA DIPERIKSA. PASTIKANIA TEGUH
DAN TIDAK MUDAH PUTUS.
BENDERA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA


PERLIS INDERA KAYANGAN


BENDERA NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN
Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat.
Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan
Rakyat Baginda.


KEDAH DARUL AMAN



BENDERA NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun. Padi
maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini
beragama Islam. Perisai pula maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan
memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.




SELANGOR DARUL EHSAN


BENDERA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan
darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri
ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan
kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.





NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


BENDERA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi
yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang
berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi
bahagian-bahagian negeri ini.





PAHANG DARUL MAKMUR














BENDERA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR
Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di
bawah. Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara
melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang
adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja.
Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang
adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini
juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-
keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-
kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai sebuah
negeri yang beraja dan berdaulat.





KELANTAN DARUL NAIM


BENDERA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini
termasuk rakyat dan Raja yang memerintah. Lambang kebesaran berwarna putih
itu tanda kesucian Raja negeri ini.















TERENGGANU DARUL IMAN


BENDERA NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN
Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan. Ia melingkari
tanah
hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan
kepada seluruh rakyat
Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.









J OHOR DARUL TAKZIM













BENDERA NEGERI J OHOR DARUL TAKZIM

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang
berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang
mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya
Kerajaan Negeri.

PERAK DARUL RIDZUAN


BENDERA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih,
kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan
kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda
Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha
Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.


MELAKA DARUL AZIM












BENDERA NEGERI MELAKA DARUL AZIM
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera
Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam
Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda
Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.







SARAWAK BUMI KENYALANG












BENDERA SARAWAK BUMI KENYALANG
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat
dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta
mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina
Sarawak sebagai negeri contoh. Warna kuning menggambarkan keagungan
Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat
yang berbilang kaum. Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli
Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan
bagi memajukan rakyatnya. Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan
melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.
Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan
kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.





SABAH DI BAWAH B












BENDERA NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU
Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut
sebelah atas
bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan grafik
bayangan Gunung Kinabalu, berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera
ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar.
J alur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah
berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan
kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili
melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan
perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan
dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini
mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik
berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan
Kerajaan Negeri Sabah.


PULAU PINANG PULAU MUTIARA





BENDERA NEGERI PULAU PINANG
Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna
putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai. Warna
kuning melambangkan kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau
itu mendapat namanya.














WILAYAH PERSEKUTUAN



BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN
Bendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini
digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah
Persekutuan. Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau
Putrajaya akan digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah
Persekutuan yang berkenaan. Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan
warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah
milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan
dan kedaulatan;
Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan,
keharmonian dan kebenaran; dan
Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan
bertenaga.
J ata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting
yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
Tiga (3) bintang di bawah J ata Negara membawa maksud 3 Wilayah
Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang
bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.

You might also like