You are on page 1of 20

PENGENALAN

Dengan mengambil kira 45 peratus sekolah di Malaysia adalah terletak di lokasi luar
bandar dan dengan hasrat kerajaan untuk membestarikan kesemua 10,000 sekolah di seluruh
Negara pada akhir 2010, usaha untuk menjadikan 15 daripada 50 sekolah luar bandar sebagai
penanda aras sekolah bestari adalah satu strategi yang bijak. Kesemua 15 sekolah luar bandar
ini merangkumi kesemua jenis cluster sekolah seperti sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan tamil dan cina, sekolah agama, sekolah felda, sekolah menengah kebangsaan dan
sekolah orang asli.
Inisiatif yang agak agresif ini adalah lanjutan dari inisiatif pada tahun 2006 iaitu untuk
menjadikan 88 sekolah rintis sebagai penanda aras bagi sekolah bestari. Pengalaman daripada
projek rintis mendapati bahawa perlaksanaan model 'satu untuk semua' didapati tidak sesuai
untuk semua sekolah. Untuk itu, satu perlaksanaan kaji selidik diperlukan untuk mengetahui
apakah persepsi guru, murid dan masyarakat mengenai pelaksanaan Sekolah Bestari dan
pemahaman mereka mengenai konsep, objektif,peranan dan kemahiran di Sekolah Bestari
serta apakah output yang dihasilkan mengikut acuan sekolah Bestari di Malaysia.

OBJEKTIF PENULISAN/ PENYELIDIKAN
Secara umum, projek penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji persepsi guru,
pelajar dan masyarakat mengenai kefahaman mereka mengenai konsep Sekolah Bestari,
pedagogi Sekolah Bestari, objektif dan peranan Sekolah Bestari, kemahiran di Sekolah
Bestari dan mengumpul maklumat mengenai hasilan guna tenaga yang diharapkan daripada
acuan Sekolah Bestari di Malaysia. Dapatan kajian ini digunakan sebagai asas perbincangan
dan seterusnya beberapa cadangan diketengahkan sebagai tindakan lanjut berkaitan konsep
Sekolah Bestari di sekolah-sekolah.
Skop kajian meliputi beberapa orang guru sekolah rendah, menengah dan beberapa
ahli PIBG di SMK Batu Sapi Sandakan serta pelajar pasca ijazah. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dan kualitatif untuk mengumpul data. Kaedah penganalisisan data
mencakupi analisis secara statistik, analisis kualitatif dan analisis interpretasi.


2



DEFINISI KONSEP SEKOLAH BESTARI
Menteri Pendidikan Malaysia menerangkan pengwujudan Sekolah Bestari ini
merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia.
Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya
kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan
pembentukan Sekolah Bestari. Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada
pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan
penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ' flagship application ' dalam projek
Mega Koridor Raya Multimedia.
Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan
yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan
menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai
pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum,
pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan
sekolah.
Menurut modul HBML2203 Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa
Melayu menyatakan konsep Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula
dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi menyediakan
kanak-kanak untuk menghadapi era maklumat yang mencabar. Maklumat berasaskan dua
perkara penting iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni serta kepakaran
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah
Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama
pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar
berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar
yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed)
dan kadar kendiri (self-paced).
Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang
sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware.
3

Untuk itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti
komputer,pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005
menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah
dilengkapi dengan makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan
dengan capaian internet berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet.
Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan
kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan
empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah
dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus
untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Pembestarian sekolah melibatkan
pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart
School Management System (SSMS), Educational Management Information System (EMIS)
dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat
sekolah, jabatan dan kementerian.
Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa
ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut
dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan.

PERBINCANGAN/ HASIL PENYELIDIKAN
Kajian ini melihat secara saintifik kepada persepsi guru-guru di kawasan Sandakan
terhadap konsep sebuah Sekolah Bestari yang diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Terdapat beberapa siri soalan kajian yang meliputi konsep Sekolah Bestari,
objektif dan peranan Sekolah Bestari, pedagogi di Sekolah Bestari, kemahiran di Sekolah
Bestari dan hasil guna tenaga yang diharapkan daripada acuan Sekolah Bestari di Malaysia.
Kajian ini telah dilaksanakan ke atas tiga stakeholder iaitu guru, pelajar dan
masyarakat sekitar di Sandakan. Seramai 25 orang responden berjaya dikumpulkan yang
terdiri daripada guru-guru di SMK Elopura Bestari, Sandakan, SMK Batu Sapi Sandakan, SK
Karamunting Sandakan, SK Melanta Jaya Sandakan dan beberapa orang AJK PIBG SMK
Batu Sapi Sandakan.
Berikut ialah jadual taburan responden mengikut kategori dan sekolah.


4



A) Guru
Sekolah Jumlah Guru
Lelaki Perempuan
SMK Elopura Bestari 1 5
SK Karamunting
Sandakan
1 3
SK Melanta Jaya 2 4
SMK Batu Sapi Sandakan 3 6
Jumlah 7 18

B) Pelajar Pasca Ijazah
Universiti Jumlah Pelajar
Lelaki Perempuan
Universiti Malaysia Sabah - 2
Open University Malaysia 1 -

C) AJK PIBG SMK Batu Sapi Sandakan.
Kampung Jumlah AJK PIBG
Lelaki Perempuan
Taman Melanta Jaya 1 -
Kg Bokara Sandakan 1 1
Kg Sundang Batu Sapi 1 1


DAPATAN UTAMA
Jadual berikut adalah dapatan utama yang boleh dirumuskan berdasarkan input
daripada tiga stakeholders yang utama iaitu guru, murid dan AJK PIBG selaku wakil
masyarakat setempat.

1.0 GURU
5

Responden dari kalangan guru ialah seramai 25 orang yang terdiri daripada 7 orang guru
lelaki dan 18 orang guru perempuan.
BIL ITEM RESPONS
1 Definisi dan Konsep Sekolah Bestari
Memahami definisi Sekolah Bestari 13 orang guru memberi jawapan tidak
pasti tentang definisi Sekolah Bestari.
12 orang guru memberi jawapan
bersetuju mereka memahami dengan
jelas definisi Sekolah Bestari.
2 Memahami konsep Sekolah Bestari
mengikut acuan Malaysia.
1 orang guru langsung tidak mengetahui
konsep Sekolah Bestari mengikut acuan
Malaysia.
10 orang guru tidak pasti tentang konsep
sekolah Bestari mengikut acuan
Malaysia.
14 orang guru bersetuju mereka
memahami Sekolah Bestari mengikut
acuan Malaysia.
3 Matlamat Penubuhan Sekolah Bestari 1 orang guru tidak mengetahui matlamat
penubuhan Sekolah Bestari
16 orang guru tidak pasti dengan
matlamat penubuhan Sekolah Bestari.
18 orang guru setuju mereka memahami
matlamat penubuhan Sekolah Bestari.
4 Mengetahui ciri-ciri Sekolah Bestari 8 orang guru tidak pasti cirri-ciri
Sekolah Bestari
17 orang guru setuju memahami cirri-
ciri sekolah Bestari.
5 Mengetahui logo Sekolah Bestari 2 orang guru tidak mengetahui logo
Sekolah Bestari.
20 orang guru tidak pasti logo Sekolah
Bestari.
6

5 orang guru setuju mengetahui logo
Sekolah Bestari.
Objektif dan Peranan Sekolah Bestari
6 Ciri-ciri Guru Sekolah Bestari 12 orang guru tidak pasti cirri-ciri guru
Sekolah Bestari.
13 orang guru setuju mengetahui cirri-
ciri yang perlu ada pada guru-guru yang
mengajar di Sekolah Bestari.
7 Memahami objektif Sekolah Bestari
mengikut acuan Malaysia.
8 orang guru tidak pasti objektif sekolah
bestari mengikut acuan Malaysia.
17 orang guru setuju mengetahui
objektif sekolah bestari mengikut acuan
Malaysia
7 Mengetahui langkah-langkah yang
dijalankan oleh kerajaan untuk mencapai
matlamat Sekolah Bestari
17 orang guru tidak pasti tentang
langkah-langkah yang dijalankan oleh
kerajaan untuk mencapai matlamat
Sekolah Bestari.
8 orang guru setuju mengetahui langkah-
langkah yang dijalankan oleh kerajaan
untuk mencapai matlamat Sekolah
Bestari.
Pedagogi di Sekolah Bestari
8 Mengetahui gaya pembelajaran pelajar di
Sekolah Bestari
10 orang guru tidak pasti mengetahui
gaya pembelajaran pelajar di Sekolah
Bestari.
13 orang guru bersetuju mengetahui
gaya pembelajaran pelajar di Sekolah
Bestari.
2 orang guru sangat bersetuju mereka
memahami gaya pembelajaran pelajar di
Sekolah Bestari.
9 Mengetahui pendekatan pembelajaran di
Sekolah Bestari
11 orang guru tidak pasti mengetahui
pendekatan pembelajaran di Sekolah
7

bestari
14 orang guru bersetuju mengetahui
gaya pembelajaran di Sekolah Bestari.
10 Menggunakan srategi P&P Bestari 1 orang guru tidak menggunakan stategi
P&P Bestari.
13 orang guru tidak pasti bagaimana
penggunaan strategi P&P Bestari.
9 orang guru bersetuju mereka
menggunakan strategi P&P Bestari
dalam pengajaran mereka.
Kemahiran-kemahiran Sekolah Bestari
11 Mengetahui jenis-jenis kemahiran
Generik Sekolah Bestari
19 orang guru tidak pasti tentang jenis-
jenis kemahiran generic Sekolah Bestari.
6 orang guru setuju mengetahui jenis-
jenis kemahiran generic Sekolah Bestari.
12 Penggunaan strategi P&P bestari telah
meningkatkan keputusan sekolah dalam
peperiksaan Awam.
1 orang guru tidak bersetuju penggunaan
strategi P&P bestari telah meningkatkan
keputusan sekolah dalam peperiksaan
awam.
18 orang guru tidak pasti penggunaan
strategi P&P bestari telah meningkatkan
keputusan sekolah dalam peperiksaan
awam.
6 orang guru bersetuju penggunaan
strategi P&P bestari telah meningkatkan
keputusan sekolah dalam peperiksaan
awam.
13 Mengikuti kursus berkaitan Sekolah
Bestari
2 orang guru di Sekolah bukan Bestari
pernah mengikuti kursus berkaitan
Sekolah Bestari.

7 orang guru di Sekolah Bestari pernah
mengikuti kursus berkaitan Sekolah
8

Bestari.
16 orang guru tidak pernah mengikuti
kursus berkaitan Sekolah Bestari.

Melalui kajian tersebut juga saya telah mengumpulkan beberapa soalan berupa
cadangan seperti berikut.
1. Berikan cadangan anda untuk menambah baik sesi P&P Bestari yang lebih berkesan.
Berikut ialah respon dari soal selidik yang dijalankan.
a) Tingkatkan pedagogi P&P Bestari.
b) Pengajaran dan pembelajaran akan lebih kreatif berdasarkan inovasi kreatif multi
media.
c) Sediakan fasiliti atau kemudahan yang lengkap seperti computer dan internet yang
mencukupi.
d) Guru perlu berilmu dalam sesi P&P Bestari.
e) Mengadakan pengajaran dan pembelajaran berpasangan.
f) Guru-guru harus didedahkan dengan kursus yang berkaitan dengan P&P Bestari yang
berkesan.
g) Pelajar diberi pemantauan khusus.
h) Komunikasi dua hala antara pelajar dengan guru sesuatu yang amat penting agar
proses P&P dapat dilaksanakan dengan jayanya.
i) Kemudahan dan bahan yang disediakan perlu siap sedia untuk digunakan.
j) Mendapat panduan daripada pakar di Sekolah Bestari.
k) Jumlah pelajar di dalam kelas harus dikurangkan bagi memaksimakan keberkesanan
P&P Bestari.

2) Apakah guna tenaga yang diharapkan daripada acuan Sekolah Bestari di Malaysia.
a) Menghasilkan guna tenaga yang mahir dalam bidang teknologi.
b) melahirkan modal insan kelas pertama.
c) melahirkan pekerja yang berketrampilan dan berdaya saing.
d) pekerja yang berakhlak
e) pekerja yang berkemahiran dan sedia menerima cabaran dalam bidang pekerjaan.

2.0 PELAJAR PASCA IJAZAH
9

Seramai 3 orang pelajar pasca ijazah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Jadual di
bawah menunjukkan analisis kajian tersebut.
BIL ITEM RESPONS
1 Definisi dan Konsep Sekolah Bestari
Memahami definisi Sekolah Bestari 2 orang pelajar memberi jawapan tidak
pasti tentang definisi Sekolah Bestari.
1 orang pelajar memberi jawapan sangat
setuju mereka memahami dengan jelas
definisi Sekolah Bestari.
2 Memahami konsep Sekolah Bestari
mengikut acuan Malaysia.
2 orang pelajar langsung tidak
mengetahui konsep Sekolah Bestari
mengikut acuan Malaysia.
1 orang guru sangat bersetuju tentang
konsep sekolah Bestari mengikut acuan
Malaysia.
3 Matlamat Penubuhan Sekolah Bestari 2 orang pelajar tidak mengetahui
matlamat penubuhan Sekolah Bestari
1 orang pelajar sangat bersetuju
memahami dengan matlamat penubuhan
Sekolah Bestari.
4 Mengetahui ciri-ciri Sekolah Bestari 2 orang pelajar tidak pasti ciri-ciri
Sekolah Bestari
1 orang pelajar setuju memahami ciri-
ciri sekolah Bestari.
5 Mengetahui logo Sekolah Bestari 2 orang pelajar tidak mengetahui logo
Sekolah Bestari.
1 orang pelajar setuju mengetahui logo
Sekolah Bestari.
Objektif dan Peranan Sekolah Bestari
6 Ciri-ciri Guru Sekolah Bestari 1 orang pelajar tidak pasti ciri-ciri guru
Sekolah Bestari.
2 orang pelajar setuju mengetahui ciri-
10

ciri yang perlu ada pada guru-guru yang
mengajar di Sekolah Bestari.
7 Memahami objektif Sekolah Bestari
mengikut acuan Malaysia.
2 orang pelajar tidak pasti objektif
sekolah bestari mengikut acuan
Malaysia.
1 orang pelajar setuju mengetahui
objektif sekolah bestari mengikut acuan
Malaysia
7 Mengetahui langkah-langkah yang
dijalankan oleh kerajaan untuk mencapai
matlamat Sekolah Bestari
1 orang pelajar tidak pasti tentang
langkah-langkah yang dijalankan oleh
kerajaan untuk mencapai matlamat
Sekolah Bestari.
2 orang pelajar setuju mengetahui
langkah-langkah yang dijalankan oleh
kerajaan untuk mencapai matlamat
Sekolah Bestari.
Pedagogi di Sekolah Bestari
8 Mengetahui gaya pembelajaran pelajar di
Sekolah Bestari
2 orang pelajar tidak pasti mengetahui
gaya pembelajaran pelajar di Sekolah
Bestari.
1 orang pelajar bersetuju mengetahui
gaya pembelajaran pelajar di Sekolah
Bestari.
9 Mengetahui pendekatan pembelajaran di
Sekolah Bestari
2 orang pelajar tidak pasti mengetahui
pendekatan pembelajaran di Sekolah
bestari
1 orang pelajar bersetuju mengetahui
gaya pembelajaran di Sekolah Bestari.
Menggunakan strategi P&P Bestari 2 orang pelajar tidak tahu strategi P&P
Bestari.
1 orang pelajar tidak pasti bagaimana
penggunaan strategi P&P Bestari.
Kemahiran-kemahiran Sekolah Bestari
11

10 Mengetahui jenis-jenis kemahiran
Generik Sekolah Bestari
3 orang pelajar tidak pasti tentang jenis-
jenis kemahiran generic Sekolah Bestari.
3 orang pelajar tidak pasti penggunaan
strategi P&P bestari telah meningkatkan
keputusan sekolah dalam peperiksaan
awam.
12 Mengikuti kursus berkaitan Sekolah
Bestari
3 orang pelajar responden tidak pernah
mengikuti kursus berkaitan Sekolah
Bestari.

3.0 MASYARAKAT SETEMPAT/ AJK PIBG SMK BATU SAPI SANDAKAN
5 orang responden dikalangan AJK PIBG SMK Batu Sapi telah mengisi borang soal selidik.
Dapatan kajian itu dapat dilihat dalam jadual di bawah. Analisis dapatan kajian tersebut dapat
diperhatikan dalam jadual di bawah.
BIL ITEM RESPONS
1 Definisi dan Konsep Sekolah Bestari
Memahami definisi Sekolah Bestari 5 orang AJK PIBG memberi jawapan
tidak mengetahui langsung tentang
definisi Sekolah Bestari.
2 Memahami konsep Sekolah Bestari
mengikut acuan Malaysia.
5 orang AJK PIBG pernah mendengar
mengenai konsep Sekolah Bestari
mengikut acuan Malaysia.
3 Matlamat Penubuhan Sekolah Bestari 5 orang AJK PIBG tidak mengetahui
matlamat penubuhan Sekolah Bestari
4 Mengetahui ciri-ciri Sekolah Bestari 5 orang AJK PIBG tidak pasti ciri-ciri
Sekolah Bestari
5 Mengetahui logo Sekolah Bestari 5 orang AJK PIBG tidak mengetahui
logo Sekolah Bestari.
Objektif dan Peranan Sekolah Bestari
6 Ciri-ciri Guru Sekolah Bestari 5 orang AJK PIBG tidak pasti ciri-ciri
guru Sekolah Bestari.
7 Memahami objektif Sekolah Bestari 5 orang AJK PIBG tidak pasti objektif
12

mengikut acuan Malaysia. sekolah bestari mengikut acuan
Malaysia.
5 orang AJK PIBG setuju mengetahui
langkah-langkah yang dijalankan oleh
kerajaan untuk mencapai matlamat
Sekolah Bestari.
Pedagogi di Sekolah Bestari
8 Mengetahui gaya pembelajaran pelajar di
Sekolah Bestari
5 orang AJK PIBG tidak pasti
mengetahui gaya pembelajaran pelajar di
Sekolah Bestari.
9 Mengetahui pendekatan pembelajaran di
Sekolah Bestari
5 orang AJK PIBG tidak mengetahui
pendekatan pembelajaran di Sekolah
bestari
10 Menggunakan strategi P&P Bestari 5 orang AJK tidak tahu strategi P&P
Bestari.

Dapatan cadangan daripada AJK PIBG bagaimana untuk menambah baik sesi P&P
Bestari yang lebih berkesan, berikut adalah cadangan mereka mengenai perkara ini.
1) Permuafakatan antara institusi sekolah dengan masyarakat perlu erat terutama
mendapatkan maklumat mengenai anak-anak mereka di sekolah, dengan ini P&P akan
lebih berkesan.
2) Berhubung terus dengan AJK PIBG sekiranya berlaku perlanggaran disiplin di
kalangan pelajar kerana menurut mereka disiplin adalah satu punca keberkesanan
P&P yang baik.
Manakala jawapan mereka untuk soalan guna tenaga yang diharapkan oleh masyarakat
daripada acuan Sekolah Bestari di Malaysia ini dapat dilihat melalui siri jawapan di bawah.
a) Melahirkan pekerja yang lebih mahir untuk merealisasikan wawasan 2020 nanti.
b) Melahirkan pekerja yang mampu bersaing dengan permasalahan global yang semakin
mencabar.
c) Mampu menghasilkan guna tenaga yang pakar ICT.



13



Kesimpulan
Berdasarkan kepada analisis dapatan di atas daripada kaji selidik mengenai persepsi
guru-guru berkaitan dengan kefahaman mereka terhadap konsep SB, objektif dan peranan
SB, pedagogi di SB, kemahiran di SB dan apakah hasilan guna tenaga yang diharapkan
daripada acuan SB di Malaysia. Beberapa kesimpulan dapat dibuat antaranya terdapat ramai
guru yang masih kurang pasti dengan konsep sekolah bestari ini terutama sekolah yang bukan
dikategorikan sebagai sekolah bestari. Walaupun banyak pendedahan yang diberikan oleh
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua pihak terutama guru-guru namun
konsep sekolah Bestari ini masih kabur. Saya berpendapat kerana kebanyakan pendedahan
konsep Sekolah Bestari ini hanya diberi penekanan kepada guru-guru yang mengajar di
sekolah Bestari. Sedangkan pihak Kementerian dan kerajaan mensasarkan sekurang-
kurangnya akhir tahun 2010 sebanyak 10,000 sekolah di Malaysia menjadi sekolah Bestari.
Selain daripada itu saya juga menambah skop kajian kepada pelajar-pasca Ijazah yang
akan keluar menjadi guru mengenai persepsi mereka mengenai konsep Sekolah Bestari
ternyata kebanyakan mereka juga memberi jawapan tidak pasti untuk semua soalan mengenai
Sekolah Bestari seperti yang dinyatakan dalam analisis di atas. Pandangan saya bukan tidak
ada pendedahan mengenai Sekolah Bestari di Institut pengajian Tinggi tapi semua pihak tidak
memberi perhatian penuh kepada Program pembestarian sekolah ini. Walau bagaimana pun
terdapat juga pelajar yang amat mengetahui konsep Sekolah Bestari ini.
Stakeholder saya yang ketiga ialah pihak masyarakat yang hampir dengan institusi
sekolah iaitu AJK PIBG SMK Batu Sapi Sandakan. Walaupun respon mereka mengenai
konsep sekolah Bestari tidak menggalakkan tetapi mereka tetap mengetahui sedikit apakah
yang dimaksudkan sekolah bestari dan mengetahui program ini dilancarkan oleh Kerajaan
untuk mencapai wawasan 2020. Apa yang paling penting ialah saya ingin mendapatkan
maklumat apakah harapan mereka guna tenaga yang akan dihasilkan oleh Sekolah Bestari
berdasarkan acuan Malaysia yang mana kebanyakan mereka menyatakan diharap program ini
dapat menghasilkan guna tenaga yang mahir dalam bidang ICT dan mampu bersaing dalam
era globalisasi ini.




14



RUJUKAN
Ahmad Hussin.(2006). Konsep Sekolah Bestari. Dipetik dari : www.slideshare.com

Asmah Haji Omar.(2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan
Pustaka


Dr. Adenan Ayob, Mohd Rain Shaari dan Tuan Jah Tuan Yusof.(2012). HBML 2203,
Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu.Selangor. Meteor Doc.
SDN BHD.


Hamdan Arifin Jeya.(2010) Penggolongan Kata. Dipetik dari: www.scribd.com

Mohd Adib.(2009) Kajian Impak Sekolah Bestari Luar Bandar. Dipetik dari: PDF.com

Mohd. Syah Aksara, Dr. D. Kathirasan.(2012) Teks STPM Bahasa Melayu, Sistem Modular
Baharu Penggal 1.Selangor. Penerbitan Pelangi SDN. BHD.


Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsuddin.(2008). Ace Ahead Teks STPM Bahasa Malaysia
Kertas 1 dan 2. Selangor. Oxford Fajar.


Normaizam bt Hamid et al.(2007). Modul Bahasa Melayu Akademik 1, Semester 1 PPISMP.
Terengganu. retrieved by: slideshare.com


Nurasmah.(2010) Konsep Sekolah Bestari. Dipetik dari : PDF.com


Prof.Abdullah Hassan.(2005).Linguistik Am, Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu. Pahang. PTS Professional.









15




Lampiran


Borang Kaji Selidik
Persepsi Guru-Guru dan Masyarakat Terhadap Konsep Sekolah Bestari yang
Diilhamkan Oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Assalamualaikum/Salam sejahtera,
Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklum balas mengenai konsep sekolah Bestari
di kalangan pelajar, guru dan masyarakat di sekitar sekolah-sekolah daerah Sandakan.
Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu kumpulan penyelidik untuk
mendapatkan maklumat persepsi guru-guru di kawasan Sandakan terhadap konsep sesebuah
Sekolah Bestari yang diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Segala maklumbalas yang diberikan akan diRAHSIAKAN.
Kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.

Bahagian I: Latar Belakang

Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.
1. Jantina: [ ] Lelaki [ ] Perempuan
2. Umur: __________ tahun
3. Jawatan:
16

[ ] Pelajar Ijazah Dasar (sila terus menjawab Bahagian II soal selidik ini)
[ ] Pelajar Pasca Ijazah
[ ] Guru Sekolah
[ ] Pegawai Pendidikan di Jabatan/Kementerian Pelajaran

3a. Kelayakan Akademik:
[ ] Sarjana Muda (sila nyatakan) __________________________
[ ] Sarjana (sila nyatakan) _______________________________
[ ] Kedoktoran (sila nyatakan) ____________________________

3b. Kelayakan Perguruan/Pendidikan:
[ ] Sijil (sila nyatakan) __________________________________
[ ] Diploma (sila nyatakan) ______________________________
[ ] Sarjana Muda (sila nyatakan) __________________________
[ ] Lain (sila nyatakan) _________________________________

4. Pengkhususan Mata pelajaran:
[ ] Kaedah Pertama (sila nyatakan) ________________________
[ ] Kaedah Kedua (sila nyatakan) ________________________

5. Pengalaman mengajar: __________ tahun
6. Negeri asal (sila rujuk kod negeri): [ ]




KOD NEGERI
1. Johor 8. Perlis
2. Kedah 9. Pulau Punang
3. Kelantan 10. Sabah
4. Melaka 11. Sarawak
5. Negeri Sembilan 12. Selangor
6. Pahang 13. Terengganu
7. Perak 14.Wil.Persekutuan
17




7. Kategori sekolah tempat berkhidmat:
[ ] Bandar
[ ] Pinggir Bandar
[ ] Luar Bandar
8. Matapelajaran utama yang diajar di sekolah sekarang:
[ ] Bahasa Melayu [ ] Sejarah [ ] Fizik
[ ] Bahasa Inggeris [ ] Sains Lain-lain :
[ ] Matematik [ ] Biologi
[ ] Pendidikan Islam [ ] Kimia
9 Pengalaman mengajar di Sekolah Bestari: ______________ tahun

Bahagian II: KEFAHAMAN KONSEP SEKOLAH BESTARI

Bagi setiap item, sila bulatkan untuk menyatakan pendapat anda mengikut skala yang
diberikan.

No Perkara
S
a
n
g
a
t

t
i
d
a
k

s
e
t
u
j
u

T
i
d
a
k

s
e
t
u
j
u

T
i
d
a
k

p
a
s
t
i

S
u
t
u
j
u

S
a
n
g
a
t

s
e
t
u
j
u

1 2 3 4 5
(A) DEFINISI DAN KONSEP SEKOLAH BESTARI
1 Memahami dengan jelas definisi sekolah bestari 1 2 3 4 5
18

2
Memahami dengan jelas konsep sekolah bestari mengikut acuan
Malaysia
1 2 3 4 5
3 Memahami dengan baik matlamat penubuhan sekolah bestari 1 2 3 4 5
4 Mengetahui ciri-ciri sekolah bestari 1 2 3 4 5
5 Mengetahui dengan lebih baik logo sekolah bestari 1 2 3 4 5



Bahagian III: OBJEKTIF DAN PERANAN SEKOLAH BESTARI

Bagi setiap item, sila bulatkan untuk menyatakan pendapat anda mengikut skala yang
diberikan.

No Perkara
S
a
n
g
a
t

t
i
d
a
k

s
e
t
u
j
u

T
i
d
a
k

s
e
t
u
j
u

T
i
d
a
k

p
a
s
t
i

S
u
t
u
j
u

S
a
n
g
a
t

s
e
t
u
j
u

1 2 3 4 5
(A) OBJ EKTIF
1 Memahami dengan jelas ciri guru sekolah bestari 1 2 3 4 5
2
Memahami dengan jelas objektif sekolah bestari mengikut acuan
Malaysia
1 2 3 4 5
3
Memahami langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan untuk
mencapai matlamat sekolah bestari
1 2 3 4 5


Bahagian IV: PEDAGOGI DI SEKOLAH BESTARI

Bagi setiap item, sila bulatkan untuk menyatakan pendapat anda mengikut skala yang
diberikan.

19

No. Perkara
S
a
n
g
a
t

t
i
d
a
k

s
e
t
u
j
u

T
i
d
a
k

s
e
t
u
j
u

T
i
d
a
k

p
a
s
t
i

S
e
t
u
j
u

S
a
n
g
a
t

s
e
t
u
j
u

1 2 3 4 5
1 Mengetahui gaya pembelajaran pelajar di sekolah bestari 1 2 3 4 5
2 Mengetahui pendekatan pembelajaran sekolah bestari 1 2 3 4 5
3 Menggunakan strategi P&P Bestari 1 2 3 4 5
4
Mengetahui dengan jelas elemen-elemen bestari yang
perlu diserapkan dalam pelaksanaan P&P
1 2 3 4 5


Bahagian V: KEMAHIRAN-KEMAHIRAN SEKOLAH BESTARI


No. Perkara
S
a
n
g
a
t

t
i
d
a
k

s
e
t
u
j
u

T
i
d
a
k

s
e
t
u
j
u

T
i
d
a
k

p
a
s
t
i

S
e
t
u
j
u

S
a
n
g
a
t

s
e
t
u
j
u

1 2 3 4 5
1 Mengetahui dengan jelas jenis-jenis kemahiran generik 1 2 3 4 5
2 Mengetahui pendekatan pembelajaran sekolah bestari 1 2 3 4 5
3 Menggunakan strategi P&P Bestari 1 2 3 4 5
4
Mengetahui dengan jelas elemen-elemen bestari yang
perlu diserapkan dalam pelaksanaan P&P
1 2 3 4 5
5
Penggunaan strategi P&P Bestari telah meningkatkan
pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam
1 2 3 4 5


1. Adakah anda pernah mengikuti kursus pengurusan P&P Bestari?
20

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_____________________________________________________________

2. Berikan cadangan anda untuk menambahbaik sesi P&P Bestari yang lebih berkesan.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_____________________________________________________________


3. Apakah guna tenaga yang diharapkan daripada acuan Sekolah Bestari di Malaysia?



______________________________________________________________________

~ ~~ ~~ ~ T T E E R R I I M M A A K K A A S S I I H H ~ ~~ ~~ ~

You might also like