You are on page 1of 14

Oleh : Ahmad Sobri Muzammil bin

Hussain
PUISI

puisi berasal dari kata bahasa Yunani poites, yang bererti pembangun,
pembentuk, pembuat.
Dalam bahasa Latin dari kata poeta, yang ertinya membangun, menyebabkan,
menimbulkan, menyair.
Puisi merupakan hasil seni sastra yang kata-katanya disusun menurut syarat
tertentu dengan menggunakan irama, sajak dan kadang-kadang kata kiasan
(Situmorang, 1980:10)


APA ITU PUISI
1. Tema dan makna
Tema adalah persoalan yang ingin diungkapkan oleh penyair. Ada puisi yang sekali
baca kita tahu temanya. Ada pula puisi yang mesti dibaca berulang-ulang baru kita
mengetahui temanya. Tema boleh kita ketahui dengan cara memahami makna kata di
dalamnya, baik secara tersurat mahupun tersirat.
Puisi yang berisi luahan hati individu penyairnya dengan segala macam jenis
pengalaman, sikap, mahupun suasana batin yang melingkupinya.

PUISI LIRIK
Puisi yang di dalamnya mengandung suatu cerita, dengan pelaku, perwatakan,
latar, mahupun rangkaian peristiwa tertentu yang menjalin suatu cerita.

PUISI NARATIF
Puisi yang secara objektif menggambarkan perilaku seseorang, baik lewat
lakuan, dialog, maupun monolog sehingga mengandung sjuatu gambaran kisah
tertentu.
Contoh: puisi kritik sosial.

PUISI DRAMATIK
HB. Jassin (1953:54) mengatakan bahawa untuk mendefinisikan puisi, puisi itu
harus dikaitkan dengan definisi prosa. Prosa merupakan pengucapan dengan
pikiran, sedangkan puisi merupakan pengucapan dengan perasaan.
Manakala puisi merupakan lawan terhadap prosa. Ungkapan bahasa yang
terikat (puisi), lawan ungkapan bahasa yang tidak terikat (prosa).

PERBEZAAN PUISI DAN PROSA
Dr. Syed Othman Syed Omar (S. Osman Kelantan)
Sazalee Yacob
Tengku Alias Taib (T. Alias Taib)
Yahya Hussain (Jihaty Abadi)
TOKOH PUISI
DATO A. SAMAD SAID
Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said,
Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir
dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian
Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh
keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan formal
di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946).
Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di
Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956)
CONTOH KARYA PUISI
Dato A.Samad Said
IBU SEGALA TIPU
Dengan sanubari sequdus hasrat
lelangkah yang luhur sepadu hajat
kita berhimpun sepenuh harapan
sedia tentang inti kemungkaran.
Awalnya segala tersenyum ilham
cuaca dan hajat akrab bersalam.
Kita memangkahnya secekal qalbu
rindu memahat sejarah yang syahdu.
Iklim yang gusar tetiba meledak
ketika kendera menyusup rahsia,
dan demokrasi sengaja dikocak
sebijak helah sekejam pendera.
Kertas undi yang terkumpul berbalam
sopan dan segan diusik khayalan,













sebaik senja disenyumi malam
sesenyapnya bermula pencemaran.
Malam debaran tersentap amarah,
cahaya bulan dikoyak-koyaknya,
rahsia gelap memulai dosanya,
berterbanganlah undi yang ditambah.
Kita berhimpun di padang sejarah
demi melawan kemungkaran baru;
demokrasi wajar dipelihara
daripada ibu segala tipu.

Kita sudah sampai di lereng amat indah, di bawah
pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar;
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah,
tenang dalam segala uji cabar dan debar.
Kita mencari hanya yang tulen dan jati,
sekata hidup, mengerti dan berbudi.

Kita wajar mendaki lagi kerana puncak
yang jauh. Dalam gelora dan taufan
tak tercalar tekad kita kerana kemerdekaan
mengasuh kita bersuara dalam sopan,
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan,
inti tunggak dan menara kebahagian.

~ A Samad Said
HIDUP BERSAMA ~ A SAMAD SAID
OKTOBER 24, 2007

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said

TETAMU SENJA ~ A. SAMAD SAID
APRIL 6, 2007

You might also like