You are on page 1of 7

KONSEP

SERTA
BENTUK DAN JENIS
KESANTUNAN
KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA
KESANTUNAN
Menurut Kamus Dewan (1984): Kesantunan
bermaksud perihal (sifat, tingkah laku,
pertuturan dan sebagainya) santun, kesopanan
serta kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti).
Awang Sariyan (2007) memberi definisi
kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang
baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi
mulia dan menunjukkan penghormatan kepada
pihak yang menjadi teman bicara.

KESANTUNAN
Kesantunan merupakan aturan perilaku yang
ditetapkan dan disepakati bersama oleh
sesuatu masyarakat tertentu sehingga
menjadi prasyarat bermasyarakat.

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN
Kesantunan Verbal
Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara
sopan dan beradab.
Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan
ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau
tulisan.
Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada
percakapan, lisan dan pertuturan.
Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan
terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau
senda dengan rakan- rakan, menyampaikan maklumat,
bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum
dan lain-lain lagi.
Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal
merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.
Kesantunan Nonverbal
Kesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata
atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan
sopan.
Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di
mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi
wajah, pandangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh.
Tidak kira sama ada melalui verbal atau non verbal, konsep
kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas
muka bumi ini.
Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada
semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk
menyampaikan mesej yang dapat difahami.
Bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata
memainkan peranan yang sama penting untuk melestarikan
konsep kesantunan non verbal itu.

Kesantunan Lisan
Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk
:
Rasmi/formal - mesyuarat, syarahan, ucapan,
pidato, forum
Tidak rasmi/tidak formal - perbualan telefon,
perbualan di kedai kopi, perbualan di majlis kenduri
Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal
mempunyai peraturan yang berbeza dari segi
penggunaan bahasa, kata panggilan, kata
sapaan dan gerak laku.

Kesantunan Penulisan
Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea
dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang
tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan
datang.
Kesantunan berbahasa juga boleh dilihat dalam
bahan bertulis seperti surat rasmi, memo, minit
mesyuarat, laporan, kertas cadangan, kertas kerja
dan seumpamanya.
Komunikasi penulisan melibatkan penggunaan
bahasa secara bertulis sama ada dalam situasi
rasmi/formal atau tidak rasmi/tidak formal

You might also like