You are on page 1of 2

SJK(T) KAMPUNG BARU BATU MATANG

MINIT MESYUARAT KALI KEDUA 2/2014



Mata Pelajaran / Program / Panitia : Kebersihan dan Keceriaan
Tarikh : 18 April 2014
Masa : 12.30 tgh 1.30ptg
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Penasihat : EN.Andrew Jacob Dyriam (Guru Besar)
Pengerusi : Pn.Puvanasveri (Guru Kanan HEM)
Setiausaha : Cik. M. Kasturi
Kehadiran Bilangan : Semua Hadir
Nama yang hadir : Pn.P.Kalaivani (Guru Kanan)
Pn. Helen (Guru Kanan Koko)
Pn. Nithya
Pn. M.Subasini
Pn. C.Gunavathy
Pn. R.Suganeswari
Pn.K.Umadevi
Cik. J. Punitha

Nama yang tidak hadir : Tiada
Hadir bersama : EN.Andrew Jacob Dyriam (Guru Besar)

1.Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu- alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan
terima kasih kepada semua guru yang hadir pada mesyuarat hari ini.

1.2 Pengerusi menjelaskan objektif dalam menguruskan hal ehwal murid iaitu
untuk mendidik pelajar-pelajar melalui rancangan-rancangan yang
dirancang supaya cemerlang dalam sahsiah seterusnya cemerlang dalam
akademik.

1.3 Beliau menegaskan dalam memastikan kecemerlangan sahsiah,
pengurusan masa hendaklah diuruskan dengan baik.

1.4 Pengerusi juga menegaskan semua guru bertanggungjawab dalam
membentuk sahsiah pelajar bukan sahaja melalui bidang akademik tetapi
juga melalui aktiviti-aktiviti yang lain yang telah dirancang meliputi bidang
kebajikan dan keperluan murid sebagai seorang manusia.

Tindakan : Semua Guru
2.0.Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas.

2.1 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
Cadangan : Pn. Nithya
Disokong : Pn.Umadevi
Tindakan : Semua Guru

3.0 Perkara berbangkit
3.1 Pengerusi menyampaikan beberapa strategi yang akan dilaksanakan
dalam usaha mencapai objektif pengurusan HEM iaitu seperti
memperkemaskan sistem pendaftaran murid, menguatkuasakan peraturan
sekolah, melaksanakan program-program kebersihan dan keceriaan,
mempertingkatkan peranan guru-guru, melaksanakan modul-modul seperti yng
terkandung di dalam Program Sekolah Ceria dan menggalakkan penyertaan
aktiviti luar di kalangan murid.
Tindakan : Semua Guru
4.0 Program Peningkatan
4.1 Program kebersihan dan keceriaan akan diteruskan pada tahun ini. Setiap
kelas diberi masa seminggu bermula untuk menceriakan kelas. Pertandingan ini
akan bermula pada minggu kedua persekolahan.
4.2 Di bawah jawatankuasa ini juga, kebersihan dan keceriaan kawasan
sekolah hendaklah sentiasa dipantau. Guru-guru yang Bertugas bagi setiap
minggu hendaklah memastikan persekitaran sekolah bersih dan ceria . Laporan
hendaklah dibuat setiap minggu sekali oleh guru bertugas.
4.3 Pengerusi berharap semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan
dengan sokongan penuh semua guru.
Tindakan : Semua Guru



Disediakan oleh, Disahkan oleh,
.
CIK. KASTURI MUNIANDY EN. ANDREW JACOB DYRIAM
SETIAUSAHA GURU BESAR

You might also like