You are on page 1of 13

Dadar Lauk Samarinda

Source: Buku aneka Hidangan SARAPAN



Bahan-bahan:
610 gm air
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak jagung (saya guna minyak masak biasa je)
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning (saya letak 1/2 susu kecil kunyit serbuk)

Bahan inti:
20 gm rempah kari ikan
1 tin sardin - dihancurkan (saya guna tin kecil)
1/2 biji kentang- yang ni saya tambah
100 ml air
4 biji cili merah hiris (saya tumbuk cili padi)
2 biji bawang besar
5 sudu makan minyak masak
5 ulas bawang putih cincang
garam dan gula secukup rasa


Cara membuatnya:
1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang.
2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis.
Ketepikan.
3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan putih hingga naik
bau.
4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak.
5. Masukkan kentang, sardin, cili, garam dan gula dan tunggu hingga masak.
6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung. Sedia untuk di hidang.






PUDING KEJU by Shikin
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Saiz 8" persegi

BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar (saya guna serbuk agar-agar peket 10gm)
1 liter Air (guna 800ml air sahaja)
120g Gula (saya kurangkan kepada 100gm)
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ( saya letak lebih kurang 150gm)
50g Mentega

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur.Kacau selalu.
2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
3. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.Masukkan
susu & kacau sebati.
4. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
5. Masukkan mentega, kacau sehingga sebati.
6. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
7. Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard..
K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah
sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan
sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga
sebati sebelum menuang)




Bahan-bahan untuk kulit Resepi Durian Crepe

50g Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Ubi Kayu
2 sudu besar gula halus
1 biji telur
1 sudu esen vanila
40ml susu cair ( tapi aku pakai fcm dutch lady je hihi)
1 gelas air (160ml)
3 sudu butter dicairkan
sedikit pewarna kuning ( tapi aku tak letak pun)
Langkah 1 Resepi Durian Crepe
tttt
Campurkan tepung gandum, tepung ubi & gula halus & ayak ke dalam bekas yang
sesuai.


Masukkan susu & kacau rata

Pastu masukkan pulak telur yang telah di kacau2 guna garfu ( kacau siket2 je pun)

Masukkan esen vanila lak..pastu msk air (lupa nk snap )

pastu butter lak & kacau kacau sampai sebati sebab butter ni susah sket nk msk dlm
air kan.. pastu tapis

lepas tu leh la membakar adunan lapisan durian crepe korang ni.. sori la terlepas nak
snap time tengah memasak adunan ni anyway caranya ialah ambil satu senduk kecil
& leperkan ke atas nonstick pan macam kat pic bawah ni aku curi kat google image ja

saiz ni terpulangla aku nyer teruk betul xde jadi bulat cengini pun hahaha.. lapisan ni
xyah alih-alih tau, agak agak masak je terus telangkupkan kuali kat atas pingan kalo
cedok-cedok pakai sudip takut terkoyak lak dah la nipis je menda ni. bagi yang dah
expert senang la aku yang amatur ni siap ada yang reject 2-3 bijik sebab salah
telangkup sampai jatuh kat lantai huhuhu..
pastu lapisan ke-dua leh je tindan-tindan jangan risau crepe ni x melekat sebab dah
kita letak butter dalam adunan tadi. pan korang pun xyah letak ape-ape minyak lagi
tau!

Inilah hasilnya kulit Durian Crepe aku tu malu jugak nak upload ni orang lain buat
bulat-bulat ja aku punya hahaha banyak sangat seni ni
baiklah kita ke bahan-bahan untuk inti Resepi Durian Crepe
Langkah 2 : Inti Durian Crepe
Bahan-bahan untuk inti resepi durian crepe ialah :

150ml whipping cream + 1 sudu besar gula halus pukul hingga gebu & kental

dan bahan paling penting ialah mestilah isi durian hehehe

Inilah isi durian yan telah dibuang bijinya aku nyer lebih kurang 6 ulas kot sebab
durian yang aku beli tu kecil2 ke ulasnya kalo yang besar2 tu agak2 la maybe dalam
2-3 ulas pun dah cukup kalo terlebih xpe boleh mamam hehehe..
dan bolehlah ke acara berikutnya.. membungkus
Langkah 3 : Membungkus durian Crepe

beginilah caranya membungkus durian crepe ambil sesudu cream pastu laps durian &
lapis lagi sekali cream & balut cam balut tepung bungkus tu janji semua tertutup
hehe..
Bahagian yang ada hangit-hangit tu korang letak inti tau nanti bila dah balut
bahagian luar nampak cantik & berseri-serila hihihi
lagi nipis kulit lagi best tapi jangan sampai bocor lak xbest la.

Inilah hasil durian crepe yang pertamaku hihihi semangatnya dan akhirnya aku
dapat menyiapkan 13 biji durian crepe kalo korang pandai buat kulit mungkin leh
dapat lagi banyak & lagi kecil saiz lagi la banyak leh buat.
Hasil ni boleh lah untuk hidangan 3-4 orang kot huhuhu

buruk beno rupenye durian crepe aku ni anyway bleh la for first time buat hihihi..
lepas tu masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 4-5 jam supaya whipping cream
jadi keras & serasi bersama durian.
setelah 5 jam dalam freeze beginilah hasilnya & realy nyumi

Selamat Mencuba & Selamat Menjamu Selera.
RESEPI DURIAN CREPE
Oleh: Eyna Haneyna


Bahan-bahan untuk kulit :
(InsyaAllah kulit jadi licin, tak melekat dan cepat masak)

- 20gm tpg gandum
- 20gm tepung ubi
- 10gm tpg kastard
- 10gm tpg jagung
- 1 biji telur
- 1 sk minyak masak
- 1 sb gula halus
- 40 ml susu cair
- 150 ml air
- pewarna kuning
- perisa durian



Cara Membuat:

- masuk semua bahan dalam mangkuk..sebatikan dengan whisk dan tapis..kalau pekat just tmbh air
sikit..
- boleh juga blender..cuma sedikit berbuih..kene hilangkan buih2 tu dulu untuk elakkan crepe akan
berlubang bila byk buih..
- ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
- layangkan kuali agar adunan sekata..
- masak atas api kecil..
- masak hingga kering..angkt..tak perlu terbalikkan masa angkat tu




Bahan-bahan untuk filling :

- 150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dgn 2 sb isi durian)
- isi durian..

Cara Membuat :

- letakkan fresh cream, letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
- lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
- siaapp.

AYAM PAPRIK
Bahan-bahannya:
4 ketul ayam - dihiris kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah - dihiris serong
11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
2 biji putik jagung - dihiris serong
1/2 biji karot - dihiris serong
2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
garam
1 cawan air


Cara-caranya:


Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
Masukkan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat,
boleh tambah sedikit lagi air).
Tutup api dan hidangkan.



Paprik

Makyong@myresipi.com
Sesuai dimakan dengan nasi putih


Created on : 18-04-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi Makyong



Bahan-bahan ( 4 )
ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
Cara-cara
1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan
pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau
kasturi.

You might also like