Bahan-bahan: 610 gm air 300 gm tepung gandum 1 biji telur 1 sudu makan tepung jagung 1 sudu makan minyak jagung (saya guna minyak masak biasa je) 1 sudu teh garam Sedikit pewarna kuning (saya letak 1/2 susu kecil kunyit serbuk)
Bahan inti: 20 gm rempah kari ikan 1 tin sardin - dihancurkan (saya guna tin kecil) 1/2 biji kentang- yang ni saya tambah 100 ml air 4 biji cili merah hiris (saya tumbuk cili padi) 2 biji bawang besar 5 sudu makan minyak masak 5 ulas bawang putih cincang garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya: 1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang. 2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis. Ketepikan. 3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan putih hingga naik bau. 4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak. 5. Masukkan kentang, sardin, cili, garam dan gula dan tunggu hingga masak. 6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung. Sedia untuk di hidang.
PUDING KEJU by Shikin resipi : AlongRoz sumber : K.Nor@SecubitGaram
Saiz 8" persegi
BAHAN2: 13g Serbuk Agar-Agar (saya guna serbuk agar-agar peket 10gm) 1 liter Air (guna 800ml air sahaja) 120g Gula (saya kurangkan kepada 100gm) 3 biji Telur 120-150g Biskut Cheese - blend halus 1 sb Tepung Kastad 400ml Susu Cair 200g Susu Pekat ( saya letak lebih kurang 150gm) 50g Mentega
CARA2: 1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur.Kacau selalu. 2. Masukkan gula & kacau sehingga sebati. 3. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.Masukkan susu & kacau sebati. 4. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih. 5. Masukkan mentega, kacau sehingga sebati. 6. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik. 7. Sejukkan sebelum di hidangkan.
* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender. Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)
Bahan-bahan untuk kulit Resepi Durian Crepe
50g Tepung Gandum 1 sudu besar Tepung Ubi Kayu 2 sudu besar gula halus 1 biji telur 1 sudu esen vanila 40ml susu cair ( tapi aku pakai fcm dutch lady je hihi) 1 gelas air (160ml) 3 sudu butter dicairkan sedikit pewarna kuning ( tapi aku tak letak pun) Langkah 1 Resepi Durian Crepe tttt Campurkan tepung gandum, tepung ubi & gula halus & ayak ke dalam bekas yang sesuai.
Masukkan susu & kacau rata
Pastu masukkan pulak telur yang telah di kacau2 guna garfu ( kacau siket2 je pun)
Masukkan esen vanila lak..pastu msk air (lupa nk snap )
pastu butter lak & kacau kacau sampai sebati sebab butter ni susah sket nk msk dlm air kan.. pastu tapis
lepas tu leh la membakar adunan lapisan durian crepe korang ni.. sori la terlepas nak snap time tengah memasak adunan ni anyway caranya ialah ambil satu senduk kecil & leperkan ke atas nonstick pan macam kat pic bawah ni aku curi kat google image ja
saiz ni terpulangla aku nyer teruk betul xde jadi bulat cengini pun hahaha.. lapisan ni xyah alih-alih tau, agak agak masak je terus telangkupkan kuali kat atas pingan kalo cedok-cedok pakai sudip takut terkoyak lak dah la nipis je menda ni. bagi yang dah expert senang la aku yang amatur ni siap ada yang reject 2-3 bijik sebab salah telangkup sampai jatuh kat lantai huhuhu.. pastu lapisan ke-dua leh je tindan-tindan jangan risau crepe ni x melekat sebab dah kita letak butter dalam adunan tadi. pan korang pun xyah letak ape-ape minyak lagi tau!
Inilah hasilnya kulit Durian Crepe aku tu malu jugak nak upload ni orang lain buat bulat-bulat ja aku punya hahaha banyak sangat seni ni baiklah kita ke bahan-bahan untuk inti Resepi Durian Crepe Langkah 2 : Inti Durian Crepe Bahan-bahan untuk inti resepi durian crepe ialah :
150ml whipping cream + 1 sudu besar gula halus pukul hingga gebu & kental
dan bahan paling penting ialah mestilah isi durian hehehe
Inilah isi durian yan telah dibuang bijinya aku nyer lebih kurang 6 ulas kot sebab durian yang aku beli tu kecil2 ke ulasnya kalo yang besar2 tu agak2 la maybe dalam 2-3 ulas pun dah cukup kalo terlebih xpe boleh mamam hehehe.. dan bolehlah ke acara berikutnya.. membungkus Langkah 3 : Membungkus durian Crepe
beginilah caranya membungkus durian crepe ambil sesudu cream pastu laps durian & lapis lagi sekali cream & balut cam balut tepung bungkus tu janji semua tertutup hehe.. Bahagian yang ada hangit-hangit tu korang letak inti tau nanti bila dah balut bahagian luar nampak cantik & berseri-serila hihihi lagi nipis kulit lagi best tapi jangan sampai bocor lak xbest la.
Inilah hasil durian crepe yang pertamaku hihihi semangatnya dan akhirnya aku dapat menyiapkan 13 biji durian crepe kalo korang pandai buat kulit mungkin leh dapat lagi banyak & lagi kecil saiz lagi la banyak leh buat. Hasil ni boleh lah untuk hidangan 3-4 orang kot huhuhu
buruk beno rupenye durian crepe aku ni anyway bleh la for first time buat hihihi.. lepas tu masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 4-5 jam supaya whipping cream jadi keras & serasi bersama durian. setelah 5 jam dalam freeze beginilah hasilnya & realy nyumi
Bahan-bahan untuk kulit : (InsyaAllah kulit jadi licin, tak melekat dan cepat masak)
- 20gm tpg gandum - 20gm tepung ubi - 10gm tpg kastard - 10gm tpg jagung - 1 biji telur - 1 sk minyak masak - 1 sb gula halus - 40 ml susu cair - 150 ml air - pewarna kuning - perisa durian
Cara Membuat:
- masuk semua bahan dalam mangkuk..sebatikan dengan whisk dan tapis..kalau pekat just tmbh air sikit.. - boleh juga blender..cuma sedikit berbuih..kene hilangkan buih2 tu dulu untuk elakkan crepe akan berlubang bila byk buih.. - ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yg dipegang.. - layangkan kuali agar adunan sekata.. - masak atas api kecil.. - masak hingga kering..angkt..tak perlu terbalikkan masa angkat tu
Bahan-bahan untuk filling :
- 150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dgn 2 sb isi durian) - isi durian..
Cara Membuat :
- letakkan fresh cream, letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya.. - lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.. - siaapp.
AYAM PAPRIK Bahan-bahannya: 4 ketul ayam - dihiris kecil 2 ulas bawang putih - dicincang halus 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar 1 biji cili merah - dihiris serong 11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje 2 helai daun limau purut - disiat-siat bunga kobis - dihiris kecil 2 biji putik jagung - dihiris serong 1/2 biji karot - dihiris serong 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci 2 sudu makan cili kering kisar 2 sudu makan cili sos 2 sudu makan tomato sos 1 sudu makan sos tiram garam 1 cawan air
Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu. Masukkan air. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air). Tutup api dan hidangkan.
Paprik
Makyong@myresipi.com Sesuai dimakan dengan nasi putih
Created on : 18-04-2006 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan Hubungi Makyong
Bahan-bahan ( 4 ) ekor ayam - dipotong kecil2 4 ulas bwg merah - ditumbuk 2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 labu bwg besar - dimayang 2 btg serai - dititik 2 biji buah tomato - dipotong 4 5 biji cili padi - ditumbuk bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis bahan2 perasa Cara-cara 1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). 2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. 3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. 4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.