You are on page 1of 7

Tajuk:

Ekosistem tanah biota tanah dan jaringan makanan


Tujuan:
Untuk mengenalpasti bilangan dan jenis mikrofauna yang tinggal dalam jenis tanah
yang berbeza.
Pengenalan:
Ekosistem terdiri daripada tumbuhan, haiwan dan faktor-faktor abiotik yang
bekerjasama untuk menjana, menyimpan dan memindahkan tenaga. Kehidupan
terdiri daripada dua komponen iaitu biotik dan abiotik. Komponen abiotik
merangkumi benda-benda yang tidak hidup seperti air, tanah, kelembapan udara
dan cahaya matahari. Komponen biotik pula ialah benda hidup seperti haiwan,
manusia dan tumbuhan. Disebabkan oleh jaringan komponen dalam ekosistem itu,
sesuatu ekosistem mengalami keseimbangan.
Organisma di dalam tanah memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan
keseimbangan ekosistem. Ini kerana, ia berfungsi untuk menguraikan tisu tumbuhan
dan haiwan dan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrien balik ke
tanah untuk diguna semula oleh tumbuhan. Kajian terhadap tanah dilakukan untuk
mengenalpasti organisma yang terdapat di dalamnya seperti makrofauna dan
mikrofauna
Makrofauna merupakan haiwan yang lebih panjang daripada 1 cm namun lebih kecil
daripada haiwan seperti cacing, lipas dan lipan. Mikrofauna pula merujuk kepada
haiwan yang hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop. Haiwan ini membantu
dalam proses pereputan dan dapat mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Hipotesis:
Tanah lokasi di bawah litupan daun luruh akan mempunyai mikro dan makrofauna
yang lebih banyak daripada tanah lokasi yang terdedah kepada cahaya matahari.

Pembolehubah:
Manipulasi: Lokasi dan jenis tanah
Bergerak balas: Bilangan dan jenis makrofauna dan mikrofauna
Malar: Kedalaman tanah yang diambil
Bahan dan radas :
Sampel tanah, larutan formalin, corong tulgren, kaki retort, bikar, lampu, corong
turas, kain kasa, piring petri, forseps, kanta pembesar, mikroskop








Prosedur:
1. Satu sampel tanah dikutip di bawah litupan daun luruh (O Horizon) dan tanah atas
(A Horizon) dengan kedalaman tidak melebihi 3cm daripada dua lokasi berbeza.
2. Sampel dimasukkan ke dalam beg plastik, dimeteri dan dilabelkan dengan nama
dan lokasi kutipan.
3. Jenis dan ciri-ciri tanaman pada setiap lokasi direkodkan dalam jadual.
4. Spesimen hidup di atas tanah turut diperhatikan dan telah dicatat ke dalam satu
jadual 1.
5. Tanah daripada lokasi yang sama telah dicampur dan dimasukkan ke dalam
saluran Tulgren. Satu bikar yang mengandungi larutan formalin telah diletakkan di
bawah tiub pengumpul untuk mengumpul organisma yang jatuh dari corong Tulgren
dan kemudiannya dibiarkan selama 3 hari.
6. Bikar telah dikeluarkan dan makrofauna kecil yang telah jatuh ke dalam larutan
formalin telah diambil dan dikaji dengan menggunakan mikroskop. Ciri-ciri
organisma tersebut telah direkodkan dalam Jadual 2 dan 3.

Keputusan:
Ciri-ciri Lokasi Lokasi 1 (O Horizon) Lokasi 2 (A Horizon)
Jenis tanaman Pokok mambu Pokok mambu
Tahap naungan 90% 5%
Kelembapan/kekeringan
tanah
Lembap Kering
pH tanah Neutral Alkali
Kemampatan tanah Mampat Perai
Tekstur tanah Tanah liat Pasir
Jadual 1

a. Makrofauna besar

Nama makrofauna
Bilangan makrofauna
Lokasi 1 Lokasi 2
Lipan 3 0
Kutu kayu 2 0
Cacing 1 0
Siput 1 0
Semut 5 2


b. Makrofauna kecil

Nama makrofauna
Bilangan makrofauna
Lokasi 1 Lokasi 2
Tungau 1 0
Protozoa 1 1
Nematod 2 0

c. Bilangan organisma per liter tanah
Makrofauna
(bilangan organisma per
liter tanah)

Lokasi 1

Lokasi 2
Lipan 3 0
Kutu kayu 2 0
Cacing 1 0
Siput 1 0
Semut 5 2
Tungau 1 0
Protozoa 1 1
Nematod 2 0
Bilangan keseluruhan
organisma

16

3







Protozoa dan Nematod Tungau
Perbincangan:
1. Bagaimanakan kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza?
Bolehkah anda cadangkan kena terjadinya perbezaan antara mereka? Apakah
parameter yang anda ukur boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan
tersebut?
Tanah merupakan habitat bagi pelbagai jenis organisma yang dapat dilihat mahupun
yang seni. Dalam eksperimen ini, 2 jenis tanah telah diambil dari 2 lokasi yang
berbeza. Lokasi 1 ialah kawasan tanah di bawah litupan daun luruh dan di bawah
pokok. Kawasan tersebut redup dan tidak terdedah kepada cahaya matahari. Lokasi
2 pula adalah kawasan tanah yang terdedah kepada cahaya matahari. Disebabkan 2
jenis tanah ini berbeza, maka ia didiami oleh organisma yang berbeza. Lokasi 1
mempunyai tanah jenis lembap, jadi ia sesuai untuk didiami oleh cacing, lipan, kutu
kayu, cacing,siput, semut dan mikrofauna yang kecil. Tanah di lokasi ini juga
mengandungi banyak humus, yang terdiri daripada daun mati. Humus merupakan
sumber makanan kepada makroorganisma yang hidup di tanah itu. Kawasan ini
adalah habitat yang sesuai untuk didiami oleh organisma kerana ia membekalkan
sumber hidup yang mencukupi. Lokasi 2 pula merupakan kawasan tanah yang
kering, berpasir dan tidak banyak organisma yang terdapat di dalam tanah itu.
Tanah yang kering tidak dapat membekalkan air yang cukup untuk organisma hidup.
Oleh sebab itu, hanya terdapat semut dan protozoa di dalam tanah lokasi 2.
Kawasan ini tidak mempunyai sumber asas yang cukup untuk hidupan.

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.
Makrofauna membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem dan
menyeimbangkan sifat fizikal tanah. Ia dapat menjalankan poses penguraian
terhadap tisu tumbuhan dan haiwan dan memindahkan semula nutrien pada tanah.
Selain itu, makrofauna juga membantu mencegah hakisan tanah, meningkatkan
kesuburan tanah, meningkatkan aktiviti biologi dan membantu kestabilan tanah.


3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota
(contohnya fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa,
pemakan daun dan lain-lain) dan huraikan bagaimana aliran tenaga berlaku. Contoh,
di manakah bermulanya pembentukan tenaga dan di mana ia berakhir. Apakah yang
terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai makanan
mati?

Dalam jaringan makanan, terdapat peringkat-peringkat kumpulan nutrisi iaitu
pengeluar, pengguna dan pengurai. Berlaku pengaliran tenaga dalam setiap
peringkat dalam rantai makanan ini. Jaringan makanan merupakan gabungan
beberapa rantai makanan. Tumbuhan hijau berperanan sebagai pengeluar.
Pengeluar menduduki aras yang pertama dalam jaringan makanan ini. Pengeluar
menggunakan tenaga daripada cahaya matahari untuk menjalankan proses
fotosintesis untuk menghasilkan kanji. Jadi, sumber tenaga utama adalah daripada
cahaya matahari. Tenaga daripada tumbuhan seterusnya dipindahkan kepada
pengguna. Detritus merupakan sejenis bahan organik yang mengandungi bahan-
bahan seperti daun reput. Ia akan dimakan oleh detrivor ataupun dikenali sebagai
pengurai.Contoh pengurai adalah cacing. Detrivor hidup di dalam tanah yang
mempunyai komponen organik. Haiwan detrivor pula dimakan oleh organisma lain
seperti kumbang dan labah-labah yang bertindak sebagai pengguna dalam jaringan
makanan ini.
Setiap pengguna akan memakan pengguna yang berada pada peringkat lebih
bawah daripadanya. Pengguna pada peringkat tertinggi ialah burung dan tikus.
Haiwan ini berada di puncak rantai makanan. Aliran tenaga daripada cahaya
matahari telah melalui pengeluar, pengguna pertama, pengguna kedua, pengguna
ketiga dan sehingga pengguna yang terakhir. Namun begitu, hampir 85% tenaga
akan hilang kepada persekitaran sebagai haba. Semasa tenaga tersebut
dipindahkan, ia menjadi semakin berkurangan. Apabila haiwan pada puncak rantai
makanan mati, tenaga tersebut akan diserap oleh pengurai dan ia akan kembali
semula ke tanah.

Kesimpulan:
Tanah di lokasi 1 mempunyai lebih banyak makrofauna berbanding lokasi 2.

Rujukan:
Portal Pendidikan Utusan. (2010). Rantai makanan Dan Siratan Makanan. Dimuat
turun pada 26 Julai 2013 dari http://www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian_04

You might also like