You are on page 1of 8

Tajuk:

Taksonomi dan Pengekalan Aliran Kepelbagaian Biologi



Tujuan:
Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya.

Pengenalan:
Proses evolusi yang berlaku telah menyebabkan kepelbagaian jenis
organisma dan hidupan terdapat di muka bumi ini. Spesies adalah konsep
taksonomi yang digunakan untuk menunjukkan populasi organisma sejenis atau
serupa dalam beberapa hal yang penting. Pengelasan organisma dan hidupan
dalam spesies-spesies yang berbeza akan memudahkan kajian dan pemuliharaan
biodiversiti dilakukan.
Spesies boleh ditakrifkan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu
spesies biologi di mana individu-individu dapat membiak bersama dan spesies
morfologi dengan mengelaskan mereka mengikut ciri-ciri luaran yang kelihatan.
Kaedah kedua telah digunakan dalam pengelasan Moonmorphs ini kerana hanya ciri
luaran yang dapat dilihat. Maklumat biologi tentang Moonmorphs tidak dapat
diperolehi.
Saintis yang pakar dalam menentukan dan menggolongkan spesies dalam
sesuatu kumpulan dikenali sebagai taksonomis. Taksonomi sangat penting dalam
pemuliharaan biodiversiti dan bertindak sebagai pemudahcara yang membolehkan
kita menamakan semua perkara yang berbeza di atas muka bumi.






Keputusan

Spesies Ciri-ciri Moonmorphs Bilangan

A

Tiada mata














7

B

Abdomen bulat bermata satu






2

C

Abdomen bulat bermata dua







3

D

Badan bercorak dan tangan
bengkok







4







E

Badan bercorak dan tangan
lurus









4

F

Ekor berbentuk V











5

G

Badan panjang









4

Perbincangan
1. Apakah ciri-ciri yang anda tekankan apabila meletakkan beberapa
moonmorphs dalam kumpulan yang sama? Mengapa anda memilih ciri-ciri
tersebut?
Moonmorphs telah dikategorikan dalam beberapa jenis spesies berdasarkan ciri-ciri
luaran utama yang ditunjukkan. Setiap spesies dikelaskan mengikut ciri-ciri yang
sama. Antara ciri-ciri utama yang dipilih ialah tiada mata, abdomen bulat bermata
satu, abdomen bulat bermata dua, badan bercorak dan tangan bengkok, badan
bercorak dan tangan lurus, ekor berbentuk V dan badan yang panjang. Kesemua
tujuh ciri luaran ini dipilih kerana ia kelihatan jelas, ketara dan mudah untuk
membezakan setiap jenis spesies tersebut. Tujuh jenis spesies telah dapat
dikelaskan berdasarkan ciri-ciri luaran yang dilihat.
2. Adakah semua individu dalam satu spesies mesti serupa keseluruhannya?
Berapa variasi antara individu yang boleh diterima dalam satu spesies?
Setiap individu dalam satu spesies mempunyai ciri utama yang serupa namun
terdapat variasi antara individu tersebut. Setiap individu mempunyai variasi masing-
masing contohnya bagi spesies badan bercorak bertangan bengkok ataupun lurus,
corak-corak pada badan individu tersebut tidak serupa. Ini menunjukkan terdapat
variasi bagi spesies tersebut. Variasi yang boleh diterima adalah tidak terhad bagi
setiap spesies.



3. Apakah yang akan terjadi kepada spesies yang anda pilih jika anda
menerima tahap variasi individu yang tinggi? Apa pula yang akan terjadi jika
anda menerima tahap variasi yang rendah?
Apabila terdapat tahap variasi individu yang tinggi, maka spesies juga akan menjadi
tinggi kerana variasi-variasi tersebut dapat dikelaskan menjadi spesies yang baru.
Apabila tahap variasi rendah, spesies juga menjadi rendah kerana hanya terdapat
sedikit perbezaan individu untuk dikelaskan kepada spesies.
4. Terangkan bagaimana para taksonomis mungkin memecahkan satu spesies
kepada dua atau lebih spesies baru?
Ahli taksonomis adalah saintis yang pakar dalam menggolongkan spesies dalam
sesuatu kumpulan. Taksonomis dapat memecahkan satu spesies kepada dua atau
lebih spesies baru melalui sifat biologikal sesuatu individu tersebut iaitu genetik dan
DNA. Selain itu, sifat morfologi juga boleh digunakan untuk memecahkan spesies
kepada lebih banyak spesies baru.
5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan variasi dalam individu dari sesuatu
spesies terjadi?
Variasi dalam individu menyebabkan ia dapat digolongkan dalam spesies yang
berbeza. Variasi boleh berlaku disebabkan oleh faktor genetik contohnya mutasi gen
dan kromosom. Ia akan menyebabkan perbezaan antara individu dalam sesuatu
spesies seperti manusia yang mempunyai perbezaan warna mata, kulit, rambut dan
lain-lain. Variasi disebabkan oleh genetik dapat dipindahkan kepada keturunan
mereka. Selain itu, variasi juga boleh berlaku disebabkan oleh persekitaran. Sebagai
contoh, iklim yang berbeza akan mempengaruhi ciri-ciri sesuatu individu tersebut.
Ciri-ciri tersebut adalah merupakan penyesuaian yang berlaku terhadap sesuatu
individu itu untuk mengadaptasi dalam persekitarannya. Variasi akan dapat
meningkatkan kemandirian sesuatu spesies.
6. Bagaimana spesies MoonMorphs dipanggil morphospecies ?
Spesies MoonMorphs dipanggil morphospecies kerana ia dikategorikan dengan
melihat ciri-ciri luaran atau fizikal yang terdapat pada MoonMorphs tersebut. Kaedah
mengelaskan spesies MoonMorphs ini tidak mengambil kira dari segi biologi
mahupun geografi.
7. Huraikan bagaimana spesies yang anda pilih tidak dari kalangan spesies
biologi?
Spesies yang telah dipilih bukan dari spesies biologi kerana MoonMorphs ini
dikategorikan mengikut sifat morfologinya iaitu sifat fizikal yang ditunjukkan atau dari
segi luaran sahaja. Ini kerana, maklumat mengenai biologinya tidak disertakan
seperti jantina, DNA dan lain-lain. Jika ia merupakan spesies biologi, ia dapat
membiak sesama mereka.







Kesimpulan
MoomMorph merupakan morphospesies kerana ia telah dikelaskan dalam spesies-
spesies melalui sifat fizikalnya.

Rujukan
Bailey, R. (2013). Genetic Variation. Dimuat turun pada 9 Julai 2013 dari
http://biology.about.com/od/geneticsglossary/g/Genetic-Variation.htm

Dinh, H.D. (2012). How Does Variation Within a Species Increase the Species'
Chance of Surviving. Dimuat turun pada 9 Julai 2013 dari
http://www.ehow.com/info_12042769_variation-within-species-increase-
species-chance-surviving.html

You might also like